Tuesday, August 5, 2014

RAYA-RAYA CHE BUNGA:))

KEKADANG RASA mau nangis:((
Kekadang rasa tak kuasa.
Tapi nak tak nak kena jugak buat.
Sejak bertahun tahun, kalau raya, saya kena masak macam ada anak cucu menantu nak balik:))
Perintah bos. Saya kena masak empat kilo rendang daging, dalam empat ekor ayam kampung (rendang jugak) dan dalam 50-60 ketupat anyam. Nangesss kat dapur!

Dulu masa zaman sekolah, memang kerja saya di dapur. Standard zaman arwah mak ada, saya kena buat semua cookies. Arwah mak mana ada beli biskut. Sagun, dodol pun buat sendiri, Berpeluh kami anak perempuan mak mengacau dodol dulu. Kuih batang buruk pun buat. Satay pun dulu kami buat bakar sendiri. Ayam mak bela dalam 20 ekor kat rumah dalam reban kecik. Selalu kalau buat satay, mak akan bawak balik rumah mak dia, makan ramai-ramai.

Arwah mak... senang cakap, tak ada apa yang dia tak buat. Saya cakap dengan anak anak, roti canai untuk sarapan sama murtabak ... nenek tebar kat dulang aje. Tiap minggu sarapan roti canai atau murtabak. Mak akan buat dalam 20 keping. Kami order jer. Saya nak tiga, daging lebih, Rosie bawang lebih. Kuih pau yang saya tak minat, pun dia buat.

Dari menjahit sampai masak semua sendiri. Kek kukus buah mak selalu VS kek coklat saya. Saya tak minat kek kukus buah. Jadi kek coklat pun sejak sekolah saya bakar sendiri. Cuma dulu saya tak suka buat kerja masak menumis ni. Panas! Tapi lah ni... hahahaa... rasakan! Bila mak dah tak ada, saya kena masak raya macam ada anak 20 orang!

Mujur saya tak buat kerja siang menyiang daging atau kupas bawang. Kerja yang sedia ada ni pun boleh buat rasa patah pinggang. Tu tak termasuk nak bakar kek. Kuah kacang, agar-agar:)) Nanges ... nanges.. nanges... bila dah tak ada mak ni, macam ni lah kan... harus cekap dan berdikari. Alasan bos, balik kampung jangan susahkan orang tua. Bawa semua food yang dah siap.


 Tahun ni bos cekak pinggang bagi arahan kat anis.
Anis!! Tengok sini. Tolong mak. Macam mana buat rendang! Kat kuliah tak ada ajar macam mana buat rendang. Kih!Kih!Kih!!! Maka berpeluh peluhlah ahkak anis kacau rendang tolong saya.

Sepanjang hayat, saya never never never ever ada gambar raya. Tak kuasa lah! Nak beriya iya beli kurung raya, lagi kirim salam! Zaman kerja pun saya setahun tak sekali berbaju kurung. Kalau ada majlis rasmi yang ada protokol atau ada PM baru lah reti cari baju kurung.

Tapi bila ada che bunga ni... Allah... tetiba bos kata, tahun ni kita beli baju sama kaler ya... kita pakai sama kaler baju airis. Errr tak terjangkau dik fikiran bila panas-panas terik tu saya dan airis diheret ke Jakel semata mata nak cari baju yang sama kaler baju airis. Biasanya kalau ajak shopping bulan puasa harus boleh masam muka. Tapi sebab che bunga,... huwaaaa semua boleh! Perintah dikeluarkan, abang kakak che bunga kena beli baju raya sekaler dengan che bunga. kemainnn.... sebab che bunga dah awal awal sebelum puasa ada kurung pink maka semua orang kena kaler pink:))

 Che bunga di petang raya. Digayakan achik rosienya:))

7 comments:

zarra zuyyin said...

Selamat hari raya kak
Wah, kepinkan gitu.
Suka tengok famili akak.
Masak begitu... esok2 ada menantu cucu bolehlah kut akak berehat.

Comelnya cik Bunga
Pasal cik Bunga semua boleh yer ahbang bos. kikiki

Audra Sazreena said...

That's such a lovely family picture!!

Geramnyaaaa tengok Airis@cik Bunga!!! Comel sungguh anak dara ni..

P/S: Itu kak Lily just buat ketupat anyam tu je.. saya kena dera buat ketupat daun palas ok!! Nasib la tahun ni ada production line tolong settlekan hal membungkus dan mengukus. Kalau tak, memang kebas kaki tangan macam tahun lepas!! 4 kilo beras pulut!!

eyeyou said...

selamat hari raya utk kak lily n family...

Lily Haslina Nasir said...

eyeyou,
tq tq tq dear!
selamat hari raya. raya sebulan kan:))

Lily Haslina Nasir said...

Audra Sazreena,
Banyak tu masak.
kalau ada yang bantu ok...
akak harapkan si anis.
lain buat sendiri sendiri. anak lelaki buat kerja siang siang bahan mentah aje. tapi tahun ni memang penat masak macam kenduri tu bila ada che bunga..

Lily Haslina Nasir said...

Zarra zuyyin
hahaha semuanya che bunga
untuk che bunga, semua boleh!
macam tak aci kan...
nak pulak kalau ada yg dapat kad raya kami yang ada pic che bunga jer... hahahaa abang abang dah tak valid:))

Audra Sazreena said...

Tu masak untuk 3 rumah. Nasib jadi menantu sulung. hehehe.. tapi sebenarnya, ok jugak buat sorang-sorang, takde sakit kepala bila tengok pembantu tak ikut "SOP" kalau anyam ketupat ke bungkus ketupat ke...

ShareThis