Tuesday, March 8, 2011

MISS YOU LIKE CRAZY - NATALIE COLE - 3.40 PAGI



Jam 3.48 pagi.. miss u like crazy.. lagu buat hilang mengantuk sebab saya kat sini memang rasa crazy stress bila line telefon meninggal dunia sebab kata budak TM tu kabel telefon area saya dicuri orang.. SENGAL!!!
nyawa line internet saya nyawa nyawa ikan bila pakai BB ni... sangat stress.. sangat GILA rasa bila kerja banyak ni...

pada yg tinggal catatan, komen, wish ke apa ke... ampun ye sebab dah lama saya tak balas.. sangat tak sempat. mcm khamis lepas saya ada talk di UIA, jumaat ada shooting di rumah saya sampai saudara bernikah pun saya tak sempat pulang. malam balik melaka, ahad saya ke seremban pulak...

anakanda anakanda saya yg mengada-ngada mcm biasa.. telefon mahu disuruh hantar itu ini.. mcm biasa, si anis kalau berus gigi hilang pun suruh saya bawa dari rumah. dia tak akan mencemar duli ke koop utk beli. adib mcm diduga, ada aje benda hilang.. bajulah.. kasut sekolah lah! semua ni buat saya tahan geram.

tadi saya ada meeting di tempat yg selalu buat saya sakit kaki naik bukit tu. nanti kalau line ok saya load gambar sepanjang shooting

Wednesday, March 2, 2011

Pukul 4.38 pagi.... Ideal Sisters : Hanya Sekali



Saya masih di dapur menghadap laptop. Lega.. hutang kerja saya sama Lili junior siap! Ampun lily comel, kak lily senior selalu lambat!! Jam 4.39 pagi dan Ideal Sisters dgn saya. Mujur rumah saya agak berjarak dari rumah jiran.. kalau tak tentu tak larat jiran nak dengar segala lagu retro ni berulang-ulang sejak jam 11 malam dan hanya akan berhenti kejap bila saya solat lewat malam.

Oh, seriously i just wish i could live a normal life...how can i get my life back to normal.. sekarang ni sangat exhausted.. dulu saya boleh tahan kalau tak tidur langsung.. kalau sejam dua tidur sehari pun ok.. tapi bila habis segala kerja saya akan bayar tidur.. seminggu mungkin saya akan tidur dgn telefon semua saya off.. kiranya saya shut down diri sendiri (dasar pemalas kan...)

tapi sekarang wah.. sangat kagum.. saya tak boleh nak tidur siang. dlm keadaan tidur tak menentu, siang tak boleh tidur.. memang kepala saya WENG...

tadi sempat gi jumpa doktor jam 11 malam.. mujur Dr Fuad yg garang tu tak membebel sebab BP saya dah mula naik 145/90.. ok tu.. dulu kan pernah cecah 180/120...kalau jadi mcm tu rasanya saya dah berasap kepala kot ..doktor nasihat saya mcm-mcm... saya sengih dan cuma kata.. ok saya tak apa-apa.. ni genetik.. the whole famili arwah mak kan semua ada hypertension...

CR sendiri dah 2-3 kali sound saya.. cukup-cukuplah tu mak.. just berhenti menulis. nanti mati cepat buat apa.. saya kata mak kalau mati cepat, kau kaya .. anak bertuah tu sengih-sengih jawab.. ha ha ha mak mati cepat, kita jual semua koleksi antik mak... memang itu anak sangat bertuah!!

Friday, November 12, 2010

ANDY GIBB & VICTORIA - All I Have To Do Is Dream

YA ALLAH... apa kena saya ni.. siang tadi saya fikir Anis balik cuti. Saya ke TKC jam 11 pagi sampai jam 11.35. Alih-alih mak guard tu kata: Puan.. anak-anak ni pulang hari Selasa depan.. Saya salah jaduallah ni. Malam ni CR pulang.. jadi saya sangka Anis pun pulang. Huhu.. saja jer sedekah duit pada highway Lekas tu.. Penatnya! Semalam saya kena hujan jadi hari ni saya macam nak demam. Ada kerja tak selesai.. dan saya masih dalam mimpi!! Harap-harap CINTA ITU KITA selesai hujung bulan ni.. Comellah Victoria kat bawah tu.. Andy Gibb yang dah arwah tu masa ni rasanya sakan kot jatuh chenta dgn Victoria.. Hemm.. harap-harap kisah chenta Andy Gibb pada Vic yang dibawa sampai mati ni boleh bantu saya selesai CINTA ITU KITA..

Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
When I want you in my arms
When I want you and all your charms
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

When I feel blue in the night
And I need you to hold me tight
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

FADE
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

Wednesday, November 10, 2010

FAUZIAH AHMAD DAUD hanya padamu saja (1988)


Lagu ni lama dah... google jumpa. Saja bubuh lagu ni sebab Nina Adlina punya pasal.. bilalah nak siap ye, kalau asyik MALAS ni.. Beg pun masih tak kemas lagi.. Kerja tak siap tapi ada hati nak bermalas-malasan...Buat Siti Salabiah dan Rain Hamzah.. ha ha ha terima kasih sebab bookingkan tiket ke Bandung lagi petang tadi.. tenkiu sahabat-sahabat! Huhuu.. nantilah ada kerajinan saya share cerita pasal berjalan baru-baru ni.. yang penting jangan buat kerja gila.. ikut suka aje berjalan, tak plan.. redah aje.. mujur selamat balik in one piece... Alhamdulillah, misi tertunai tapi masih malas lagi.. mcm mana ya.. janji dengan fiza tak selesai lagi tu...

Friday, August 27, 2010

Baby Ramadan - TUHAN MASIH MENCINTAIKU

TUHAN MASIH MENCINTAIKU
PTS LITERA
RM21.50

Saya update blog ni dlm keadaan tergesa-gesa sebab Adib sekarang ditahan wad. Okay.. buat kawan-kawan yg emel saya untuk beli buku ni terus dari saya... nanti saya balas emel tu ya! Maaf, sekarang tak sempat. Apa-apapun syukur sangat sebab dalam kemalasan yang melampau-lampau sepanjang 2010 ni... errr saya tak sangka sempat juga saya selesaikan manuskrip ni untuk PTS LITERA. Terima kasih buat editor-editor yang sangat sabar menunggu manuskrip saya yg saya emelkan berdikit-dikit. Buat yang membaca Menunggu Cinta Tuhan.. okay ini dia sekuelnya.. tapi kalau tak baca Menunggu Cinta Tuhan pun tak mengapa sebab novel masih boleh stand alone.. Terima kasih semua!




Blurb Tuhan Masih Mencintaiku


Ya Tuhan... Apakah yang Dikau bisikkan kepadaku ketika aku jauh dari-Mu? Akulah hamba yang engkar satu ketika dahulu!! Kisah lalu itu umpama dongeng yang retak seribu. Kini aku merangkak menyusun kembali kepingan jiwa yang berkecai itu. Tiada apa yang mampu memadamkan api neraka kecuali air mata seorang hamba yang memohon ampun dan bertaubat. Malaikatlah saksi air mata aku... seorang hamba yang bersimpuh lalu sujud kepada Allah swt. Aku kasih pada ibu tetapi susur galur lalu beri sengsara. Aku cinta pada kerjaya namun dalam hidup kita tidak mampu memiliki semua.

-Azrul Rashid –



Hidup dalam dosa bagaikan berjalan di gurun tandus dalam kegelapan dan kehausan. Hidup ini lebih sempurna kalau dapat membahagiakan insan serba kekurangan. Bukankah lelaki harus menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah swt?

-Khalida Atikah-



Azee dan Latifah sekadar memberi dugaan kecil. Biar jiwa mereka bersemarak dengan dendam, sihir serta hasad dari syaitan yang berbisik, kuasa Allah swt mengatasi segala-galanya.

ShareThis