Tuesday, March 24, 2009
AKU BUKAN SUPERSTAR - april ini di pasaran
Kawan-kawan di luar sana tentu ramai yang bercita-cita nak jadi penyanyi! Ada yang memang bersuara lunak. Ada yang serak-serak basah tapi tetap memukau bila menyanyi. Tak kurang yang bakatnya setakat suam-suam kuku tapi masih bercita-cita tinggi nak menjadi penyanyi.
Itu yang sekadar suam-suam kuku. Macam mana pulak yang bersuara mcm katak panggil hujan! Angan-angan pulak tinggi melangit. Mahu jadi superstar! Huh, payah bukan!
Emm, bukan mudah sebenarnya kalau nak jadi penyanyi. Masa saya jadi editor utk majalah rasmi Akaademi Fantasia, Aksi AF, satu ketika dulu... saya pun tumpang stress tengokkan adik-adik AF ni. Apa lagi kalau ada antara mereka ni mahu mencapai status superstar. Penyanyi perlu bijak serba-serbi. Kawalan suara, pernafasan, cekap berkomunikasi... semuanya perlu ada di dalam pakej! Selain tu kena kalis gosip, tebal muka, selamba kodok, kekadang terpaksa jadi plastik, buat muka toya.. eh macam-macam lagilah!
Tapi saya sendiri secara peribadi rasa tak tahan kalau ada mak bapak, atuk nenek bintang realiti program ni yg nangis guling-guling kalau anak/cucu/sedara mereka tak tercalon. Sedihnya tahap dewa macam dunia nak kiamat. Alahai...
Bagi yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi, mungkin kisah Aril Ali dlm AKU BUKAN SUPERSTAR ni boleh dijadikan teladan. Pilih kerjaya yang glamor belum tentu menjanjikan ketenangan hidup! Ketenangan lebih bermakna daripada kerlipan lampu kamera dan mikrofon atau baju bling-bling yang penuh glamor itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
48 comments:
another novel?
congrates akak
terus teringat lagu best dari project pop- bukan superstar!
miss zaza..
emm, alah novel kecil aje!
CD project pop tu akak beli tahun lepas kat indon.. memula dengar pening, lelama macam bestlah pulak
i pun pandai nyanyi gak..tp lam bilik ayo jerr...heheheh...
>>Segannya bila baca kaklily nak order kek dr i...muahahha..
kak, Buttercream tu kalo weather cam skrg nih 38°..mmg cayor la kak..wa x gerenti..heheheheh
Pesta buku kat mana kak??
novel kecil?
i dun think so la akak ;)
oh, akak ada CD project pop tu?
hehehe
"Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai"
have a nice day akak ;)
Kena beli nih ! Rasanya d kena mula baca balik novel2 melayu(malaysia) la kak lily,dah lama sgt 'larut' dgn novel2 indo dan english
p/s bg yg minat project pop try cari dan dgr juga lagu 'tenda biruku'...kelakar giler! Hehehe
JASMEEN..
kalau dekat memang akak order jer dari jasmeen, terliur sungguh tengok kek coklat yang melimpah-ruah toppingnya tu! akak ni kalau selagi namanya coklat, laju sungguh!
pesta buku kat pwtc mula 17-26 april.. kalau datang, bagitaulah ye
miss zaza,
CD tu akak beli kat bali, duit masa tu dah pokai sebab kena bayar duit jahit kepala anak akak si syafiq tu sampai 4 juta rupiah. tapi sebabkan adib imran anak akak tu nak sangat ... belilah jugak. murah pun kat sana. bila kat sini dengar berkali-kali memang rasa seronok pulak.. dlm hati berkali-kali sebut.. huh, mujur beralah dgn si adib!
Bintang,
rajin baca novel indon ke? tajuk yg mana? order ke beli terus kat sana? akak pun minat jugak novel dari sana.
D suka novel klasik indo ,sitti nurbaya,sengsara membawa nikmat,salah asuhan... 26hb mac nak ke medan,nak cari lagi novel2 lama. Yg moden kurang berminat hehehe.
Wahhh... tahniah lily dgn kelahiran nvl yang baru ni.
Amboi, amboi, amboii.. tahun ni menuah2 dia keluar buku baru. Caya la.. teruskan usaha.
DD, pergi medan? kat sana toko buku byk/besar macam jakarta tak? akak memang cadang nak memborong buku di sana. ingatkan nak ke jakarta. kedai buku 2nd hand pun banyak.. selamat berangkat ke medan ye!
Mersik,
Kita penulis keci-kecilan aje. Tak ada apa pun yg hebat. Menulis sekadar penuhi masa lapang dgn anak-anak.. cewah mcm berhemah pulak ayat-ayat ni ye!
Kat medan d xpasti la kak lily,tp dulu ada 1 toko buku kecil milik pak lubis di bandar medan,byk novel2 lama/bundle..rp15 ribu je sebuah. Kat jakarta di kwitang memang syurga buku2 bundle...cuma kena hati2 dgn pencopet je la huhuhu..dulu pegi sumatera masa tsunami,xdpt survey byk toko buku.insyaallah kali ni nak survey habis2an
ada tak novel ali topan, karmila ngan kabut sutera ungu.. kalau ada kirim.. akak sanggup bayar lebih!
Insyaallah kalau d jumpa buku2 tu d belikan,dah catit dlm buku tajuk2 tu ,memang kali ni nak shopping buku je selain jamu mata dan perut :)
kak lily..
tahniah kak. betullah mcm kata yg lain.. dari awal baca tajuk karya akak yg ni, terus teringat lagu project pop tu hehe.
makin bertambah list dah :)
erk kak.. lama tak jumpa chit chat kan. rasanya waktu pesta buku nanti kot boleh borak panjang2 sikit.
bila nak buat novel macam cerite Das Leben Der Anderen kak?
Mesti best!!
aha! akhirnya, dapat jugak saya berblogging.
oh! ni yang buat kak lily busy eh... insyaallah, hasilnya nanti membanggakan!
cover? hmm... simple and aril tu agak cute... saya bayangkan muka aril tu dalam realiti sebenar. ada la sikit2 muka macam kenalan saya. botak, tapi kacak! haha...
ni pun nak kena kirim nih! ye kak lily...
adeiii akak....giat nampakkkkkkkkk
i love akak so muchhh!! :) huhuhuhu
sila inform yee nnak beli!!!
rajin nya kak lily ni...bg semangat sket jd rajin mcm akak..hihi..terus release 2 novels.congrats!
sil,
betul.. lama tak jumpa!
lama tak sembang. nanti kalau ada kelapangan dan ada rezeki kita lepak di pesta buku ye!
kaninchen_of mersey..
alahai, akak ni penulis kecil-kecilan aje. terima kasih sebab singgah sini ye!
chenta mati,
harap harap chenta mati dapat baca dan komen buku akak tu ye! studi rajin-rajin
mrs sheikh..
apa khabar? lama tak nampak.. insyaAllah bila dah ada kat pasaran akak beritahu nanti ye kat sini.
suzie,
emm, itu sebab anak-anak kena belajar rajin-rajin. tak mau diaorang tu jadi penulis.. letih mcm akak ni selalu tak tidur malam kekadang sampai berhari-hari!
insyaallah...
tp baca lambat sikit la. sebab bulan 4 ni dah starts final. aku ada kamu, dengan aku bukan superstar ni nanti saya borong dekat BF 17hb nnt. kalau tak sempat, saya kirim dekat akak ye. habis je paper, saya terus baca, lepas tu kita lepak kat rumah akak, saya bawak pisang goreng panas, akak buat air teh, kita gosip pasal buku tu ey, dan kawasan yang sewaktu dengannya. =)
amboi chenta mati..
goreng pisang? bawaklah kek coklat ke, cheese kek ke.. pulut kuning ke.. hah!ha! ha! gurau aje..
kalau kelapangan, jemput ye ke rumah!
haha..
kalau ada rezeki saya buat butter kek. hah, kita sama-samalah rasa kek yang sangat biasa tu. hehe..
Tahniah Kak
;)
Ada teman yang boleh menyanyi lagu R. Azmi dengan baik sekali.
Salam kak lily,d dah balik dari medan...novel2 yg kak lily ckp tu xjumpa la :( tapi d borong byk buku karya sastera dan novel kat sana,murah2 je.ada karya2 taboo(bukan lucah ye)yg xmungkin masuk pasaran malaysia d beli.kisah yg cukup jujur,polos dan tidak 'memaksa' audien utk turut larut dlm jiwa watak2nya...
Salam Kak Lily...wah produktif betoi ni... sekali keluar kembar tak seiras ni hehe.. Apa2 pun semoga dua2 laku keras :-)
Wah jalan2 pi Medan...syoknya. Mesti shopping sakan tu :D
Dingin@bahruddin..
terima kasih tapi karya akak tu kecil-kecilan aje!
Insaflah..
saya singgah ke blog insaf.
byk ilmu dapat saya kutip!
Bintang
kenapa tak paste gambar2 berjalan kat blog... bubuhlah, boleh tumpang cuci mata
iza de bintang
alah, akak ni menulis bila ada mood aje. kalau rajin laju, kalau malas tu tidur aje!
D suka blog d 'polos' je,tanpa gambar,tanpa cerita...yg ada cuma 'rasa' .. Kalau nak pic nanti d email kat kak lily... Pemandangan sgt2 cantik dan damai...
Kalau kak lily tgk kat email box ada email drpd 0164909670@digi... Itu email gambar2 d hantar
bintang akak dah tengok ...
memang cantikkan..
eh, terus menulis di blog ye! akak suka baca puisi bintang
Puisi mana yg kak lily suka tu? Hehehe apa sangat la puisi2 tanpa tajuk tu...
Bintang,
hampir semuanya!
Tulisan bintang tajam dan bersahaja.
Jgn le puji2 kak lily..segan saya . Semua tu serpihan2 dari hidup saya...bukan timbunan kata,tp serpihan2 jiwa saya :) itu cara saya bercerita
lily,
camno nk dapat naskah percuma ye? hahaha..
Bintang,
serpihan hidup tulah yg tajam menikam dan lebih menusuk. tulisan d jujur dan ikhlas
kak lin..
nak percuma.. ha!ha!ha! jomlah jumpa masa pesta buku, bawa anak-anak sekali!
Puisi2 tu terlalu peribadi sebenarnya...d ingat d je blh faham hehehe.alhamdulillah ada lg org yg blh faham dan 'rasa'
salam lily...
Buku ini pun ibu beli kat gerai PTS hari tu...
ibu x perasan...ank2 yang dok memilih...
ank ibu bleh perasan plak,
"ibu ini bukan ke penulis yg kita jumpe kat booth NB Kara tadi?"
Ibu tak berkesempatan nak baca lagi sbb ank2 kata ni nvl dia org jadi biar diaorg yg khatam dulu...hehehe
OK DEAR...ALL THE BEST n trus berkarya...muah...muahhh..
assalamualaikum,kak lily
kak lily apa khabar , nama saya siti nurqistina bt abd jalil.kak lily boleh ke kalau kak lily buat aku bukan superstar 2.cerita dia memang terbaik la kak lily.saya kadang-kadang tak makan,dan buat kerja sekolah saya .sebab nak baca aku bukan superstar.saya memang best la kak lily .boleh ke kak lily buat aku bukan superestar2. please :)
daripada.
(siti nurqistina bt abd jalil)
Post a Comment