Friday, January 3, 2014

PENUTUP 2013 yang MANIS:))

KEJUTAN yang manis apabila rakan kerja dahulu, tiba-tiba ziarah ke rumah untuk bertanya khabar Adib. Terima kasih ya kanda Jun (CUPCAKEKASIH), Khairol Bariah Kamaruddin, anakanda yang sweet, Ain Sabrina dan juga kanda Aziah Ali, yang sanggup bertabah menahan stress jalan yang sesak pada hari terakhir 2013 semata-mata untuk ke rumah saya:)) 

Kak Jun dan Bariah rakan sekerja saya, selepas tu masing-masing dengan haluan yang ditentukan Allah. Saya duduk rumah, Kak Jun ke Cosmopolitan sebagai editor pertama, sebelum chentanya beralih kepada baking dan segala kek. Bariah pula sekarang penerbit program Nona, TV3. Kak Zie, kawan karib kak jun yang memang kami kenal sejak di Jelita.

 Dua jam lebih Kak Zie dengan Bariah memandu, baru sampai ke rumah saya. Kesian sangat pada kak zie yang baru aje selesai waktu pejabat terus bersakit pinggang memandu ke rumah saya.

Terlampau banyak benda yang nak dikongsi dan nak ditanya, kekadang soalan bertindan-tindan. Masing-masing laju nak tanya itu ini, nak share cerita itu ini.... sampai saya rasa bersalah dengan kak jun, ada beberapa benda kak jun tanya saya tak sempat nak jawab sebab cerita dah melompat ke topik bariah dengan kak zie:)) 

haha, biasakan bila dah bertahun tahun tak jumpa! InsyaAllah saya selesai segala urusan, saya akan cuba cari masa jumpa jumpa santai dengan kak jun, bariah dan kak zie. Mana tahu ada trip lain selepas jakarta ...

Penutup 2013 yang manis apabila dapat bersama semua geng redah ke Jakarta entah 10 tahun yang lalu. InsyaAllah, ada rezeki, lain kali, kita sembang lagi panjang, dan ayam ayam di reban akan kita sembelih untuk makan-makan:)) 





1 comment:

Unknown said...

Ha ha ha...memang lawak temguk masing-masing, cerita penuh gaya. Tapi memang gembira dapat bertemu kawan lama dan singkap semula kisah manis tatkala sebumbung, sepinggan, semeja. Lily....takkan pernah lupa saat memburu ceritandengan awak....memang lilynhaslina yg sangat lasak walaupun berbadan dua. Kalaulah kita berempat dapat ke jakarta lagi...memang sukud syukur kat Allah swt berulang kali. Apapun perkara yg tidak ramdang lebih gempak dan menyeronokkan. Takecaren dinda Lily,...jangan lupa bagi tahu sebaik,sahaja perkembangan terbaru akhirnya tiba ke tarikhnya....

ShareThis