Tuesday, May 20, 2014
cerita lalu - PESTA BUKU
TERIMA KASIH Sarina yang buat kejutan luar biasa lagi manis! Saya dan Beat (Rabiah) sama sama terjerit di depan pagar rumah saya. Sama-sama menangis. Peluk, lepas, nangis, peluk, lepas, nangis lagi:)) Allah.. kali terakhir saya bersua Beat pada usia 15 tahun. Kemudian Beat kembali ke Sabah. Patutlah Ina beriya ya mau alamat rumah saya. Mahu bawa sahabat lama saya ni ziarah rupanya. Tq tq tq dearest Ina:)) Ina sendiri dah bertahun saya tak jumpa. Ni semua sahabat waktu sejak tingkatan satu. InsyaAllah selepas ni kita jumpa lagi ya!
Oh, juga buat Atisha Abdul Hanif... terima kasih ya! Tisha, rakan waktu zaman darjah enam di Methodist 2 Tengkera, yang jugak berpuluh tahun tak jumpa, terpisah bila dia sambung belajar ke luar negara, dengan baik hatinya kirimkan saya berpaket paket jeruk. Tq tq tq dear!
Ni masa bookfair. Saya baru 25 hari dibedah... hahah sesuka suki hati berjalan jalan. Eh, bukan jalan jalan... ada kerja sebenarnya. Dan, sangat gumbira bila jumpa sahabat sahabat buku:))
Terima kasih kak nor, tuan zet, kedai buku satu malaysia, adik manis dari ITBM yang kak lily dah tercicirkan alamat emelnya (KALAU BACA, EMEL/PM AKAK YA)
Untuk Geng Hantu Novel... TERIMA KASIH DAUN KELADI:)) TERIMA KASIH SEBANYAK BINTANG DI LANGIT.. nanti kita jumpa lagi:))
Friday, May 16, 2014
Terima kasih SITI, Terima kasih HARIAN METRO
Terima kasih yang tak terhingga buat wartawan Harian Metro, Siti Zarinah Sahib,yang membuat ulasan penuh novel Cinta Hilang Kata. Satu kejutan yang manis apabila diberitahu seseorang review itu tersiar di Harian Metro hari ini. Terima kasih Siti:))
Sunday, May 11, 2014
Airis Cempaka Outing Ke Rumah Anak Tahfiz Al Kitab
Kakak
airis @ bibik muda ...:)) Alhamdulillah. .. aturan Allah. Bibik muda cuti
sebulan waktu tenaga diperlukan.
Whatsapp
foto dari bibik muda@ kakak airis. Mak, cuba teka apa persamaan bad minion tu
dgn airis? Cettt... dia ngata rambut pacak lah tu....
Outing kedua airis ke rumah anak anak
alkitab. Alhamdulillah. . Selesai hajat dan urusan saya. 10 rejab, hari lahir
dan juga hari kematian arwah mak saya dlm bulan islam. Juga hari ulang tahun
perkahwinan adinda saya rosie. Semoga kita semua dilimpahi kasih sayang ilahi.
Terima kasih buat yg singgah sini tinggalkan komen di fb, ampun… saya tak
sempat. Saya kembali sibuk dengan kerja-kerja presentation dokumentari bersama
bos saya. Bila free nanti saya cuba balas semuanya ya... daaaaa. ..:))
Monday, May 5, 2014
AUDRA SAZREENA, terima kasih ya:))
Buat adinda AUDRA SAZREENA terima kasih sesangat ya sebab sudi membeli, membaca dan meninggalkan komen di blog kak lily ni. Terima kasih sesangat:)) InsyaAllah, novel seterusnya dalam proses. Kak lily share di sini ya komen tu...
+++++++++++
Audra Sazreena said...
Assalamualaikum Kak Lily..
Selepas 4 hari, baru la saya berjaya habiskan membaca novel terbaru kak Lily ni.
Perasaan saya bercampur baur bila baca novel ni - semua ada.. happy, gelihati, sedih, geram, jijik semua ada lah!!
Memang tak terkata dibuatnya. Tapi memang macam tu la kan.. realiti kehidupan penuh dengan pelbagai rasa. Cerita mistik itu bukannya luarbiasa pada sesiapa yang sudah terkena. Lumrah kehidupan masyarakat yang penuh penyakit PHD.
Dan agaknya kebetulan, saya juga ada rakan lelaki yang mulut puaka macam Deens.. tapi apa yang diperkatakan sememangnya sepahit akar kayu. Tapi orang tua kata, yang pahit itu ubat.. betul la tu.
Lambakan novel sekarang ni dah klise sangat cerita cintanya.. saya rasa cinta Rain dan Nurul sangat "epik"!!
Memang patutlah judulnya lebih sajak "Love you in silence" ...
Thanks Kak Lily for this masterpiece. Harap harap ada lagi buah tangan Kak Lily selepas ni!!
May 2, 2014 at 10:10 AM
Friday, May 2, 2014
Budak Kenit Dgn Abang Sador
Hei budak kecik!!! Tidur aje!!
Syafiq cuit cubit tarik si kecik.
Hei, malasnya!!
Haha.. sian Airis. Nak buat macam mana... dia
sepatutnya tengok dunia 1 Mei tapi
diczer pada 4 April. Almost sebulan awal. Mujur dia cik debab jugak. Jadi tak
payah inkubator atau ditahan sebab masalah lungs tak mature. Anis tiba-tiba sebut, Airis kalau lahir 1 Mei,
boleh dapat date 1 Rejab, sebab Kak Anis 4 Rejab dan arwah nenek Jamilah 10
Rejab.
Err.. tak sangka Anis ingat lagi tarikh
neneknya pergi. Yang kata nenek saya
(moyang Anis) tarikh pemergian emak tu sama dengan tarikh lahir emak ikut bulan
Islam. Tak apalah saya kata sama Anis. Masa neneknya pergi, Anis baru darjah satu. Tak jangka anis masih ingat saat di wad. Waktu neneknya dah kena stroke. Cakap tak boleh tapi bila muncul Anis depan katilnya.. dalam serak lemah, "Anisss... mari.. dalam laci nenek ada vitagen." Semua tergamam masa tu dan meleleh air mata. Kekuatan arwah mak muncul tetiba, bila pandang kelibat cucu.
Saya kata sama Anis, selagi ada hayat, buatlah sedekah atau mengaji banyak banyak untuk nenek. Sama bulan atau tidak dengan nenek, tu kehendak tuhan kan.
Saya kata sama Anis, selagi ada hayat, buatlah sedekah atau mengaji banyak banyak untuk nenek. Sama bulan atau tidak dengan nenek, tu kehendak tuhan kan.
Cepat sebulan tu kot yang buat Airis macam asyik tidur
zzztttt aje 24 jamJ)
Woii budak!! Bukak mata!! Aku balik aje kau tidur. Ni ada awek kirim kau cekak rambut sama kasut. Tapi apasal kau mcm tak sesuai pakai cekak ni? Kau kenan rambut pacak adib ya?? Ya Allah tumpang stres saya dengar abg airis bercakap dgn airis yg tidur.
Soalan yang buat saya rasa nak hantuk kepala.
Syafiq tanya: Mak.. tiga hari kita kat kolej airis dah ada perubahan tak? Dah
pandai merangkak ke.. dah pandai jalan ke? Airis mesti ganaz... mak kan dah
tinggalkan dia ke hulu ke hilir, ke bookfair, drive merata, gi KLCC less than
three weeks umur airis.
Kejadian empat pagi. Yeahh kau dah bukak mata!
Eh, macam mana nak dukung kau ni? Erkk.. aku pegang ikan siakap lagi senang
tau. Asal kau tak tau diam ni... Saya terkebil kebil kejap. Airis dibandingkan
dengan siakap??
Gumbira Bila....
Yeahhhh:)) Mak tak sedar diri bergumbira sama anak anak rumaja, kemudian mari kita kenduri makan. Memang saat paling seronok bila anak anak bercuti.
Minggu lepas saya temankan dan jadi supir untuk Anis dan Ain Syazana Azmi ke TKC. Down memory lane gitu:) Buat Ain, yang hadir interview untuk pengajian Aviation Engineering tajaan Mara di Moscow, Rusia selamat semuanya ya:))
Minggu lepas saya temankan dan jadi supir untuk Anis dan Ain Syazana Azmi ke TKC. Down memory lane gitu:) Buat Ain, yang hadir interview untuk pengajian Aviation Engineering tajaan Mara di Moscow, Rusia selamat semuanya ya:))
Dah tua tua ni gembira saya bukan lagi pada buku yg baru terbit atau tengok byline nama sendiri tapi sewaktu anak semua balik dan meleseh dengan saya. Happy tengok adib makan pizza kemudian habis kn spaghetti saya di klcc malam ahad sebelum dia balik semula ke perak. haha.. memang rindu dengan anak saya yang kurus ni:)) sorry cr, jangan muntah tujuh kaler pelangi tujuh tempayan ya:)) dan adib sangat gumbira jumpa airis yang baru 21 hari tu... hahaha mujur tak saya heret airis ke klcc sekali malam tu. mokcik brutal kan:))
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)

.jpg)





















