HUNKY AVIAN FUNKY ARISA… CUBAAN LHN & RH MENDIDIK MELALUI PENULISAN
Perghhh… tajuk kemain lagi… hahaha…
Hari ni… saya ke sekolah… berbincang dengan cikgu pasal prestasi anak. Sebagai cikgu dan mak, kami sama-sama menyatakan kerisauan tentang Gen-Y… tentang silibus pelajaran yang semakin mencabar, tentang anak-anak Gen-Y yang tak fokus… dan terkeluarlah isu pendidikan seks.
“Tahun depan, budak-budak KSSR ni dah mula belajar reproductive system, puan… kita dah tak boleh nak malu lagi dah… budak-budak sekarang ni, kita dah tak boleh cakap bebird… pepet tu semua dah… kena cakap terus terang…kena ada gambarajah baru diorang faham…”
Saya gelak-gelak. Saya pun mula berterus-terang dan bersembang yang benar dengan cikgu.
Balik rumah, saya belek semula buku Avian Arisa. Dalam hati berkata,“Aku dengan kak Lily dulu berhempas pulas buat buku ni, orang tak pandang pun… sekarang Kementerian dah tekankan isu ni…hmmm… rugilaaahhhhh…”
Sebagai pengarang, saya sakit hati sebab isu pembelajaran ni pernah saya dan Kak Lily Haslina Nasir bangkitkan suatu ketika dulu. Kami mungkin mak-mak yang garang tapi dengan anak-anak kami selalu cakap direct.
Sebagai pengarang, kami sering dicari orang-orang penerbitan PTS untuk melakukan projek baru dan diminta memberikan idea bernas(secara rahsia dalam ertikata lain geunine pig penerbitan). Maka saya dan kak Lily bangkitkan isu ni… nak buat buku pasal masalah budak-budak tentang perkara-perkara yang perlu mereka tahu tentang persediaan akil baligh.
Target dan sasaran tentulah budak-budak baya anak kami sendiri, Haiqal dan Ik yang waktu tu baru darjah dua dan satu. Sebab waktu tu mereka sendiri dah mula tau apa itu haid… bla bla…
Maka dengan niat murni, nak mendidik anak-anak melalui buku, saya dan kak Lily bersemangat waja, memulakan sesuatu yang baru… demi mencapai visi penerbit, memandaikan bangsa.
Gigihlah kami duduk bersila di Kino KLCC. Angkut segala educational teen punya buku untuk jadi rujukan. Betapa terujanya kami berdua berangan nak setanding dengan buku omputih. Comel dan ber’knowledge’.
Saya offer diri untuk buat layout, cover, lukis comic, grafik, dan susun atur huruf demi tak nak menyusahkan designer PTS untuk ikut kemahuan kami. Sampaikan kami angkut anak-anak berkampung di Bangi Kopitiam Dolomite, dari pagi sampai ke tutup kopitiam sampai semua menu kami try demi takut dihalau… demi nak menyenangkan kerja pihak penerbit.
See? Gila tak gila RH… ada ke pengarang dalam Malaysia yang tau buat semua dari A to Z sebuah buku, sampai bertunggu tangga di printer cek CTP? (tu pun ada jugak silap… bila dah jadi buku padahal rasa dah betulkan semua dalam PDF)
Tapi… halangan dah mula nampak awal lagi. Saya tak masuk meeting… sekadar menerima arahan, itu tak boleh ini tak boleh… sampai naik muak.
Sebenarnya kami berhajat buat watak Avian Arisa ni umur-umur Ik dan Haiqal… tapi pihak penerbit mintak up jadi watak budak sekolah menengah baru nak baligh. Payah… padahal kami ada pengalaman dengan anak-anak sendiri…
1) Saiz buku — cabaran buat saya. Terasa dipermainkan. Sekejap saiz itu, sekejap saiz ini… bayangkan… dengan grafik dan comic, bila sesuka hati pihak atasan mintak tukar saiz… saya rasa tak ada designer yang tahan. Dekat 9 kali diubah… tapi saya bertahan… demi nak hasilkan jugak sesuatu untuk Gen-Y.
2) Isu nama AVIAN — ditentang kerana nama tak Melayu. Saya bengang… dah saya kata, buku ni bukan untuk Melayu semata… sebab tu saya pilih nama AVIAN! Supaya semua kaum boleh baca.
3) Isu kartun berlengan pendek, berseluar pendek, tak bertudung— Pun menguji kesabaran saya. Kerana saya merasakan pihak yang berada dalam meeting itu tak faham konsep. Dah sah-sah buku itu untuk budak-budak belum akil baligh! Sumpah saya rasa nak jerit kenapa ortodok sangat… padahal kartun saya tu ala chibi.
4) Isu lukisan dan rajah organ lelaki dan perempuan — again… masalah ortodoks. Saya lukis dalam bentuk kartun yang kiut-kiut, bukannya real illustration supaya budak-budak senang faham. Again, orang-orang dewasa yang berada dalam meeting board tak mengerti.
5) Layout — angan-angan kami nak buku yang free-flow, comel, macam buku omputih tak menjadi… bila mana, saya terpaksa akur kehendak penerbit yang mahukan layout ikut undang-undang buku. Hmm… sedih… terus buku jadi rigid.
Buku ni memang penuh airmata… penuh effort dari kami. Hajat nak mengelak budak-budak dapat maklumat salah dari sumber lain. Berjanji dengan pembaca akan keluar pada Pesta Buku 2011. Ribuan ringgit kami habiskan demi nak menyambut buku ni di pesta buku. Macam kenduri kahwin, dengan bunga telur, goodies bag bagai.
Sudahnya hujung Jun 2011 baru muncul.
Ya, kami memang nampak halangan buku ni, dari tajuk, cover, kartun sampailah dah terbit. Semua benda jadi isu.
Bila dah keluar, kami terus nampak halangan yang sama. Malah ada kami dengar dari kalangan penulis sendiri yang berpesan supaya ibubapa memantau anak-anak daripada membaca buku ini. Kalau tanya, kami memang KECEWA, sebagai pengarang, sebagai mak-mak bila ada mak-mak lain yang melabelkan buku tu tak patut dibaca walhal di sekolah anak-anak dah lebih advanced.
Sampaikan saya tertanya… diorang ni tak ambil tau ke pasal apa anak-anak belajar kat sekolah?
Kenapa mesti sekat buku yang berilmu? (bukan puji buku sendiri tapi sebab kami buat kajian untuk hasilkan buku ni)
Kenapa mesti ortodoks?
Sexual education – Fundamental facts of life!
Bukanlah maksudnya kita ni kena mengajar anak menge’seks’. Ini pun kena tune sikit otak.
Saya sendiri dengan Ik, selalu jerit kalau dia tengah ‘boner’. “Hoi! Kau fikir awek ye sampai ‘tunit’ kau tegak macam tu?!” *saya sebut tunit kasi comel sikit bunyinya…hahaha*
Ya… dia kecik lagi… baru darjah empat… tapi saya selalu dengar cara dia bersembang dengan kawan-kawan dia… dah tahap sekolah menengah… So, sebagai mak yang pernah belajar di University Of Discovery Malaysia (gelaran untuk UTM), saya kena berfikiran terbuka sementelah saya dengan suami sendiri cakap direct aje.
Dulu waktu Ik baru nak tadika, tertangkap juga dia sedang menatap lama gambar seorang artis perempuan yang menayangkan dada gebunya di sisipan RAP. Memang kena jerit.
Zaman la ni… banyak sangat sumber melucah tanpa perkataan… Kita tak boleh samakan dengan zaman kita yang mana mak bapak tak ajar benda-benda macam ni. Zaman media sosial, kita pun sebagai ibubapa kena berubah setakuk. Ego kena ketepikan. Malu kena tahan kejap.
Kalau tak, anak ada banyak cara lain nak belajar. Media sosial.
Masa ni, jangan salahkan novel. Salahkan pemikiran anak yang tak tau bezakan mana buruk, mana baik… sebab ilmu asas tu tak ada.Dan jangan menyesal kalau anak-anak GEN-Y ni cakap, mak ayah saya tak cakap salah pun… tak ajar, tak larang, tak bagi ilmu.
- Atau nak ke tunggu, anak dara menangis bawak perut ada isi sebab tak tahu… bila penis masuk melalui vagina, sperma akan berserakan dan kalau sperma itu aktif akan disenyawakan dan menjadi zuriat?
- Atau anak lelaki bangga sebab tingkatan tiga dah berjaya menabur benih di ladang wakaf?
Haa… ambik kau! Maaflah ye… RH memang tak reti cakap berlapik. Kak Lily sendiri selalu kata macam tu… tapi mak tak kecik hati… hahaha…
Beleklah dulu isi dalam AVIAN ARISA sebelum korang gigih palu kompang kata buku tu lucah. Biarlah penerbit kata buku ni slow, tapi saya dan kak Lily tetap rasa buku ni paling rich dengan pengisian dan paling cun pernah kami buat bersama.
Kalau tak banyak… sikit pun jadilah asasnya sampai ke otak anak-anak supaya sel otak berhubung, sexual education fundamental + agama, kena jalan seiring di zaman media social berkuasa ni… kalau tak… habislaaaaa…
cover asal yang saya suka… plain… simple… tapi menangkap mata
Nah… saya tempekkan sikit isi dalam… korang nilailah sendiri lucah ke tidak… patut ke buku ni dipantau, patut ke ibu bapa menghalang anak-anak baca buku macam ni…?
Kenonon nak bersambung… siap suruh budak-budak tunggguuu sebab Kak Lily dan Kak Rose nak bagi hadiah bonanza… sudahnya buku masuk peti besi….
Bila kreativiti pengarang terhalang… oleh sikap ortodoks yang tak kena tempat… haihhhh…
Cc: Kak Lily Haslina Nasir (mari mengimbau nostalgia tentang komitmen dan dedikasi… kita kan selalu jadi geunine pig… huahahahaa…)
SEMUA INI DARI romanfiksi.wordpress.com
No comments:
Post a Comment