Thursday, April 24, 2014

Review CINTA HILANG KATA - oleh NIK FAUZIAH NIK HUSSIN - KETUA EDITOR ERA MUSLIMAH

TERIMA KASIH YA Kak Nik Fauziah Nik Hussin, ketua editor majalah ERA MUSLIMAH untuk review novel CINTA HILANG KATA. Sangat details, sangat rinci dan sangat ruwet. Terima kasih dan kasih sayang untuk kak nik yang selalu beri nasihat dan komen serta berkongsi pengalaman dengan kita dalam bnyk urusan. Mohon kongsi ya kak nik komen tu di sini:))

+++++++++++++++++++++++++

Secara keseluruhannya..novel CHK mmg sangat berlainan daripada karya lily sebelum ni..malah boleh dikatakan kalau di kalangan penulis novel cinta..(yang akak pernah baca karya mereka) mmg novel lily ni sangat berlainan.

Plot chk ni.. tentang dendam, tentang pergolakan rumah tangga dan tentang manipulasi

Kisah keserakahan sifat tamak sehingga sanggup menjual akidah
demi nafsu yg tamak tak ada lagi nilai ukuran benar atau salah.. membujur lalu melintang patah

Ia juga sebenarnya satu satira kepada dunia penerbitan khususnya novel
sangat berani sebenarnya.
menegur dalam sindiran

Tentang dunia penerbitan yang org nampak indah dari luar.. ttg royalti dan kekayaan yang kononnya membaluti seorang penulis novel
pada akak..bagi yang ingin jadi penulis atau yang dah bergelar penulis...patut baca novel lily..

kalau mereka kata 'betul ke? tak jadi pada aku pun.." beware
benda tu boleh jadi pada mereka.
penerbit jgk perlu baca... Sebab jangan sangka penulis akan terus jadi pak sanggup sahaja untuk mereka penerbit dan editor kenakan

Kelemahan novel lily nih..satu terlalu banyak watak kot dan banyak cerita
tapi bagi akak mesejnya sampai.
unsur suspen tu ada..
Macam akak kata, kali ni bahasa dialognya agak di luar sikit dr kebiasaan lily..
kalau bagi akk...selama yg akak baca karya lily..bhs lily haslina ni selalu akak suruh budak2 baru menulis jadikan rujukan. Ayat yang cantik selalu dinikmati dari novel lily.

tapi unt CHK ni..dialognya agak ini ayat sempoi-mulut puaka-takde insurans punya
hahaha
tapi bhs lily tu mengingatkan akk pada zaman2 belajo dan dunia kewartawanan
apapun secara keseluruhannya kan...lily berjaya membuat satu kelainan dengan karya ni.

Bagi akaklah ia satu perkongsian pengalaman dalam sepak terajang dunia penerbitan kalau akak sorang penulis, akak sgt menghargai perkongsian yg lily letak novel lily ni.

Siapa yg mencari nilai ilmu, realiti hidup, takdir yang tidak kita tahu dalam hidup, harus baca novel CINTA HILANG KATA.

Rugi sgt kalau tak baca esp yg baru nak berjinak2 dgn dunia penulisan sbb ini lah pengalaman yg mungkin sblm ni dorang nampak manis2

owh ttg sabirah dan zaili..
dan mahyun jgk.. akak bersimpati dgn watak mereka..
pengalaman hidup yang pahit tu membentuk mereka menjadi manusia yg buruk sifat

banyak lah pengajaran dr nvl tu sebenarnya

klu nak tgk
mcm watak amirul..
taat yg membuta tuli pada ibu bapa
mmg bagus sorang anak yang sayangkan ibu dia..

tapi kasih sayang tu membutakan mata dia daripada membezakan yg mana yg syariat dan bukan. dari satu segi..mmg amirul ni sgt baik..sebagai anak
nurul jgk.. watak yg sayangkan org tua tapi terlampau memendam

Dalam nvl lily tu jgk ada unsur hubungan kekeluargaan, persahabatan
walaupun hubungan kekeluargaan yang negatif..tapi kasih sayang antara sabirah-zaili dan mahyun..tu bagus sebenarnya
cuma x bgsnya bertolong2 ke arah kemungkaran hahaha.. begitu jgk amirul dah jah gayah. Ni termasuk hubungan persahabatan, keeratan antara wanita ezzra nurul dan wanie

overall akk bagi 4*

lily patut tulis novel dewasa semula. pertajam balik..
2 tahun x menulis dgn nvl CHK tu berbaloi..
kalau dilihat dr isi yg cuba lily sampaikan..
ada isi. dalam santai pun mesti ada smthg kita 'bagi' pd pembaca
tu kelebihan pada wartawan yg jadi novelis
tkde lah jadi novel kawin paksa
hurm..

3 comments:

Audra Sazreena said...

Assalamualaikum Kak Lily..

Selepas 4 hari, baru la saya berjaya habiskan membaca novel terbaru kak Lily ni.

Perasaan saya bercampur baur bila baca novel ni - semua ada.. happy, gelihati, sedih, geram, jijik semua ada lah!!

Memang tak terkata dibuatnya. Tapi memang macam tu la kan.. realiti kehidupan penuh dengan pelbagai rasa. Cerita mistik itu bukannya luarbiasa pada sesiapa yang sudah terkena. Lumrah kehidupan masyarakat yang penuh penyakit PHD.

Dan agaknya kebetulan, saya juga ada rakan lelaki yang mulut puaka macam Deens.. tapi apa yang diperkatakan sememangnya sepahit akar kayu. Tapi orang tua kata, yang pahit itu ubat.. betul la tu. ;)

Lambakan novel sekarang ni dah klise sangat cerita cintanya.. saya rasa cinta Rain dan Nurul sangat "epik"!!

Memang patutlah judulnya lebih sajak "Love you in silence" ...

Thanks Kak Lily for this masterpiece. Harap harap ada lagi buah tangan Kak Lily selepas ni!!

Lily Haslina Nasir said...

Tq tq tq dear:))

Lily Haslina Nasir said...

Tq tq tq dear:))

ShareThis