Menyiapkan novel dewasa selepas bertahun-tahun tak menulis memang lengit dibuatnya. Cinta hilang kata- puas dicaras, dirombak etc. Paling saya suka dan sedikit debar kalau saya minta anak saya anis yg baca. Anis takkan berkias atau berlapik dengan saya.
Conversation not matured, page 250 serabut, buang, repeated etc. Ni antara copy asal yg penuh cakaran anis pada manuskrip mak dia. Alhamdulillah. Selepas dicincang anis, dikritik dek rose harissa dan akhir diperkemaskan oleh Anida Daud, selepas dua tahun terperam terbengkalai kerana komitmen pada skrip, Insyaallah 14 hari lagi lahir baby baru saya ni.
Menulis apabila dah lama tak dibuat, macam besi karat jadinya. Setiap genre berbeza. Novel Aku, Dia & Coklat, saya siapkan sekitar tiga minggu tak silap. Ya, dengan bantuan Anis sebenarnya waktu dia selesai UPSR. Bab 1 - 6 novel tu memang Anis yang tulis. Sebabnya, waktu tu saya sibuk lagi stress siapkan Menunggu Cinta Tuhan. Jadi bila menulis semula novel dewasa, Allah swt saja yang tahu azabnya. Apatah lagi kerja yang terhenti-henti sebab saya terikat deadline skrip. Dalam kes begini, bagi saya amat penting ada orang yang jujur untuk komen dan mengkritik karya.
Ez Husna, adinda di Labuan pun kata mana kak lily yang dulu dalam karya. Hahaha... sumpah tak kecil hati! Sebab saya sendiri pening dan mual baca manuskrip sendiri. Saya serahkan pada Anis. Itu pun curi curi waktunya di TKC. Mak - anak; tak ada berlapik. NONSENSE, NEED TO REVAMP, WHERE'S THE DINNER WITH RAIN? SEJAK BILA EZRA KAHWIN? MANA PART DIA JUMPA RAIN?
Mak, nak cerita apa ni? Part ni dragging. Yang ni bosan! Kenapa dialog macam tak matured? Tadi mak cerita lain, ni mak taip benda lain?
7 comments:
Wah... sangat berdedikasi itu pembantu akak
:) :) :)
Salam zarra zuyyin:))
hahaha.... dia buat tu rela paksa tu!! mak dia paksa... zarra terus gigih berkarya ya!
Gigih sangat dah ni kak...
Mahu tersungkur dah ni. adus
Hahha.. harap2 novel ni akan memuaskan hati saya sbb saya dh lamaaaaa sgt xbaca karya dewasa kak lily. Novel kak lily terbitan PTS pn saya xbeli sbb saya selak sikit saya rasa mcm tu bkn 'bahasa' kak lily. Skema sgt! Hihi. Harap yg ni akn buat sy puas hati la. Xsabar nk beli & baca ni ;)
Salam Fira:))
Kalau menulis dengan mana-mana penerbit, gitulah.
kita kena ikut house style rumah penerbitan tu.
tq tq tq fira sebab berhajat cinta hilang kata.
Kalau nak masuk contest buat novel dekat mana ye?novel dewasa. Tq ur respon.
Post a Comment