Wednesday, August 5, 2015

Raya, Ikan, Mangga dan Durian:))

Tak tahu entah idea siapa,
Tetiba masa raya, berlaku lambakan durian di rumah saya.
Juga limpahan mangga dari laman rumah
Semua ni termasuk dalam menu hari raya
Dan paling ngeri saya tengok
Ikan yang menggila banyaknya dipancing Syafiq.
Syafiq dengan abahnya memancing di Jugra time raya keempat dan kelima.

Teringat cerita CR dengan Pia saya yang tengah bersiaran di Harian Metro.
Memang saya sebut ikan melompat serah diri nak mati kalau CR turun ke laut.
Err.. tapi tu novel aje.. bukan real pun..
Tapi bila tengok ikan si Syafiq saya ni, memang sungguh saya teringat novel bersiri saya tu.

Mujur undang undang di rumah ni, saya tak siang ikan
Jadi ikan semua dah siap bersih dan siap cuci.
Dan hari pertama bawa balik ikan.. tetiba 16 orang geng Adib serbu rumah jam 11 malam,

Panik tak tau nak masak apa last minute.
Saya gorengkan nasi rencah rendang.
Kemudian saya bakar ikan dengan resipi campak-campak, bubuh sesedap rasa saya.
Masuk oven tujuh ekor ikan fresh yang baru ditangkap Syafiq.
Kira rezeki bebudak tu... ratah ikan tu laju masing-masing.

Saya yang tukang masak seronok tengok. Seronok makan? Never never never...
Saya tak makan ikan. Cuma makan bilis aje ...
Macam jugak durian, saya pandang gitu gitu aje.

Saya kemudian rasa macam senang kerja, cepat di dapur bila tetamu datang aje saya ligat bakar ikan, buat asam pedas, buat sup ikan, buat gulai tempoyak. Maka diberikan galakan pada syafiq, pergilah memancing lagi di Jugra. Maka tiga hari berturut turut dua beranak ni jadi nelayan di Jugra. Saja buat stok ikan untuk open house.












Raya:) Raya:)) Raya:))





RAYA sebulan
Jadi ok lagi kan kalau nak ucapkan selamat hari raya.
Mintak maaf sesangat sebab saya tak sempat nak beri komitmen share cerita pia dengan cr dari harian metro tu. Saper nak baca boleh cari di facebook. Di blog ni saya tak sempat sangat.

 1 syawal tahun ni jatuh hari Jumaat:))
Perasan sungguh macam sambut birthday saya!
Dulu tahun 1971, 1 syawalnya bersamaan hari Jumaat,:)
Masa mak ada, saya selalu tanya, macam mana ya.. orang sibuk nak raya, mak sibuk nak beranak:)))
Tua dah saya kalau ikut kalendar hijrah ni.
Ikut kalendar Islam, saya dah 45 tahun:))



Raya dah rutin. Saya masak selagi boleh di rumah sebelum semuanya angkut bawak ke melaka.
Bila mak tak ada, semua boleh.
Tahun ni rekod sungguh.
Total besar 80 biji ketupat anyam.
Empat biji kek
Rendang daging berkilo kilo kilo kilo:))
Semua masak sendiri
Oh dalam menu ada kuah kacang 3.5 kg
Lepas tu hari raya pertama saya rasa nak qada tidur jer:))

Rasa macam tahun depan nak cuti masaklah time raya. Serius penat.
Dapur pasang aircond pun bahangnya macam sauna.
Mujur kek semua akak che bunga uruskan:)

Muka semua yang penat, dah petang baru larat nak menghadap kamera. tu pun mak che bunga ni kena paksa. Kami usik inche busu kami, Dr Jabar yang tetiba nampak 15 tahun lebih muda. nampak slim. Wahhh! Cayalah busu, gigih minum air pati ibu kunyit rupanya! Patut nampak glowing skin tu. Nampak cerah:))

Alrite, lepas ni bertambah menu kesihatan saya... selain pati mengkudu, manjakani sama nanas,  nanti mak che bunga tambah air pati ibu kunyit pulak ya:)) Itu pun tak sempat curi foto bonda saudara, yg rata rata nampak awet muda terutama makcik li dengan makcik jamiah:)) Yang sebenar semua ni untuk kesihatan... tak kuasalah nak awet muda sangat. dah tua tu tetap tualah kan.... tapi sungguh, bila duduk sembang dengan bonda dan bapa saudara, macam macam tips dikongsi. Tu belum dengar pesan nenek kami yang suruh kami elak nasi:)) Nenek dah 91 tahun pun sihat alhamduilllah!







Syafiq dengan muka gedik, Saffuan dengan songkok tinggi, Adib gigi baru dan yeahh ada Adib kecik kat celah tu.. Adib kecik ni anak Dr Jabar. Eh mana Yaya? Anis, Aqil, Haiqal, Rosie, Siti semua buat iklan gigi:))

Salam hari raya dari kami anak cucu arwah Jamilah sama Pak Nasir:)) Semua pesen Muslimah. Saya? Tak kuasa nak beli baju raya. Pakai ajelah mana ada.... sibuk mengejar deadline novel untuk projek khas Cempaka di Langit Rejab. Sumpah senyum saya tu senyum plastik! Mata rasa sembab dan sepet... sebab sampai Melaka jam dua pagi. Subuhnya dah pagi raya. Rasa nak pengsan. Yelah sebelum pulang nak kena basuh periuk belanga, kawah rendang bagai. Nak cuci loyang kek. Memang tak daya sangat rasanya. Tapi gagahkan jugak.. hahah tu belum menghambat dan main kejar kejar dengan che bunga kat dapur masa sibuk masak tu:))


Lelaki Paling Perasan di rumah:))

Abang che bunga yang kurus tapi feeling feeling sado:))

Thursday, July 16, 2015

KORBAN LEMBU DARI CHE BUNGA UNTUK BUAT RENDANG



SELAMAT HARI RAYA .... BUAT YANG SENTIASA FOLLOW CERITA PIA PEMUK  DENGAN CR - HARIAN METRO - TIAP SELASA - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - YANG DIKONGSI LINK DI FACEBOOK.. TERIMA KASIH SESANGAT YA..




SALAM HARI RAYA BUAT SEMUA SEMUA SEMUA

CHE BUNGA BUSY TOLONG ANYAM DAN REBUS 80 BIJI KETUPAT

SEE.... DENGAN LEMBU PINK TU CHE BUNGA NAK KORBANKAN BUAT RENDANG...

DAH MASUK DALAM PERIUK NAK KASI REBUS DULU LEMBU PINK DIA TU...


SEKALI LAGI SALAM SEMUA! SALAM RAYA! SALAM SYAWAL...




Che Bunga, Puasa dengan Durian



Durian waktu puasa.

Puasa dengan durian

Dan untuk che bunga tak sangka... suka sesangat durian.

Kalau mak che bunga, tak tergoda langsung tengok durian yang melimpah macam ni..

Pandang aje macam tak ada perasaan...

Tapi che bunga boleh jerit jerit mau lagi dan lagi durian

Terkedek-kedek che bunga masa dibawak jalan jalan

Sempat ziarah abang abang tahfiz yang yatim di al kitab

Sempat paw duit abang cr belanja entah apa apa di Pavilion

Dan bila makan durian yang melimpah limpah tu tiap tiap minggu, che bunga tidur pukul tiga pagi...











Hampir dua minggu nak hilangkan bau durian dari dalam kereta... calar balar kereta mak che bunga...


Bila Orang Tua Yg Obses




Mak che bunga menggila kasut...

Abang akak che bunga menggila kereta kereta bebudak ni..

Maka yang senyum suka, che bunga...

Raya ni aje, dah ada empat kereta...

Bingit dengan bunyi lagu kereta.

Dapur dah jadi Lebuhraya Cempaka...

Sesak dapur bila kereta che bunga parking:))







ShareThis