Tuesday, January 21, 2014

Angan-Angan, Ikan, Udang & Kolam

SAYA bising dia pergi memancing sampai kulit hangus hitam. Memancing ikan, dia bawa balik dua ekor bawal putih. Pancing udang galah dia dapat dalam 87 ekor. Dia jawab, "Harga barang mahal, ikan mahal, udang lagilah mahal. Mak patut bersyukur kita ada bakat nelayan. Ni kita sambut seruan kerajaanlah! Tak payah mak ke pasar. Kalau mak suruh sambung belajar lepas degree, tak mau buat kejuruteraanlah. Nak ambil perikanan. Macam best jer!" Dan si emak rasa mau pitam tetiba.







"Nanti, mak buatlah kafe buku dekat tanah mak area Sepang tu. Kat kafe tu nanti kita buat library, tempat makan lempeng, mi kari, ada cookies, kemudian ada jual buku. Yang paling penting ada siap kolam pancing tu. Haha mak tak larat nak jaga, kita boleh jaga! Amacam mak.... idea baguskan? Mancing sambil baca buku? Dekat kolam sea lion Klang pun tak ada benda ni!"

Saya tarik nafas dengar idea yang tak pasti bernas ke tidak dari syafiq tu.

"Nanti boleh buat cawangan kat tanah lot banglo yang achik rosie dengan achik azlan baru beli tu. Mesti berhasillah... Yaya nanti ada art corner dia, ada kolam pancing, ada kedai buku, ada kafe, ada library pinjam buku... cun lah mak!"

Ke main Syafiq... kalau berangan bab ikan, bab kolam, bab joran memang penuh energi dia. 

Balik dari perak selepas hantar Adib dan visit Anis, tak pasal pasal kerja si syafiq sama haiqal kena siang ikan sepat ni. Mengangkut 63 ekor ikan sepat dari bagan ke tronoh sampai ke selangor. Jam satu pagi baru selesai... tak larat dengan orang gila ikan dengan joran ni. Satu rumah bau ikan sepat. Tu belum masuk bau yang melekat dalam kereta. Siang malamlah nanti saya kena masak sepat sama udang yang  penuh dalam stok peti sejuk.



No comments:

ShareThis