Friday, February 7, 2014

Pak Nasir & Es Sarang Burung Yang Sedap:))

"MasyaAllah! My goodness!" 
Panjang lagi ayat terkejut Pak Nasir dalam bahasa orang putih bila saya tunjuk sampel novel saya yang sedang dicetak. Terkejut sebab tebal novel tu macam kamus dewan:))

Dah tak ada emak ni, kalau sempat bila balik Melaka, saya akan curi Pak Nasir sekejap, untuk makan makan atau minum minum. Pak Nasir dari moda moda dulu 24 jam sibuk kerja. Dah pencen pun kerja, raya cina pun kerja.

Bila jumpa dan date sama pak nasir, makan makan macam ni, selalu ending dia, pak nasir akan terkenangkan arwah mak dan kemudian nak tersebak sendiri. 

Kali ni bila semua cucu cucu pulang cuti serentak, dia tengok Anis yang dah masuk UTP, dia pandang Syafiq yang dah ke UIA, Adib, Haiqal... Tetiba dia sebut, "Your arwah mak must be so proud of you." Allah... kemudian mata pak nasir merah. dan selalunya saya akan cepat cepat tukar topik. Tak maulah jumpa sesekali, ending sedih pulak kan...

Beruntung sesiapa yang masih punya emak. Pulanglah selalu, kongsilah apa-apa biar sekadar cerita.





Ni novel baru lily? Saya angguk. My god! My goodness... hahaha semua keluar... tebal yang amat ya:)) Saya kata dengan pak nasir, lepas ni kalau pencen terus menulis tak ralat dah... satu novel tebal dah tulis selepas bertahun tahun asyik tulis novel remaja jer

Tq tq tq pak nasir sebab belanja kami. Nak bayar, pak nasir siap kata, ni hajat abah nak belanja cucu cucu bila semua balik serentak..... Es Sarang Burung yang kiri tu serius sedap biarpun mahal sikit. RM12.90 semangkuk:))

Sate padang:))

Selepas Ni Tanam Sayur Ya CR:))

Selang seminggu ini kerja dia. Tadi bawa balik 12 ekor, sudah diberi jiran sepancing, pakcik zali sama pakcik ghani. Lepas ni saya nak suruh dia tanam sayur keliling rumah. Baru betul jimat tak ke pasar.





Monday, January 27, 2014

Yaya, Art dan Koleksi Make-Up:))

Siapa tiru siapa? Mama Rosie tiru gaya yaya kan?? Sebab rasanya ni pose yaya waktu yaya tadika. Kemudian mama rosie tiru pose ni utk editor's note magazine Intrend



SUNGGUH!! Saya boleh nangis terkagum tengok kerja-kerja lukisan Yaya. Ya Allah, budak ni... haishh lebih terror dari mak dia masa kecik. Saya memang tahu Rosie gila dan suka lagi berbakat melukis sejak sebelum sekolah. Tapi nampak gaya, ini berganda ganda ganda daripada mama Rosie dia. Stroke Yaya bak kata Rose Harissa sangat luar biasa. Untuk usia belum 8 tahun, dia boleh lukis tanpa pemadam, tanpa pembaris.

Tapi ya... macam saya  bab menulis, sangat sejuk pada anak-anak. Saya anggap biasa biasa aje pada bakat  Anis atau Haiqal yang boleh menulis dengan baik. Walhal fikir balik, memang banyak novel chit lit saya, Anis yang bantu buat serba sikit. Haiqal yang boleh buat rhymes spontan dalam bahasa Inggeris pun saya anggap kebetulan. Biasa aje bagi kami. Macam tu jugak rosie. Kata Rosie mungkin sebab dah tengok hari hari, dah pandang hari hari, jadi macam tak begitu impressed.

Untuk Yaya, saya memang seronok tengok lukisan dia. Sebab? Saya tak ada bakat begitu. Harap-harap Yaya terus melukis sambil tak lupa buku sekolah:))





Koleksi kasut blink blink Yaya yang jadi props untuk lukisan yaya:))


OH!!!! Mak Uli nangis tengok lipstiks Yaya. Eerrr Yaya, nanti bagi mak uli ya:)) Lukisan princess tu diinspirasi dari segala mak nenek lipstik yang yaya simpan dalam koleksi.

Err konfius kejap.... eyeshadow dior tu buat kaler lukisan ke Yaya. Kagum sat... Yaya dah pandai buat tandatangan pada setiap lukisan Yaya. Tapi macam mak uli kata, Yaya praktis buat tandatangan yang boleh dibaca nama Yaya ya:))

Saturday, January 25, 2014

Siakap, Pancing, Yaya & Thambi

Hajat hati mahu bawa lari seekor dua, makan besar sendiri sendiri. Apakan daya si siakap empat saudara ni besar gergasi dari si thambi.



Syafiq memancing dari jam sepuluh malam sampai ke subuh, empat ekor siakap. Rezeki yaya yang datang pagi ke rumah mak uli.





Yaya cuak tengok ikan yang besar ni.. menggelupur lagi. Saya pesan syafiq, jangan racun yaya jadi pemancing jaya pulak.



Konsepnya, pandai pancing kena sekali pakej pandai siang ikan dan cuci bersih. Ladies di rumah ni masak aje:)))



Thambi fefeling dah siap siang, nak goreng untuk dia.


Ajal Maut Ikan:))

Ajal maut kita ditentukan Allah swt, ajal ikan dengan udang di tangan apit. Mak, bila nak kaya, buat le kolam ikan cepat. Kita nak ternak ikan dgn udang.












Geng nelayan syafiq. Nadzmi studi di Unimas dan hasif belajar di Mesir akan bertukar jadi nelayan sesama syafiq bila bercuti panjang. Memang cool bebudak ni. Nadzmi, insyaAllah studi benda yang dia minat, Hasif bakal doktor, pantang ada cuti gerenti ke kolam pancing.

Hasif


Nadzmi Akmal

Tuesday, January 21, 2014

Menanti Kelahiran Baby Baru:))

SELAUT kasih dari saya untuk semua yang singgah beri komen dan like pada posting-posting di facebook personal dan laman fanpage saya berkenaan novel baru yang bakal terbit ini. Saya terkejut melihat sampel novel yang dibuat, dijahit dan digam 100 peratus menggunakan jari jari emas sahabat saya, Rose Harissa. 

Ya ALLAH! Tebalnya! Patutlah dua tahun saya ambil masa sudahkan novel ini. Kisah Nurul Masmin, ribut dunia penulis, sengsara rumahtangga, pedih dikhianati dalam misteri, ubat yang tiada pada doktor, manusia hipokrasi, semuanya saya rangkumkan di sini. Terima kasih buat Anida Daud, editor yang sangat low profile, yang di tangannya dahulu banyak mencanai karya emas sederetan penulis hebat CESB. Terima kasih Khalidah Khair yang selalu dengar keluhan auntie lily bila stress menjalin plot cerita ini.

Alhamdulillah, sudah selamat ke pencetak. Saya tulis ni sekadar suka-suka. Ni pun ambil masa dua tahun nak siapkan:))

Jumpa lagi. Saya sendiri tak sempat nak lama-lama belek sampel novel ni sebab ada kerja skrip dokumentari serta terjemahan yang datang serentak dan saya kena emelkan esok. Sekali lagi terima kasih semua. Sebaik novel ini selamat ke pencetak, saya akan kongsikan di sini. Alhamdulillah... syukur. Allah swt izinkan juga kelahiran CINTA HILANG KATA. Selepas ini saya menanti Airis Cempaka pula. Daaaa:))

ShareThis