Wednesday, September 3, 2014

Abang Kakak Cuti:)) Che Bunga Suka Juta Juta Kali:))



Minggu-minggu yang sibuk. Kena keluar rumah sebelum subuh sebab nak kejar siri meeting, temubual dan bentang proposal kat satu tempat ni. Tapi alhamdulillah lega sesangat sebab semua kakak abang che bunga  cuti serentak. UIA cuti, UTP pun cuti. Suka! Suka! Bukan che bunga aje suka. Mak che bunga juta juta kali suka!

 Balik dari meeting, mata pedih pedih.
Haishhh... Haiqal dah bawak balik virus dari sekolah.
Maka mak che bunga yg masih terikat kerja itu ini, nak cover line mata merah dan bengkak,
Pinjam cermin mata kak anis. Cermin mata yang tak ada power pun ni. Kak Anis selalu beli extra bingkai spek dia. Hahaha mak che bunga melaram kejap spek tak ada power ni... macam ok jer, macam suka jer, macam comel jer pakai... muahmuahahaaaaaa:))



Syafiq, mak busy. Tolong mak. Tolong apa? Baca teks ni. Tandakan mana tak kena. Dia datang depan pc saya. Hishhh! Ni gila susah ni! Apit tengok huruf aje boleh migrain kepala! Kalau komik pun ada gambar. Serabutlah tengok kerja mak. Bagi apit nombor. Bagi maths ... mak tak pandaikan. Meh apit tolong kalau novel mak ada calculus ke.. ada fizik ke. Tak apa. Mak buat kerja. Apit jaga airis. Jgn risau. Besar sikit, apit ajar airis main bola, main futsal. Cargas. Tu senang.




 Huyeaahhhh.... macam serupa jer, macam sama jer, cr, awak nampak tua!

Anchor mak che bunga bila mak che bunga kelam kalibut nak siapkan macam macam kerja. TQ TQ TQ anis yang banyak sungguh tolong mak buat proposal itu ini, tolong taip itu ini:))




Mak, bila nak buka braces mak tu? Macam dah bertahun aje mak pakai! Tak ada beza pun mak pakai. Mak tak perasan ke mak makin gemuk bila dah tua? HIsh, mak che bunga baru pakai kurang 14 bulan rel keretapi kat gigi tu. Kemain syafiq melaser saya. Dia tu gemuk tak sedar. Bak kata anis, hishh butang baju abang apit semua macam nak tercabut! Cuti aje dia jadi gemuk!




Amboi!! Tetiba ya... Mujur saya tak tulis beauty and the beast:)) Depan kemain dia kata kita gumuks. Mak kena terima hakikat mak dah tua! Badan mak dah bau bau tanah....:)) Wah!!! Belakang kita siap tulis pretty and handsome:) Mamat sweet talker ni memang perasan! Siap kata mak dia gf lawa ya:)))  Dan dia dah sengih sengih bila saya dah mula bincang plot novel guna nama CR as hero:))



Airis dengan roy yang beratnya lapan kilo lebih, besar si roy dari airis.
 Mok, cepat besar ya mok! Nanti abang apit ajar main bola sepak. Nanti kita boleh gi mamak tengok bola sesama. Ohhh, saya konfius kejap... kecik kecik si abang dah buat kekeliruan gender. Penat letak nama bunga.



 Aktiviti abang apit bila cuti, jadi anak mithali emak:))
 Bila abang buli adik. Airis, makan jari ni. Rasa coklat!


Lega! Lega! Alhamdulillah! Mata masih sepet sikit lagi. Kurang dah rasa pedih. Kerja banyak, anak anak yg bujang, yang besar,boleh diharap jadi driver time cuti, jadi setiausaha mak, jadi typist mak, hahahaa bila anak cuti, mak che bunga boleh jadi madam besar:))

1 comment:

Monalita Mansor said...

best sangat jadi Cik Munge. Ada kakak abang dah besar2

ShareThis