Friday, October 9, 2009

Menunggu Cinta Tuhan ... Dah Terbit



MENUNGGU CINTA TUHAN
NOVEL ISLAMIK TERBITAN PTS LITERA
HARGA: RM18 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak)



Buat yg berhajat mahu beli terus dari saya, klik di atas,lengkapkan borang dan pembayaran melalui maybank2u. Jikalau sudah membaca, apa kata sudi-sudikan memberi komen mengapa anda menyenangi MENUNGGU CINTA TUHAN dan jikalau saya menyambung novel ini dengan menulis AKU DISENTUH TUHAN (judul sementara yg membayangkan seseorang yg mendapat hidayah) apakah perkara yg anda ingin saya tambah dan kembangkan di dalam plot novel itu kelak. Satu komen yang terbaik akan menerima sebuah beg sling sembonia limited edition dari saya. Semua ini boleh diemelkan kepada saya di lilyhaslinanasir@gmail.com

InsyaALLAH, dlm masa yg terdekat saya akan menyiapkan sambungan MENUNGGU CINTA TUHAN dgn judul AKU DISENTUH TUHAN.. mudah-mudahan kali ini lebih lancar proses menulisnya.

Terima kasih Asma.. terima kasih team Litera PTS, terima kasih Pts.. Dan tentunya terima kasih Tuhan utk peluang ini!

Semalam dlm keadaan mengantuk saya paksa juga diri memandu ke gudang PTS di Batu Caves.. uwaaaaa.. mcm tak percaya tengok Menunggu Cinta Tuhan depan mata.


Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam.
Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita.
Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa.
Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru.
Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia?

“Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula.

Namun di antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah swt Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!

Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang.
Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.
Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.

“Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?”
“Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?”
“Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”

Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji.
Gadis ini memang menyusahkan!
Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya.

Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba.
Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu.
Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian.
Setinggi mana mampu mereka menongkat langit.
Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.

Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

23 comments:

iza~de~bintang said...

waaa tahniah Kak Lily.. eheh kena cari ni
setahun dua ni memang rajin beli buku2 pts hehe

p/s: Kak Lily esok CeQ pi pukul 1.00 tengah hari yer (^_^)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hoye2 mau cari asap! =D

hanieliza said...

Salam ..
Tahniah..setinggi-tinggi tahniah atas kemunculan novel terbaharu di kenyataan..
semoga sentiasa berjaya lagi...

best la Lily..sure manyak masyuk....
teringin gak nak punyai novel Lily tapi kakliza nak order ngan PTS la..
leh dapat diskaun lebih....
hehehehhe...

Mrs.Sheikh said...

TAHNIAH...

tahniah akak atas kelahiran anak baru ini...
:D
nak rembat....

IntanSham said...

Tahniahhhh akak.. x sabar nak beliii.... :)

Abang Long said...

Salam Syawal wahai Lily Haslina.

Selepas menonton Menunggu Kata Dari Tuhan.

InsyaAllah, kami akan mendapatkan novel ini. Buat bekalan ke akhirat

Nina said...

Lily...Tahniah sekali lagi.. Akhirnya terpublish juga novel nie. Saya ingat dulu betapa peritnya LHN lalui utk menghabiskannya..Semoga Temui Cinta Yang Sebenarnya...

Nina said...

Lily..Nak tambah sikit..Rupa hero tu macam hero dalam novel RTT je...

fzzh said...

yesss tak sabar nak beli.
Tahniah Lily

Bintang D'hati said...

Salam kak lily,tahniah atas kelahiran novel baru.. Jangan berhenti berkarya ye!

Ekin said...

Kak Lily.. congrats again and again and again! Nnt ekin habiskan dalam masa terdekat ni then ekin komen ye!

Oh, just nak inform yang ekin dah tuka url baru. so, boleh rujuk kat nama tu ye.

Oh, and harap2 kelahiran Mencari Cinta Tuhan ni mampu membuatkan seseorang itu berfikir untuk bertobat sebelum terlambat.
=p hehehehe...

Lily Haslina Nasir said...

Izza..
nanti kalau ada peluang, jgn lupa yg baca MCT.. seronok jugak nak tahu komen iza. tapi akak kena buat versi kedua utk selesaikan MCT

Lily Haslina Nasir said...

Anuar,
terima kasih! terima kasih! anuar menulis juga kan?

Lily Haslina Nasir said...

Kak lieza..
jangan lupa temujanji kita ye..kalau boleh buat yg sedikit complicated sebab resipi yg simple nanti bos komplen

Lily Haslina Nasir said...

Mrs Sheikh,
terima kasih my dear! tak terbalas akak sokongan mrs sheikh pada akak.

Lily Haslina Nasir said...

Sayang ibu,
terima kasih sebab tinggalkan komen.
terima kasih di atas sokongan.
mudah-mudahan sayang ibu sentiasa bahagia dgn famili.

Lily Haslina Nasir said...

Abang Long,
Lama tak jumpa di sini! Sihat? Terima kasih ya atas sokongan. PokcikMersik dah ada buku...abang long bila lagi?

Lily Haslina Nasir said...

Nina,
Terima kasih! Nina ingat ye kisah di sebalik manuskrip MCT? Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat cinta dari Tuhan.

Lily Haslina Nasir said...

Nina,
Hero MCT Tuhan sama dgn RTT? Oh, saya lupa macam mana rupa hero RTT

Lily Haslina Nasir said...

fzzh,
terima kasih! terima kasih! Mudah-mudahan ada sedikit iktibar yg dapat dikongsi melalui MCT

Lily Haslina Nasir said...

Bintang yg sentiasa dekat di hati kak lily...
terima kasih ye! terima kasih bintang!

Lily Haslina Nasir said...

Ekin,
jangan give-up ye! buat sampai siap yg ekin punya tu. ingatkan pesanan kak lily. kak lily harap 2010 ekin dah boleh beri kak lily baca novel ekin dalam bentuk buku ya!

Tarbus Merah said...

Kak Lily,

Tahniah kerana MCT terbit bersama PTS Publication. Pasti meletup dan laju pasarannya.

Sekarang saya bertugas sebagai editor PTS pula. :)

Kaherah-Kuala Lumpur

ShareThis