TEASER - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU -
CHAIRIL RAZLAN @ CR dengan SYIRAH ex -gf:)) Dan CR melaser tak sudah:))
CHAIRIL RAZLAN @ CR dengan SYIRAH ex -gf:)) Dan CR melaser tak sudah:))
ps: Petikan Siri Lapan IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - HARIAN METRO - Tiap Selasa:)
++++++++++++++++++++
“Siapa tu?”
Bingo! Kau dah kenapa Syirah? Apa hal nak cemburu! Gelak penuh dendam Chairil dalam hati.
“Staf baru I. Kenapa?”
“Amboi! Ajak pergi memancing kolam?”
Chairil mengangkat kening pura-pura tidak faham. Hidangan nasi di hadapannya disuap ke mulut tanpa mempelawa gadis yang pernah dipujanya dahulu.
“I yang ada ni you tak pelawa pun!”
“Eh, you memang tak minatkan benda-benda outdoor ni! Syirah biarpun kita ni dah putus kasih, I hafal segala perkara yang you tak suka.”
“Putus kasih tak bermakna tak boleh bersahabat kan?” Gadis itu seperti mahu menduga. Direnung wajah Chairil tanpa rasa segan dengan redup sinar mata penuh mengharap.
“Yang sudah tu sudahlah, Syirah.”
“Tapi kita kawan bukan?”
“Tapi kita kawan bukan?”
“Bersaudara sesama Islam. Memanglah!”
“You berdendam Chairil.”
“Taklah. Cerita lama kita simpan. Masing-masing dengan hidup sendiri sekarang. Buang masa semua ni.”
“I minta maaf kalau dulu banyak benda I buat sakit hati you.”
“Tak apa. I pun banyak belajar perangai perempuan.” Keningnya Chairil terangkat sambil tersenyum simpul.
“Tak apa. I pun banyak belajar perangai perempuan.” Keningnya Chairil terangkat sambil tersenyum simpul.
Syirah terdiam. Jus tembikai di hadapannya suku pun tidak mampu luak dari gelas. Berdepan dengan Chairil baginya memerlukan seribu kekuatan. Kalaulah dia boleh mengembalikan masa lalu... Syirah berkeluh sendiri.
“You sindir I!”
“Tak. Nak buat apa I sindir.”
“Bila kita berkawan kita makin faham.”
“Memang I pentingkan diri sendiri.”
“Tak. Nak buat apa I sindir.”
“Bila kita berkawan kita makin faham.”
“Memang I pentingkan diri sendiri.”
“Cool and chill, Syirah. Kita masing-masing belajar. I bertuah dapat kenal perempuan yang obses kerja, semangat luar biasa, dinamik, cekap dengan media sosial. I ni aje yang masih katak dalam gelas. You lainlah!”
“I hilang you.”
“Come on, Syirah! Bangun dari tidur tu! Eh, sejak bila you melankolik ni!”
Syirah terpempan. Hati lelaki ini memang tidak boleh digugah. Tidak makan dipujuk.
“Oh, lupa... I ni hidup zaman batu. Berapa dah you punya likers dalam fan page you. Instagram dengan twitter dah berapa ramai followers?”
Sengaja Chairil membuat serang hendap. Dahulu perasaannya rasa dihumban ke laut. Setiap kali bertemu, perempuan di hadapannya itu tidak lepas dengan iphone di tangan. Setiap saat setiap detik, laju sahaja membuat siaran langsung ke instagram, twitter dan facebook.
Demi kerjaya! I sukses, you patut bangga! Semua orang kenal I! Terngiang-ngiang kata Syirah satu ketika dulu bila Chairil menegur dengan hati rasa terpinggir.
“Apa cerita terkini? Eh, you masih beli likers lagi ke? Dulu you kata masa penilaian prestasi syarikat you memang ambil kira ya segala folllowers dengan likes di insta dengan facebook?”
Chairil dengan polos dan senyum senget bertanya. Polisi yang akhirnya menjadi punca hubungan dia dan Syirah berantakan.
“Masih macam tu. Untuk promosi, untuk branding. I ikut ajelah. Yalah kami jual produk dengan servis.”
Huh, jual produk, sampai jual diri pada publik! Semua nak dilondehkan! Makan nasi bodoh dengan telur mata pun nak cerita. Perempuan bimbo namanya tu! Chairil mencemuh di dalam hati.
Chairil dengan wajah yang bersahaja tanpa mempelawa Syirah terus menyuap hidangan di hadapannya. Biar naluri lelakinya hampir saja bergetar dan retak melihat raut wajah bundar Syirah, dia tahu, dia harus kuat. Kisah lama simpan saja dalam lubuk hati di dasar yang paling dalam.
Bukankah perempuan ini dahulu perempuan yang angkuh? Bukankah kejayaan dalam kerjaya itu dianggap penanda aras dalam hidupnya. Waktu aku terminta-minta, mengemis mohon persetujuan
“Chairil, you memang berdendam dengan I ya?”
“Ya Allah! Buat apa? Apa I dapat?”
“Kenapa nada you semacam aje?”
“Habis tu nak dua macam? You beritahu I, nak cakap macam mana?” Sengaja Chairil melibas kembali.
“Kita cuba macam dulu, Chairil.”
“Kita cuba macam dulu, Chairil.”
“Syirah, sekarang ni pun kita berkawan, bukan? Kekadang I tak faham dengan you. Dulu bila I tegur you marah. Sekarang bila I mula kagum, you kata I menyindir.”
“I tahu I tak pedulikan you.”
“Syirah, you patut bangga. Semua orang kenal you, semua orang berebut-rebut nak tegur you di facebook. Bangun pagi orang terus cari you di instagram. You bayangkan kalau you mati esok lusa, kalau dapat lima ratus orang daripada tiga puluh ribu pengikut you tu, atau seratus daripada yang ramai-ramai jadi likers you tu, sedekahkan fatihah.”
“Tolonglah Chairil... jangan buat I rasa bersalah!”
No comments:
Post a Comment