Terima kasih ya Zairaidah ❤❤❤ Sudi beli, sudi baca dan kongsi review ni di Goodreads. Rasa nak tepuk dahi sendiri baca review Zairaidah. Tq dear Zairaidah kerana teliti membaca. Hahaaaa Allahu.. terima kasih untuk kritikan merangkap pertanyaan jujur Zairaidah perihal adik beradik Dida yang lain..... kak lily terlalu fokus tiga serangkai tu, Dida, Cahya dengan Edan. Jadi tercicir nak buat closer perihal adik beradik tu. Maaf sesangat. Apapun kak lily lega tu tak mengganggu pembacaan Zairaidah untuk khatamkan Maharani. Terima kasih ya untuk perkongsian ini❤❤❤
Friday, January 4, 2019
Sunday, December 30, 2018
Mengkritik Usah Dengan Emosi
MACAM biasa, selesai deadline, saya suka buat pembersihan ruang kerja. Menyusun semula segala bahan bacaan, segala majalah atau apa saja yang menggunung atas meja. Ada yang terselit entah di bawah rak, di dalam laci. Kemas punya kemas, terjumpa keratan akhbar Berita Harian, Ruangan Sastera dan Budaya, 27 Februari tahun 1992. Judul rencana, "Reaksi Terhadap Forum Pena' Itu saya yang tulis sebagai balasan tulisan Almarhum Wak Ismas Saring, "Hasil Sastera Remaja Membimbangkan."
Saya ingat lagi masa tu saya tahun satu di UM. Darah muda kan... cepat aje emosi bila orang mempertikaikan sastera remaja. Cepat aje rasa nak menjawab. Acah-acah rasa diri dalam kelompok penulis remaja yang menulis sastera remaja. Jadi kenalah angkat sepanduk... kibarkan panji-panji!
Saya tak sangka pulak, tulisan saya tu bersahut. Tuan Ashaari Muhammad balas tulisan saya. Maka terpampanglah Ashaari Jawab Lily Haslina.
Saya tak sangka pulak, tulisan saya tu bersahut. Tuan Ashaari Muhammad balas tulisan saya. Maka terpampanglah Ashaari Jawab Lily Haslina.
Huwaaaa... masa tu kan... rasa macam haishhh... nak berjuanglah sangat! Pantang orang mengata sastera remaja ni kosong, sastera remaja ni hampas, sastera remaja ni macam anak seluang mabuk di lautan... cepat aje rasa melenting., Hahahaha boleh bikin angin satu badan. Boleh terketar jari, nak marah, nak menjawab.
Selepas rentetan diri rasa glamor kejap nama terpampang gitu, saya sebetulnya resah gelisah kalau ke DBP atau ke mana-mana majlis sastera. Seriau rasa kalau terserempak dengan Wak Ismas Saring sama Tuan Ashaari. Macam diduga, dunia penulisan Malaya ni kecil kan... pertemuan tak sengaja tu tak boleh nak dielak.
Saya gemuruh tapi sesungguhnya otai-otai zaman saya ni sangat berhemah. Sangat santun, tertib dan mesra malah lembut bertanya khabar saya dan geng-geng penulis lain yang muda belia. Kami yang terpinga-pinga malu. Garang tegas mereka pada tulisan, tapi masing-masing jelas sangat meraikan kami anak-anak muda waktu itu. Sesekali dalam gelak, gurau pasti ada terselit pesanan mereka, "Tulislah apa saja, karya cinta pop atau sastera berat... pastikan ada mesej, ada isi dan dapat memberi kesan pada masyarakat."
Hari ini, 30 Disember 2018, apabila saya terjumpa semula keratan akhbar ini, saya senyum sinis pada diri sendiri. Huh, dulu kemain lagi menjawab-jawab sampai ke surat khabar kalau ada orang mencuit sebarang isu hal karya remaja. Dan, saya patut bersyukur sebab otai-otai dahulu tak labelkan saya ni kuat menjawab, cabul, biadap atau kurang ajar. Mungkin sebab bila menulis di akhbar, susunan ayat tu jadi tertib kan!
Dahulu, dunia penulisan biar sesekali marak apinya di dada akhbar atau majalah, tetapi kami tetap saling menghormati apabila bertentang mata. Jarang berpuak, jarang nak tunjukkan sikap keakuan, aku lebih bagus, kau budak mentah jadi shut up dan diam... atau kau orang tua, karya dah tak relevan, pi main jauh-jauh.... hahahaha... tak pernah ada rasa begitu. Mungkin sebab itu juga dahulu, hubungan mentor mentee sangat akrab. Arwah Dr Othman Puteh, arwah Dr Mohd Sahlan, arwah Prof Abdullah Tahir, arwah Razak Mamat, arwah Tan Sri A Samad Ismail.... ramai lagi kalau saya nak sebut... sentiasa menjadi pembakar semangat kami.
Orang lama mungkin sesekali berbunyi mengkritik kami. Err tipu kalau kata tak sentap. Sesekali berderau jugak darah, rasa macam aigoooo.... eh, aku tulis dah cukup effort kot. Tapi mungkin sebab waktu tu kami sentiasa pegang, pada adab dan tertib. Kami senyum dan kami menerima dengan senang hati segala komen otai. Dan terpaksa diakui di sini, otai-otai dulu melayan junior dengan penuh kasih sayang. Terserlah jujur dan telus. Tiada langsung sifat angkuh atau rasa diri yang terbaik. Akulah ratu atau akulah maharaja untuk sekian sekian genre. Oh, perlu saya sebut di sini... cara orang lama, amat pantang mengangkat dan memuji karya sendiri. Pujian atau cercaan lahir dari tangan pembaca. Penulis menyerahkan pada pembaca menjadi juri dan hakim. Untuk itu juga kami dengan rasa rendah diri, reda terima kritikan. Dengan semangat mahu baiki karya. Bukan dengan perasaan tersinggung, kemudian menikam belakang.
Senario gini rasanya macam dah semakin pupus saya perhatikan. Yang berasa diri hebat berilmu dengan kononnya aliran pemikiran yang tinggi, kekadang angkuh mengkritik. Sayang tak boleh terima teguran. Rasa pendapatnya saja yang terbaik. Akhirnya mudah saja berbalah di ruangan komen kalau ditegur secara terbuka. Yang muda belia pula, cepat sentap, cepat saja mencarut, mencemuh, menyindir kalau diri terasa ditegur. Itu belum lagi bab angkat senjata, hambat kuda perang, kibar panji dan serang balas melalui kempen-kempen di PM facebook.
Bila dah tersentap, tulisan di fb pun nadanya sangat melahar, berbahasa kesat, kekadang mencarut di media sosial. Tulisan kasar di khalayak sebenarnya bertentangan dengan sifat fitrah seorang penulis., Bukan ke penulis itu seharusnya insan yang kaya budaya, tertib dan penyambung kelangsungan tamadun bangsanya... ni kalau menulis di media sosial, asyik bernada maki hamun, penuh angkuh, di mana budaya diri seorang penulis?
Maaf kalau catatan panjang ini menggores hati sesiapa... sungguh saya spontan terpanggil menulis ini berdasarkan pengalaman sendiri. Saya gelak-gelak tadi berkongsi kisah ini pada Rose Harissa. Saya kata pada Rose, "Wah, aku rasa aku faham sangat adik-adik yang kuat melenting ni, Haha, sebab aku pun dulu macam.. tapi kan rose... hahhaa
Tapi kan.... sebetulnya bila artikel aku tu dibalas Ashaari, waktu tu sumpah aku ada dua rasa.... Pertama, rasa matilah aku!!! Takut weiii,... budak mentah hijau berhingus zaman tu, yang tak ada karya hebat, tetiba nak tunjuk jaguh, menyalak dekat surat khabar.... Kedua, hahahaha sebab terlalu takut, aku tak baca habis, artikel Ashaari Jawab Lily Haslina tu... Tiap kali baca, aku rasa senak perut! Ngilu dan cemas. Baru hari ni, aku baca dengan tenang dan sampai habis."
Kau BONGEK kak lily! Hahaha itu reaksi Rose.
Berbalik pada isu ni, ya.. ya... saya faham kalau dalam dunia penulisan ni ada riak, ada kocak, ada gelombang tsunaminya. Tapi bagaimana kita menangani, macam mana kita berbunyi dan apa ayat yang kita lontarkan untuk menzahirkan pendapat kita atau kritikan kita, itu sebetulnya amat penting.
Bayangkanlah.. kot saya memaki hamun, mencarut-carut zaman pada tahun 1992 ni,... agaknya dah tua dengan sebelah kaki dah di alam akhirat ni, mesti saya menyesal tak sudah... mesti malu dengan anak menantu.... mesti segan esok lusa kalau anak cucu baca... Hish, nenek lily ni teruknya dia tulis... eh, nenek lily ni kaki gaduh ya...
Tak best bukan.....
REVIEW MAHARANI
Terima kasih Norasikin untuk review ini. Hahaaa Norasikin cekap mengesan sesuatu pada Maharani. Ya, kak lily agak stress sebetulnya untuk membuat ending Maharani. Terima kasih untuk komen yang membina ini. Saat pembaca sudi beli, sudi luangkan masa membaca kemudian berkongsi isi hati selepas tamat pembacaan, itu satu kepuasan untuk setiap penulis. Dan maaf kalau Maharani terlalu banyak adegan yang agak bold, yang agak jengkel... macam Norasikin kata, kak lily agak berani waktu menulis Maharani. Semoga Norasikin terus sudi memberi sokongan pada karya tempatan.
Wednesday, May 30, 2018
Maharani - Karyaseni
Terima kasih buat semua sahabat yang dah beli Maharani.
Maaf kalau ada kurang pada karya kecil saya tu.
Buat yang dah baca dan share komen dengan saya,
terima kasih sebanyak bintang di langit
dari saya.
#maharani#karyaseni
#novelkaryaseni
Aku
tak jangka kelewatan Cahya buat ramai yang ada di situ mula cakap
berbisik-bisik. Jurusolek, Rissa sudah merengsa menunggu.
“Bila ni kak oii... saya dah
terpacak dekat sini sejak selepas subuh tadi. Letihlah wei!”
“Aku dah call tak berjawab.” Muncung
Kak Zareeny semakin panjang.
“Ni kalau hujan, sayanglah... semua
orang tadi dapat ambil gambar outdoor. Jenuhlah kitaorang nak edit gambar dia
seorang diri.” Ikram jurugambar kesayangan Kak Zareeny sudah mula berbunyi.
“Dah pukul 12 dah ni... Cuba call
balik! Try whatsapp. Lagi berapa lama nak kena tunggu?” Rissa yang sudah hilang
sabar, mula berkemas-kemas. Beg mekapnya yang bertingkat-tingkat itu mula
disusun rapi. Isyarat kaunter mekap bakal tutup kedai.
“Baru meletop, dah buat perangai.
Aku whatsapp pun tak jawab. Si Ney, pembantu dia ni pun aku rasa dah meninggal
agaknya!” Kak Zareeny semakin tajam melaser.
“Kalau aku bising, aku tulis
perangai sebenar, nanti tuduh kita nak bunuh kerjaya dia! Menyusahkan
oranglah!” Sambung Kak Zareeny sambil tangannya mendail semula nombor Lisa.
“Entah-entah dia tak settle lagi
kot masalah dengan family Alriz?” Ayat Rissa itu membuat semua yang ada
tertoleh.
“Hah? Kenapa dengan family Alriz?”
Sakinah sama sibuk menjadi ‘kak nam’. Aku sempat menjeling Sakinah.
“Takkan taktau... Dengar cerita,
bapa Alriz humban beg Cahya ke luar tingkap!” Ikram menyambung gosip dengan
gelak-gelak kecil. Kali ini ramai yang terdiam. Kak Zareeny sama berkerut
kening.
“Makna betullah ya, gosip beg kena
baling tu?” Soal Kak Zareeny betul-betul ingin tahu.
“Hah, tu akak kena tanya empunya
badan nanti. Saya takut nak cakap banyak. Hahah nanti tak fasal-fasal see you in court!” Mengekek gelak Rissa
sambil menyusun berus-berus mekapnya yang pelbagai saiz.
“Hahhh? Ni kes belum jadi menantu dah tidur baring rumah
bakal mentua ke?” Abang Mail pun sama kepoci
Monday, May 14, 2018
MAHARANI - KARYASENI
DIDA SANDRA
Menghilangkan
rasa sebal dan mendidih hati, aku ke bilik terus capai bathrobe untuk berendam
dalam tab mandi. Layan bau jasmine Bvlgari Showe Gel lagi bagus! Tenang sikit
fikiran aku. Selesai saja aku mandi dan bersiap, tiba-tiba kedengaran suara
Erin menjerit di ruang tamu.
“Oh
my! Oh my! Beb, dia buat posting baling ke belakanglah! Gosh! Minah ni drama
lah!”
“Hei,
Edan punya akaun insta yang rasmi ni haram tak ada update. See... aku bau ikan
hamis yang hangit lah!” Mak Uda pula menyampuk. Kelam-kabut aku capai tuala dan
bungkus rambut yang masih basah. Bergegas aku keluar bilik. Huh, tak habis
gosip lagi diaorang ni!
“Ada
apa?” Aku bertanya.
“Kau
pergi tengok insta minah tu. Konon lempar ke belakang gitu. Dah berkawan dengan
Edan diam-diam.”
Menggagau
aku mencapai telefon aku. Pantas aku klik insta dan intai insta Cahya.
“Oh!
Pleaselah.... aku rasa nak muntah!” Spontan aku buat muka loya.
“Kembang
tekak aku baca caption dia. Eh, kata belajar mengaji, siap ada gambar dari
jauh. Siap bervideo gitu. Siapa tukang ambik gambar. Ni mesti si Shuk atau Kay.
Buat gaya perempuan suci pakai tudung. Aigoo.... Habis tu yang si Edan ni makna
dah selalulah datang rumah dia.” Aku bebel dengan penuh rasa geram.
“Jeng
jeng jeng... edisi siasat dan menjoyah kembali. Aku nak tengok ada lapan gambar
dia share dekat sini. Banyak yang gambar dia gambar berdua dengan Edan. Euww,
tak dosa ke berdua-duaan tu?”Pantas Mak Uda memandang gambar Cahya dengan kanta
pembesarnya.
“Minah
ni memang bimbo tau! Nak heboh dekat semua orang ke yang dia tu memang selalu
duduk berdua dengan Edan. Kot ya pun nak belajar, tak boleh ke pergi kelas ke,
pergi masjid ke... panggil ustazah ke? Haish, kalau dah birah tu memang
membirah aje perangai tu! Menggelenyar sungguh!” Lisa menggeleng sambil dia
sendiri menengok gambar Cahya di insta gadis itu.
“Kalau
tengok ni memang insta si Edan, senyap sunyi. Dah ada sosek-sosek ni... tanya
kenapa pihak Abang Mail dengan Sakinah yang jaga Edan tak ada nak beri komen.”
Ujar Erin pula.
“Tak
payah sosek-sosek, dah ada berita depa ni dekat portal tadi. Cuba contact Abang
Mail dengan Sakinah, semua dah tutup telefon. Si Edan tengah berjimba, lagilah
tak dapat dihubungi.” Balas Taty pula yang kemudian mengambil giliran untuk ke
kamar mandi.
“Trying
so hard sangatlah si Cahya. Nampak sangat ganti boyfriend macam beli baju
bundle. Nak menayang pada Alriz kot... nak buat macam mana kan. Dia mesti tak
dapat nak let go cerita lama dia. Lepas tu bila nak raih undi, raih simpati,
acah-acah belanja gambar yang sweet-sweet tu. Yang aku tak tahan sangat minah
Cahya ni memang teror lah spin cerita. Ikut sesedap rasa aje dia ubah plot
kisah benar hidup dia.”
Lisa
yang selama ini tampak seperti orang berkecuali, tak aku sangka, memberi komen
yang cukup membahagiakan aku. Terasa macam nak peluk si Lisa tadi. Payah
selalunya Lisa nak komen macam-macam bab gosip ni.
“Dia
spin cerita apa?” Erin beriya ingin tahu.
“Alah,
bukan ke heboh cerita, konon dia putus dengan Alriz sebab bapak si Alriz nak
tackle dia jugak. Gelilah wei... tinggi imaginasi perempuan ni! Aku takut si
Edan ni kena game aje dengan minah yang suka buat muka sesuci embun pagi ni.
Entahlah, aku rasa macam tak boleh brain lah dia dengan Edan. Beb, dia dah biasa
hidup mewah kot. Edan tu budak baru nak buat nama. Benda macam ni bermusim kot.
Masa tengah hot, kencanglah... nanti esok lusa kalau roda hidup tu dah ke
bawah, nak ke mana.”
Terlunga
aku mendengar kata-kata Lisa. Banyak benda sebetulnya Lisa tahu tapi Lisa tetap
Lisa. Jarang-jarang sekali dia mahu masuk campur hal aku berkelahi dengan
Cahya.
“Huh,
tengok gambar-gambar yang minah ni throwback pun macam kita boleh agaklah. Aku
rasa si Edan ni kena frame. Biasalah
kalau mamat ni budak baikkan. Tak pernah jatuh cinta. Itu yang tangkap
lentok. Agaknya Cahya buatlah cerita
syahdu lepas kena humban dengan Alriz. Lepas tu bapak dia meninggal. Balik dari
kubur bapak, selongkarlah kot segala tudung yang terperuk dalam almari. Cari
al-Quran, lepas tu pujuk si Edan ajar mengaji. Aigooo... macam aku boleh baca
aje skrip minah ni! Tak classy langsunglah!”
“Just
wait and see lah kot. Haha... apa-apapun, jangan lupa lusa beb! Singapore here we come! Lusa okay. Mari kita
kasi gegar sama dia.” Mak Uda mengenyit mata pada aku. Pantas aku meletakkan
jari telunjuk di bibr. Jangan heboh-heboh! Jangan bising-bising! Kecoh nanti.
““Hold
your head high, and your middle finger higher. Let her know, what she’s
missing.” Berdekah-dekah gelak Erin. Aku
pantas mengingatkan.
Tuesday, May 8, 2018
DIRGAHAYU SEMUA EDITOR SAYA
Manuskrip takkan jadi sebuah buku kalau tiada editor yang mengedit dan menyelenggara.
Tak mungkin saya mampu siapkan Maharani dan Pulang, dalam masa singkat kalau tiada editor yang menghambat di belakang saya.
Tak tahu mengapa, sepanjang saya menyertai siri promosi Pulang, saya asyik terimbas kisah sebelum jadinya novel itu.
Tak tahu mengapa, sepanjang saya menyertai siri promosi Pulang, saya asyik terimbas kisah sebelum jadinya novel itu.
Saya diraikan, karya diraikan...
Tapi editor di sebalik karya kekal low profile.
Saya sangat terharu
Teringat-ingat sehari selepas saya serahkan manuskrip penuh Maharani, saya diminta ke pejabat Primeworks untuk menonton Pulang.
“Kak lily, kita ada kurang 30 hari. Kak lily boleh siapkan ke?”
Sumpah sesak nafas saya. Baru nak bergumbira sebab dah selesai Maharani.
“Kak lily hantar tiap hari melalui emel. Saya semak. Jadi kita tak buang masa.”
Saya panik sebab tarikh pelancaran 27 hb April dah ada.
“Kalau lambat memang tak sempat print kak. Tak sempat untuk majlis nanti.”
“Kak lily, kita ada kurang 30 hari. Kak lily boleh siapkan ke?”
Sumpah sesak nafas saya. Baru nak bergumbira sebab dah selesai Maharani.
“Kak lily hantar tiap hari melalui emel. Saya semak. Jadi kita tak buang masa.”
Saya panik sebab tarikh pelancaran 27 hb April dah ada.
“Kalau lambat memang tak sempat print kak. Tak sempat untuk majlis nanti.”
Maka kepala mula mencongak dan buat matematik sikit. Ada 27 hari, mahu taip 80 ribu patah perkataan. Dibahagikan, sehari saya kena taip 2,962 patah perkataan. Ini makna tak boleh culas sehari, tak boleh ada cuti etc. Allahu… ditakdirkan Tuhan saya tergedang demam seminggu jugak selepas surgeri geraham bongsu. Terhenti tiga hari, itu tak termasuk inche suami sibuk kutip durian di dusun abahnya. Rugi lagi tiga hari. Bak kata Rose Harissa, “Kau jangan kira kak lily words count. Mau meroyan nanti.”
Memang meroyan sebab bila hari makin suntuk, saya kira-kira balik, sehari ada yang saya kena taip sampai 4,000 patah perkataan.
Tapi stress tu terasa lega bila Intan tetap bertabah, tanya khabar, kirim whatsapp hari-hari… jadi tukang sorak beri semangat pada saya.
Tapi stress tu terasa lega bila Intan tetap bertabah, tanya khabar, kirim whatsapp hari-hari… jadi tukang sorak beri semangat pada saya.
Selesai 4 April, saya rasa nak nangis. Saya siang malam terfikir, kalau saya gagal siapkan manuskrip, saya rosakkan majlis Primeworks. Masa ni orang yang pertama saya nak dakap tentunya Intan Safirah, editor saya.
Alhamdulillah, Intan masih muda, tapi boleh terima cara kerja saya yang kadangkala slow dan malas. Harus diketuk dan dihambat baru siap.
Dan ya ada waktu Intan kata dia terlalu segan dengan saya. Sewaktu majlis Pulang, Intan kata dia tak minta pun tanda tangan Remy Ishak. Pada saya pun Cuma ada dua naskhah saja yang sempat saya minta Remy sign. Kasihan tengok Remy, penat dia hari tu. Cukuplah dua copies. Saya simpan satu dan satu lagi saya hadiahkan pada Intan.
Itu cerita Intan yang baru jugak saya kenal.
Saya menulis dah lama. Ramai editor saya kenal dan sesungguhnya ramai antara mereka selesa di balik tabir. Antaranya Anida Daud yang saya anggap ada tangan magis. Saya kenal Anida cukup lama. Anida edit karya saya waktu di CESB. Dan, di tangan Anida, banyak karya besar dan penulis hebat lahir. Kalau ada yang bertanya saya, minta rekomen editor yang bagus, memang saya sebut nama Anida Daud
Seorang lagi editor lama saya, yang baru kini saya temui semula di fb, Soo Ming. Masa itu saya masih pelajar UM. Soo Ming komen karya saya untuk siri novella romantis Berita Publishing. Dia tolak karya saya dengan komen yang tak terfikir dek saya. Saya pulun kemudiannya dan siapkan yang baru. Lahir Hirisan Cinta masa tu. Alhamdulillah, penerimaan Hirisan Cinta masa tu di luar jangkaan saya. Kemudian saya repair manuskrip yang ditolak Soo Ming berdasarkan komen editor Berita Publishing ini. Saya hantar pada CESB. Anida yang edit dan lahir Mencari Diri serta sempat beberapa kali reprint.
Sewaktu kenal Kak Wan Rohana, editor saya di Alaf 21, saya jadi terharu sebab kak wan banyak kali pesan pada saya. Lily kena kekalkan cara lily menulis. Itu trademark lily. Buatlah apa jua cerita tapi pastikan karya lily tetap jaga bahasanya.
Beralih ke PTS, saya kenal editor seperti Asma Fadilah Habib dan Adilah yang masih muda tapi penuh energi. Dengan Asma saya seronok sebab Asma suka explore cover yang cantik-cantik. Matanya tajam dalam pemilihan warna dan design. Dengan Adilah, hahaha saya dan Rose Harissa aah-acah jadi kakak yang cengih sebab Adilah sangat ‘adik’ kepada kami. Seronok pulak kami usik Nor Adilah masa tu.
Adilah selalu aje macam terlalu tertib dan santun dengan kami… sampai katanya kalau mengedit letak manual editor di sebelahnya untuk rujukan. Tapi kami sama-sama seronok sebab kami memang dilabelkan waktu itu sebagai penulis kuih tempah. Kami menulis mengikut request penerbit/editor. Kami jugak jadi guinea pig bila ada projek baru macam menulis karya k-pop. Tapi ya, semua itu tentunya memberi makna kami menulis dan bekerja closely bersama editor.
Nak share sikit pengalaman masa kerja….
Editor/pengarang orang paling besar dan penting dalam penerbitan kami.
Gate keeper apa jua hasil tulisan. Dan cerewetnya cara kerja dahulu, memang luar biasa bagi saya. Baca pruf sampai 15 kali ada waktunya. Bayangkan satu halaman dicetak 15 kali, dibaca 15 kali dan ditanda serta diedit sampai 15 kali. Orang kata sampai muntah darah nak baca benda yang sama berkali-kali.
Editor/pengarang orang paling besar dan penting dalam penerbitan kami.
Gate keeper apa jua hasil tulisan. Dan cerewetnya cara kerja dahulu, memang luar biasa bagi saya. Baca pruf sampai 15 kali ada waktunya. Bayangkan satu halaman dicetak 15 kali, dibaca 15 kali dan ditanda serta diedit sampai 15 kali. Orang kata sampai muntah darah nak baca benda yang sama berkali-kali.
Bos kami pantang bab-bab typo error. Masak kami kena basuh dalam meeting kalau ada typo yang dianggap silly mistake.
Gerak kerjanya gini… dari penulis, hantar ke editor… lepas editor semak, dapat ke penulis semula. Lepas tu ke lay-out. Print dummy page, dibaca oleh sub-editor, kemudian disemak balik oleh penolong pengarang sebelum ditengok balik oleh editor/pengarang. Kemudian penulis tengok semula. Semua itu makna ada tanda merah. Dari segi gap spacing, dari aspek ejaan, gambar kabur atau tak, corpping senonoh atau tak dan macam-macam lagi. Kalau tak banyak silap proses ni mungkin 7-8 kali aje… kalau tak mungkin sampai 15 kali. Makna teks benar-benar bersih. Hasilnya?
Ya, mungkin sebab itu dulu rencana kami selalu saja menang award kebangsaan. Perit sebetulnya proses itu. Sangat teliti dan cerewet. Tapi itulah… pengalaman begini banyak mengajar saya.
Saya sendiri selalu menolak kalau orang mahu ‘hire’ saya untuk edit karya. Biar saya dah berpuluh tahun dalam dunia penerbitan. Clarins ke… agensi iklan lain ke, mintak edit, saya tolak. Biar saya aje tulis iklannya. Edit bagi orang lain. Kalau mintak tolong… jangan bayar saya. Saya boleh buat semak pantas melalui whatsapp atau pdf yang dikirim. Tapi again… itu tolong aje. Bukan buat kerja editor.
Saya tak yakin. Mata saya selalu silap. Kekadang saya baca laju… perkataan keluar dulu dalam kepala, tapi perkataan itu tak ada dalam teks…. Sudahnya saya jadi terlepas pandang. Kalau sekadar tukang baca, komen suka-suka, beri pendapat, saya okay… untuk diminta mengedit… hahah saya jawab, biarlah saya kekal dengan kerja menulis saja.
Dulu Rose Harissa saya nak upah semak teks tebal saya Cinta Hilang Kata. Dia sendiri angkat bendara putih. Plot saya pulak bersimpang-siur. Saya serahkan pada Anida Daud. Serius saya dan Rose kagum dengan ketelitian Anida. Luar biasa tajam mata Anida. Bersih kemas manuskrip itu di tangan Anida.
Itulah… serba-sikit kisah saya dengan editor-editor saya.
Editor-editor yang sangat saya hormati.
Saya sanjungi.
Tak ada editor, tak adalah karya penulis.
Saya sendiri, kalau menulis, ada waktu ayat laju di kepala, tercicir pulak bila menaipnya.
Qudos, tabik hormat buat semua editor.
Itulah… serba-sikit kisah saya dengan editor-editor saya.
Editor-editor yang sangat saya hormati.
Saya sanjungi.
Tak ada editor, tak adalah karya penulis.
Saya sendiri, kalau menulis, ada waktu ayat laju di kepala, tercicir pulak bila menaipnya.
Qudos, tabik hormat buat semua editor.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















