Saya speechless bila ramai yg emel atau beritahu saya sendiri mereka amat menyenangi Aku Ada Kamu. Huhuuu, terima kasihlah ye! Lega saya! Maklum saya menyiapkannya dlm masa yg amat singkat. Itupun atas desakan, hambatan dan dorongan Kak Yati Berahim, Suraya serta sesekali bila saya rasa give-up nak siapkan, Rose Harissa aka Nora Ismail akan bebelkan saya. Masa tu ada dua manuskrip lain yg perlu saya selesaikan. Dalam masa yg sama saya bekerja freelance utk Jelita etc. Jadi memang saya sendiri tak sangka saya sempat siapkan AAK. Dan, manuskrip ni jadi kemas pun selepas saya banyak kutip ilmu dari Kak Yati. Pada Anida yg mengedit, terima kasih tak terhingga. Salah satu emel yg saya terima ni memang mcm penawar pada segala kepenatan saya. Terima kasih ye buat ibujunes. Ini emelnya..
Salam Lily....
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...
Memang novel ni superb sangat dan bagus sangat. Dia banyak memberi kita pengajaran yang berguna, walau dimana kita dan siapa pun kita, jangan sesekali kita lupa pada asal kita dan mintaklah pada Allah Maha Pencipta.
Ibu beri 5 bintang untuk novel Aku Ada Kamu...
Alhamdulillah akhirnya ibu berjaya jugak menghabiskan pembacaan bagi novel AAK. Setelah agak lama jugak ibu menerimanya dgn membeli secara online dari pihak NB Kara. Kesibukan melanda membatasi waktu2 yang ada...hehehe.
Tak sangka ibu bertemu juga dengan Lily dan layanan yang diberi membuatkan ibu terharu dan tersangatlah gembiranya tanpa dapat mengucap kata2 yang terbaik dan ibu sendiri dah tak ingat apa yang kita telah bualkan di ketika itu...
Setelah ada sedikit kelapangan waktu ibu memulakan pembacaan AAK dari malam hari, tapi nampaknya keadaan umur sekarang tidak membolehkan lagi ibu meneruskan pembacaan seperti dahulu sehingga ke dinihari.Pada paginya ibu meneruskan pembacaan setelah siapkan rumah ala kadar...hehehe(teruknya ibu disitu)
Pada jam 11.45am akhirnya ibu menamatkan pembacaan AAK dengan senyuman kepuasan. Selagi tidak menghabiskannya ibu takkan berhenti.
Novel AAk seolah2 membuatkan ibu terus terpaku menatap tanpa berhenti. Isi kandungannya yang menarik menyebabkan mata ibu seolah2 sudah digam dengan 'gam gajah'. Membaca dan terus membaca sehingga ke penamatnya. Sehingga agak lewat memasak hari tu...hehehe
Mungkin ibu ni agak terkebelakang dari yang lelain. Tapi tak kisahlah, pada awal pembacaan ibu sudah tertarik dengan permulaan yang agak ringan, santai dan mudah di fahami membawa kita membayangkan diri seorang gadis yang sederhana tapi menjadi kegilaan ramai. Sofi Aidura dan Hisham si kekasih hati.
Sofi Aidura-walau punya ramai kekasih gelap, hati tetap setia pada yang satu. Terkadang terasa rendah diri dek kerana diri masih bergelar pelajar.
Hisham-walau berkerjaya bagus dan ramai yang menggoda hati tetap setia pada yang satu.Seorang lelaki yang punyai pendirian yang teguh, matang dan tidak pernah goyah walau badai menimpa.
Tertanya-tanya ibu disini, masih wujudkah lelaki yang sebegini didunia ini???
Kalau ada pun pasti kecil sangat bilangannya.
Berbicara tentang makhluk2 halus dan saka ini seolah-olah kita dialam fantasi , tapi memang kita kena akui kewujudan makhluk halus adalah satu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh setiap umat islam. Sebenarnya ada banyak dalil2 yang menyatakan tentang kewujudan makhluk2 lain yang hidup bersama manusia dan mereka tidak dapat dilihat.
Dan disebelah petangnya datang seorang customer ibu bersama dengan emaknya untuk menempah baju. Seperti biasa kami berbual, entah bagaimana kami boleh berbual tentang makhluk2 halus. Rupa2nya ada seorang jiran ibu yang diganggu dengan bayangan seorang tua yang berambut panjang berkeliaran dijalan belakang rumah kami. Perbualan kami juga berkisarkan tentang 'saka'.
Mungkin pada pagi ibu sudah membaca novel AAK yang ada menyelitkan tentang saka, ibu dengan yakinnya bercerita tentang saka dengan mereka berdua. Nampaknya novel AAK juga membuatkan kita lebih memahami tentang orang2 yang keluarga mereka memiliki saka dari turun temurun, walaupun mereka tidak mahu menerimanya tapi kerana mereka adalah keturunan daripada orang yang ada saka dengan sendirinya mereka telah pun menerimanya.
Teruskan berkarya dan terus success dalam penulisan...
Ibu sentiasa menyokong..............muahhhh...muahhhhh...muahhhhhh........(^_-)
Cayang Cokmo2,
Ibujunes....
17 comments:
akak lily
i jeles la baca komen2 pembaca AAK neh
mmg x boleh jadi
meroyan tau i baca komen2 dorg
lepas final ni,
i g serbu popular depan umah
gi cari AAK
confirm!!!
hehehehe
have a nice day akak!
salam k.lily..berkali2 jue cari chat box..bukan per saje jer nk nak menyibuk..tapi mmg xda ek?
Salam Lily
TAHNIAH untuk novel barunya ya!
salam, kak lily, saya sudah pn membeli novel terbaru akak, aku ada kamu. tengah membaca. Kawan saya Kak sham pun beli gak tapi kami bukan beli di pesta buku tapi di popular jaya jusco. kami tak berkesempatan ke pesta buku sbb ada exam. kak lily, tq ya sudi lawat blog saya yang tak seberapa
Salam Lily...
Tahniah. Kan meletup!
salam kak lily...saya suka AAK nih sbb sy suka watak Sofi Aidura..ala2 jinak merpati...tp setiaaa...hehehe
salam Lily,
akak tak sempat lagi nak baca AAK.
one day I'll will
zaza...
terima kasih sebab dah jadi sampai tahap meroyan nak cari novel AAK... ha! ha! ha! habiskan dulu exam tu kalau ada exam... nanti lepas tu kalau dah baca bagi tau akak ok
julia.. nanti kita jumpa sembang sembang lagi ye! alah kalau nampak akak ada kat ym tu tegurlah.. akak blur sikit bab ym ni.. seronok jumpa jue yg akak tengok sentiasa cool....
Mawar.. alahai kita malulah dengan mawar! Malu sebab novel kita tu biasa-biasa aje! Kita sendiri menunggu karya terbaru mawar. sekarang ni lepas rindu pada blog mawar aje. kekadang kita copy dan simpan catatan mawar. segar kata-katanya!
ida terima kasih ye! terima kasih ye! novel kita tu mungkin banyak kekurangan. maafkan akak ye kalau ada yg tak berkenan di hati. Kirim salam pada kak sham ye... terima kasih sekali ye!
opah de darling...
tak ada maknanya meletup.. biasa biasa aje! terima kasih atas sokongan opah de yg tak pernah berkurangan
sueaiilee..
alahai, malunya awak baca buku kecik kita tu ya? suka sofi aidura.. ha! ha! ha! harap harap novel selepas ni pun sue suka...
Kak hazlin...
apa khabar rumah baru? dah siap jemput kamu mai saya ye!
terima kasih kak.. harap satu hari akak sudi baca buku kecil kita tu! take care!
Salam. Lily I baru je habis baca AAK. Thumbs up for you. Beli last Saturday di Pesta Buku. Thank you for your signature.
kak lily...gile best aku ada kamu..kadang2 kan,saya teringin sgt nak dpt lelaki sebaik hisham..sush sgt nak cari laki baik mcm die..p seram gak la citeni..ayat sempoi..best bangat...
Assalamualaikum kak lily ,novel akk ada keluar lg tak utk tahun 2013 ?saya nak sangat belii ,tapi bila cari kt bookstore dah tade :( ... dulu saya ada novel aku ada kamu neh tapi org dah pinjam sampai sekarang tak jumpe !kalau ada lg novel neh akk nak tak jual pada saya ?
Post a Comment