Thursday, January 31, 2019

Tuesday, January 8, 2019

NEFERTITI - PENULISAN2U / KARYASENI

#Repost @karyaseni

• • • • •
“Kau nak tahu... Baik... Kau dengar sini. Aku buat sebab aku suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip. Faham?” - Ziyad
.
“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau ada rasa curiga tu.” - Yasmin
.
Ziyad El Zamri terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri.
.
Yasmin dengan perjuangannya, tekad menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar.
.
Yasmin gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang menaruh cinta pada.
.
Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan kebenarannya.
.
“Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama. Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke akhirat.”- Ziyad
.

YUHUU... PERSOALAN SUDAH TERJAWAB ðŸŽŠðŸŽŠðŸŽŠ
.
ADMIN KONGSIKAN SATU LAGI NOVEL KELUARAN DISEMBER IAITU NOVEL "NEFERTITI" KARYA TERBARU DARIPADA PENULIS BEST SELLER, @lilyhaslinanasir .
.
JOM MUAT TURUN APLIKASI KARYASENI SEKARANG ATAU BOLEH TERUS PM Makcik Karyaseni DI FACEBOOK. HANYA BEBERAPA PEMBELI TERAWAL SAHAJA YANG AKAN DAPAT TANDA TANGAN EKSKLUSIF DARIPADA KAK LILY. APA TUNGGU LAGI? DAPATKAN SEKARANG!!! #Karyaseni #Penulisan2u#LilyHaslinaNasir #Nefertiti #NovelDisember #Novelmurah #Novelterbaik

Friday, January 4, 2019

REVIEW MAHARANI - ZAIRAIDAH ABU HASSAN

Terima kasih ya Zairaidah  Sudi beli, sudi baca dan kongsi review ni di Goodreads. Rasa nak tepuk dahi sendiri baca review Zairaidah. Tq dear Zairaidah kerana teliti membaca. Hahaaaa Allahu.. terima kasih untuk kritikan merangkap pertanyaan jujur Zairaidah perihal adik beradik Dida yang lain..... kak lily terlalu fokus tiga serangkai tu, Dida, Cahya dengan Edan. Jadi tercicir nak buat closer perihal adik beradik tu. Maaf sesangat. Apapun kak lily lega tu tak mengganggu pembacaan Zairaidah untuk khatamkan Maharani. Terima kasih ya untuk perkongsian ini








ShareThis