Tuesday, June 2, 2009

Doa Untuk DDdarling

Sejak saya punya blog sendiri (biarpun yg betulnya saya tak pandai langsung nak bina blog... ) alhamdulillah ramai rakan lama dapat saya jejaki semula. Memang platform jejak kasih sungguh blog ni!

DDdarling antara yg sentiasa lekat di hati saya.
Saya kenal DD secara kebetulan. Saya interview dia utk Jelita sekitar 1997 kalau tak silap. Orangnya sangat cool, nampak mcm pendiam tapi sentiasa membantu saya. Masa tu saya buat rencana berkenaan kerja amal. Bila kenal DD, saya sangat-sangat terpegun... ternganga, terlopong sebenarnya..

Orangnya masih muda.. sanggup tinggalkan kerja tetap dgn gaji ribu-ribu kemudian buat kerja amal yg sekadar dapat elaun. Itu pun kalau tak salah saya sekadar RM700. Nak tahu apa kerja DD masa tu.. .. Kalau saya sebut rasanya ramai berkerut dahi.

Dia menyusuri kawasan black area sekitar Chow Kit, Lorong Haji Taib utk mendekati pekerja seks, mak nyah, penagih dadah etc.. utk dipujuk, disedarkan, diberikan rawatan dll. Bayangkan, kata DD, setakat cuci luka depa tu yg dah berulat, bernanah memang perkara biasa. Kata DD berbulan-bulan dia berulang alik di kawasan tu sekadar nak pecahkan ais.. nak biasakan dirinya dilihat penghuni lorong situ. Lama kelamaan kehadirannya diterima. Dari situ DD, mendekati, menasihat, merawat, memujuk golongan ni.

Dgn pertolongan DD juga saya dapat temubual Presiden Mak Nyah Semalaysia masa tu. Banyak betul DD bantu saya utk dapatkan maklumat. Kita kena ingat, bukan mudah mahu berhubungan dgn golongan ni sebab tersilap langkah tujuan baik disalah erti. Bila rencana keluar, saya cuba hubungi DD. Alih-alih DD hilang tanpa dapat dikesan.

Selepas 2008 kalau tak salah, DD hubungi saya melalui blog. Ya Allah, saya macam tak percaya! Rupa-rupanya selepas rencana tu keluar, pecah rahsia yg disimpan DD. Alkisah segala tindakan nekad DD berhenti kerja tak diketahui keluarganya. Cerita DD pada saya, dia bawa diri ke sabah.

Hujung tahun lepas, saya terima satu bungkusan yang amat besar. Sebesar kotak TV dikirim pada saya. SubhanALLAH, daripada DD rupa-rupanya. Dia kirimkan saya hadiah set teko dan cawan antik. Tak terkata saya. Maklum saya jumpa DD sekali saja. Itupun bertahun-tahun lalu. Masa tu Haiqal dgn Adib tak lahir lagi rasanya. Kata DD dia tahu hobi saya ni dari blog ini.

Kuasa Tuhan, sewaktu pesta buku saya disapa gadis yang hampir saya tak kenali. DD ya? Dia mengangguk. Kami sama-sama rasa nak menangis masa tu. Entah. Saya pun tak tahu kenapa. Kami berbual singkat saja. Tapi dlm masa singkat tu DD bercerita pada saya. Passionnya pada kerja amal masih mcm dulu biarpun dia kini menetap di utara.

Waktu mahu pulang kami bersalam dan berpeluk. Tangan DD erat pegang tangan saya, macam tak mahu lepas. Saya rasa dia seperti mahu menangis. Saya cuma kata, tak mengapa DD, pedulikanlah apa orang mahu kata. Tak semua orang boleh faham minat dan kecintaan kita. Jiwa setiap orang berbeza. Kata DD lagi, di utara dia masih lagi membantu memberi bantuan mencuci luka, merawat, mengetuk dari pintu ke pintu rumah pesakit HIV/Aids untuk beri sokongan moral.

Pada DD, teruskan usaha murni ini. Biar DD kena menghadap bau hanyir dan melawan rasa mual waktu membantu, tetapi percayalah, semua itu akan bertukar menjadi haruman syurga buat bekal DD di sana nanti! Kak Lily doakan dari jauh. Dan kata saya lagi, kalau ada 100 orang anak muda di Malaysia ini hati seputih DD, rasanya hidup ini akan lebih tenteram dan indah!

6 comments:

ina said...

hi lily..sebak baca..moga DD tabah dan tenang. mmg tak ramai insan mcm DD tp kerana ujudnya seorang DD maka dunia yg gelabah jd tenang dan damai..salam utk DD ye Lily..

dah lama tak masuk blog lily,cantik dah...kirim cium utk fasya ek..hehe

Farah Abdullah said...

salam kak lily,
sungguh mulia hati DD, semoga dia sentiasa berada di bawah lindungan yang Maha Esa.

Bintang D'hati said...

Salam kak lily, terlalu besar pujian tu pada d... Padahal apa yg d buat tu sebesar kuman je.. Rasa nak nangis ni ! Hmm..kak lily interview d tahun 1999 :) bukan 97 hehehe. Thanx pd semua yg mendoakan d.semoga allah indahkan hati kita semua...amin..

Mersik said...

Biasa, insan-insan yang sebegitu memang sudah hendak dicari. Satu antara patplo juta belas2 ribu gitu.

Kehilangannya juga amat terasa.

Semoga tuhan sajalah yang membalasnya. Kim salam D kalau jumpa lagi. Senang2 bley aa lepak sambil ngeteh2.. hik hik

Mummy Hanan said...

Salam Lily,

rasa sendu juga bila baca n3 awak ttg teman awak DD tu ya...yep tak sangka ada org yg sanggup buat kerja mcm tu... buat amal mcm dia tu...

Betul3 ckp mersik tu...." satu antara berjuta kan..."

idasm said...

betapa mulianya jiwa murni DD ni... rasanya memang payah nak cari iad insan sebegini di abad ini....
Rasa terharu sungguh dgn kebaikan dirinya....

ShareThis