Wednesday, June 7, 2017

Sekadar Catatan

When a mother dies, a daughter's mourning never completely ends. Yang bersisa cuma kenangan. Masa tu cepat aje berlalu ya. Dulu, sekitar 20 tahun lalu... pulang rumah jam tujuh malam paling awal. Tapi selalunya sampai rumah jam lapan setengah malam. Dan, kerap juga ada tugasan hari Sabtu atau hari Ahad. Kegilaan berkerja, komited dengan semua tugasan amat luar biasa masa muda.


Anak ICU ke, baru dua bulan bersalin ke... berpergian jauh dari anak kecil sekitar 10 hari atau lebih untuk tugasan, no hal dear! Nak risau apa kan... mak masa tu dah pencen akan temankan anak-anak. Haha, ingat lagi masa dua bulan lepas bersalinkan Anis, ikut tugasan MAS, tersengkak di dalam ribut salji sempadan Bukit Golan/Beirut... hahaha mokcik baru bersalin time tu... sumpah pucat kejap. Zikir tak berhenti masa tu.

Masa era berkerja, selain rencana berat; food section dgn decor memang job task saya. Segala resipi, segala tips masak dari chef tersohor semua dalam kepala. Hafal kemain.. yelah kita kerja direct dengan depa kan bila ada shooting. Masaknya hahaha payahlah! Tak ada masa. Sebab tu kot, Syafiq dengan Anis tak cerewet makan, sedap tak sedap, telan aje apa mak dia masak masa mak dia busy dulu.

Bila dah berhenti kerja, buat freelance... masih jugak dengan jadual gila. Tidur bawah meja pejabat pun pernah. Pergi ofis kekadang memandu sendirian dari Semenyih ke Kelana Jaya jam satu pagi. Subuh esok baru balik...

Panjang perjalanan kerja yang tak seberapa ni. Sampailah Syafiq mahu UPSR. Sampai bila Lily? Sampai bila mahu menggila kerja tak sudah? Jadual entah apa-apa. Argue dengan suami... dia tak setuju. Ya, saya bukan ada simpanan pun nak terjah berhenti kerja. Tapi memandang tiga anak, terkenang diri sendiri. Dulu, kalau mak tak hadap kami, mak tak titik kami, tak rotan kami.. kami tak jadi orang agaknya. Kalau tak kena usung meja kecil sambil buat maths ke mana mak pergi, memang kami benak sampai sudah agaknya. Ya ke budak-budak ni solat? Ya ke tahu mengaji..... ke menghafal aje bacaan lazim?

Ya, bermasam muka jugak dengan suami masa nak berhenti kerja tu. Kemuncak waktu diri tercampak di Bangkok masa ramadan.... buat hati saya tak tenang.

Telefon rumah, anak ke surau solat. Diri sendiri di tempat orang... hahaha pukul lapan malam pun tak sempat buka lagi. Kerja kekdahnya. Apa nak jadi ya? Hati fikir sendiri. Berhenti kerja masa anak nak SPM? Too late lily. Nak bentuk anak, nak rotan anak, nak jerkah anak, masa kecil ni. Hati bantah sambil ukur perangai sendiri. Tentu anak anak ni nakal kalau ikut perangai mak dia.

Maka pulang dari Bangkok, tekad berhenti kerja. Sejak itu jadilah mak di rumah asuh anak, ajar anak, bebel dengan anak. Dan ya masak dan masak....

Suka berlebih-lebihan. Anak kata mak over dose kalau suka buat something. Suka exaggerate.; Yalah dulu kerja jadi tukang hias meja makan chef kalau ada shooting. Kalau shooting kat hotel pun, kalau chef tak reti, kita yang adjust.

Kalau shooting dekor, nampak wayer atau aircond atau suis kat dinding dalam gambar... hahaha siaplah! Gambar kena perfect di mata big bos jurugambar. Kalau pergi wedding, kena usung sendiri kamera... selalu jadi gitu. Kami nilah yang kena ambik gambar sendiri kalau takat mug shot tu atau pix pelamin dan hantaran.

Jadi... bila duduk di rumah.. marilah kita praktiskan apa kita belajar waktu kerja dulu. Ya, bukan untuk orang pun... untuk anak sendiri.
Untuk apa? Untuk kenangan.

Tak tahukan sampai bila ada peluang dengan anak-anak
Entah esok, entah lusa... hahah anak anak kata.. mak lahir 1 Syawal.. agaknya mak mati 1 Syawal nanti tercekik dodol kot:))

Allah swt kalau mahu jemput pulang, tak perlu bertitip pesan, berisyarat. Arwah mak kami pergi waktu kami meraikan pernikahan adinda Rosie. Pilu sebak, lukanya masih sampai sekarang. Bukan isu reda tak reda, pedih tu entah kenapa tak hilang hilang.

Inikan pula saya yang ada Airis. Berapa aje umur bersisa bersama Airis? Entah entah tak sempat pun tengok dia sekolah? Jadi yang mampu ditinggalkan hanya kenangan yang manis-manis, Ya, mungkin dengan sedikit catatan yang mak dia tulis merapu di fb, buat bekal anak kalau saya dah tak ada.
Sebab tu catatan di fb ni saya anggap satu diari yang saya memang print jadi buku hard copy untuk simpanan setiap anak. Lebih manis dari simpan album gambar.

Kekadang terlintas dalam fikiran...
Dulu, arwah nek lily tu kalau rumah dia, penuh buku jer
Dulu, arwah nek lily tu malas pergi kedai pergi pasar, nak masak, ayam belakang rumah jer. Telur ayam pun semua kutip sendiri.
Dulu, arwah nek lily tu garang... kuat bebel
Dulu, arwah nek lily tu gila kayu dengan pinggan mangkuk... haha tu semua arwah punya...
Dulu, arwah nek lily tu memang malas masak, tapi kalau masak macam bagi satu kampung makan... hahaha sebab kami kalau makan berulang ulang.
Dulu, arwah nek lily tu selalu kata kami adik beradik lelaki macam pirana... makan lima minit setel. Satu meja kami ngap.
Dulu, arwah nek lily tu kalau kami lapar jam 1 pagi pun buat cekodok udang sama bakar pizza ...

Ya... kenangan aje yang saya mampu tinggalkan. Apa lagi yang ada kecuali kenangan kan.
Saya dan suami kebetulan... kami sewaktu lahir sehingga ke sekolah... dibesarkan oleh arwah nenek masing-masing.


Umur 20 saya sudah menjadi isteri orang.... berapa singkatnya kenangan hidup bersama arwah mak.







Untuk anak-anak, seboleh mungkin, sedaya mungkin, semewah-mewah kenangan mahu kami tinggalkan. Esok lusa, kalau kami dah tak ada.. boleh jugak dijadikan bekal cerita cucu cicit.

ShareThis