Friday, April 17, 2020

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - KISAH DI SEBALIK TABIR


Adilah rated it it was amazing
Don't judge book by its cover.
Saya bukan mengatakan cover buku ini, tetapi alkisahnya si Adib itu.
Perangai ala-ala Ali Setan namun di sisi lain, siapa yang tahu.
Bersungguh-sungguh dia mahukan Esya sebagai jodohnya, dimakbulkan Allah.
Membaca kisah ini dipenuhi gelak ketawa dan juga emosi apabila kisah keturunan Esya diungkit.
Pelbagai dugaan pasangan muda ini bernikah semasa masih bergelar pelajar.
Buku ini ada isinya yang boleh dijadikan pengajaran, panduan.
Jangan menilai, don't judge. Sesiapa pun, apa pun.
Cukup rencah, bahasa indah dan sesuai.
Tahniah, penulis! (less)



Que Razali rated it it was amazing

Berkisar mengenai kehidupan 'anak muda' Adib dan Esya dari mereka sekolah sehinggalah ke alam universiti.  Sejujurnya, saya sangat suka dengan plot penceritaan novel ini. Jarang dapat melihat penulis yang berjaya melakar kisah anak muda yang kena dengan jiwa. Saya kira penulis berjaya mencuit hati saya dengan kisah Adib dan Esya ini. Ditambah lagi dengan lenggok bahasa penulis menjadikan karya ini ada rencah tersendiri. Tahniah buat Lily Haslina Nasir atas kelahiran novel Lelaki Lingkungan Cinta ini! (less)

Faiz Md rated it it was amazing
Salah satu novel terbaik untuk tahun 2017. Watak antagonis yang ditonjolkan melalui karakter Zamri buat aku takut. Jahat, kelancangan, kebiadapan Zamri betul-betul hidup di atas kertas. Takut kalau-kalau Zamri itu betul-betul ada dalam hidup penulis, atau paling jauh pun, idealisme Zamri itu merupakan sisi tersembunyi penulis. Bravo untuk LHN!


Yazlina Saduri rated it it was amazing
Satu lagi karya yang menggetarkan jiwa. Walau dah baca beberapa buku Lily Haslina Nasir, saya masih tak jangka kesan sebegini untuk buku Lelaki Lingkungan Cinta. Mula-mula memang tak boleh berapa nak masuk, kisah bebudak sekolah yang nakal dan suka mengusik orang, Adib ketuanya. Teringat buku siri Yoyo Liana Afiera Malik. Bila masuk senario Esya kena rasuk dengan setan penanggal kat padang sekolah, dah mula panas dan rentak meningkat tetiba. Selepas tu, memang tak nak berhenti baca. Kisah cinta Esya dan Adib sangat special, dugaan mereka (terutama Esya) sebelum bernikah, semasa dan selepas juga tahap giga. The way Adib loves Esya, throughout their school days, then sikap gila-gila dia, memang ngam. Suka juga Dayana dan suaminya Azmie. Adon & Arep pun srlamba kelakar. Sangat respect kreativiti dan cara penulis "master" emosi, perasaan, cara fikir watak-wataknya. Cerita ini hebat dan kongsikan banyak info mahal (psttt, yang patut diketahui orang yang dah kahwin pun ada).


*******

BILA cuti panjang ni, terpandangkan promo LELAKI LINGKUNGAN CINTA di laman KARYASENI, terasa nak throwbacklah pulak.

LELAKI LINGKUNGAN CINTA ni macam biasa ditulis sebab Che Rose Harissa yang cadangkan.

“Beb, kau tulis cerita Syafiq (CR) dengan Adib Apek dekat hostel tu. Cerita bebudak kolej macam ni tak semua orang ada pengalaman.”

“Ada ke nak baca? Cerita budak-budak?”

Apalah menariknya cerita si Syafiq dekat MRSM Pengkalan Hulu tu yang selalu buat Pak Hassan naik darah. Hahaha Pak Hassan ni Cikgu Hassan yang handsome, lagi glamor tapi garang. Neelofa pun pernah rasa tangan Pak Hassan… hahaha tak caya pi google kisah MRSM Langkawi.  Si Adib Apek tu! Lagilah! siang malam buat mak dia senak perut. Ada aje akal dia dekat SABDA tu. Macam lagend pulak anak-anak LHN sebab nakalnya bukan main. Memang terkejut bila terjumpa satu budak form two SABDA yang tanya Haiqal, “Eh, ni adik Abang Adib Apek ke?”




Haiqal tanya mana kenal? Kau masuk SABDA, Apek tu dah keluarkan.

“Nama Abang Adib memang adik-adik junior semua tahu! Dia batch Nova. Semua tahu!”
Menggeleng saya dengar ni dari Haiqal.

Jadi bila saya macam blur, nak tulis apa cerita bebudak ni, gini jawapan Rose Harissa.

“Kalau nak lari dari cerita cinta korporat, kau budak cerita anak kau! Beb, kalau tak… takkan cerita kau pasal anak dekat blog kau tu, yang tajuk SWEET TALKER tu sampai 526 SHARE. Kau slow… sudahnya orang lain guna cerita anak kau ni buat idea nulis depa.”


Hahahaha terkelip-kelip saya masa Rose Harissa tegur. Ya, ya… saya selalu gitu.

Sudahnya itulah… beberapa adegan kisah benar anak-anak di asrama, saya adun dan jadikan LELAKI LINGKUNGAN CINTA.

Saja gunakan nama sebenar Adib untuk lebih feel. Adib ni tahap  pernah kena jahit gusi sebab terbelah. Jahit hidup-hidup tanpa bius!

Dah rasa genggam kaca (mak dia ingat darah kat tangan tu gincu), dah rasa usus tu kena kerat sekaki, dah rasa doktor keluarkan usus perut, doktor cuci, kemudian doktor masukkan balik dan jahit perut tu. Dah rasa badan kena tebuk tujuh lubang serentak... dah rasa macam mana kematian tu jaraknya amat dekat. Adib kritikal kan dulu. Dah rasa jugak lutut tu tersagat dekat tar. What else?


Hah, kata Apek, dah rasa jugakkan umpun-umpun (cacing gemuk tu macam mana rasa... masin ya?), dah rasa dari sekolah sampai di asasi kena hambat dengan warden...dah rasa kena tangkap dengan fellow masa merangkak keluar kawat asrama sebab nak beli nasi bujang... (tapi lawak.... fellow siap salam dia, sebab dia tak lari. Fellow kata 'wise guy” senior lain lari lintang pukang, mamat ni cool aje)


Dia pernah cerita. Masa menyusur dalam lubang tikus, lalu celah longkang demi nak pi makan dekat gerai luar, ternampak hantu penanggal. Ni susah sikit nak percaya tapi geng mamat ni kata ya.. depa memang bertiga masa dekat tepi padang yg gelap gulita tu.

 "Hantu tu kaler hijau mak, macam ada api. Tapi hantu tu nampak kita orang, terus slow slow melayang... kemudian hilang dekat pokok kelapa..." Haha see... nampak benar kau orang lagi bersaka dari hantu tu.

Asyik kena rotan dan dihambat ayahanda pengetua di asrama sampai ke tingkatan lima. Tikus, cicak dijadikan #pet dia di kelas dan dormπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ 


Saya sendiri masa kemaskan folder gambar dalam laptop,terjumpa foto  depa ni berniaga dgn kroninya berpuluh cawan maggi di tepi tingkap dorm. Maggi kosong aje pun... tapi dari foto tu macam laris sungguh bisnesnyaπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ mana lah tak kena hambat dan rotan dgn cikgu...😣😣 mujur ayahanda pengetua maafkan dia dan cikgu redo dgn nakal dia dan halalkan ilmu, masa nak SPM. Allahu... terhutang budi saya pada semua guru guru yg mengasuh dan memantau anak anak bujang saya dulu.

Ni bangga dia bercerita

Mak nak tahu? Masa nak SPM, hari hari ayahanda pengetua yg kejutkan kita. Kejut kita pakai rotan sebab kita liat bangun. Ayahanda pengetua jaga kita  sepanjang SPM. Kita tidur bawah katil, siap-siap pakai jeans tiga lapis. Hahaha ayahanda sebat, kita tak rasa apa. Ayahanda sampai give up… marah-marah satu hari tu. Kita kalau tidur dalam locker pun, kita siap-siap pakai jeans tebal. Hahaha zasss zass pengetua sebat, tak rasa. Tapi kan mak… masa ambil keputusan SPM, ayahanda peluk kita time kita salam cium tangan. Allahu…. Part ni mak dia sebak.


Saya korek-korek cerita daripada kengkawan Adib. Kenapa ya Adib ni nakal, tapi junior sayang? Jawab kawan-kawan dia, “Auntie lily, Adib ketua biro akademik rumah Citrine. Kalau ada adik-adik kantoi buat salah, Adib denda atau buli. Dia pesan adik junior, jumpa dia malam. Rupanya dia suruh adik junior tu buat maths depan dia. Kalau tak tahu buat, Adib ajar.”

Acah-acah ya adib. Sendiri kemain bertanduk bertaring, dengan adik-adik mithali sungguh.
Kata sorang lagi kawan dia, “Lepas menggigil-gigil kami kena kuih gulung dengan cikgu sebab kantoi duduk dalam tandas, ingatkan Adib ajak balik dorm. Dia paksa kami pi ikut dia buat Latihan Maths.”

Semua inilah saya rangkum, saya adun, saya garap, saya jalin, menjadi LELAKI LINGKUNGAN CINTA.

ps: Err kisah Adib mandi dalam tangki air tu... hahaha ya ya... betul!


Kisah kepala berjahit di Bali tu pun betul... Tu kisah Syafiq. Berjuta-juta rupiah duit terbang gara-gara nak jahit kepala dia yang koyak masa terjun di kolam renang.

LELAKI LINGKUNGAN CINTA ditulis mengikut ilham yang ada di sekeliling saya.

Mungkin tak sempurna mana, tapi ini umpama satu diari, satu kenangan untuk saya sendiri sepanjang anak-anak di MRSM PENGKALAN HULU dan SABDA.

***************
Kalau ada sesiapa yang nak cari novel LLC masa cuti panjang ni…
Boleh contact admin KARYASENI

KARYASENI POS TIME PKP - Jom order novel

Whatsapp KARYASENI, bagitahu tajuk apa anda mahukan. KARYASENI akan postkan kepada anda.
Pembayaran Online atau Kad Kredit diterima.



No comments:

ShareThis