Thursday, April 30, 2020

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar

DIRGAHAYU TUANKU.
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar
Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
Sultan Negeri Kedah Darul Aman
DARI TEAM - TENTERA KE TAKHTA-

Friday, April 17, 2020

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - KISAH DI SEBALIK TABIR


Adilah rated it it was amazing
Don't judge book by its cover.
Saya bukan mengatakan cover buku ini, tetapi alkisahnya si Adib itu.
Perangai ala-ala Ali Setan namun di sisi lain, siapa yang tahu.
Bersungguh-sungguh dia mahukan Esya sebagai jodohnya, dimakbulkan Allah.
Membaca kisah ini dipenuhi gelak ketawa dan juga emosi apabila kisah keturunan Esya diungkit.
Pelbagai dugaan pasangan muda ini bernikah semasa masih bergelar pelajar.
Buku ini ada isinya yang boleh dijadikan pengajaran, panduan.
Jangan menilai, don't judge. Sesiapa pun, apa pun.
Cukup rencah, bahasa indah dan sesuai.
Tahniah, penulis! (less)



Que Razali rated it it was amazing

Berkisar mengenai kehidupan 'anak muda' Adib dan Esya dari mereka sekolah sehinggalah ke alam universiti.  Sejujurnya, saya sangat suka dengan plot penceritaan novel ini. Jarang dapat melihat penulis yang berjaya melakar kisah anak muda yang kena dengan jiwa. Saya kira penulis berjaya mencuit hati saya dengan kisah Adib dan Esya ini. Ditambah lagi dengan lenggok bahasa penulis menjadikan karya ini ada rencah tersendiri. Tahniah buat Lily Haslina Nasir atas kelahiran novel Lelaki Lingkungan Cinta ini! (less)

Faiz Md rated it it was amazing
Salah satu novel terbaik untuk tahun 2017. Watak antagonis yang ditonjolkan melalui karakter Zamri buat aku takut. Jahat, kelancangan, kebiadapan Zamri betul-betul hidup di atas kertas. Takut kalau-kalau Zamri itu betul-betul ada dalam hidup penulis, atau paling jauh pun, idealisme Zamri itu merupakan sisi tersembunyi penulis. Bravo untuk LHN!


Yazlina Saduri rated it it was amazing
Satu lagi karya yang menggetarkan jiwa. Walau dah baca beberapa buku Lily Haslina Nasir, saya masih tak jangka kesan sebegini untuk buku Lelaki Lingkungan Cinta. Mula-mula memang tak boleh berapa nak masuk, kisah bebudak sekolah yang nakal dan suka mengusik orang, Adib ketuanya. Teringat buku siri Yoyo Liana Afiera Malik. Bila masuk senario Esya kena rasuk dengan setan penanggal kat padang sekolah, dah mula panas dan rentak meningkat tetiba. Selepas tu, memang tak nak berhenti baca. Kisah cinta Esya dan Adib sangat special, dugaan mereka (terutama Esya) sebelum bernikah, semasa dan selepas juga tahap giga. The way Adib loves Esya, throughout their school days, then sikap gila-gila dia, memang ngam. Suka juga Dayana dan suaminya Azmie. Adon & Arep pun srlamba kelakar. Sangat respect kreativiti dan cara penulis "master" emosi, perasaan, cara fikir watak-wataknya. Cerita ini hebat dan kongsikan banyak info mahal (psttt, yang patut diketahui orang yang dah kahwin pun ada).


*******

BILA cuti panjang ni, terpandangkan promo LELAKI LINGKUNGAN CINTA di laman KARYASENI, terasa nak throwbacklah pulak.

LELAKI LINGKUNGAN CINTA ni macam biasa ditulis sebab Che Rose Harissa yang cadangkan.

“Beb, kau tulis cerita Syafiq (CR) dengan Adib Apek dekat hostel tu. Cerita bebudak kolej macam ni tak semua orang ada pengalaman.”

“Ada ke nak baca? Cerita budak-budak?”

Apalah menariknya cerita si Syafiq dekat MRSM Pengkalan Hulu tu yang selalu buat Pak Hassan naik darah. Hahaha Pak Hassan ni Cikgu Hassan yang handsome, lagi glamor tapi garang. Neelofa pun pernah rasa tangan Pak Hassan… hahaha tak caya pi google kisah MRSM Langkawi.  Si Adib Apek tu! Lagilah! siang malam buat mak dia senak perut. Ada aje akal dia dekat SABDA tu. Macam lagend pulak anak-anak LHN sebab nakalnya bukan main. Memang terkejut bila terjumpa satu budak form two SABDA yang tanya Haiqal, “Eh, ni adik Abang Adib Apek ke?”




Haiqal tanya mana kenal? Kau masuk SABDA, Apek tu dah keluarkan.

“Nama Abang Adib memang adik-adik junior semua tahu! Dia batch Nova. Semua tahu!”
Menggeleng saya dengar ni dari Haiqal.

Jadi bila saya macam blur, nak tulis apa cerita bebudak ni, gini jawapan Rose Harissa.

“Kalau nak lari dari cerita cinta korporat, kau budak cerita anak kau! Beb, kalau tak… takkan cerita kau pasal anak dekat blog kau tu, yang tajuk SWEET TALKER tu sampai 526 SHARE. Kau slow… sudahnya orang lain guna cerita anak kau ni buat idea nulis depa.”


Hahahaha terkelip-kelip saya masa Rose Harissa tegur. Ya, ya… saya selalu gitu.

Sudahnya itulah… beberapa adegan kisah benar anak-anak di asrama, saya adun dan jadikan LELAKI LINGKUNGAN CINTA.

Saja gunakan nama sebenar Adib untuk lebih feel. Adib ni tahap  pernah kena jahit gusi sebab terbelah. Jahit hidup-hidup tanpa bius!

Dah rasa genggam kaca (mak dia ingat darah kat tangan tu gincu), dah rasa usus tu kena kerat sekaki, dah rasa doktor keluarkan usus perut, doktor cuci, kemudian doktor masukkan balik dan jahit perut tu. Dah rasa badan kena tebuk tujuh lubang serentak... dah rasa macam mana kematian tu jaraknya amat dekat. Adib kritikal kan dulu. Dah rasa jugak lutut tu tersagat dekat tar. What else?


Hah, kata Apek, dah rasa jugakkan umpun-umpun (cacing gemuk tu macam mana rasa... masin ya?), dah rasa dari sekolah sampai di asasi kena hambat dengan warden...dah rasa kena tangkap dengan fellow masa merangkak keluar kawat asrama sebab nak beli nasi bujang... (tapi lawak.... fellow siap salam dia, sebab dia tak lari. Fellow kata 'wise guy” senior lain lari lintang pukang, mamat ni cool aje)


Dia pernah cerita. Masa menyusur dalam lubang tikus, lalu celah longkang demi nak pi makan dekat gerai luar, ternampak hantu penanggal. Ni susah sikit nak percaya tapi geng mamat ni kata ya.. depa memang bertiga masa dekat tepi padang yg gelap gulita tu.

 "Hantu tu kaler hijau mak, macam ada api. Tapi hantu tu nampak kita orang, terus slow slow melayang... kemudian hilang dekat pokok kelapa..." Haha see... nampak benar kau orang lagi bersaka dari hantu tu.

Asyik kena rotan dan dihambat ayahanda pengetua di asrama sampai ke tingkatan lima. Tikus, cicak dijadikan #pet dia di kelas dan dorm😇😇😇😇 


Saya sendiri masa kemaskan folder gambar dalam laptop,terjumpa foto  depa ni berniaga dgn kroninya berpuluh cawan maggi di tepi tingkap dorm. Maggi kosong aje pun... tapi dari foto tu macam laris sungguh bisnesnya😇😇😇 mana lah tak kena hambat dan rotan dgn cikgu...😣😣 mujur ayahanda pengetua maafkan dia dan cikgu redo dgn nakal dia dan halalkan ilmu, masa nak SPM. Allahu... terhutang budi saya pada semua guru guru yg mengasuh dan memantau anak anak bujang saya dulu.

Ni bangga dia bercerita

Mak nak tahu? Masa nak SPM, hari hari ayahanda pengetua yg kejutkan kita. Kejut kita pakai rotan sebab kita liat bangun. Ayahanda pengetua jaga kita  sepanjang SPM. Kita tidur bawah katil, siap-siap pakai jeans tiga lapis. Hahaha ayahanda sebat, kita tak rasa apa. Ayahanda sampai give up… marah-marah satu hari tu. Kita kalau tidur dalam locker pun, kita siap-siap pakai jeans tebal. Hahaha zasss zass pengetua sebat, tak rasa. Tapi kan mak… masa ambil keputusan SPM, ayahanda peluk kita time kita salam cium tangan. Allahu…. Part ni mak dia sebak.


Saya korek-korek cerita daripada kengkawan Adib. Kenapa ya Adib ni nakal, tapi junior sayang? Jawab kawan-kawan dia, “Auntie lily, Adib ketua biro akademik rumah Citrine. Kalau ada adik-adik kantoi buat salah, Adib denda atau buli. Dia pesan adik junior, jumpa dia malam. Rupanya dia suruh adik junior tu buat maths depan dia. Kalau tak tahu buat, Adib ajar.”

Acah-acah ya adib. Sendiri kemain bertanduk bertaring, dengan adik-adik mithali sungguh.
Kata sorang lagi kawan dia, “Lepas menggigil-gigil kami kena kuih gulung dengan cikgu sebab kantoi duduk dalam tandas, ingatkan Adib ajak balik dorm. Dia paksa kami pi ikut dia buat Latihan Maths.”

Semua inilah saya rangkum, saya adun, saya garap, saya jalin, menjadi LELAKI LINGKUNGAN CINTA.

ps: Err kisah Adib mandi dalam tangki air tu... hahaha ya ya... betul!


Kisah kepala berjahit di Bali tu pun betul... Tu kisah Syafiq. Berjuta-juta rupiah duit terbang gara-gara nak jahit kepala dia yang koyak masa terjun di kolam renang.

LELAKI LINGKUNGAN CINTA ditulis mengikut ilham yang ada di sekeliling saya.

Mungkin tak sempurna mana, tapi ini umpama satu diari, satu kenangan untuk saya sendiri sepanjang anak-anak di MRSM PENGKALAN HULU dan SABDA.

***************
Kalau ada sesiapa yang nak cari novel LLC masa cuti panjang ni…
Boleh contact admin KARYASENI

KARYASENI POS TIME PKP - Jom order novel

Whatsapp KARYASENI, bagitahu tajuk apa anda mahukan. KARYASENI akan postkan kepada anda.
Pembayaran Online atau Kad Kredit diterima.



Sunday, April 12, 2020

MAHARANI - ILHAM YANG TERPERAM LAMA



MAHARANI - Terima kasih ya buat adik-adik pembaca. Yang dah baca dan yang sudi share review. Hahaha saya ada terbaca komen, katanyam kak lily macam bagi dia telan lemon sebijik sebijik bila baca novel ni. Banyak yang memberi ilham masa tulis novel ni. Pengalaman kerja dulu tentunya.


 Kami di majalah tak carry cerita gosip. Tapi sebab saya banyak buat rencana, kena interview sana sini, peluang dengar cerita first hand tu memang mudah sangat. Tak kiralah VVIP ke, mak datin ke, artis ke ahli politik ke, jutawan ke.... bila dah jumpa, dah sembang-sembang selalu aje terkeluar cerita off record. Pernahlah jugak ada satu musim tu, saya handle colum Teluk Bergendang Pantai Menari. Hahahaha konon nak tulis gosip. Bukan jiwa saya... tak ingat berapa lama bertahan. Lepas tu saya surrender.... sebab, alkisah saya tulis ada insan, katalah si A, ni nak anak lelaki, sebab nak pewaris harta laki yang billionaire punya fasal. 

Masa sebelum dan sepanjang tempoh ngandung tu, sanggup terbang ke sinun, ke sana, jumpa tukang telek, tukang ramal, tukang bagi petua itu ini.... sampai angkut bawak balik segala benda yang tak sepatutnya ke rumah. Kepala kepala berhala pun dibawak balik.

Saya tulis tu dengan niat, kalau kau terbaca, udah-udahlah kak! Nanti kalau masuk kubur takut kubur pun tak sudi nak terima. Alih-alih bila saya tulis tu, ohmaiiiiiiii..... ada pulak geng-geng orang yang level dewa dewi ni terasa. Saya namakan XX, ya. Rupanya dewi kayangan yang tersohor, si XX ni pun sama aje perangai, buat gini. Percaya mak lampir. Sampai nak beranak, nak buat anak pun ikut nasihat tok nujum pak belalang. Timing, bulan, langit kelam langit kelabu... semua sekali lah.

Saya dapat tahu si XX nak sangat jumpa saya,.... hahaha konon mana saya tahu cerita dia. OHMAIIIIIII.... hahahahaa ketar hakak lily time tu.. kawan-kawan dok kata, bravo lily. Kau tembak sorang, tak sangka tiga empat sasaran mengena.

Hish tak boleh jadi.... saya surrender kolum saya tu. Tak apalah, semua cerita yang kekadang pelik, yang kekadang tak logik, yang kekadang buat hati saya meronta pertikaikan sendiri perangai perangai manusia ni, saya kumpul, saya peram buat plot novel. Kemudian saya olah sesuka hati saya ikut imaginasi saya.
Mungkin sebab itu kot, ada readers kata stress dan sesak dada kalau baca novel kak lily. Ada benda macam ya macam tidak... hahahahaha sebabnya adik-adik, banyak perkara yang pelik pelik, aneh aneh tu memang akak went tru zaman kerja dulu. Zaman 90-an bawak ke awal 2000. Zaman tu tak ada medsoc. Kalau ada mahu haru biru hidup kena viral segala gosip mosip tu.

Terima kasih Karyaseni untuk perkongsian review pembaca.
Sesiapa yang mahu beli, boleh hubungi Karyaseni. 

Pertanyaan dan order :
Https://karyaseni.wasap.my | 0139300024


**************************

Penerbit Karyaseni
39 mins
Novel MAHARANI dari Novelis LILY HASLINA NASIR yang dinobatkan Novelis Terbaik 2019 di Anugerah Buku Negara.
Aezra rated it it was amazing
Maharani (Lily Haslina Nasir)

Plot twist! Kejutan demi kejutan! Ini yang boleh saya simpulkan setelah habis pembacaan. Saya juga dapat membayangkan watak-watak seperti Cahya, Dida dan Edan sebenarnya benar-benar wujud di dunia nyata industri seni di Malaysia ini.

Di penghujung cerita, sekali lagi Lily Haslina Nasir memberi 'wow' kepada saya. Sungguh saya tak sangka dengan penamat cerita ini yang sangat-sangat memberikan kejutan buat pembaca. Syabas buat penulis. Andalah antara novelis yang berjaya memasukkan jiwa dan 'roh' ke dalam setiap karya-karya yang anda hasilkan!
Que Razali rated it it was amazing
Shelves: favourite-author, baca2018
Maharani (Lily Haslina Nasir)
Tidak sia-sia memilih karya ini setelah busy dengan hal-hal seorang pelajar. Novel Maharani ini saya kira sebuah karya yang berjaya "menyentapkan" jiwa ini. Hahaha...
Berkisar tentang kehidupan Dida, Cahya dan Edan yang penuh dengan fitnah, duka, dendam dan cinta. Plot penceritaan penulis kali ini membawa kita mengenal kehidupan artis yang sebenarnya. Sedikit sebanyak pembaca dapat mengenal tentang kehidupan dunia hiburan yang sebenar. Fitnah dan dengki tidak akan pernah terpadam daripada dunia hiburan. Sejujurnya, memang saya terasa gerun saat membaca kelicikan Dida dan Cahya dalam mengejar populariti. Kadang terfikir, sebegitu sekalikah artis kita?
Selain itu, penulis senior ini berjaya membuatkan saya sekali lagi gerun apabila sebegitu telitinya penulis menceritakan babak di alam sana. Bagaimana Dida diseksa sebegitu sekali. Membuatkan kita terfikir, apakah kita yang masih hidup ini punya cukup 'bekal' untuk di bawa ke sana kelak?
Izz rated it it was amazing
Buku pertama baca hasil karya Lily. Wow! Cerita yang lain daripada lain. Cerita ni pasal kehidupan artis. Watak2 dalam ni, masyaAllah...
Buku ni memang terang2 cerita pasal manusia2 yang hidup gaya setan. Takda kisah pasal hubungan cinta yang sweet2 ke, takda maknanya okay. Semuanya pasal kemashyuran, populariti, kekayaan yang dikejar, dan lupa jalan Allah. Dan pengakhiran buku ni memang tragis dan penuh iktibar. Masa baca buku ni, memang wow factor je lar yang keluar dari otak sis ni.
Zairaidah Abu Hassan rated it it was amazing
Puas hati dapat habiskan naskhah hebat ini. Sampai masuk dalam mimpi. Kisah berlatar belakang dunia glamor yang penuh dengan hipokrasi semata-mata.
NORASIKIN
Buku Maharani dibeli semasa PBAKL tahun ini.. Antara buku yg saya tunggu kan. Ya lah Lily Haslina Nasir kan penulis kesukaan saya.. Wahhh.. Nampak Sangat kelainan dalam cerita kali ini.. Kak Lily Terlebih berani dalam tulisan nya..
Buku ini mengisahkan dunia artis.. Kita dapat selam dunia seni yg sebenar.. Yg pahit dan manis, yang baik dan buruk serta sedih dan gembiranya.. Tidak semua indah dalam dunia seni.. Apa yg saya nampak banyak pengorbanan , kepalsuan dan kepura - puraan. Iri hati, cemburu, busuk hati ada dalam karya ini.
***************
Dah baca MAHARANI?
Cuba tengok review pembaca MAHARANI. Nampak gaya semua puas hati baca MAHARANI. Novel ni katanya lari dari klise. Bukan kisah cinta semata-mata. Kisah dunia artis yang penuh turun naik graf hidupnya. Siap sedia untuk rasa putus urat jantung bila baca plot demi plot MAHARANI. Kisah dunia artis yang dilihat penuh glamor tetapi ada seribu dugaan yang menanti.
Kata novelis Lily Haslina Nasir pada Karyaseni, pengalaman dalam dunia kewartawanan banyak membantunya membina plot MAHARANI.
“MAHARANI sebenarnya gabungan idea yang lama terperam sewaktu zaman kerja dahulu. Bergelar journalist majalah memberi ruang pada saya jumpa ramai orang.
Macam-macam orang saya dapat temui dan temubual. Dari mereka yang menghidap HIV/Aids, pesakit level terminal illness or end-stage disease (maksudnya yang mengikut laporan kesihatan, mereka berada di stage akhir penyakit), artis, ratu cantik dunia, jutawan, ulama, sampailah ke tahap raja dan permaisuri. Semua ni memberi macam-macam ilham. Bersimpang-siur kisah dalam kepala.
Jadi, ada antaranya saya olah dalam bentuk novel. Kadangkala kalau tersangkut ilham, saya minta pandangan Rose Harissa. Tips untuk adik-adik menulis, kalau rasa buntu; ada masanya kita perlu brainstorm. Mintalah pandangan atau kritikan rakan yang jujur dan ikhlas untuk kemaskan jalan cerita kita. Kebetulan, saya memang suka menukar-nukar genre dan gaya penulisan bila menulis novel. Jadi MAHARANI ni antara percubaan saya juga untuk lari dari kisah cinta yang manis dan mulus-mulus.”
“Ini kisah benar ke?” Kami di Karyaseni cuba risik-risik dari Lily Haslina.
Penulis ini tertawa besar saat diusik begitu.

“TAK. TIDAK SAMA SEKALI. Bukan kisah benar tapi MAHARANI adalah rangkuman kisah-kisah yang terbentang di depan mata. Saya olah mengikut imaginasi sendiri. Kalau kita baca kisah kehidupan artis Hollywood, lagi hebat dan lagi sensasi cerita mereka. MAHARANI adalah sekelumit kisah realiti yang penuh dengan drama, skandal dan air mata. MAHARANI cuba untuk jujur apabila memperlihatkan kisah yang ada sisi hitamnya tersendiri. Tapi dalam masa yang sama, MAHARANI tetap tinggalkan kesan murni dan positif untuk pembaca ambil ikhtibar.” Beritahu Lily Haslina pada Karyaseni.
Jadi tunggu apalagi. Ayuh… cepat whatsapp kami di Karyaseni untuk MAHARANI atau lebih cepat dan senang terus melalui SENANGPAY Kami.
Pertanyaan dan order :
Https://karyaseni.wasap.my | 0139300024


Wednesday, April 1, 2020

SHADOW HUNTER = SOON




Entah berapa lama dah tak menulis di blog. Sejak tahun lepas, asyik bercita-cita nak menulis di blog, nak update blog selalu.... Tapi macam Che Rose Harissa katalah, "Kau sekejap aje cita-cita murni tu kak lily. Seminggu aje niat tu. Kemudian semua hanyut ke laut dalam!"

Sengih-sengih bila kena basuh dengan Rose.
Sebab sebelum ini pun dah beriya buat group.
Tepat ramalan batu geliga Rose. Sebulan aje kot saya gigih.
Lepas tu ingat-ingat lupa dah ada group.
Nak kata sibuk entahlah.

Cuma ya tahun lepas saya banyak terikat dengan kerja-kerja khas yang memakan masa serta komitmen yang panjang.

Misal, projek buku autobiografi Tuanku Sultan Kedah - Tentera Ke Takhta masih lagi dalam proses pembikinan. Projek RAMD ini bermula sejak tahun penghujung 2018.
Kemudian sibuk dengan manuskrip travelog umrah, lepas tu entah macam-macam lagi. Ya, saya juga ada hutang manuskrip dengan DBP. Insya-Allah yang itu dalam proses.

Sampailah satu tahap baru saya perasan, "Eh dekat enam bulan tak menaip novel."
"Allah makbulkan doa aku depan kaabah kot Rose. Kan aku kata nak pencen bila dapat cucu."
Saya beralasan dan macam biasa Rose jerkah.

"Sudahlah kak lily. Kau yang malas tu! Syaitonirrajim banyak bergayut depan laptop kau tu."
Kalau bercakap dengan Rose, macam-macam novel nak tulis. Sepanjang bersama team Tentera Ke Takhta, banyak benda saya belajar. Banyak kisah dan pengalaman saya dengar. Kisah-kisah getir, real life tentera. Dari yang bergelar panglima sampailah ke anggota bawahan. 

Tapi macam biasalah....
Saya lately ni macam malas nak taip novel. 
Tapi disebabkan baru-baru ni, Rose memaksa saya... Errr dia kalau paksa maknanya dia bebel, dia leter, dia kritik, sesedap rasa, tanpa ada simpan simpan dalam hati.

Dan dia bako pulak saya dengan manuskrip The Alpha One dia yang almost done tu... plus cover yang dia buat.... maka, saya, "Okay... okay... okay... aku siapkan Shadow Hunter tu."


"Kau tu stok cerita banyak. Tulis aje. Bagi aku one liner kau. Aku buatkan kau cover. Kau tempek dan share di blog. Baru ada komitmen nak menaip."
Hahaha, memetir Rose Harissa. Sesuai dengan nada petirnya.... Tak sampai sejam Rose whatsapp saya cover acah-acah Shadow Hunter.

Maka dengan ini saya berjanji, saya akan kongsi cerita dengan pembaca yang sudi baca Shadow Hunter. Err.. ada ke yang nak baca? Ke krik krik krik aje saya syok sendiri... bak kata Adib Imran anak saya, "Mak tu dah tak relevan menaip novel."

Haha, anak sendiri kalau kritik lagi pedih menikam kalbu!
Jenis tak selindung-selindung bila bercakap.
Benda ginilah yang kekadang buat saya takut nak menulis. Anak sendiri pun tak baca, ni kan pulak orang. 

Jadi untuk catch-up market, rasa sedar diri, diri ni tak bagus mana... selalu saya sematkan dalam hati.
Banyak hal... ya banyak sebetulnya. Hal kerja luar atau novel, saya akan rujuk Rose. Sebab itu sudahnya kami sepakat untuk try and error bila tulis novel. 

Kami dah pernah lalui menulis gaya Alaf 21.
Kami juga pernah terperangkap langsung tenggelam dalam dunia kanak-kanak @ remaja chitlit di PTS.
Haha waktu menulis di PTS tu sampai kami rasa dah tak reti nak menulis cerita dewasa.
Kemudian saya ke Karyaseni dan Rose ke Kaki Novel. Hahah struggle sebetulnya nak hilangkan lenggok cerita remaja yang dah melekat. Macam saya sempat 17 buku dengan PTS.

Jadi sesekali kami cabar diri.
Rose dengan Raid Arjuna saya dengan Nefertiti.
Ya, kami brain storm.Kami share baca manuskrip. Kami tulis dan catat sama sama keperluan dalam manuskrip bila kami buat cross over watak. 

Kami bukan nak bersaing pun tapi lebih nak cari kepuasan menulis dan nak kasi asah kepala kami yang ada masa tepu nak tulis cerita cinta. Faktor usia barangkali. Bila saya nak tulis bab bab sweet... hahaha hangus gula jadi caramel! 

Maka kali ini... baiklah... terima kasih che rose harissa.... #siscuba ya!!
Hahahah soon saya sharekan Shadow Hunter saya.


ShareThis