Tuesday, November 11, 2014
SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 2
SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 2
Insya-Allah! You name it, you got it:)) Saya pengumpul buku dan majalah. Pembaca buku dan majalah. Semua saya beli. Majalah apa yang tak ada dalam simpanan. Al-Islam saya beli tiap bulan. Glam saya tak miss. Jelita, Intrend, Impiana, W&W semua saya kumpul. Nat Geo, Majesty, Royalty, Instyle semua saya borong biar kekadang nanges, satu majalah boleh jatuh harga RM39.00.
Pantang Rose Harissa beritahu saya. Kak Lily, kau baca ni... cerita dia lain. Kak Lily kau beli ni, novel ni berani gila, Kak Lily kau cari yang gini.. Kak Lily, gi blog ni. Baca cerita dia comel. Aku kagum. Ya, saya cari dan baca. Satu ketika, waktu filem Lagenda Budak Setan hangat, gigih saya dan Rose Harissa mengumpul semula novel Ahadiat. Habis saya rayau KL, Penang demi mengumpul semua siri Ahadiat. Kami baca, seronok, sembang santai dan rasa segar minda.
Tapi itulah.
Kami sembang habis di situ. Amat jarang saya dengan Rose mahu bawa cerita menulis di fb. Letih sebenarnya. Dunia penulisan kita kecil. Dan sebenarnya biar ada macam macam perancangan orang berkuasa dan yang berpengaruh, ia akan tetap begitu. Hahaha tak taulah kot zaman saya dah arwah esok lusa memang betul maju nanti...
Selebihnya kami seronok sembang pasal che ta yang beranak anggun comel. Kisah Rose yang kempunan beranak baby girl macam che tah. Sibuk bercerita fasal Fasha Sandha yang manis, macamlah artis tu jiran saya. Dan kekadang saya meroyan cerita pasal rumah dan dekor yang lawa lawa. Cerita di luar dunia penulisan, cerita di luar batas manuskrip ni kekadang menyegarkan minda. Menulis ni meletihkan. Kami berbincang macam berpuluh cerita dah ready plot. Tapi nak siapkan sebuah novel pun sayup setahun satu. Sebab? Kami ni kalau anak nak periksa, sebulan awal dah menjerit di rumah.
Dalam dunia penulisan ni bak kata Rose Harissa yang pinjam ayat Baim Wong, "Kalau sibuk melihat orang lain, kapan saatnya aku melihat diri sendiri yang masih banyak kekurangannya. Ketika orang membicarakan kita jangan pernah berusaha menjelaskan kerana penjelasan itu, kadang pembelaan diri. Setiap manusia ingin menjadi orang yang selalu benar. Cukup jadi diri sendiri. Biar mereka sendiri yang menilai seperti apa diri kita."
SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU - 1
SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU - 1
Stok novel makin membukit selepas saya terima hadiah hampir 500 naskah novel pelbagai judul dari pelbagai penerbit. Terima kasih Eynda Iynda yg hadiahkan kak lily koleksi kesayangan. Itupun majalah, novel dan buku ulang kaji sekolah yg sebanyak separuh rak ni dah saya berikan pada sekolah sekolah anak. Saya kumpul dan baca semua. Saya tak pernah diskriminasi karya orang waktu membaca. Saya juga tak suka judge karya orang. Bakat A mungkin hebat dlm tulis karya gedik, bakat b mungkin melankolik, bakat c mungkin penuh sastera dan falsafah ... bakat d mungkin santai sesantainya. Orang z mungkin tak pandai tulis macam orang y. Ilmu menulis ni Allah pinjamkan aje.
Penulis dipinjamkan sezarah aje. Bagi adik adik yg selalu pm kak lily tanya macam mana kak lily buat terjemahan, buat buku coffee table, buat novel, buat skrip dokumentari, tulis rencana etc.. jawapan cuma. .. baca semua:)) Buang ego, belajar, kaji karya yg hebat (jgn ciplak udahlah), merendah diri, Insyaallah peluang macam macam akan terbuka. Usah baca demi nak kaji dan cari buruk atau khilaf karya orang lepas tu pukul canang. Tak bestkan macam tu....
Stok novel makin membukit selepas saya terima hadiah hampir 500 naskah novel pelbagai judul dari pelbagai penerbit. Terima kasih Eynda Iynda yg hadiahkan kak lily koleksi kesayangan. Itupun majalah, novel dan buku ulang kaji sekolah yg sebanyak separuh rak ni dah saya berikan pada sekolah sekolah anak. Saya kumpul dan baca semua. Saya tak pernah diskriminasi karya orang waktu membaca. Saya juga tak suka judge karya orang. Bakat A mungkin hebat dlm tulis karya gedik, bakat b mungkin melankolik, bakat c mungkin penuh sastera dan falsafah ... bakat d mungkin santai sesantainya. Orang z mungkin tak pandai tulis macam orang y. Ilmu menulis ni Allah pinjamkan aje.
Penulis dipinjamkan sezarah aje. Bagi adik adik yg selalu pm kak lily tanya macam mana kak lily buat terjemahan, buat buku coffee table, buat novel, buat skrip dokumentari, tulis rencana etc.. jawapan cuma. .. baca semua:)) Buang ego, belajar, kaji karya yg hebat (jgn ciplak udahlah), merendah diri, Insyaallah peluang macam macam akan terbuka. Usah baca demi nak kaji dan cari buruk atau khilaf karya orang lepas tu pukul canang. Tak bestkan macam tu....
Friday, November 7, 2014
Review Yang Manis - CINTA HILANG KATA - Catatan MONALITA MANSOR
Terima kasih ya adinda Monalita Mansor yang sudi kongsi dengan kak lily review CINTA HILANG KATA. Sejujurnya saya cuak dengan Mona. Dalam memilih karya, saya tahu dia cerewet. Saya juga tahu dia amat teliti bab-bab tatabahasa dan ejaan. Alhamdulillah, CINTA HILANG KATA serasi dengan selera Mona:)
- Monalita Mansorsaya dah habis baca CHK - bagi 10 bintang le kat akak - saya kategorikan ia kisah manusia @ kemanusiaanCinta itu kemanusiaan - dalam kisah Rain dgn Nurul - tak ada cinta dalam erti kata cinta hakikat (kasih sayang dalam berumahtangga) tak membawa ke mana - kisah Amirul dgn Nurul.
- Monalita MansorManusia dinamakan manusia bernafsu besar dan timbul isu-isu sekitar - hasad dengki, caras-mencaras, hasut -menghasut - watak Sabirah dan Zaili, masuk juga Kak Muna, Mahyun dan Jah Gayah terutamanya.Terus bergulat sekitar manusia ialah apabila sanggup bersekutu dengan bukan sejenisnya untuk merosakkan manusia lain - watak yang lima kat atas tu.Tapi yang paling best ialah : segala kerenah penerbit, kerenah editor, penulis malah pembaca sendiri akan kupas habis-habisan dan sangatlah memanaskan punggung mereka-mereka yang terlibat (kalau mereka sedar dan merasa pedasnya cili yang akak bubuh dalam sambal terasi tu)Gaya bahasa akak memang tak berubah - masih konsisten malah makin cantik. Dan bahasa-bahasa 'puaka' yang masuk sekali tu, saya tak tahulah tapi watak Deens tu memberi banyak info tentang bangsa lelaki.Watak Ustaz Arif yang selamba. Kak Melah dan Firdaus yang menguatkan cerita. Tapinya saya nak tanya asal akak guna nama Sabirah ek? kalau kat tempat saya 'birah' tu maknanya gatal hihikesilapan memang 0.01% la. ejaan alhamdulillah cumanya ada satu part yang saya kesan masa (novel kat umah) masa part Nurul ke Eza cakap kat diri sendiri - dalam bahasa inggeris suruh menulis. tetiba perkataan akhirnya waiting
Ni catatan di blog MONALITA MANSOR
Assalamualaikum.
La, mesti korang dah nampak kan entri pasal CHK ni tempoh hari. Apa yang buat aku nak ulang lagi? Hari tu, aku tulis masa belum habis baca. Sekarang dah habis baca.
(dah tak menulis ke Cik Mon? asyik review novel aje...hihihi)
Hmm...Love You In Silence. Cinta Hilang Kata. Mesti kat jelapang minda (pinjam ayat penulis) ingat ini cerita cinta. Aku pun sama - mula-mula.
Dahlah novelnya besar gedabak. Tebal pulak, memang kelas Kamus Dewan, tinggal lagi dia tak berkulit tebal aje. Tapi bila aku habis baca, aku faham. Penulis dan penerbit cuba menyampaikan sesuatu melalui saiz, ketebalan, kaver dan tentu sahaja isi cerita. Aku panggil 'rebel with a cause' - kwang...kwang...kwang.
Aku suka kata novel ni novel kemanusiaan. Kata kuncinya manusia.
Manusia itu merujuk kepada Nurul Masmin. Watak utama yang memang manusia sifatnya. Berserah, pemurah, akur pada kehendak orang lain, tetapi pada masa yang sama memimpin pemberontakan secara terpimpin di dalam hati (rujuk bab dia panjat pagar asrama lelaki dan p gunting boxer Amirul!)
Manusia juga merujuk kepada Rain Akhtar, seperti adanya lelaki di luar sana. Takut-takut berani. Manusia merujuk kepada Amirul yang memegang mazhab separuh-separuh. Taat mak (perempuan) wajib/menjahanamkan duit bini, tak bertanggungjawab (perempuan juga) wajib.
Manusia diwarnai hasad dengki, tindas menindas, caras-mencaras, malahan ke tahap yang paling gampang, paling sial (kata kasarnya) bersekongkol dengan syaitan. Syaitan pun pening kepala! Penulis pula macam sengaja membiarkan syaitan-syaitan dalam bentuk manusia ni menang. Sesuatu yang sangat tak disukai oleh pembaca. Rupa-rupanya, di dunia nyata itulah realitinya kerana yang mungkar itu akan selalu kelihatan menang.
Panjang review nih!
Tapi, dalam banyak perkara, penulis dengan selamba tenuknya menerusi watak Nurul Masmin, Ezra, Che Wanie, Deens, Sabirah (eiii), Zaili, dan Kak Muna telah menelanjangkan sampai nampak nyata kudis, panau, kurap, kayap, kudis buta, lebam, bengkak dunia penulisan. Daripada kepala - ragam penulis sesama penulis, editor, penerbit, pengedar dan akhirnya pembaca. Kesemuanya.
Thursday, October 30, 2014
Bila Che Bunga Beralih Bulan, Bila Mood Swing Datang:))
Dalam seminggu lagi nak masuk tujuh bulan, Ikut umur patut macam baru nak masuk enam coz tak cukup bulan si kenit ni lahir....
Bila nak dapat akal baru aje, semua mood jadi tak baik:))
Tak padan kenit, bisingnya mulut:))
Terserlah kecik kecik semua nak cepat:))
Part tu macam abang che bunga kata... tu ikut mak lah tu!
Semua nak cepat. Semua nak laju. Slow sikit, lambat sikit, kena jerkah.
Che bunga kalau bab makan yess... yang benar umur dua bulan dah mula makan.
Tu masing masing kan... ada yg kata kena ikut rule umur 6 bulan baru makan.
Haiqal dulu umur tiga minggu dah bagi nestum dengan botol susu. Jadi bila kenyang, kenyang susu, kenyang makan... dia tidur lena. Che bunga memang champion bab tidur. Kalau angin baik, jam 11 pagi baru bangun. Siapa jaga kena bangkit sendiri bagi dia susu, tukar diapers etc. Rekod cemerlang gemilang terbilang bila dia pernah seminggu bangkit jam 12 tengah hari sharp. Rajin anak dara kan....
Abang che bunga yg asyik sakit, yg memang BENCI MAKAN, yang dah besar sampai kena operate, tu hah.. si Adib. Cuma adib ni dalam kurus dalam sakit-sakit (dia ni penyakit yg dicari) memang paling paling lasak. Panjat dan terjun dari bumbung rumah kami ni selamba aje...
Tapi entah ngapa tetap tak mau debab che bunga ni. Tak macam abang Haiqal yg lahir aje dah 4.5 kg. Segala food dalam bentuk liqiud macam telur ayam kampung separuh masak, kentang putar, sup cendawan, nestum disuapkan bersama susu... cuma yess... che bunga sangat lasak. macam boy pun ada. umur enam bulan dah berkeliling ruang tamu dengan walker kejar abang roy si kucing debab. Berat tulang rasanya dia
Eeee kak lily... kecik kecik bagi makan bahaya... perut nipis..
Siapa suruh suap nasi biji biji tu... saper suruh suap yang likat. Dah disebut bagi dalam bentuk cecair. Epal, mangga, pisang, che bunga makan dalam bentuk liqiud semuanya.
Tak sakit perut ke? Merepek aje bagi anak makan awal.. tu nak aniaya anak...
Hahahaa... mak che bunga punya anak sulung dah 21 tahun hokey... tu dah besar panjang dah... semua pesen tu... tak bagi makan harus meraung bebudak ni asyik nak berjaga malam.
Che bunga kalau ikut kami pergi sarapan atau makan lewat malam.. utk dia mesti pesan kat mamak telur separuh masak.
Tak alergik.. haha tu badan memasing lah kan...dia pun still bf jadi isu antibodi badan bukan isu selain makan segala benda. Haha kek coklat tok sah cakap.... tapi taubat bagi coklat midnight. Sampai subuh dia melompat.
Gila seh tak jaga pantang...Yesszza ramai kawan mak che bunga menggeleng bab ni... errr tapi bila cakap, Dear, she is my anak kelima, anak yg sulung pun dah masuk u, yg no dua pun dah masuk U, hahaha mak che bunga bukan baru setahun dua bela budak:) muahmuahahaaa... jadi tu masing masing lah ya...
Hahahaa... like mak, like anaklah kan...
Mak che bunga pun mana reti pantang.
Hahahaa... masuk ward pun dengan darah tinggi 199/122 selamba aje drive sendiri pukul 1,30 pagi ke hospital dengan jarak rumah -hospital pantai kl tu almost 50 kilometer.
Dan, yess... lepas czer pun, after 16 days dengan high cut punya but, jeans dan blaus tebal boleh jenjalan ke KLCC... Hari ke 21 boleh gi bookfair meround atas ke bawah hujung ke hujung dewan.
Tak bentan, tak pitam...Hahaha esok nanti sakit sakit badan... dah tua merana!! Ada yang mengusik menyakat gitu... Allah!! Mak che bunga dah tua dah pun:))) nak muda apanya lagi...
Ginilah,,,, benda gini badan sendiri, sendiri rasa sendiri boleh agak. Kalau dah terbiasa semua tak boleh dari awal. memang tak bolehlah, kalau dibuat jadi bentan.
Macam mak che bunga, sejak zaman syafiq lahir 1993 mana ada nak ikut pantang. 14 hari dah merayap tengok wayang dengan skirt pendek masa tu:)) Umur 21 masa tu...
Dan arwah nenek che bunga pun dulu tak suka berpantang sangat ni... apa pun buah buahan makan aje. Hahaa.. cuma yess air batu aje sumpah tak berani. Dulu kalau mak che bunga tanya arwah Cikgu Jamilah, apa boleh apa tak boleh... Arwah akan jawab, aku makan semua! Tak ada pantang-pantang.
Kak lily hang memang tulang besi urat dawai...
besi tak besi, dawai tak dawai, siapa sanggup minum pati mengkudu 9 biji sehari, Kenapa biji, bukan pati dalam botol? Sebab buah mengkudu pun petik dari pokok sendiri kat laman rumah. siapa sanggup minum air kunyit halia campur kencur setiap hari seliter.
siapa sanggup makan sup haruan fresh yang ditangkap hidup tiga ekor sehari (dan stok ikan haruan hidup dalam kolam ada berpuluh ekor yang wajib dihabiskan), siapa sanggup minum air susu kambing yang diperah dari mak kambing seliter setiap hari? Tu tak termasuk dipaksa telan pati ginseng dalam botol kecik tu.... sehari sebotol kecik. Sumpah hamis...
Siapa sanggup makan sebungkus kecik manjakani setiap hari:))) muahmuahahaaa... sanggup? haha kalau sanggup insyaAllah nanti macam mak che bunga... masa belum genap sebulan che bunga lahir, dik panas sangat, mak che bunga selamba aje mandi jam 2 pagi... kalau gigih makan telan benda benda pelik tu dengan penuh disiplin, bravoooo... tak payah nak makan ubat bagai, badan insyaAllah ok.. tapi hahaha ni kena praktis sejak zaman moda rumajalah ya...
Panjang berjela mak che bunga taip ni.
Bukan apa kekadang letih nak jawab soalan macam... kak lily makan apa? kak lily tak jaga pantang, tak sakit ke? hishh kak lily ni berani sangat...
Bukan tak jaga pantang.. tapi itulah... siapa sanggup makan segala benda yang mak che bunga sebut tadi.... tu semua adalah makanan dan minuman yang jadi rutin mak che bunga tak semesti lepas bersalin. Macam mengkudu, manjakani memang jadi amalan harian. Cuma kunyit tu aje yang tak lalu sebenarnya.
Atau ada kata entah entah luka tak baik sebenarnya...
Tak tau nak kata sebab ni pertama kali buat pembedahan. Tapi kagum sendiri masa nurses dengan dr idris sendiri tegur jahitan dalam tempoh empat hari sangat kering, Mahu tak kering.... sebab sedar aje dari czer tu, mak che bunga dah dipaksa telan semangkuk sup pati haruan, ikan fresh dari kolam sendiri, sebotol ginseng, sama gel gamat. Memang masa tu terasa luka jahitan macam sangat ok.. yelah.. kalau tak, mana mungkin selamba badak mak che bunga gi jenjalan kalau sakit kan.
Ingat lagi, ngeri jugak bila waktu doktor dan nurse periksa jahitan tu, ditekan-tekannya. Haishh dalam kepala mak che bunga.. baru empat hari awat ditekan-tekan. Ada gua meraung dik terbuka jahitan perut ni. Hahaa.. dan yes.. doktor siap kata, "Kering. I tekan nak tengok kot ada yang masih basah atau ada gelembung. Good, Dah kering" Seriau masa ni. Dan jahitan tu putus sendiri sebelum seminggu.
Masa belum sebulan czer, mak che bunga dah drive ke hulu ke hilir dari rumah ke Seremban. Urus akak che bunga yang nak masuk UTP masa tu. Badan tak gigil? Tak sejuk? Itulah benda yang mak che bunga makan tu memang dah cukup buat badan panas. Tak makan jamu beli ke... ubat orang dalam hari ke.. semua blend sendiri aje kat dapur benda yang disebut tadi. Susu kambing kalau tiap hari seliter minum, memang panas tak usah cakap. Tapi tak mudaratkan baby pun.
Tapi again, ni jangan dicuba kalau badan tak kuat... ada yang rebah tak pasal pasal:)) mak che bunga ni siapa yg rapat memang tahu sangat brutal dan pejal. Kalau tak mana mungkin masa carry che bunga, mak che bunga boleh selamba aje ke hulu ke hilir, drive satu pagi, dua pagi, panjat tangga macam kuil batu cave yang tinggi tu kat ISTAC masa sibuk shooting dengan al-hijrah,
Turun naik tangga melangit tinggi lagi curam tu mau rasa susut badan dari pagi sampai ke petang:)) haram sorang krew pun tak tahu mak che bunga dah carry che bunga enam bulan masa tu.,... lasak ke main:)) yelah dulu masa kerja, kalau lembik slowwww macam jeli mahu kena sergah dengan bos:)) maklum kerja selalu outdoor kan. Kerja macam kami dulu mana boleh slow motion. Hahah, bos dulu, dia berjalan pun macam berlari-lari anak...
Panjang dah ni... mak che bunga share semua ni sebab kekadang tak sempat nak explain panjang panjang pada sahabat di fb yg pm tanya itu ini,.... tanya makan apa, pakai ubat apa... kenapa tak jaga pantang, tak sakit ke... benda ni diri masing-masing. Yes, lain orang, lain caranya. Mak che bunga selesa cara sendiri.
Okay daaaaa.... nanti sambung ya:))
Asal beralih bulan aje, moody bukan main....
Tuesday, October 28, 2014
Terima kasih semua yang membantu:)))
Roy yang sangat cool temankan saya sampai siap kerja dalam tempoh hura hara deadline berminggu minggu ni:))
Dah hampir sebulan sebenarnya... dalam ribut memasak di rumah, dalam kecoh abang kakak che bunga balik bercuti, dalam rengek che bunga yang makin mengada, mak che bunga kalut dengan kerja demi kerja. Kekadang bertindan tarikh, Badan di Perak, hati memikirkan kerja terjemahan yang perlu diselesai. Kerja terjemahan yang bersimpang-siur sebab base company produk tu di Paris, kerja jadi ruwet, Siap di sini, send ke Singapore untuk pengesahan. Kira cerewet dari segi teknikal ni kekadang meletihkan.
Apapun terima kasih ya Khalidah sebab banyak membantu. Sanggup jadi PA, temankan mak che bunga dan sama sama ke Perak jam empat pagi berminggu minggu lamanya. Sama-sama balik Kl jam 11 malam. Terima kasih buat Amy yang cekap jaga che bunga dengan kasih sayang. Oh, saya kalau tak ada orang sekeliling saya yang sangat baik hati ni tak mungkin saya dapat lunaskan kerja kerja saya ni dengan selesa.
Juga pada abang kakak che bunga yang kena kerahan tenaga tolong key in bahan sebab mak che bunga ada waktu rasa stress jugak dengan deadline.
Dan akhirnya..
Alhamdulillah... siap jugak. Macam biasa... macam tak percaya siap dalam masa yang singkat. Menaip tanpa tidur sepanjang 48 jam:((
Allah! Lega! Terasa macam hilang paku di belakang tengkuk. Selagi kerja tak siap rasa macam pontianak kena paku kat belakang tengkuk ni. Hampir 48 jam tak tidur. Dengan segala fakta, dengan segala gurindam, dengan segala pantun klasik, dengan segala bahasa istana, dengan segala protokol....Haihhh! Tarik nafas lega. Alhamdulillah! Siap teks untuk satu buku. Macam biasa lepas tu mak che bunga ganti tidur:))
Nasi lemak jam 5.30 pagi:))
Meeting dan meeting dan tulis buruk saya dalam keadaan mengantuk.
Alhamdulillah! Temubual terakhir saya dengan Tan Sri Ramli Ngah Talib, menutup kerja temubual saya untuk projek yang satu ni. Tersengih sengih Adib bila kena interview dengan Tan Sri:))
Budak kurus yang berangan nak kereta macam kat belakang tu:)
Ni darling saya, Khalidah Atikah yang banyak bantu saya kalau saya tengah sibuk:)
Mi kicap ipoh mali sama setem lama:)) Setem lama tu selingan, dibeli buat hilangkan stress kerja:))
Terima kasih buat bos bos yang urus dan aturkan sesi interview ni.
Dah hampir sebulan sebenarnya... dalam ribut memasak di rumah, dalam kecoh abang kakak che bunga balik bercuti, dalam rengek che bunga yang makin mengada, mak che bunga kalut dengan kerja demi kerja. Kekadang bertindan tarikh, Badan di Perak, hati memikirkan kerja terjemahan yang perlu diselesai. Kerja terjemahan yang bersimpang-siur sebab base company produk tu di Paris, kerja jadi ruwet, Siap di sini, send ke Singapore untuk pengesahan. Kira cerewet dari segi teknikal ni kekadang meletihkan.
Apapun terima kasih ya Khalidah sebab banyak membantu. Sanggup jadi PA, temankan mak che bunga dan sama sama ke Perak jam empat pagi berminggu minggu lamanya. Sama-sama balik Kl jam 11 malam. Terima kasih buat Amy yang cekap jaga che bunga dengan kasih sayang. Oh, saya kalau tak ada orang sekeliling saya yang sangat baik hati ni tak mungkin saya dapat lunaskan kerja kerja saya ni dengan selesa.
Juga pada abang kakak che bunga yang kena kerahan tenaga tolong key in bahan sebab mak che bunga ada waktu rasa stress jugak dengan deadline.
Dan akhirnya..
Alhamdulillah... siap jugak. Macam biasa... macam tak percaya siap dalam masa yang singkat. Menaip tanpa tidur sepanjang 48 jam:((
Allah! Lega! Terasa macam hilang paku di belakang tengkuk. Selagi kerja tak siap rasa macam pontianak kena paku kat belakang tengkuk ni. Hampir 48 jam tak tidur. Dengan segala fakta, dengan segala gurindam, dengan segala pantun klasik, dengan segala bahasa istana, dengan segala protokol....Haihhh! Tarik nafas lega. Alhamdulillah! Siap teks untuk satu buku. Macam biasa lepas tu mak che bunga ganti tidur:))
Nasi lemak jam 5.30 pagi:))
Meeting dan meeting dan tulis buruk saya dalam keadaan mengantuk.
Alhamdulillah! Temubual terakhir saya dengan Tan Sri Ramli Ngah Talib, menutup kerja temubual saya untuk projek yang satu ni. Tersengih sengih Adib bila kena interview dengan Tan Sri:))
Budak kurus yang berangan nak kereta macam kat belakang tu:)
Ni darling saya, Khalidah Atikah yang banyak bantu saya kalau saya tengah sibuk:)
Mi kicap ipoh mali sama setem lama:)) Setem lama tu selingan, dibeli buat hilangkan stress kerja:))
Terima kasih buat bos bos yang urus dan aturkan sesi interview ni.
Ziarah Kak Nik Fauziah dan Kak Zurina
Dah lama saya tak jumpa Kak Zurina Shafie. Kakak, sahabat yang saya kenal sejak umur 15 tahun. Sama sama menulis di DBP. Sama sama produk MPR. Alhamdulillah, ukhwah masih kekal.
Kebetulan Kak Zurina sahabat pada Kak Nik Fauziah, bos besar majalah Era Muslimah.
Maka berancang rancanglah kami nak berjumpa.
Asyik tertangguh dik jadual saya yang huru hara.
Alhamdulillah... sempat jugak akhirnya.
Saya mencuri masa deadline saya untuk siapkan apa patut,
Masak pun ralat tak ada sup, tak ada rendang, cuma gulai gulai biasa aje sama ayam bakar. Aiskrim makan dengan tapai pulut utk gantikan kek sebab tak sempat baking. Che bunga nanti sibuk sekali ke dapur. Jadi masak apa yang sempat aje masa tu.
Sembang sepusat sepusing kerja.
Sembang sepusat sepusing dunia majalah.
InsyaAllah, ada peluang kita jumpa lagi ya KAK ZURINA DAN KAK NIK FAUZIAH:))
Gigih mak che bunga gi cari kedai antik untuk menambah koleksi pinggan lama ni, Ni semua macam terapi bila tengah deadline dan kerja bertimpa timpa. Dalam minggu minggu tu memang berselang sehari keluar rumah jam empat pagi, meeting sana meeting sini, lewat malam baru pulang KL. Bila dapat beli benda benda rare ni... hahaha sengih suka. Bak kata syafiq... beli mak! beli banyak banyak. Mak mati kita orang jual barang antik mak. Saya jawab... hahah juallah. Nanti hantu mak keluar ikut teko antik tu!
Tq Tq Amy sebab tolong kaitkan buah.
Alhamdulillah, sampai jugak dua kanda merangkap sahabat ni ke rumah saya.
Resipi main campak campak:))
Rezeki Kak Nik dengan Kak Zurinah, masa kait mangga dapat jugak dalam empat baldi.
lilin tu bukan fefeeling makan bawah lilin tapi nak elak serangga ke lalat ke...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)












.png)
.jpg)
.jpg)







.jpg)
.jpg)












