Thursday, October 16, 2014

ABANG ROY, CHE BUNGA, MASAK MASAK, BULI DAN KESIBUKAN YG ENTAH APA APA:))

Lama betul tak menaip kat sini. Busy entah apa apa,... jam empat pagi dah ke Perak. Balik midnight. Berselang seli kegiatan memasak. Time rajin penuh meja macam nak makan sekampung. Time ala ala tak kuasa.... mak che bunga sama che bunga akan merayap ke pizza. Ke KFC... ke Secret Recipe... makan dan makan sama che bunga berdua. Che bunga selalunya behave cuma akan jerit kalau lambat suapkan dia. Kalau bab makan, che bunga juara. Biar tak gumuks. Malam confirm dia tidur penuh bahagia muka sebab kenyang. Takat puri epal, puri pisang, telur separuh masak, sup cendawan.. yesza che bunga gumbira makan. Tak debab tapi mungkin sebab tu dia ni cepat benar dah merangkak. Enam bulan merangkak terus duduk kemudian ni sibuk memanjat katil.
Rasanya kalau dukung che bunga sama dukung roy debab kucing gumuks tu, dukung si roy lagi berat dari dukung che bunga. Roy 8.6 kilo, che bunga 7 kilo.  Abang roy ni lah kawan baik che bunga. Yang selalu redo kalau che bunga hempuk dia. Yang selalu buat che bunga sengih jerit jerit bila mak che bunga busy dengan kerja yang menggila deadline.
Tq tq tq Adib Roslan untuk pic ni:)) Err... dulu-dulu sibuk sokmo, tak sempat nak bergambar banyak-banyak dengan bebudak ni. Dengan che bunga, banyak sungguh masa! Kerja semua tolak ke tepi:))
Che bunga bila time mengada dengan Haiqal
 Chakkkk!!! Ni abang apit saya tangkap
Hari tu seminggu suka pose tongkat dagu. Ni dah dua tiga hari suka jelir lidah. Haishh... mujur budak kenit. Kalau besar dah kena babap ni:) Err terima kasih cikgu mustamir utk bantal che bunga yg sangat ohsem tu!
 Ayat sengal abang che bunga. Mak! Airis macam perempuanlah! Ada ke bila che bunga bertudung depa kata macam girl. Abang-abang che bunga mengigau apa.. dah tentu si adik tu girl:))
 Mak, kita rasa kita pun nak tulis novellah! Ni tengah fikir plot cerita. Tapi tak maulah tulis macam mak. Cerita mak old school:)) #hobichebungatongkatdagu

 Orang makan dia nak makan. Dah habis susu, dah habis nestum, mulut kenit tu asyik nak mengunyah. Alrite... makan telur ayam kampung separuh masak ya. Memang lepas tu che bunga gerenti tidur lena. Dah jadi anak dara yg bangun tengah hari lah ni
..jam 12 tengah hari baru bangkit:))
 Pemberat kepala yang dibeli kak anis:)) Nak suruh adik tu tak lasak kekdahnya. kasi berat itu kepala
 Satu rumah macam ada koir. Liriknya, "Airis, tidurlah... Airis, tidurlah!" Adik tu baru bangun, mandi, nyusu... abang-abang dengan kakak yg malas semua pakat paksa tidur. Kata syafiq, "Siapa suruh lasak tak tau diam! See... semua dah tak kuasa nak jaga!"
 Abang adib yg kedekut. beli iphong ada duit... bagi adik toys, cuma bekas pensel dia yang bentuk katak tu aje:))
 Best pren che bunga... tergedang atas meja takut kena picit dengan che bunga sejak che bunga dah pandai merangkak kejar depa

 Kali pertama raya, mak che bunga ngelat tak buat rendang. Menu kerutup ayam api api sama ayam selasih yang dipanggang dalam ketuhar buat ganti rendang. Ada budak kenit ni mak che bunga tak boleh nak mengacau kuali lama lama:))
 Sedor diri... abang dah tak kuasa nak layan:))
 Ni time mood abang che bunga baik nak dukung dia lama lama

 Dan raya dan raya... che bunga tumpang makan kek coklat tu...kek pelangi tu... penat mak che bunga masak kira berbaloi, semua tukang makan termasuk che bunga


Yesss! Yess! Dapat idea dah! Pemberat kepala ni baguslah mak! Menjana ilham:))#hobichebungatongkatdagu#menggedikbilatengokkartun

Wednesday, September 3, 2014

Abang Kakak Cuti:)) Che Bunga Suka Juta Juta Kali:))



Minggu-minggu yang sibuk. Kena keluar rumah sebelum subuh sebab nak kejar siri meeting, temubual dan bentang proposal kat satu tempat ni. Tapi alhamdulillah lega sesangat sebab semua kakak abang che bunga  cuti serentak. UIA cuti, UTP pun cuti. Suka! Suka! Bukan che bunga aje suka. Mak che bunga juta juta kali suka!

 Balik dari meeting, mata pedih pedih.
Haishhh... Haiqal dah bawak balik virus dari sekolah.
Maka mak che bunga yg masih terikat kerja itu ini, nak cover line mata merah dan bengkak,
Pinjam cermin mata kak anis. Cermin mata yang tak ada power pun ni. Kak Anis selalu beli extra bingkai spek dia. Hahaha mak che bunga melaram kejap spek tak ada power ni... macam ok jer, macam suka jer, macam comel jer pakai... muahmuahahaaaaaa:))



Syafiq, mak busy. Tolong mak. Tolong apa? Baca teks ni. Tandakan mana tak kena. Dia datang depan pc saya. Hishhh! Ni gila susah ni! Apit tengok huruf aje boleh migrain kepala! Kalau komik pun ada gambar. Serabutlah tengok kerja mak. Bagi apit nombor. Bagi maths ... mak tak pandaikan. Meh apit tolong kalau novel mak ada calculus ke.. ada fizik ke. Tak apa. Mak buat kerja. Apit jaga airis. Jgn risau. Besar sikit, apit ajar airis main bola, main futsal. Cargas. Tu senang.




 Huyeaahhhh.... macam serupa jer, macam sama jer, cr, awak nampak tua!

Anchor mak che bunga bila mak che bunga kelam kalibut nak siapkan macam macam kerja. TQ TQ TQ anis yang banyak sungguh tolong mak buat proposal itu ini, tolong taip itu ini:))




Mak, bila nak buka braces mak tu? Macam dah bertahun aje mak pakai! Tak ada beza pun mak pakai. Mak tak perasan ke mak makin gemuk bila dah tua? HIsh, mak che bunga baru pakai kurang 14 bulan rel keretapi kat gigi tu. Kemain syafiq melaser saya. Dia tu gemuk tak sedar. Bak kata anis, hishh butang baju abang apit semua macam nak tercabut! Cuti aje dia jadi gemuk!




Amboi!! Tetiba ya... Mujur saya tak tulis beauty and the beast:)) Depan kemain dia kata kita gumuks. Mak kena terima hakikat mak dah tua! Badan mak dah bau bau tanah....:)) Wah!!! Belakang kita siap tulis pretty and handsome:) Mamat sweet talker ni memang perasan! Siap kata mak dia gf lawa ya:)))  Dan dia dah sengih sengih bila saya dah mula bincang plot novel guna nama CR as hero:))



Airis dengan roy yang beratnya lapan kilo lebih, besar si roy dari airis.
 Mok, cepat besar ya mok! Nanti abang apit ajar main bola sepak. Nanti kita boleh gi mamak tengok bola sesama. Ohhh, saya konfius kejap... kecik kecik si abang dah buat kekeliruan gender. Penat letak nama bunga.



 Aktiviti abang apit bila cuti, jadi anak mithali emak:))
 Bila abang buli adik. Airis, makan jari ni. Rasa coklat!


Lega! Lega! Alhamdulillah! Mata masih sepet sikit lagi. Kurang dah rasa pedih. Kerja banyak, anak anak yg bujang, yang besar,boleh diharap jadi driver time cuti, jadi setiausaha mak, jadi typist mak, hahahaa bila anak cuti, mak che bunga boleh jadi madam besar:))

Thursday, August 28, 2014

terima kasih semua dari CHE BUNGA:))

Rasanya sampai ke penghujung raya, hampir setiap minggu atau selang sehari kekadang pada weekdays pun saya ada tetamu. Memang terlepek penat memasak. Minggu akhir, saya terus demam. Itupun sebab lepas masak, kemas rumah jam satu pagi, saya kena bangun jam empat pagi, jam lima pagi keluar rumah terus ke Ipoh. Seawal pagi ada meeting sama orang kerajaan di Ipoh untuk satu projek coffee table book. 
Tapi apa pun, buat yang sempat singgah jumpa che bunga, terima kasih sesangat.

Rendang pucuk paku, asam rebus keladi, bergedil, ikan, sambal sama telur asin untuk jamu kak elee mardiana yang dah berbelas tahun duduk di Australia. Mak che bunga cuak .. takut kak elee tak tahan pedas. Alhamdulillah laju kak elee bertambah:))




Anak anak manis ni sempat posing kat depan pondok di laman rumah.





Buat Nizam, Nurul dan anak-anaknya, ada umur kita jumpa lagi ya:)) Nasi lemak daun pisang untuk  tamu malam tu.

TQ TQ TQ kak fiqa sebab belikan che bunga 
berhelai helai baju H & M


POK LIE - Razali Mohamed - jurufoto feveret saya sejak zaman kerja dulu. Pok lie dengan keluarganya dah macam famili saya. Jenis yang tak berkira dengan saya kalau saya mintak tolong. Alhamdulillah sekarang pok lie dah jadi orang kuat bab bab gambar dan studio di Utusan Karya. Murah rezeki pok lie:))

Fiza yang manis, wife poklie, terima kasih ya fiza.
InsyaAllah kita jumpa lagi ya. Kak Lily terkilan sebab tak masak nasi malam fiza datang. hidang mi udang sama kek aje. Fiza letih sebab ada kematian pagi tu. Untuk fiza, take care ya:)) ada umur kita jumpa lagi.






Yang atas ni semua anak anak jiran tetangga. Semua ni nak ambil SPM. Terima kasih sebab datang ya:))



Tamu yang ni paling surprise. Hidup berbalas tahun di Australia. Saya kenal Kak Elee Mardiana sebagai penulis, Tak sangka akhirya jumpa dan makan tengah hari yang lewat bersama sama saya:)) Untuk kak elee yang dah balik malaysia for good, take care ya:))


Ni jugak sahabat lama, Nurul, yang satu ketika dulu macam PA saya dalam urusan buku.

 Saya tak berapa sihat. Harus bersiap siap dan keluar rumah untuk ke Ipoh dengan beberapa proposal sebelum jam lima pagi. Tapi mengenangkan ramai yang nak datang rumah, buatlah kek dengan mi udang masa fiza, pok lie dan anak anak jiran nak datang. Macam tak best aje kalau saya bubuh biskut raya jer:))



ShareThis