Friday, March 7, 2008

Jom Teka Tangan Novelis!!!


HAH, masa nak balik dari brunei macam macam kami buat utk membunuh kebosanan. Hujan lebat dgn angin kencang dah cukup membayangkan kepada kami pesawat akan delay. Masa tu bayang kapal terbang pun tak nampak. Selepas beriya-iya menunggu dan beratur, kami pun naik pesawat yg muncul agak lambat. Dlm pesawat selepas penerangan prosedur keselamatan oleh pramugari, Lynn Dayana mula membaca novelnya, Rose dgn migrainnya...saya sendiri nak tidur. Lampu dimalapkan dan pesawat mula bergerak perlahan... alih-alih.... ada pengumuman.. SEMUA DIKEHENDAKI KELUAR DARI PESAWAT SEKARANG!

Ramai merungut... entah pukul berapa nanti kami sampai KL.. tapi bagi saya tak apalah.. pesawat ada masalah teknikal katanya. biarlah kami turun sekarang daripada dah berada setinggi 36,000 kaki lepas tu nak suruh kami turun ke bawah... nahas tu!

BOSAN!

Jadi mcm mcm game mengarut timbul masa menunggu .. antaranya teka tangan novelis. ikut arah putaran jam ye! Nak lebih mudah,nyatakan nama dengan bentuk/rupa/warna/ gelang yg ada di pergelangan tangan novelis....khas utk pengunjung blog ni.. cuba teka tangan novelis-novelis ni.. hadiah? emm, Nanti saya fikirkan!

Peraduan teka tangan novelis ni berlangsung lima hari dari tarikh hari ni... (7/3/08)
Tekaan yang paling awal dan tepat dikira pemenang.
Selamat meneka...

38 comments:

Anonymous said...

See Here or Here

lilysuriani said...

aku boleh teka ke?
1st yang gelang pearl putih +kristal merah tu damya hanna, 2nd, yg ada dua layer gelang emas + berlian tu kak Anis.3rd, gelang yang berjuntai tu Lynn Dayana. 4th gelang colour2 berlapis2 tu Rose Harissa. 5th gelang selang2 warna biru tu, kak Lina n 6th gelang biru ke hitam tu? yang ala2 jade tu lily haslina. hehehe aku tak kira, aku nak hadiah gak!

Intan said...

Alaaaaaaa...susahnya teka teki tekup ni...

Rasa2nya tgn yg pakai gelang pearl & pink tu tgn Damya Hana sebab tgn tu nmpk paling kecik compared dgn yg lain2. Yg slpsnya tu mcm K.Lina je (yg plg byk gelang...heheh), pas tu ikut putaran jam tau...Lynn Dayana (pakai gelang yg ada ala2 loket), pas tu K.Lily kot (pakai gelang lebar..nmpk mcm perkasa je), pas tu K.Anis Ayuni kot...(gelang manik biru-putih) & lastly Rose Harissa (gelang mcm jed clor kebiruan).Fuhh...hentam sajalah.

Kalau salah, jgn la marah ek... Intan main terjah ala2 Nas Ahmad je ni. Mmg mencabar giler soalannya.

BTW, hadiah utk pengunjung setia blog K.Lily ni x ada ke?? :D

RinnTis said...
This comment has been removed by the author.
RinnTis said...
This comment has been removed by the author.
RinnTis said...

ikut lawan putaran jam dari tangan Lynn dayana yg ada loket bulat tu, belah kanan tu kak lily
hat kecik tu damya
sebelah tu kak anis ayuni
yg ada manik biru tu kak Lina
yang gelang terlebih saiz tu rose!

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

saya pun nak teka gak,
ikut arah jam ni:
1- damya hanna- gelang mutiara putih pink (sebab tgn dia kecik & dia suka pink)
2-lily haslina- pakai gelang mas & gelang ada batu biru (rasa mcm ingat yg akak pakai gelang mas mcm ni dulu)
3-lynn dayana (yg nampak rock ni, gelang ada loket)
4-rose harissa (sesuai dgn jiwa rose, sbb lepas lyn, mesti rose duk sebelah dia)
5- norzailina (simple & nice)
6- anis ayuni- gelang jade (sebab diakan baru balik dr cina, mesti beli jade ni kat snaa)

so, jangan lupa hadiah untuk saya ye kak lily... akan kutuntut hingga ke rinching...hehe... i think you have the winner already! :)

lots of luv,
umi azrini

Kasawari said...

bagusnya peraduan ni... tapi tak tau nak teka la... wa ka ka..

amboi gelang masing2 he he..

yang macam kenal jer.. gelang Kak Norz.. he he..

Mersik said...

Lily ,

Wahh.. ini macam punya teka teki pun ada ka?

Apa2 pun sy mohon dipanjangkan lagi tempoh tekaan ini hingga ke Pesta Buku.

Ini supaya supaya senang sy untuk mencari bukti2 yang lanjut (dan jelas nyata).

Dikala itu kalau dipelbagaikan tekaannya, contoh... meneka tapak atau tumit kaki novelis pun sy kira tiada masalah.. hik hik

(Sambil siap2 tali rapia.. wat pengikat.. kekekeke )

anisayuni said...

Lily, ropa2nya jadi gak peraduan ni. Lepas ni peraduan yg lagi satu tu ek!

Nina Suria said...

salam lily, dah sehat lum??

kita pun nak terai quiz ni

1. budak kecik tu
2. tuan umah
3. ratu lawak
4. tukang besi
5. chef itu
6. cikgu latifah

kuang kuang kuang, lili betoi ka haku terka tu.. psssttt kalo menang dpt adiah gelang yg 6 pasang tu ka??? :p

p/s lupa pinjam barut labu lili *tayang wajah celak limapohsen*

Lynn Dayana said...

Aku risau.... kak lily ni lupa dah tangan siapa......haha, buat semua silakan ke blog saya. ada teka kaki...

Lily Haslina Nasir said...

lily su..
hah!hah!hah! kau salah kat tangan aku.... tangan aku kau kata kak anis... kak anis kau kata aku... kalaulah kau menang nak aku bagi hadiah spesel.... tapi dah kau tak tepat meneka.. jadi tak dapatle aku nak khabaq kan hadiah aku tu....jangan meraung ye!

Lily Haslina Nasir said...

lily su..
hah!hah!hah! kau salah kat tangan aku.... tangan aku kau kata kak anis... kak anis kau kata aku... kalaulah kau menang nak aku bagi hadiah spesel.... tapi dah kau tak tepat meneka.. jadi tak dapatle aku nak khabaq kan hadiah aku tu....jangan meraung ye!

Lily Haslina Nasir said...

intan... lagi satu peserta yang kecundang di tangan tuan rumah sendiri! hah!hah! jangan marah.. yg tangan berlapis byk gelang tu cik lily haslina....
tak per... cuba lagi teka teki tahun depan ke bulan depan ke.. jangan risau.. hadiah lagi besau nanti sebab byk penaja

urutan dia.
1. damya
2. lily haslina
3. lynn dayana
4. rose harissa
5. norzailina
6. anis ayuni

Lily Haslina Nasir said...

citttt... rinn.. kau mesti dah tanya pada lynn dayana.. sebab lynn mesti komplot dgn rinn utk kongsi hadiah.. maka nye... keputusan juri dan panel hakim biarpun kau menang... kemenangan kau DIGANTUNG! Kami akan bawa kes ni ke mahkamah keadilan

Lily Haslina Nasir said...

umi azrini..
hamboi.. hamboi... kalau diikutkan kaum kerabat novelis, teman atau rakan sepupu sepapat tak boleh serta pertandingan ni... kalau dia meneka dengan betul harus kemenangan digugurkan...
tapi sebab umi jauh, maka kami pertimbangkan jugaklah keputusan yg bersih lagi tepat tu ... memikirkan tak mungkin ada yg berkomplot dgn umi... maka umi antara pemenang ye....

hah! kengakawan yg kecundang jangan marah... umi jauh.. jadi hadiah dia tu lambat lah lagi kan.... kalau tahun depan dia balik malaya... memang dah tarikh luput dah hadiah si umi ni

Lily Haslina Nasir said...

kasawari..
amboi amboi... mentang mentang kak lina tu chef selebriti sampai ke pergelangan tangan diperhati kan ye... hebat!hebat!

Lily Haslina Nasir said...

Mersik..
nak tunggu pesta buku alamatnya sempatlah kami bubuh gelang pakai sampai ke lengan!

Lily Haslina Nasir said...

KAK ANIS..
hah, masalah betul ni nak pilih pemenang... sebab ada pemenang jauh... hadiah tak termasuk wang pos kan....

yang dekat dekat ni terpaksa digugurkan penyertaan atau dibatalkan kemenangan sebab disyaki ada pakatan utk berkongsi hadiah dgn novelis terbabit

Lily Haslina Nasir said...

Amboi KAK Mon...
CEKAP dan pantas kak mon meneka ye... sebab kakmOn pun orang jauh.. maka dengan ini kami umum dan sahkan kakmOn sebagai pemenang... hadiahnye nanti kami kirim pakai kapal belon ye! Tahniah!Tahniah! Kakmon... pemenang teka teki musim ni masih boleh bertanding lagi di masa hadapan!

RinnTis said...

apo lak gantung ni? melly goslow? ala kak lily, mana ada komplot2 ngan lynn.. tak caya tanya mak saya.. adalah dimaklumkan bahawa saya menjalankan siasatan dan kajian terperinci ke atas semua gambar2 yang di upload di website penulis2 yang terlibat utk mengenalpasti aksesori yang dikenakan di pergelangan masing2 dan jawapan itu adalah hasil daripada siasatan dan kajian yang tersebut di atas, sekian, terima kasih. hehe.. adui aku kena black list la!

RinnTis said...

ni nak bela diri nih. haha.. dinyatakan di bawah teknik yang saya gunakan utk meneka tangan dan kasut penulis.

gelang lynn dan rose dikesan dari entry 'cerita dari Brunei' di blog Rose harissa(gambar pertama dlm entry tu)
gelang damya hanna, anis ayuni, dan kaklina dikesan dalam gambar keempat (gambar 5 penulis sederet) dalam entry tersebut juga, di mana dalam gambar itu jugalah saya berjaya mengesan kasut2 mereka.

gambar kak lily di hadapan Istana Nurul Iman jelas menampakkan rupa bentuk salah satu gelang/rantai tangan yang kak lily pakai.

kasut kak lily gagal dikesan sbb most of the time pakai baju kurung kain labuh tetapi secara logiknya kasut yang lagi satu yg tak dikenali tu mestilah kasut kak Lily sbb yang lain semua dah confirm..

masa mula2 nak teka kasut tu, kan ada gambar rose ngan lynn kat blog lynn, beriya saya click tapi dua2 pakai matching selipar jamban. haha.. hampeh.

sekian, terima kasih.
errr, kena black list lagi ke?

Lynn Dayana said...

Aduhai Rinn... begitu susah kau buat analisa, dan ko di tuduh! Kak Lily, tak baik tau! Aku x pernah bgtau Rinn, sape tu Rinn? Lelaki gagah? Lelaki perkasa? lelaki yg boleh buat aku ketawa? BUKAN.... so aku takde maknanya nak bg clue kat dia!
Semalam Yong pun kata, dia buat kaedah yg sama! Sepatutnya kita ikut plan yg pertama! Tunjuk kaki tanpa kasut! Sure susah!
Lg 1, pakai selipar tu bukan fesyen kami di Brunei tapi masuk masjid kena bukak kasut da... then kat kwsn luar ada bg selipar! Hehe! Ingat kami ni UMI ke? Suka pakai selipar? ops... nak tanya, kat Pakistan masa main golf and salji... UMI pakai selipar ke? hahaha. Aku mengarut dah ni!

lilysuriani said...

uwa!! aku tak puas hati!!! asal tangan yang byk gelang tu tangan ko. macam tak match a.k.a tak masuk je dgn personaliti ko yg brutal.Ceh!Tgn tu betul2 melambangkan tgn seorg yg lmh lembut ala2 cikgu hehehe mcm kak anis.uwa!!!tipah tertipu!

Rinn hehehe sian kat ko! tu lah org kata jgn happy sgt nnt bwk berduka. tu lah seronok sgt berskipping...er dah org x nk bagi hadiah,jomlah kita main zero point...release tension!

lilysuriani said...

aku terpanggil utk membela rinn..oit kak lily tak baiklah ckp rinn kompplot sebab dia dekat, umi takleh komplot sebab jauh. tak relevan tu...skrg dunia teknologi,jauh ke dekat ke sama je.pokok pangkal hati, nak jujur ke tak...

Rinn...ok tak aku punya hujah pembelaan huahaha. kalau hujah aku diterima,hadiah tu share ngan aku tau! huahahah

RinnTis said...

thanks Lynn! tahniah buat umi & kak mon. seronok ar wat game camni, berkobar-kobar. dicadangkan diteruskan utk masa hadapan.

RinnTis said...

Thanks lily S! haha terharu walaupun semalam aku saja provoke ko lebih2.. sori aar hehe.. kan aku dah insaf petang semalam. hujah diterima.. hadiah x yah share, ko amik ler, aku rela.

lilysuriani said...

aku terharu rinn..sob sob sob *lap ayaq mata ngan ujung lengan baju*

RinnTis said...

alololo jgn nangih, meh sini meh, alololo

Lily Haslina Nasir said...

rinn...

hah, aku tersedak pepagi... kagum! betul kagum dengan kau... sangat berinisiatif utk menentukan kemenangan berpihak kat kau... segala jenis kanta dan teropong kau pakai ye...

mujur kau ada lily s...dgn lynn yg membela...

ok ok tak bagi kau kechiwa berkurung dan menangis tersedu sedu mcm tajol rosli kat perak yg kalah tu... aku isytiharkan kau jugak antara pemenang...

hah, aku pun terpikir jugak .. utk kenkawan yang dekat.. aku bagi hadiah makan nasi sedulang kat pondok rumah aku je ye!

wei lily s...
amboi ada ke gamak kau kata aku tak der ciri ciri kelembutan....
cuba kau tanya pada lynn dgn rose yg sebilik ngan aku kat brunei tu... akulah wanita paling lemah lembut gitu di banding dgn kengkawan kau yg lain...

sekian adanya...

RinnTis said...

haha tak der la sampai kuchiwa begitu sekali.. sabo jer. x pa, hadiah bagi lily S nanti dia tak brenti nangih.

kalau tengok gambar tangan tu urat ijau tangan kaklina, rose ngan kak lily paling clear! senang nak derma darah. hehe.

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

salam semua,
hahaha... kelakar jer dialog korang ni.. rinn-kaklilys-lynn-kaklilyh-
baru sempat saya mencelah... :)

tak per kak lilyh, saya akan jejak malaysia tak tunggu tahun depan, yeah! (sedang menghitung hari ni) hehe.... so, insyaAllah hadiah tu tak expired!
seronoknya menang dua2 hadiah...

rinn, nampaknya kita punya kaedah penyiasatan samalah... boleh join club sherlock holmes lah kita ni..:)

kak lily s, jangan kecewa tau... rembat je hadiah rinn tu, dia dah bagi kebenaran bertulis kat blog ni.

Lily Haslina Nasir said...

lynnn
aku tak sanggup nak tayang kaki yg mungkin kepam, berdaki dan bercagu segala...

nak kena pergi pedicure dan manicure dulu kalau nak tayang kaki...

ada sesapa nak sponser ke?

Nina Suria said...

yeyeyeye kakmOn menang, kalo nak tunggu kapal belon tuan umah ni malam sikit lah, awat tak pinjam jet org 'TUH' ngeh ngeh ngeh

kakmOn pun nak sokong lily ni pompuan mayu terakhir ada ciri2 lembut gitu *jeling cik bedah kai kurung kuning pi tamu kianggeh* ceh! :p

lily taim tu memang kakmOn dah tergolek dah tengok rombongan cik kiah pakai songket lawa2 ilang bau wangi =))

Lily Haslina Nasir said...

kakmOn...
HISH, kalau pinjam jet orang TUH... harus bukan pinjam lagi... buat harta lah jawabnya... dgn anak anak dia kita simpan baik baik dalam gerubuk nak buat menantu nanti... tak pun kita nak jadi fairy god mother anak dia....

hah.. hah... pergi tamu dgn baju kurung lip lap lip lap memang tak pernah buat pun kat tanah melaya ni... baju kurung pun masa kerja jarang pakai... memang sejarah sungguh hari tu

Lynn Dayana said...

Isu lemah lembut ni buat aku terasa nak campur... Sesunggunya, aku selalu percaya, lembut ni kena bertempat. Kalau tauhu keras manakala tempe lembut tentu tak sesuaikan?
Lembut kena bertempat! Dan sekeras mana perempuan... nalurinya pasti ada kelembutan. Itu fitrahnya yg dicipta dgn 9 nafsu! Huh... bernafsu pulak aku bercerita isu ni!

RinnTis said...

kaklily, jgn bimbang, saya tak merajuk lah.. it has been a busy week. campur hujung minggu lak.. tu yang rasa macam lama tak online tu. lgpun sekarang ni shoutbox n benda2yg sewaktu dgnnya byk yang dah kena block kat opis ni.. ni pun nasib jer boleh lagi guna "leave your comment". jgn bimbang ok.

ni nak habaq siap2 minggu depan mulai 24hb saya kursus seminggu kat KL, peh tu terus balik kampung. takut gak kot2 nanti kak lily hantar search team ke putrajaya cari saya. haha.

sure fine whatever
Rinn

ShareThis