SEJAK zaman sekolah, kereta kotak atau kekadang kami panggil kereta kotak mancis emak,, Fiat, selalu aje jadi bahan bebel emak pada Rosie. Pantang emak lepa, cepat aje Rosie rembat kunci kereta. Dari zaman habis sekolah, Rosie dah memang tunjuk chenta yang mendalam pada kereta. Benda pertama dia buat selepas tiga bulan bekerja, beli kereta. Dan dalam umur masuk tengah 30-an, saya pun jadi tak ingat dibuatnya.
Fikir balik, nyesal pulak saya tak bela kereta kotak fiat mak dulu. Lebih kurang macam ni rupanya. Kalau kami jaga, harus dah masuk kategori antik sekarang. |
Rasa macam dah enam kali kot dia tukar beli kereta. Paling gila dia pernah buat bila tak sampai empat bulan dia baru beli kereta cap honda, dia jual tanpa peduli rugi, sebab chenta tiba-tiba beralih arah pada kereta yang lagi baru. Baru ni adinda saya ni dalam hujan ribut ajak saya keluar. "Kak Lily mesti kata Rosie gila.... " Saya tanya kenapa? "Jom kak lily, kita tengok kereta kat showroom Volkswagen."
Hahah, macam saya gila buku, Rosie gila kereta. No hal baby! Tengok-tengok dan berangan apa salahkan! Tak rugi pun. Minat orang kan berbeza-beza. Lagipun dia selalu kata, "Rosie tak minat jalan, rosie tak minat barang kemas, rosie tak minat nak beli perabot, penat kerja, kira duit habis kat kereta."
Saya? Haha... cita-cita saya satu aje..... Saya ni jenis malas drive. Kalau terlebih duit, saya tak mau kereta, saya mau ada pak supir.:))
Untuk penchenta kereta, Rosie Haslinda Nasir, Volkswagen CC, memang walllaaaaaa:)) Sesuai sangat untuk orang yang suka merempit dan mencilok-cilok. Kak lily sempat test drive Kajang ke Ipoh 1 jam 10 minit darling:)) Rosie, mesti bercahaya wajah dengar ni.... :)) Oh, ni gambar che google. Saya pinjam pakai jer:))
No comments:
Post a Comment