Thursday, December 11, 2008

List Nama Penerima Cenderahati Novel DI LANGIT CINTA

Saya masih dlm mood bermalas-malasan lagi. Hah! Penat kenduri Hanif tak habis lagi. Tiba-tiba pagi tadi dlm jam 9.15 pagi jurugambar dan wartawan desk SASTERA BERITA HARIAN bertandang ke rumah, utk sesi sembang-sembang fasal review Moga Kau Mengerti. Katanya esok keluar paper. Terkejut jugak saya.. maklum saya ni penulis bilis yg tak bersinar mana pun cahayanya dlm dunia penulisan... ada jugak yg sudi nak interview... Khabar dari org kuat BH ruangan sastera, NAZMI YAAKUB, dia dapat nombor saya dari novelis besar PTS SALINA IBRAHIM & geng PTS yg lain. (TERIMA KASIH SALINA, mudah-mudahan novel Salina turut laku keras) Bila sebut fasal novel, saya teringat janji saya untuk beri sedikit hadiah kecil buat pembaca DI LANGIT CINTA.

Di bawah ni saya senaraikan nama yg bakal terima kiriman saya.. Beri saya sedikit masa ya utk kirimkan hadiah kecil tu.. pada ADHAN dan NORABELLA DARI SINGAPURA harap emelkan saya alamat sebab saya tak ada alamat kalian

Nanti saya pastekan komen komen kalian tu.. boleh kita kongsi baca.
Sebelum tu saya bubuh sikit lagi gambar pengantin di rumah saya sabtu lalu
Akhir kata terima kasih sebanyak bintang di langit pada yg sudi kirimkan emel tu.





1. FARHANAH BT AHMAD KHAIR
TAMAN DESA PELANCUNGAN,
31500 LAHAT PERAK

2. NORIANI HASHIM
SMK TUNKU BENDAHARA
06100 KODIANG, KEDAH...

3. Lyndavoc
htp://lyndavoc.blog.friendster.com)

4. Norlia Yusof (liya71)
Putrajaya

5.SARINA RAMLI
Putrajaya

6. Faizah Ibrahim
Jalan Singa Sin Hoe Garden,
75150 Bukit Baru, Melaka

7. Norabella @norabella277.blogspot.com
Singapura


8. Norlaili @ lily
Pantai Dalam Kuala Lumpur

9. mrs.sheikh a.k.a husna
Wilayah Persekutuan Labuan

10. Adhan-
(Harap Adhan emelkan saya alamat ya!)

11. Mahnurfah Mohd Noor
TM BERHAD 09000 KULIM,KEDAH

12. DD Darling, Perlis

Thursday, November 13, 2008

Selamat Hari Jadi Semua


Saya & Anis di Saranam, Bedugul. Bawah kami tu saranam resort ekopark. Cantik sungguh tempat ni.

14 November ni birthday Anis...
Selamat hari jadi utk Anis!
Selamat hari jadi utk Rania!
Selamat hari jadi utk Mak Nyah saya (Jamiah Ishak)
Selamat hari jadi utk Hanif!
Selamat hari jadi utk saya sendiri!

Ramainya kaum kerabat scorpio (november) dlm keluarga saya.
Alhamdulillah Anis dpt 5A dan saya kata itu hadiah utk dirinya sendiri.
Hadiah lebih besar, Anis bakal dapat mak saudara baru dari pak cik Hanif.
Panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segalanya utk mereka!
Hadiah? Em, saya jarang bagi hadiah pada anak. Belikan mereka barang tak semestinya pada hari jadi (Ha!Ha! sebenarnya ni bergantung pada poket saya.. sama ada kering, kering kontang atau sekadar berlopak saja!)

ps: CATATAN BALI kemudian ya!

Tuesday, October 28, 2008

Di langit cinta



Terima kasih buat ROSE HARISSA yg saya rasa masih bertungkus-lumus membuat make-over utk blog saya ni. Sorry Rose, aku okay. Anak aku mcm biasa mengkritik ala-ala Adlin Aman Ramli!

Ada sesiapa dah baca DI LANGIT CINTA? Kalau betul sudah, apa kata cuba-cubalah luangkan masa tak sampai 5 minit (ni kalau menaip dgn tahap kelajuan sayalah) utk beri komen dan pendapat peribadi. Seramai 15 pembaca bertuah yg memberi komen bernas, akan terima cenderamata istimewa dari saya. Jangan bimbang, ni bukan kuiz. Yang penting kalau kalian membaca DI LANGIT CINTA, kalian cuma kirimkan pendapat. Utk setiap jawapan, tak semestinya jawab dlm ayat yg sempurna. Bila dah baca tentu kalian ada pendapat tersendiri bukan, jadi apa kata kongsi dgn saya. Saya lebih seronok kalau terima pendapat yg penuh dgn penjelasan.

1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA?

4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA?

5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?



Senangkan?! Hantarkan emel pada saya roslily@gmail.com sebelum atau pada 5 Disember 2008. Saya akan pilih sendiri 15 pembaca bertuah akan menerima tanda ingatan yg istimewa dari saya! Em, kalau emel tu jangan lupa pula ya catatkan alamat, no telefon.. nanti kalau dah terpilih hadiah pulak tak boleh hantar.

Friday, October 24, 2008

Istimewa buat Laila aka Haslina aka Lily



Sebelum itu saya tercari-cari siapa dia. Ramai sungguh yang bertanya adakah dia itu saya. Beberapa rakan penulis, termasuk Kak Norhayati Berahim pun pernah bertanya perkara sama, lily ada blog komen pasal novel ya? Hah, saya yg memang buta teknologi ni terpinga-pinga juga masa tu. Akan tetapi disebabkan gagal menjejakinya, saya lupakan saja.

Entah mcmmana saya "menyapa" seseorang dgn nickname Dorasakura (kalau saya tak silap) di satu blog. Saya bertanya, kenal tak Lily Haslina yg ada blog pasal novel tu. Dorasakura sudi bantu saya. Tapi masa tu saya tak khabarkan pada teman online tu saya ni pun Lily Haslina. Maka jadilah jejak
kasih

Kemudian saya dapat mengesan sesuatu di blognya apatah lagi dia sendiri dgn baik hati memaklumkan saya melalui emel. Dia membuat pengumuman secara berhemah (dia memang sentiasa berhemah sepanjang saya kenali dia) memberitahu blog itu tiada kena mengena dgn LILY HASLINA NASIR dan memberitahu dia bukan LILY HASLINA NASIR. Alahai, saya nak ketawa ada, terharu pun ada, malu pun ada! Siapalah saya sampai dia perlu buat begitu! Lagipun apalah sangat pada nama... saya rasa sekarang ada beberapa lagi manusia bernama Lily Haslina di Malaya ni, seorang daripadanya adik Lily Haslina yg di Kedah.. saya diberitahu nama itu diberi pada si bayi comel, oleh ayahandanya, atas tanda terima kasih pada saya yg pernah saya temubual utk beberapa siri rencana perihal Sakit Bengkak Hati. Upps saya sudah

Kemudian, saya bertemu dgnnya di DBP secara tidak sengaja apabila dia menyapa saya. Kami cuba berhubungan dgn telefon saja & menjadi semakin mesra


Tanpa diduga satu ketika dia mengajar di Sek Keb Bandar Rinching dan dia telefon saya mahu singgah rumah! Alamak! Biasalah, kalau saya tak ke mana, saya lebih rupa bibik daripada mak sunti saya yg sentiasa bergaya dengan jeans dan kemeja yg kemas.

Alih-alih dia muncul juga depan pagar saya Siap bawa buah tangan! Dia memang punya gaya dan perwatakan gadis melayu. Tahi lalat manis di tepi bibir itu melengkapkan penampilan Latifah Omarnya!

Itulah Laila Kamilia yg saya kenal aka Haslina aka Lily Haslina.... Sejak itu kami makin mesra dan banyak berkongsi cerita. Rasanya dlm ramai-ramai kawan, dia cukup , tenang, susah hendak marah, kalau ada perkara yg buat dia terasa hati pun, dia tetap relaks dan seadanya!

Beberapa hari selepas berhijrah ke Berlin, dia mengirim emel pada saya, mengkhabarkan novelnya yg bakal keluar seiringan dgn Di Langit Cinta. Tapi saya yang semenjak dua menjak ni asyik kalut, kepala bersimpang siur, kesan tak cukup tidur atau terlalu byk benda mahu difikirkan agaknya, mana nak fikir anak nak exam, adik nak kahwin, assignment yg tak pernah habis, deadline deadline... sampai TERLUPA membubuh cover novel SAAT KAU HADIR di blog kecil saya ni! Ampun Laila.. bukan niat nak ingkar janji, tapi akak lily kau ni banyak kematian sel otak rasanya...

Pada pembaca novel, jangan lupa dapatkan SAAT KAU HADIR tulisan Laila. Dan paling penting, kalau sempat, singgahlah ke blognya lailakamilia.blogspot.com. Banyak kisah dari Jerman yg memang menarik. Yuk, singgah yuk ke sana!

Tuesday, October 14, 2008

SELAMAT utk Laila dan Family di BERLIN

MASIH MOOD RAYA KAN?! Leganya bila dapat menyahut di Shoutbox sebelah tu. Rasa bersalah pulak bila lama sungguh tak keluar suara di situ.

Tak ada apa cerita menarik selain daripada saya sendiri lega bila kerja-kerja saya utk terjemahan KEMPEN ANUGERAH HARUMAN PERTAMA MALAYSIA (SA SA & MEDIA UTUSAN) selesai. Kalau tidak rasa macam tak selesa sungguh bila asyik terfikir-fikir. Pada yg kat luar sana yg suka kumpul perfume, jom belilah banyak-banyak perfume di SA SA. Sebut aje nak jenama apa..Calvin Klein In 2 U Man, Vera Wang, Giorgio Armani- Armani Code, Davidoff, Anna Sui, semuanya ada! Lepas tu hantar undian perfume mana yg jadi kegemaran. Mana tahu nanti dapat hadiah besar! Setiap RM1 daripada pembelian diderma kepada Persatuan Kanser Payu Dara Malaysia.

Minggu lepas juga Laila Kamilia, rakan penulis berlepas ke Berlin. Sempat kami semua berkumpul! Pada Rose Harissa, kasih sayang utk kau (ha!Ha! time ni jer) sebab sudi jadi mak supir aku! Pada Laila pandai-pandailah bawa diri ya ditempat orang! Mesti banyak pengalaman boleh dikutip utk berkarya. Wah karya baru Laila juga keluar dalam tempoh ni! Tahniah utk Laila! Mesti kegembiraan dapat jawatan Dapur Officer (DO) di Berlin berganda bila novel baru keluar.


Utk seminggu dua ni, tenang betul jiwa saya. Syafiq PMR jadi dia tukar angin jadi anak yg baik sekejap. SEKEJAP JER TU! Tak payah saya jerit suruh solat, suruh ngaji satu keluarga.. saya kata tak payah ngajilah dgn mak, baik syafiq belajar, tahu apa jawabnya. Alah, tak apalah mak, mengaji kejap aje.. tak lama pun, lepas tu syafiq sambung belajarlah.

Cewah, macam budak berjiwa putih pulaklah jawapan dia tu! Kalau tidak, muncung sedepa, kepala dia tu mahu keluar asap, kalau boleh nampak agaknya tanduk pun keluar... bila saya kerah belajar dan solat!

Rasa lawak pulak bila syafiq tetiba jadi berhemah sopan mcm tu. Kalau tidak mahu 2-3 rumah jiran dengar saya menjerit hambat syafiq satu rumah! Pagi tadi dia buat kecoh lagi. Abah dia kena patah balik rumah bila saya sudah menjerit di telefon kata Syafiq tertinggal IC dan slip peperiksaan. Memang kuat berangan betul anak saya tu. Entahlah, selagi dia tak cukup dewasa memang saya akan selalu guna suara dengan volume yg tinggi utk tegur dia saban hari!

Thursday, September 4, 2008

ALFATIHAH utk TAN SRI A SAMAD ISMAIL





Selepas solat maghrib tadi, saya terus buka tv. Terkejut dan terkedu mendengar berita RTM - Tokoh wartawan negara, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia...

Segala kenangan menjadi murid Pak Samad sewaktu di kampus dahulu terus singgah mengganggu saya. Hatta waktu saya bersolat tarawih tadi saya masih lagi tidak dapat tumpukan perhatian. Ya ALLAH, mudah-mudahan Pak Samad sentiasa tenang di sana. ALLAH lebih mengasihani arwah, dijemputnya pulang sewaktu kita sedang meraikan kehadiran ramadan.

Pada tahun 1995, sewaktu saya mengambil kewartawanan sebagai paper wajib di UM saya memang kecut perut bila dapat tahu pensyarah saya kelak Tan Sri A Samad Ismail, yg memang disebut sebagai wartawan harimau berantai di NSTP. Rasanya geng saya yg lain pun memang senak perut masa tu.

Masuk saja kelas, almarhum Pak Samad dgn misai yg tebal, kaca mata yang bergelang-gelang (sebab tebal) dan suara yg garau parau, membuat kami tegak aje duduk dlm kuliah. Tapi lama kelamaan, ternyata almarhum org yg mudah didekati, terlalu bnyk cerita yg dikongsikan pada kami dan tidak lokek nasihat. Selalunya lepas mengajar Pak Samad akan terus pulang memandu sendiri kereta wiranya biarpun kami tahu dia ada driver sendiri.

Bila DBP buat Peraduan Menulis Buku Biografi Kanak-Kanak, saya terus teringat Pak Samad. Kalaulah dapat tulis pasal Pak Samad mesti best! Saya kata begitu sebab Almarhum memang kaya dgn cerita. Laluan hidupnya sendiri penuh kerikil. Kehebatan & keberaniannya cukup luar biasa. Biar pernah menjadi tahanan ISA, semangat Pak Samad tak pernah luntur.

Saya berkira-kira macam mana nak mintak izin Pak Samad pasal nak tulis buku tu. Ah, redah aje. Cakap sendiri! Saya pun beranikan diri kejar Pak Samad lepas dia habis kelas. Pak Samad sambil berjalan laju ke kereta melaungkan pada saya. "Kau datang rumah aku. Pukul lapan pagi. Kau sarapan dgn aku."

Terkebil-kebil saya. Dalam kecut dan takut tu saya beranikan diri jugak ke rumah Pak Samad mcm yg dijanjikan. Saya perasan sambil bersembang dan bercerita Pak Samad sekejap sekejap ke belakang rumahnya. Saya sangka Pak Samad sakit perut dan asyik ke tandas. Saya silap. Rupa-rupanya Pak Samad sambil melayan saya bersembang dia memasak. Utk saya, pagi itu, dia masakkan soto. Memang sedap. Kata Pak Samad waktu di penjara memang dia selalu jadi tukang masak.

Biarpun dia bergelar Tan Sri, Pak Samad sentiasa memastikan saya juga suami dan syafiq yg masih kecil waktu itu berasa selesa di rumahnya. Pak Samad selalunya cukup santai dgn kain pelekat dan t shirt pagodanya. Kalau suami menjemput saya belah tengah hari, sebab selalunya temubual lewat tengah hari baru selesai, dia akan memaksa suami saya singgah menjamah apa yg dia hidangkan.

Sejak hari tu rutin saya setiap sabtu ahad adalah di rumah pak samad. Macam macam dia jamu saya. Kadang-kadang dia bercerita pasal resipi. Daripada takut, saya jadi kagum mendengar ceritanya. Pak Samad yg baik hati sanggup menaipkan bahan utk saya menggunakan mesin taipnya. Rasanya masih saya simpan original copies kertas yg ditaipkannya. Sebab, ada di antaranya yg Pak Samad pesan off record. Jadi part yg tu terus diasingkan daripada naskhah buku.

Pak Samad sempat bergurau, katanya,"Kalau kita menang tempat pertama peraduan menulis buku tu, kita buat kenduri nasi ambeng ya!"

Byk lagi kalau mahu diceritakan pengalaman kecil saya dengan almarhum Pak Samad sewaktu saya berguru dgnnya. Dia selalu pesan, "Kalau mahu jadi wartawan yg bagus, jangan mudah dibeli, jgn gelap mata dgn duit, jangan penakut.. kena ringan mulut.. kalau kena maki hamun, tahan. Kau kalau nak tulis, tulis dari hati. Tulisan kau biar ada colours, baru perasaan pembaca boleh kau sentuh. Kau kena ingat, melaporkan dgn menulis utk analisis dua perkara berbeza. Jangan jadi penulis yg tahu lapor saja..."

Sepanjang mengenali almarhum, saya bukan saja dapat menyiapkan buku biografi tu, malah tesis saya utk projek tahun 4, saya buat kajian mengenai sejarah hidup almarhum. Terlalu banyak budi dan ilmu yg saya perolehi daripada almarhum.

Besar ertinya segala pesanan dan ilmu yg almarhum turunkan. Mudah-mudahan almarhum ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Mudah-mudahan Pak Samad tenang di sana. Dari jauh saya cuma mampu hadiahkan fatihah & Yaasin. Pada keluarga almarhum, takziah saya ucapkan.

Saturday, August 23, 2008

Kata Lynn Dayana dlm blognya:
hati rasa tak sedap
kalau dimasak kicap, masin
dimasak asam pedas, pasti masam
Digoreng pasti hangus
Dibakar pasti hangit

Balas saya,
Biasalah rasa hati tak sedap tu.
Tapi tak boleh nak buat apakan!
Sebab hati tu terlekat kat situ jugak.
Aku kekadang rasa dalam hati aku tu ada lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Laut Merah, Laut Hindi... Sekejap taufan, sekejap tsunami, sekejap ombak yang manja-manja aje.. jerung pulak bersepah keliling

Sahut Lynn pada saya
haha... lama kita tak bercerita. ko ni sibuk memanjang... bila nak memendek? haha. Ya,kak... hati mcm lautan. Ombak kuat... doktor pun klu nak selamatkan entah2 akan give up. SYSTEM FAILURE... huhu

Emm, pandai Lynn menilik, saraf jiwa saya mcm ada error, ada SYSTEM FAILURE. Kata sunti, kakak tak cukup tidur. Rasanya sejak 4 bulan tidur saya huru-hara. Selalunya saya selesaikan kerja jam 4.45 pagi. Lepas tu bangkit jam 5.45. Terkejut sebab dengar bunyi van sekolah jemput Syafiq. Jam 8.30 pagi kalau tidak perlu ke mana-mana saya menyambung depan laptop. Kalau laptop ni boleh menjerit dan berasap, lama dah dia buat tanda protes.

Huh, saya betul-betul penat dan exhausted. Terkenangkan kata kak Norhayati Berahim, kalau penat sangat depan komputer, keluarlah ambil angin. Hari Khamis lalu saya betul buat kerja gila. Jam 9.50 pagi saya dah bersarapan di Kluang Station Ikano One Utama. Seorang diri pulak tu! Suami ada bagi training di sana, saya menyibuk ikut. Sanggup bangun pagi sebab nak pergi saing. Walhal pada hari Rabu sebelumnya saya dah letih sebab shooting di hotel dari jam 11 sampai 4.30 petang.

Lepas habis pusing The curve dgn segala mak nenek di One Utama saya ke Mid Valley. Kemudian ke The Gardens. Kaki lenguh sangat sebab buat kerja gila ukur jalan sampai 6.30 petang. Saya parking di Gardens, jadi waktu pulang dahaga sangat.. beli air tin teh o limau di satu kios kecil.. Hah! Padan muka saya satu air tin bodoh tu RM5.90. Hebat betul bumi Malaya ni.. rasa mcm saya beli air tin di europe pulak.

Sepanjang hari ukur jalan tu saya cuma beli CD The Essential Andy William dan The Essential Michael Jackson utk anak. Merapu betulkan!

Saya sebenarnya bila seorang diri tu mcm mcm fikir, teringat zmn dulu, bandingkan dgn sekarang. Betul cakap suami, saya patut bersyukur. Buat kerja berpada-pada, sekadar yang terdaya kata dia.. Huh, bab ni ego saya tinggi. Saya suka cabar diri sendiri buat benda-benda yang menyusahkan hidup saya. Saya cuma pujuk hati agar diri tak mengeluh, tahan penat etc. Alhamdulillah, saya dapat latih diri semula mcm zmn students dulu. Menaip dari siang sampai ke subuh.

ALLAH dah beri kita cukup byk. Bandingkan dulu, beza bukan? Suami selalu pesan begitu. Yelah kot, bila kita dapat hidup dlm impian kita, ada waktu kita terlupa laluan kita sebelumnya. Kekadang saya merungut, jadual suami penuh sangat. Lepas sibuk dgn ikan, ayam, cendawan, sekarang dia berladang serai pulak. Saya tak pernah jengah lagi tapi khabarnya dia dah tanam sendiri 4 ribu rumpun serai. Haram saya tak tolong. Saya bising saja. Saya merungut bila dia tak teman syafiq main bowling. Saya bising bila dia terlupa janjinya utk tengok wayang. Selepas ditegur, saya terdiam dan terfikir sendiri. yelah kot.. saya terlupa dahulu saya lebih susah.

Masa baru berkahwin suami belum pun confirm kerja dgn telekom, saya student tahun satu um. kami cuma ada motor buruk dan masa tu saya cukup ligat menulis sana sini. Balik melaka pun naik bas. Perabot satu tak ada. Sayalah tukang kutip kayu terbuang yg bentuknya mcm meja di tempat buangan sampah. Masa tu syafiq dlm perut 4 bulan. Dan sampai sekarang kayu merangkap meja tu masih saya letak di ruang tamu. Kenang-kenangan zmn susah saya. Anak suruh buang ganti lain saya kata biarkan. Saya varniskan sebab memang kayu terbuang yg berkaki rendah tu tahan sungguh. Ingat lagi.. zmn sengkek tu, suami tak pernah mua kan saya kalau mahu makan itu ini waktu hamilkan syafiq. Alasan suami membazir.. sudahnya memang saya byk kempunan masa syafiq dlm perut (tu sebab syafiq meleleh air liur sampai 4 tahun, agaknya lah..)

Bila sekarang ni segala-galanya ikut sesedap rasa, ikut gerak hati, ikut suka, ikut angin.. ya, saya mcm terlupa cerita lama tu.

Em, sesekali muhasabah diri, kenang kesusahan lalu buat hati saya sejuk dan reda kejap. Kadang-kadang saya mengeluh sendiri sebab rasa serba kurang, serba tak ada.. Tapi bila cubit pipi sendiri, jerit pada cermin sambil pandang diri sendiri, saya sedar semula.. banyak sebenarnya DIA beri.


PS: Pasang CD Andy William, pagi petang siang malam... Sedapnya vokal pak cik ni.. Lagu Love Story-Where Do I Begin, Something Stupid, I Think I Love You, Raindrops Keep Fallin On My Head & Can't Take My Eyes Off You tu... Buat saya hilang stress kejap .. rasa mcm tercampak kat langit ke tujuh pulak!

Thursday, June 19, 2008

RINDU BELUM BERHENTI



Peminat novel Alaf21, jangan lupakan dptkan novel kedua Dhiya Zafira ni. Untung-untung lepas baca, dapat jawab kuiz. Manalah tau kalau hadiah tu dibawa khas Dhiya dari Spain nanti! Jom, Rindu Belum Berhenti dah melambai-lambai di kedai buku tu

Sunday, June 15, 2008

Tahniah Dhiya! Tahniah GengKicap!



Untuk Dhiya Zafira, tahniah di atas kelahiran Rindu Belum Berhenti. Tajuk novel kedua Dhiya ni memang menggoda kalbu kan? InsyaALLAH, saya akan beli dan baca.

Untuk Nicky Azrai, Silencez, AprilSnow, Dyea, Acun, Jujun dan rakan kicap yg lain, tahniah di atas pembukaan port yg baru. Harap-harap http://gengkicap.blogspot.com akan terus menyokong karya-karya tempatan.

Friday, March 7, 2008

Jom Teka Tangan Novelis!!!


HAH, masa nak balik dari brunei macam macam kami buat utk membunuh kebosanan. Hujan lebat dgn angin kencang dah cukup membayangkan kepada kami pesawat akan delay. Masa tu bayang kapal terbang pun tak nampak. Selepas beriya-iya menunggu dan beratur, kami pun naik pesawat yg muncul agak lambat. Dlm pesawat selepas penerangan prosedur keselamatan oleh pramugari, Lynn Dayana mula membaca novelnya, Rose dgn migrainnya...saya sendiri nak tidur. Lampu dimalapkan dan pesawat mula bergerak perlahan... alih-alih.... ada pengumuman.. SEMUA DIKEHENDAKI KELUAR DARI PESAWAT SEKARANG!

Ramai merungut... entah pukul berapa nanti kami sampai KL.. tapi bagi saya tak apalah.. pesawat ada masalah teknikal katanya. biarlah kami turun sekarang daripada dah berada setinggi 36,000 kaki lepas tu nak suruh kami turun ke bawah... nahas tu!

BOSAN!

Jadi mcm mcm game mengarut timbul masa menunggu .. antaranya teka tangan novelis. ikut arah putaran jam ye! Nak lebih mudah,nyatakan nama dengan bentuk/rupa/warna/ gelang yg ada di pergelangan tangan novelis....khas utk pengunjung blog ni.. cuba teka tangan novelis-novelis ni.. hadiah? emm, Nanti saya fikirkan!

Peraduan teka tangan novelis ni berlangsung lima hari dari tarikh hari ni... (7/3/08)
Tekaan yang paling awal dan tepat dikira pemenang.
Selamat meneka...

Thursday, March 6, 2008

Brunei... Oh Brunei

Muka pucat, badan sekejap panas sekejap sejuk, suara mcm itik nila... itulah saya masa ke brunei. sebenarnya sehari sebelum terbang, doktor dah suruh saya masuk wad.. paling tidak pun kena masuk drip .. tapi selagi saya boleh berdiri, boleh berjalan, saya senyum aje dengan arahan doktor.. satu rumah demam panas.. suami saya yg setahun jarang demam pun tumbang jugak... entah agaknya kami byk sangat kegiatan di luar rumah sejak tanaman cendawan tiram di belakang rumah ni kami usahakan.

Terima kasih tidak terhingga pada ALAF21, pada Ziana dan Liza yg sabar melayan kerenah kami... pada Kak Anis Ayuni, Kak Norzailina, Lynn Dayana, Rose Harissa dan Damya Hanna ampun byk byk kalau ada yg terjangkit dgn virus saya! Pada peminat di brunei.. terima kasih sekali lagi di atas sambutan yg luar biasa!Byk yg menarik kalau nak diceritakan.. kami amat bertuah kerana diraikan oleh sahabat dari brunei dgn layanan bertaraf 5 bintang...kami menyinggah dari masjid ke pasar tamu sehingga sempat jugak menjejaki trek jogging Pengiran Isteri Azrinaz... mudah-mudahan kebaikan sahabat di sana, dibalas dengan rahmat yg tidak terhingga dari ALLAH SWT!


Di rumah sahabat bloggers brunei. Terima kasih daun keladi sebab menjamu kami.. terasa kami menyusahkan...

terliurkan tengok coklat-coklat homemade ni... Cantik, comel.. rasa sayang nak makan! ni antara hidangan istimewa utk kami dari sahabat di brunei



masa di pasar tamu ni, saya betul betul mcm cik kiah salah majlis... dgn baju kurung berlabuci mengerlip ngerlip saya redah pasar tamu ni dgn menyinsing kain separas betis...


Yanti yg susah payah mencari saya di surau sewaktu saya menggeletar demam.. kalau tak salah yanti datang tiga kali.. masa kali kedua tu kesian sebab terpaksa menunggu lama... ampun ye yanti! kali ketiga dapat bersembang panjang dengan adiknya yg comel.. yg saya dukung tu anak yanti! macam anak patung!


Di hadapan Istana Nurul Iman dengan seorang sahabat dari Brunei.

Wednesday, February 27, 2008

Jumpa Nanti Ye Di Brunei!



Yanti @Krufan... INSYAALLAH kita berjumpa di Pesta Buku tu nanti!

Sunday, February 24, 2008

REVIEW epilog cinta Dari Indonesia

AWAL kelahiran EPILOG CINTA, saya mulai sedar sesuatu, peminat novel tidak suka dengan sad ending. Peminat novel juga tidak suka sesuatu yg ruwet, bahasa yg agak puitis... tapi saya redha aje sebab itu novel pertama.. saya pun lama tak menulis, dan waktu menulis epilog cinta saya lakukan mengikut gerak hati saya dan juga berdasar pengalaman yg terlalu tohor dlm dunia penulisan.. respon yg sering saya terima waktu itu.. epilog cinta agak berat utk target audiens alaf21.. tak apalah.. selepas tu saya cuba sesuatu yg lebih ringan, maka lahirlah Moga Kau Mengerti..
Malam ni, lebih kurang jam 11.21 mlm, saya sebenarnya baru sampai dari melaka.. menghadap pc dengan badan yg letih.. tetiba aje tangan gatal google Epilog Cinta.. dlm byk byk yg muncul, saya terpegun menatap komen dan review blogpraya.multiply.com
Mula mula baca rasa janggal dan aneh bahasanya.. badan yg letih buat kepala saya slow berfikir.. kemudian baru saya perasan.. eh, ni review dari indonesia! terima kasih pada blogpraya... teruskan membaca novel kami dari malaysia... terima kasih praya!

Diawali & diakhiri di bulan Rajab, bulan kekasih Allah....

Cerita cinta di 3 zaman: Karimini (1940-an), Karmila (1960-an) & Adilla (abad 21).
Cinta yg mereka alami berbeda.
Karmini tetap menikah pd Daeng Amir, walau ditentang. Namun tdk berlaku pd anaknya, Karmila.

Di tengah suasana mencekam akan kehadiran tentara Jepang, Karmila lahir. Sebagai anak tertua, walaupun seorang perempuan, ia memegang tanggung jawab, membantu keuangan keluarga dgn mengajar, walau tetap sekolah malam. Dalam perjalanan malam itulah cinta Aidit & Mila berawal.

Bagai tdk mau melawan 2 kali pd orangtuanya, kali ini Karmini mengikuti, dan akhirnya Karmila menikahi pilihan keluarganya. Penderitaan pun berawal disini. Namun Mila bertahan demi Adilla.

Sejarah berbalik, Adilla justru menjadi sosok yg tidak mau begitu saja tunduk pd laki2. Bagai mendendam pd sang ayah, ia pun mendekati laki2 hanya sebgai kesenangan. Pd awalnya Hizairi tdk menyerah, namun profesi Dilla sbg model akhirnya membawa mereka pd suatu konflik, dunia yg berbeda...'modelling & akademik'.

Cerita mana yg dipilih Adilla.... Karmini, Karmila, ataukah ceritanya sendiri??

***********************************************************************************************
KAtA PRaYa: Layak dpt bintang 5!!!! Siap2 tissu yg banyak kalo baca! Makin udah mau TAMAT justru makin deras....

Jangan ngerasa 'basi' dulu ngebaca sinopsisnya yg tentang kawin paksa. Atau terkesan terlalu 'tua' dgn latar cerita di era 1940an atau 1960an..
Justru ini daya tariknya. Gaya pacaran tahun '60an memang cuma ditampilkan di awal2 novel, tapi dalem bgt!!!

Di zaman Adilla, diselipkan jg cerita sbg model, kehidupan di kampus, selain konflik bersama Hizairi, dan sama sekali nggak ada yg basi & cengeng! Percakapan antara Dilla & teman se-apartemennya Mia berasa 'kita' bgt....(jd inget kalo lg curhat2an sama temen kost, shopping bareng...)

Satu lagi kekhasannya.. di setiap BAB diawali dgn pantun. Benar2 perpaduan keren antara modern & sastra lama. TOP!!!

Thursday, January 24, 2008

TAHNIAH LYNN DAYANA.. TAHNIAH ROSE HARISSA



DUA SAHABAT saya dah selamat lahirkan karya kedua masing-masing! Tahniah.. mudah-mudahan lebih gigih selepas ni. Mudah-mudahan juga novel kalian mendapat sambutan.

Tuesday, January 22, 2008

tumpang lalu ... iklan sekejap (IHSAN WEB ALAF21)


DANG SURIA ORANG KUAT ASTRO AWANI



LILY HASLINA NASIR...LIVE DI ASTRO AWANI

Berita baik untuk peminat novel Epilog Cinta dan Moga Kau Mengerti! Nantikan kemunculan penulisnya di Astro Awani 123, 11.30 pagi, hari Rabu 23.1.2008.
Jika selama ini anda tertawan dengan keindahan bahasa anak kelahiran Melaka ini, kini tonton dan dengarkanlah sendiri kepetahannya berbicara. Pasti anda akan dapat berkongsi serba sedikit cerita dan pengalaman penulis berbakat besar ini.

Program Dari Wanita ke Wanita bersama hos Dang Suria Zainurdin ini juga akan memaparkan Marah-Marah Sayang dan Masam-Masam Manis..Buku yang berkonsepkan manual percintaan ini menyingkap ragam dan kerenah pasangan bercinta. Ingin tahu apakah keistimewaan buku komprehensif hasil usaha Lily Haslina ini?

Untuk itu... luang-luangkanlah masa seketika di hadapan kaca televisyen esok, okey!!!

Monday, January 21, 2008

Alahai Mentua....

PILIH-PILIH menantu silap-silap terpilih yg mcm hantu!
GESEL-GESEL mentua, silap-silap terkena mcm lembaga hasil!
(ha!ha! ni kes nak bodek mentua, last-last tiap-tiap bulan mentua kutip hasil bila time gaji)

INI jenaka kawan saya... dia merungut. Payahnya dapat mak mentua yg very the powerfull, suami pulak amat patuhfull pada bonda mentua. Suaminya baik, tak banyak kerenah. Cuma yg bikin kepalanya pening bila mak mentua mengumpul harta mcm nak dibawak bekal ke kubur. Setiap anak lelaki diikat dgn hutang siang-siang. Maknanya sebelum si suami berkahwin anak lelaki diberi tanggungjawab membeli rumah atau kedai atau kereta atau tanah utk 'masa depan' anak.

Bayangkan senario sekarang, habis belajar biarpun ijazah panjang berjela dari universiti tersohor, kita kena ingat, pelajar ini ada tanggungjawab yg menunggu. Hutang pinjaman belajar sudah menunggu... lainlah kalau dapat biasiswa... Itu belum cerita anak bakal berkahwin, bakal membeli kereta sendiri biarpun setakat kereta nasional nak jugak kena sediakan duit muka paling-paling RM5-10 ribu...

Menjadi kebiasaan kata teman saya ini, mentuanya seronok kalau anak-anak lelakinya membeli segala hartanah dgn pilihan si mentua sendiri. Maksudnya hartanah itu tentu aje lokasinya di tanah tumpah negeri mentua. Biarpun si anak bakal merana dgn hutang membayar rumah yg tak diduduki, membayar bangunan kedai atau kereta yg dihadiahkan pada adik-beradik perempuan, itu semua tak pernah difikir oleh mentuanya.

Anak A, disuruh beli rumah.. mentua kutip hasil. Anak B, diarahkan beli kedai, dibiarkan kosong, bayarlah bulan-bulan, anak C, dikerah beli kereta utk adinda perempuan...

Saya terlunga mendengar cerita ni.. Ada lagi ye mentua ala mak dara era kassim selamat..

Alasan mentua kawan saya... ala, susah waktu muda aje.. dah tua besok kauorang senang.

Saya tak terkata apa.. Tak berani nak komen lebih-lebih pada sahabat saya ni. Yalah, berat mata memandang, berat lagi beban dia nak melayankan kerenah mentua yg begini. Memang tak ada maknanya boleh senang hidup kalau setakat makan gaji. Mungkin mentua begini obses sangat... berfikir dgn hartnah yg bersepah, hidup anak bakal senang.. Berbalik kalau sekadar makan gaji si anak tu, mana nak menyara hidup di KL, nak membayar rumah sendiri, kehidupan sendiri, lepas tu nak membayar kedai yg tak bersewa sebyk RM1,000 sebulan.. itu memang menjanjikan kesengsaraan...

Mcm mcm kan.. perangai mentua ni.. susah nak dijangka.. saya pernah bersembang dgn KAK NORZ.. dia memberi pandangan sendiri.. KATANYA mentua memang menjanjikan cabaran pada menantu.. Malah usia mentua mempengaruhi bentuk dan tahap cabaran tu... Kalau yg mencecah 60-70 tahun lain ragamnya, kalau yg awal 50 an, ala-ala nak menopaus tentu hangat barannya.. kalau yg muda, yg masih ranggi awal 40-an silap-silap beranak dan berpantang bersaing-saing dgn menantu..

Alahai.. mcm mcm ceritakan...

ShareThis