Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014:))

SELAMAT TAHUN 2014, semoga semuanya baik-baik aje untuk kita. 1 Januari 2014, saya ke Bagan Datoh. Daftar Adib, tapi tuan punya badan masih MC di rumah:)) Kalau ke sana, saya mesti cari pisang goreng, air nira, jagung manis atau kerepek sepanjang Kuala Selangor. Tapi kali ni saya cuba karipap gergasi. Memang gergasi sungguh! Lebih besar daripada telapak tangan. Saya ukur dengan smart tag, hahaaa... kecik aje smart tag bila diletakkan sebelah karipap gergasi. Makan satu dah kenyang. Macam makan tengah hari. RM3.50 aje:))




SELESAI urusan ke Bagan Datoh, saya terus ke Damansara. Gumbiranya nak ambil kunci dari penyewa selepas tujuh tahun. Tapi bila jumpa, saya rasa macam haishh... macam baik pulak penyewa saya ni.
Ni perbualan kami:)) Punyalah  bertahun tak jumpa, dia pun tak kenal sangat saya.














Oh, ini Puan Lily ya? Maaf saya tak cam!
Saya dah cuba terbaik untuk cuci rumah ini. Sila masuk... Puan boleh tanggal kasut. Saya dah mop seluruh rumah.

Saya terhidu bau harum pencuci lantai. Wahhh... spontan saya tanya, dah berapa tahun ya you duduk sini? Haha soalan sengal tuan rumah kan... Boleh gitu, tak pernah ambil tahu! Dan Mr Chua sama tergelak.
Sangat lama Puan Lily, saya dah menyewa tujuh tahun!
My goodness! Saya pun tak sangka selama itu!

Kalau dikira wang ringgit, ya saya rugi besar. Sepanjang tujuh tahun tak pernah naikkan sewa, tak pernah ambil peduli. Mr Chua Chin Kok sewa hanya RM550 aje untuk kediaman yang berhampiran Ikea, dan luasnya 1,080 kaki persegi, tiga bilik tidur, satu bilik utiliti dan dua tandas. Saya bayar bank sebulan RM1,600.

Sewaktu saya ambil kunci. Saya sudah kira-kira dalam kepala. Harus saya kopak duit untuk membaiki rumah ini. Alhamdulillah, Tuhan kesiankan saya. Mr Chua yang tinggal seorang diri ni sangat pembersih. Satu kesan paku pun tiada di dinding. Berulang kali dia ucap terima kasih, siap pesan saya itu ini, pasal parkir kereta, pasal penyelenggaraan kediaman etc. Haishh... baik penyewa saya ni... rumah masih macam dulu. Tandas pun sangat bersih. Dia pula tak memasak di rumah. Pendingin hawa rosak dia ganti keempat-empatnya sendiri. Saya cuma perlu cat dan masukkan perabot saja selepas ini. Tak apalah, saya rugi duit tapi rumah tak rosak. Dan, selepas memandang lama kediaman ni, saya jadi tak pasti. Mahu dijadikan homestay atau disewa bulanan macam biasa. 

No comments:

ShareThis