Thursday, November 12, 2015

Salam November:))

SALAM NOVEMBER!
SALAM DI MUSIM HUJAN!


Rasanya dah berbulan blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update.
Mintak maaf sesangat. Tak tahu apa benda yang sibuk sangat.
Tapi hahahaaa... memang sangat sibuk lately ni.
Sibuk dengan hal-hal duniawi.
Sibuk dengan hal kera yang tak pernah habis.
Dan bila tak sibuk tu, tetap jugak dicari kesibukan tu:))


Insya-Allah, mulai sekarang, blog ni akan kembali berkongsi banyak cerita.
Macam gigih sangat kan? Bukan. Bukan saya aje yang akan ada di sini.
Kalau diizinkan Allah swt, kalau tiada aral melintang, blog ni nanti akan ada
sahabat-sahabat saya yang berkongsi kisah, berkongsi cerita. 

Untuk mukadimah kali ni, RAHANA MD, sahabat saya, akan sesekali bersama-sama saya di sini.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam dunia kewartawanan, baik majalah dan akhbar, Rahana sesekali akan 'mencemar duli' menulis di sini. Buat Rahana, muahssss!! Tq dear sebab kesian kan sahabat yang tak ada masa nak menulis selalu di sini.

Dan, perlahan-lahan nanti blog ni akan diubah lay-out dan kandungannya akan dilabelkan. 
Novel bersiri saya di Harian Metro, Izinkan Aku Jadi Sayapmu, yang bersiaran sejak awal Januari 2015 sehingga Disember 2015, insyaAllah akan saya kongsikan di sini sedikit, sebelum saya terbitkan jadi novel bercetak ya. Terima kasih buat yang sentiasa follow cerita Pia Pemuk (Sofeatulaishah) dengan CR (Chairil Razlan) di page atau fb personal saya.


Sekali lagi,
Salam November
Salam di bulan yang sentiasa bergerimis:))
Daaaaaaa:))
RAHANA MD, sahabat yang akan bersiaran bersama saya di sini apabila dia berkelapangan. 




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.


1 comment:

Lily Haslina Nasir said...

Assalammualaikum
Memulakan sesuatu yang "baharu" bersama novelis dan rakan media yang sudah mantap ... moga kita terus bersemangat ya lily...kerana katanya sekali bergelar wartawan...selamanya menjadi wartawan..waima di mana kita menulis..matlamatnya sama..PERKONGSIAN.
Terjahan sesekali di sini harap harap masih ada yang mahu membacanya, sama-sama di sini...mari berkongsi rasa dan gembira, bangga dan lara..
Kritikan juga boleh...namun biarkan ia membina.

Bye dulu
RMD
18 Nov 15

ShareThis