Thursday, April 30, 2009

Emel dari pembaca Aku Ada Kamu

Terima kasih pada inanazri.blogspot.com juga pada adhan yg sudi review novel Aku Ada Kamu. Ha! Ha! Saya masih di awan tingkat 9. Nak siapkan Aku Ada Kamu, memang agak ekspress saya kerjakan, lebih kurang 6 minggu! Itu pun puas diperhambat oleh Kak Yati dan Suraya Tanda penghargaan saya pada yg beri komen.. ini saya kongsikan di sini


Posted by aku yang terpunya at 9:47 PM
inanazri.blogspot.com

Saya terus terang tak berani nak baca novel ini waktu tengah malam. Novel yang ada cerita pasal saka dan ilmu hitam dari orang lain buat hati saya rasa gerun sebenarnya.Kegelapan dan kepekatan malam lebih dihurung rasa sepi dan mencengkam hati.

Cerita ini berkisar dari kisah seorang gadis yang lincah dan teramat amat peramah hingga tidak kisah berkawan dengan begitu ramai lelaki yang rata-rata menggilainya. Mereka sanggup buat apa saja untuk si genit ini, Sofi Aidura. Hingga akhirnya teman-teman lelakinya ada yang terus menghantar tanda ke rumahnya. Tapi kalau dah putar alam, apa saja berlaku ada saja alasan Sofi Aidura.

Hisham begitu pasti akan kata hatinya tentang rasa cinta pada Sofi Aidura namun cinta tidak pernah bersambut kerana Dura begitu banyak alasan untuk tidak mempercayai Hisham. Rasa curiga akan kesetiaan lelaki itu sentiasa menghasut nuraninya. Tapi dia boleh pula main kayu tiga, bukan tiga malah sepuluh!

Kalau dah jodoh tidak kemana. Namun perkahwinan atas dasar cinta ini menempuh mula alam perkahwinan dengan ujian yang tidak terduga. Rasa dendam dan cemburu Sheila mengatasi minda separa sedarnya. Dia sanggup menyekutukan Allah dengan menggunakan ilmu hitam pada pasangan ini.

Satu demi satu perkara pelik berlaku namun tidak pernah kurang cinta Hinsham pad isterinya. Hanya Dura yang kerap berprasangka kerana bukti-bukti yang ditemui membuat dia hilang kepercayaan pada Hisham. Tapi mungkin benar wanita kerap tersasar kerana lemahnya jiwa.

Itulah padah bersahabat dengan iblis. Walau perit mana dengan kekebalan dan kekuatan iman, segalanya tuntas. Allah bantu hambaNYA yang memohon dan meminta.

Lily Haslina membawa kita melayari kehidupan pasangan suami isteri yang diancam dendam dan sakit hati. Olahannya begitu baik hingga kita terasa amat geram dan bengang dengan Sheila. Saya percaya, seperti apa yang Lily cuba sampaikan, bersahabat dengan syaitan hanya mengundang padah. Saka tidak lebih hanya meniggalkan kesan buruk pada keturunan. Berubatlah segera supaya saka tidak mengganggu keluarga kita.
Jika anda ingin tahu kesudahan novel ini, jangan lupa membelinya ye..

Syabas untuk Lily. Dia mengetengahkan perkara benar yang berlaku pada alam nyata tentang taksubnya manusia pada yang lain selain ALLAH. Ada perbezaan pada novel ini berbanding yang lainnya. Moga lebih sukses dalam penghasilan lepas ini dengan cerita yang lebih umph!



Ni pulak dari Adhan.

akak,
saya suka sangat dengan AAK sebab jalan citer dia sempoi..gaya bahasa yang akak gunakan tak meleret-leret..straight to point..senang nak faham...ada macam-macam 'rasa' masa baca AAK ni..ada rasa kelakar, jijik dan menyeramkan...lain dari yang lain...selalu penulis perempuan kalau tulis cite yang ada unsur-unsur mistik dan seram atau thriller tak berapa menjadi tapi 'sentuhan' akak untuk selit unsur mistik dan seram memang menjadi...

akak,
ada banyak part/ayat dalam AAK yang saya suka..antaranya masa part Sofi Adura call Farhan tapi housemate dia angkat..yang dalam toilet tu...siap ada background bunyi tu yang tak tahan tu..siap leh terbayang 'najis' tu jatuh dalam lubang jamban...eii yek...macam mana akak leh dapat idea untuk masukkan part 'jijik' tu ek..

akak,
itu yang saya 'rasa' tau..saya puas sangat dapat baca AAK...memang best la...saya dok tersenyum, tergeli dan terseram sendiri...pandai sangat akak susun ayat untuk jadikan AAK best...best sangat..pasni leh wat lagi yang seram-seram ye...teruskan menulis...

salam sayang,
adhan


Ni dari lyza USJ.
lyza_ellyza@yahoo.com

Salam...
hai..saya baru baca AAK..tp tk abis lg..baru start baca..tp rasanya cm watak2 nie kesinambungan dari novel alaaa..tk ingat tajuknya tp buku tu saya baca masa skolah menengah lg...(skg ni dah anak 3..)..emmm novel tu saya masih simpan lg..cuma skg nie
saya kt opis dan novel tu kt umah...
curi2 baca novel AAk nie..

Betul kan..pasal sofi adura,abg jamal,cuma yang herannya hero kali nie Hisham lak..
mgkn jawapan tu ada dlm novel ni tp saya tk abis baca lg..tunggu laa..esok leh abis kut..

baru start baca..tk sabar nk abis..
mlm ni leh layan abis rasanya sb ada game MANU VS arsenal...mentara tunggu pkul 3..leh
baca..

gud luck utk kaklily..moga terus2an berkarya sb saya mmg minat giler tulisan kaklily..
asal nmpk jerk novel nama kaklily trus amik..tkyh baca sipnosis..

salam sayang,
liza,USJ 1 Subang..



Ini dari myhasla.blogspot.com
Thursday, April 30, 2009
Akhirnya...
Selesai sudah. Aku berjaya menghabiskan pembacaan novel Aku Ada Kamu! 3 malam berturut2 aku meghadapnya... & tepat 11.30pm tadi selesai pembacaan. Puas hatiku! Lepas ni tak payah nak fikir bila nak habis baca. Selagi tak habis... memang dok menghadap buku tu aje lah jawabnya.

Mula baca AAK hari isnin malam. Hingga lewat malam (or should i call it pagi?) .. pukul 2am baru aku berhentikan pembacaan. Kalau ikutkan hati memang hendak aje ku teruskan lagi since mata pun tak mengantuk lagi. Tapi memikirkan nak ke office the next morning, so terpaksa lar stopped. Selepas habis waktu kerja on Tuesday and Wednesday pulak... aku seolah2 tak sabar nak balik rumah sebab nak sambung baca AAK Ini lar penangan membaca AAK.

Suka sangat watak Sofi Aidura dan Hisham.
Sizzling Sofi. Adorable Adura.

"It was not my lips you kissed, but my soul..."


Jantung, hati, nafas dan cinta ini...
Semuanya ada pada kamu!
Aku hanya ada kamu!


Waahhhh... cair....

11 comments:

Unknown said...

Salam Lily...
Sofi Aidura? Aidura tu macam nama kawan baik OD masa kat sekolah menengah. Pemain saksafon SSP dia tu. Orangnya lawa dan cun.
Sekali lagi tahniah... tengah resah macam cacing kepanasan ni sebab nak tunggu adik beli buku Lily... sabar ke tidak?

MyHasla said...

alamak... lily! my comment pun ada gak kat sini! termalu sendiri lar pulak! :D

Lily Haslina Nasir said...

alahai opahde,
malulah kita. entah entah pada OD, Aku Ada Kamu tu biasa biasa aje nanti!
apa-apa pun terima kasih ye sebab sudi sokong kita sejak dulu lagi.
Kirim salam anney.. take care darling!

Lily Haslina Nasir said...

myhasla,
kita amat amat amat amat menghargai komen myhasla biarpun sebaris ayat!
terima kasih sebanyak bintang di langit dari saya ya!

MyHasla said...

TQ lily. Good luck and All the best to you in your career.
Frankly speaking i sebelum ni bukanlah novel fanatic...tapi bila dah baca AAK rasa macam nak beli and baca your novel sebelum2 ni! Ada lagi ke kalau nak beli?

Farah Abdullah said...

salam.. kak lily, serius ke dura dan hisham tu wujud?? kwn akak masa study ke? nk knl gk.. hehe! cm excited lak.. huhu..

Lily Haslina Nasir said...

MyHasla,
Terima kasih ye! Novel-novel lain tu insyaALLAH ada di market. Kalau tak ada boleh beli terus dari saya.. terima kasih ye!

Lily Haslina Nasir said...

Farah Adila,
Alamak, betul mahu kenal dgn Sofi Aidura? Hisham pun? Huh.. akak tengah fikirkan ni sama ada boleh dikenalkan atau tidak!

shila said...

buku ni sudah ada di tangan saya tak sabar tunggu hujung minggu nak baca... aiseh nama sheila watak jahat ke huhuhuh.. tapi saya langsung takder kena mengena.. heheh

ninaz said...

salam akak...sya dh baca buku tu..btw...a very nice story..sya beli masa meting di putrajaya aritu..bagus jugak kan kalu kita ada x-men dlm dr kita...hahaha

Ida Ra said...

Salam. Kak Lily, best gila arr novel aku ada kamu, ceritanya mmg best sbb ada kisah pasal saka dan ilmu hitam. ingatkan ada part jin berlawan dalam novel tu hehehehehehhe...nak tunggu novel akak yg seterusnya.....

ShareThis