Sebenarnya saya sangat berbelah bahagi masa mahu notis dari Jelita. Kiranya ni kali kedua saya notis dari Jelita. Dahulu waktu masih jadi penulis di sana... berhenti kerja selepas hampir 10 tahun. Waktu tu Syafiq anak saya mahu UPSR.. selepas berhenti Jelita saya buat Projek Akademi Fantasia Astro. Selesai dua musim AF saya jadi lady of leisure... tetiba sewaktu sedang menonton wayang Kak Ani bos saya offer untuk saya buat freenlance.
Maknanya setiap bulan saya harus selesaikan page resipi dan masakan. Puas berfikir fikir, atas dasar kasih sayang yg tak pernah hilang untuk Jelita saya terima. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya pun tak ingat sama ada 4 atau 5 tahun saya buat freelance dengan Jelita.. tapi yg pasti selepas Syafiq yg dahulunya kecil kemudian membesar bersama saya di Jelita dan kini sudah pun bujang teruna, sudah mendaftar sebagai pelajar UIA, saya sekali lagi mohon berhenti.
Saya sampai migrain dan jadi moody masa mahu buat keputusan ini .. tak tau kenapa.. tapi macam saya kata, saya harus adil pada Jelita dan bos saya. Buat masa ini jadual saya padat dan saya terkejar-kejar deadline yg macam macam.
Kekadang saya buat juga job translation dari pelbagai agensi iklan. Kekadang buat skrip voice over iklan.. Satu peringkat sekarang, kekadang, saya jadi sangat tertekan sebab rasa macam terlebih sibuk dan terover kerja walhal saya hanya base di rumah.
Kekadang ofis saya di dapur depan kuali, kekadang di ruang tamu, kekadang sambil bergolek tengok tv, kekadang sebelah tempat saya cycling... Ofis saya merata-rata di rumah. Dan kerja saya sangat rigid deadline nya..
Ini buat saya fikir beribu-ribu kali dan saya rasa, saya perlu lepaskan tanggungjawab di Jelita.
Pada peringkat ini saya sangat selesa dengan kerja yang tak mengikat saya.. kelapangan waktu itu keutamaan saya.. hahaha ni maknanya kalau tetiba saya malas, saya mahu tidur 48 jam terus menerus... tak ada siapa larang.. saya tak perlu kejar ofis atau punch card.
Terima kasih, doa dan kasih sayang saya buat team Jelita dan Berita Publishing. Saya selalu pujuk hati... Saya harus beralah untuk akademik anak. Kerja saya sangat sibuk .. dahulu dan sekarang rasa saya team Jelita kerap out station ke luar negara.
Saya selalu sebut pada suami, zaman kami sudah berlalu.. anak-anak belum tentu lagi. Saya juga kata, kalau anak-anak gagal dalam akademik, saya akan jadi orang yang sangat kecewa dan harus saya tak balik kampung sebab malu (hahaha dah moyang cikgu besar, atuk belah mak belah abah cikgu... mak cikgu... keluarga mak saya sangat akademik/exam oriented)
Masa hantar surat notis tu memang meleleh leleh air mata! Kak Ani editor perunding sampai hulurkan saya tisu pujuk saya. . Bila notis, saya telefon pakcik Fuad saya di Melaka.. dia tanya.. kalau berhenti kamu mahu buat apa...
Masa tu sebenarnya saya tak fikir pun saya nak buat apa.. saya redah aje berhenti dgn saving tak seberapa dan dalam kepala cuma komitmen rumah di Damansara Perdana buat saya rasa mahu muntah darah... sebulan saya harus bayar rumah di sana RM1,600.. Dan saya yg tak berapa nak kaya ni buat kerja gila BERHENTI KERJA!
Jadi bila pakcik saya tanya mahu buat apa.. saya jawab MAHU BELA KAMBING!
Bila berhenti, saya tahu geng saya rancang jamuan untuk saya tapi tiga hari sebelum jamuan itu saya sudah packing dan sangat ingat..selepas solat zohor di surau saya buat solat sunat.. sujud syukur di atas segala rezeki yang saya tumpang dari Berita Publishing.. again... meleleh leleh air mata!
Huhuhu rasanya masa putus chenta pun tak nangis cam ni! Kemudian, saya terus bungkus barang, saya drive pulang. Perangai saya... depan kengkawan saya sangat cool, senyum dan gelak gumbira macam biasa... tapi sumpah dalam kereta saya meraung menangis!
Dalam tempoh tu saya tak jawab any phone calls sampailah hari jamuan. Bila time jamuan tu aduhai... mahu pecah dada saya... beriya ya kengkawan sediakan, segala chef yg pernah bertugas hadiahkan kek bagai dan paling terharu saya dapat gelang tangan emas!
Serius, ke mana pun saya pergi Jelita tetap di hati!
Jadi bila Mat Gebu buat entri untuk saya SELAMAT TINGGAL JELITA.. oh itu betul-betul buat saya tersebak.
Terima kasih Sifu Masak Kak Henieliza, Kak Ummi, Ina Hana dan ramai lagi yang tinggalkan komen di blog Dapur Tanpa Sempadan atau di dinding FB Mat Gebu. Entri SELAMAT TINGGAL JELITA di www.tiffinbiru.com tu buat saya senyum sepanjang hari...Buat Mat, kak lily minta izin ya untuk kutip sebahagian entri dan komen dari Dapur Tanpa Sempadan.
Melur Jelita said...
Lily Haslina Nasir..very humble ! Tahniah! semoga terus berjaya dalam apa saja.
Selamat bersara
June 17, 2011 12:42 AM
Citarasa Rinduan said...
selamat pagi cik mat terima kasih atas pemberitahun ini
untuk kak haslina.... semoga apa jua yang diceburi.. berjaya..
dan......... lepas nie sukarlah nak jumpa geng2 masak2 dalam jelita..
kan cik mat....
June 17, 2011 6:08 AM
Sis-Lin said...
hu hu hu tapi x bermaknan yg aku yakkan teruskan dr membeli..kerana Mu Kak Lily masukkan geng2 blogger masak..kerana itu lah aku beli JELITA...:)
June 17, 2011 6:30 AM
K.Nor said...
salam che mat..
sebelum ni dah baca kat blog penulis novel ainin naufal yg keluar sama2 dgn k.nor dlm jelita mei baru2 ni yg lily nk bersara dr Jelita. sedih jugak masa membacanya..
nak tumpang wish kat sini gak ya che mat (terima kasih ya..)
jutaan terima kasih buat lily yg dah memberi peluang pd k.nor utk muncul di Jelita 2x (April dan Mei)semoga Allah membalas segalanya dan semoga lily terus sukses dlm apa juga bidang yg diceburi.. mekasih sekali lg..
June 17, 2011 7:38 AM
AZLITA AZIZ said...
BERLAPIS CEMPAKA DISISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI,
JASAMU SENTIASA KEKAL DI JIWA,
SEMOGA KEHIDUPANmu SENTIASA DIBERKATI.
June 17, 2011 7:50 AM
PERNAH BERCAKAP BELUM BERTENTANG MATA
BANYAK JASANYA MOGA DIBERI PAHALA
CABARAN DAN MASA MENGATASI UPAYA
WALAUPUN LILY BERSARA DGN JELITA
ADA DIBISIK PROJEK BARU DALAM KEPALA
SAMA2 KITA TUNGGU MOGA BERJAYA...
June 17, 2011 8:13 AM
MamaFaMi said...
Betul ke Puan Lily nak bersara dari Jelita? Mama pun nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lily kerana memberi peluang kepada mama untuk merasa 'excited' keluar kat majalah, walau hanya resepi yang biasa-biasa aje tu. Kesempatan yang tak pasti akan berulang lagi. Terima kasih Puan Lily.
June 16, 2011 11:56 PM
Tu hari mat ada sms kak lily dan dia ada kata akan bersara dari Jelita setelah berkurun2 lama bersama Jelita. Ini kerana hambatan kerja dan date line yang harus dihadapi oleh beliau. Mat berterima kasih pada beliau, rasanya bukan mat sorang saja, mana2 blogger masakan yang pernah menghiasi dada Jelita pasti akan berfikiran sama macam mat. Besar jasa kak lily ni, kami bukan lah golongan profesional, jauh sekali pakar dalam bidang masakan. Cuma bila penat lelah kami berblog masak2, tiba2 dapat perhatian pihak media segah macam Jelita, terus kami rasa teruja sangat2....memang berterima kasih tak terhingga pada Jelita dan mereka2 yang bertanggungjawab.
Masa mula2 dulu mat ingat kak lily bergurau saja pasal DTS ke Jelita, yea tak yea jeee..Sekali betul, hmm..boleh klik sini.. Atas jasa beliau, dapat lah resipi DTS dimuatkan ke dalam Jelita sebanyak 9 keluaran, tapi bukan semua keluaran memaparkan resipi yang banyak, ada tu segmen langkah demi langkah, tapi pada mat itu sudah memadai. Terima kasih tak terhingga pada kak lily kerana nampak blog dts-mat gebu, kak ummi kuantan, hana jepun, mamafami, kak nor secubit garam dan mereka2 yang profesional, untuk dimuatkan ke dalam Jelita..Akhir kalam, mat sertakan serangkap pantun untuk Puan Lily Haslina...

MALAM TERANG CAHAYA BULAN.
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN,
TERIMA KASIH KAMI PADA PUAN,
JASA MU SELALU DALAM INGATAN
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN,
TERIMA KASIH KAMI PADA PUAN,
JASA MU SELALU DALAM INGATAN
Melur Jelita said...
Lily Haslina Nasir..very humble ! Tahniah! semoga terus berjaya dalam apa saja.
Selamat bersara
June 17, 2011 12:42 AM
Citarasa Rinduan said...
selamat pagi cik mat terima kasih atas pemberitahun ini
untuk kak haslina.... semoga apa jua yang diceburi.. berjaya..
dan......... lepas nie sukarlah nak jumpa geng2 masak2 dalam jelita..
kan cik mat....
June 17, 2011 6:08 AM
Sis-Lin said...
hu hu hu tapi x bermaknan yg aku yakkan teruskan dr membeli..kerana Mu Kak Lily masukkan geng2 blogger masak..kerana itu lah aku beli JELITA...:)
June 17, 2011 6:30 AM
K.Nor said...
salam che mat..
sebelum ni dah baca kat blog penulis novel ainin naufal yg keluar sama2 dgn k.nor dlm jelita mei baru2 ni yg lily nk bersara dr Jelita. sedih jugak masa membacanya..
nak tumpang wish kat sini gak ya che mat (terima kasih ya..)
jutaan terima kasih buat lily yg dah memberi peluang pd k.nor utk muncul di Jelita 2x (April dan Mei)semoga Allah membalas segalanya dan semoga lily terus sukses dlm apa juga bidang yg diceburi.. mekasih sekali lg..
June 17, 2011 7:38 AM
AZLITA AZIZ said...
BERLAPIS CEMPAKA DISISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI,
JASAMU SENTIASA KEKAL DI JIWA,
SEMOGA KEHIDUPANmu SENTIASA DIBERKATI.
June 17, 2011 7:50 AM
PERNAH BERCAKAP BELUM BERTENTANG MATA
BANYAK JASANYA MOGA DIBERI PAHALA
CABARAN DAN MASA MENGATASI UPAYA
WALAUPUN LILY BERSARA DGN JELITA
ADA DIBISIK PROJEK BARU DALAM KEPALA
SAMA2 KITA TUNGGU MOGA BERJAYA...
June 17, 2011 8:13 AM
MamaFaMi said...
Betul ke Puan Lily nak bersara dari Jelita? Mama pun nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lily kerana memberi peluang kepada mama untuk merasa 'excited' keluar kat majalah, walau hanya resepi yang biasa-biasa aje tu. Kesempatan yang tak pasti akan berulang lagi. Terima kasih Puan Lily.
June 16, 2011 11:56 PM
5 comments:
selamat bersara kak lily...semoga akan terus berjaya dlm apa juga bidang yg akak ceburi...insyaAllah :)
Lily bersara tu bukan bermakna, semua persahabatan itu akan terputus. Ukwah itu masih boleh diteruskan...insya-ALLAH. AMIN..
puan. saya sering berpesan kat anak-anak : gagal dalam dalam akademik (mudah2an tidak) tak semestinya gagal dalam kehidupan.
salam lily, sayu jer baca n3 lily kali ni.. sebak pun ada.. apapun k.nor nak ucap sekali lg jutaan terima kasih buat lily yg dah menjadikan k.nor sebahagian dr blogger yg bertuah yg dpt memasuki Jelita, yg sentiasa gah di tanahair ni.. terima kasih atas galakan dan dorongan lily pd k.nor sebelum ni. senang sekali bersembang dgn lily, terasa cam dah lama mengenali..
bila dpt tau lily nak berhenti dr jelita, sedih pun ada. kita baru jer nak mengeratkan hubungan kan.. semoga ukhwah ni tak terputus bila lily dah stop kerja dgn Jelita. semoga ukhwah antara kita terus berkembang dan ingin sekali berjumpa dan bersembang secara real dgn lily suatu hari nanti..
semoga lily terus sukses dlm apa juga bidang yg diceburi..
aminnn...
terlebih dahulu saya susun 10 jari mohon maaf atas keterlewatan memberi komen...jasa kak lily besar pada kami blogger2 masakan ni...terima kasih sekali lagi dan selamat bersara....
Post a Comment