Entri kali ini meminjam catatan adik saya, Rosie Haslinda (yang
berwarna merah di bawah)
Terima kasih Rosie.
Ya, perjalanan anak-anak ni panjang lagi.
Kita tak tahu rezeki dan takdir
masing-masing.
Dapat 5A UPSR bukan jaminan hidup
cemerlang.
Dapat PMR /PT3 semua A, bukan jaminan masa
depan gemilang.
Dapat 10 A+ SPM, masuk universiti bagus
atau keluar negara pun bukan syarat mutlak hidup bahagia, tenang, barakah dan
kehidupan dalam genggaman.
Banyak faktor lain. Keberkatan hidup itu
penting. Jayanya hidup bukan tertakluk pada keputusan periksa. Tapi keputusan
periksa, doa dan tawakal pada Allah swt membantu kita memperbaiki keadaan.
Selalu saya pesan pada anak-anak, hidup akan teruji apabila kalian berkeluarga,
berdikari dan keluar dari kepompong emak abah.
Matang atau tidak, angkuh diri atau
membumi, terserlah waktu itu. Saat diuji begitu, barulah tahu sama ada A+ atau
gagalnya hidup kalian. Pada anak-anak ni, selalu dipesan. Mak dah tak ada apa.
Mak menghampiri separuh usia. Dah lalui semua. Dah rasa semua. Terserlah kalian
mahu mencorak hidup. Mahu yang indah pelangi tapi sementara, mahu yang ribut
gelora atau mahu yang berpijak di bumi nyata, terserah.
Mak cuma boleh doa yang
baik-baik. Kalau mak mati esok lusa, tak ada apa yang mak tinggalkan kecuali
bebelan, pesanan dan mungkin amarah emak yang buat temankan kalian. Dan carilah
rezeki serta ilmu sendiri. Mak bukan orang yang akan tinggalkan sekian-sekian
duit, sekian sekian tanah, sekian sekian rumah atau sekian sekian wang
insurans. Masing-masing ada perahu sendiri, masing-masing dayunglah, cari haluan
dan arah masing-masing.
Rosie kata, keputusan saya berhenti kerja
sewaktu Syafiq yang sekarang sudah 23 tahun, mahu ambil UPSR, adalah keputusan terbaik. Ya,
alhamdulillah. Apabila semuanya kembali dan menghulurkan slip periksa yang buat
saya tersenyum, segala gaji bulanan yang saya hilang, segala jawatan dan
kepuasan bekerja yang saya lepaskan, terasa berbaloi. Tipulah kalau saya kata
saya tak terkilan pada sebilangan waktu.
Bohong kalau saya kata saya baik-baik
saja apabila berhenti kerja. Waktu itu baru kita diuji dalam bentuk yang lain.
Kawan belum tentu kawan bila kita tak ada jawatan. Sahabat berbincang belum
tentu ikhlas memandang bila kita tiada apa-apa. Hahaha saya pernah menelefon
seorang sahabat dengan nada ceria tapi disoal balik, "Siapa ni? Sorry tak
kenallah!" Hahaha... kejadian yang satu itu membawa penyudah pada tekad
saya untuk selesa sendiri-sendiri, bekerja sendiri sendiri dan saat girang
ceria saya hanya dengan anak anak.
Orang ramai pm dan emel saya. Kak lily
buat apa ya pada anak anak? Kak lily boleh bagi tips? Oh, saya tak pandai nak
bertips tips. Benda gini pun tak seronok nak cerita sangat. Macam angkuh pulak
bunyinya nantikan... Rezeki masing-masing ni. Tapi ya, kalau sanggup dan ada
ruang berkorban, beralah untuk anak anak apa salahnya. Saya sejak zaman , CR
sanggup berhabis RM1,500 seorang demi satu sesi kelas add maths untuk dua
minggu sahaja. Rasanya zaman Anis paling mahal, Kelas add maths sahaja saya
habiskan hampir RM2,500.
Ya, saya sekat belanja saya yang lain.
Tiada istilah kasut atau baju mahal. Saya tak minat pun sejak berhenti kerja
dan saya belanja menghibur hati dengan cara saya. Mencari dan mengumpul barang
antik.
Untuk Rosie, tq dear untuk catatan yang
manis ini.
Untuk anakanda Arif
Haiqal – the silliest Dubsmash partner for my little girl, lawan congkak dan
Scrabble Rania – selamat melangkah ke dunia mandiri, your new frantic
battleground!
Di sini
semuanya harus diurus sendiri-sendiri. Yang berdaya saing akan selalu ke depan.
Yang malas akan ditinggalkan. Semoga cepat dewasa, Haiqal!
Saya
kira pengorbanan kekanda saya Lily
Haslina Nasir menyerahkan takdir kerjayanya yang sedang memuncak ke
tangan anak-anaknya – adalah keputusan paling baik
dalam hidup. Syafiq CR ke MRSM, Anis Arisa ke TKC, Adib Imran ke SM Sains, dan
petang tadi Haiqal mendaftar di Alam Shah. Alhamdulillah, saya tumpang syukur
dan gembira. Ini hadiah untuk seorang kekanda yang selalu berkorban mengenepi
kepentingan diri dan memberi laluan untuk adik-adiknya. Terima kasih banyak Kak
Lily.
*mode rindu kawan-kawan &
cikgu MGS, SKBB, SMMA & MRSM Kerteh/Kuala Berang* 💕🏣
AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang
hakcipta.
Tidak dibenarkan menyalin, meniru,
menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar
yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa
keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada
kredit mention atau nama blog perlu disertakan.
Copyright of the
http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the
information, text, images, graphics, sound files, video files and their
arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise
indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied,
distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published,
licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the
express prior written consent of the owner.
3 comments:
Assalam lily.
Tahniah kerana masih setia berblog. Blog akak dah makin mereput kat sana. Mungkin tahun 2016 ni berazam nak segarkan kembali. Apa2pun tahniah dn syabas buat lily dn anak2. Semoga Allah sentiasa murahkn rezeki lily dan family. Aamiin.
Lily dan keluarga
TAHNIAH untuk Adib, lebih terutama buat bondanya.
Tahniah Adib.. dan tahniah kak Lily sekeluarga..
Post a Comment