Sunday, April 12, 2020

MAHARANI - ILHAM YANG TERPERAM LAMA



MAHARANI - Terima kasih ya buat adik-adik pembaca. Yang dah baca dan yang sudi share review. Hahaha saya ada terbaca komen, katanyam kak lily macam bagi dia telan lemon sebijik sebijik bila baca novel ni. Banyak yang memberi ilham masa tulis novel ni. Pengalaman kerja dulu tentunya.


 Kami di majalah tak carry cerita gosip. Tapi sebab saya banyak buat rencana, kena interview sana sini, peluang dengar cerita first hand tu memang mudah sangat. Tak kiralah VVIP ke, mak datin ke, artis ke ahli politik ke, jutawan ke.... bila dah jumpa, dah sembang-sembang selalu aje terkeluar cerita off record. Pernahlah jugak ada satu musim tu, saya handle colum Teluk Bergendang Pantai Menari. Hahahaha konon nak tulis gosip. Bukan jiwa saya... tak ingat berapa lama bertahan. Lepas tu saya surrender.... sebab, alkisah saya tulis ada insan, katalah si A, ni nak anak lelaki, sebab nak pewaris harta laki yang billionaire punya fasal. 

Masa sebelum dan sepanjang tempoh ngandung tu, sanggup terbang ke sinun, ke sana, jumpa tukang telek, tukang ramal, tukang bagi petua itu ini.... sampai angkut bawak balik segala benda yang tak sepatutnya ke rumah. Kepala kepala berhala pun dibawak balik.

Saya tulis tu dengan niat, kalau kau terbaca, udah-udahlah kak! Nanti kalau masuk kubur takut kubur pun tak sudi nak terima. Alih-alih bila saya tulis tu, ohmaiiiiiiii..... ada pulak geng-geng orang yang level dewa dewi ni terasa. Saya namakan XX, ya. Rupanya dewi kayangan yang tersohor, si XX ni pun sama aje perangai, buat gini. Percaya mak lampir. Sampai nak beranak, nak buat anak pun ikut nasihat tok nujum pak belalang. Timing, bulan, langit kelam langit kelabu... semua sekali lah.

Saya dapat tahu si XX nak sangat jumpa saya,.... hahaha konon mana saya tahu cerita dia. OHMAIIIIIII.... hahahahaa ketar hakak lily time tu.. kawan-kawan dok kata, bravo lily. Kau tembak sorang, tak sangka tiga empat sasaran mengena.

Hish tak boleh jadi.... saya surrender kolum saya tu. Tak apalah, semua cerita yang kekadang pelik, yang kekadang tak logik, yang kekadang buat hati saya meronta pertikaikan sendiri perangai perangai manusia ni, saya kumpul, saya peram buat plot novel. Kemudian saya olah sesuka hati saya ikut imaginasi saya.
Mungkin sebab itu kot, ada readers kata stress dan sesak dada kalau baca novel kak lily. Ada benda macam ya macam tidak... hahahahaha sebabnya adik-adik, banyak perkara yang pelik pelik, aneh aneh tu memang akak went tru zaman kerja dulu. Zaman 90-an bawak ke awal 2000. Zaman tu tak ada medsoc. Kalau ada mahu haru biru hidup kena viral segala gosip mosip tu.

Terima kasih Karyaseni untuk perkongsian review pembaca.
Sesiapa yang mahu beli, boleh hubungi Karyaseni. 

Pertanyaan dan order :
Https://karyaseni.wasap.my | 0139300024


**************************

Penerbit Karyaseni
39 mins
Novel MAHARANI dari Novelis LILY HASLINA NASIR yang dinobatkan Novelis Terbaik 2019 di Anugerah Buku Negara.
Aezra rated it it was amazing
Maharani (Lily Haslina Nasir)

Plot twist! Kejutan demi kejutan! Ini yang boleh saya simpulkan setelah habis pembacaan. Saya juga dapat membayangkan watak-watak seperti Cahya, Dida dan Edan sebenarnya benar-benar wujud di dunia nyata industri seni di Malaysia ini.

Di penghujung cerita, sekali lagi Lily Haslina Nasir memberi 'wow' kepada saya. Sungguh saya tak sangka dengan penamat cerita ini yang sangat-sangat memberikan kejutan buat pembaca. Syabas buat penulis. Andalah antara novelis yang berjaya memasukkan jiwa dan 'roh' ke dalam setiap karya-karya yang anda hasilkan!
Que Razali rated it it was amazing
Shelves: favourite-author, baca2018
Maharani (Lily Haslina Nasir)
Tidak sia-sia memilih karya ini setelah busy dengan hal-hal seorang pelajar. Novel Maharani ini saya kira sebuah karya yang berjaya "menyentapkan" jiwa ini. Hahaha...
Berkisar tentang kehidupan Dida, Cahya dan Edan yang penuh dengan fitnah, duka, dendam dan cinta. Plot penceritaan penulis kali ini membawa kita mengenal kehidupan artis yang sebenarnya. Sedikit sebanyak pembaca dapat mengenal tentang kehidupan dunia hiburan yang sebenar. Fitnah dan dengki tidak akan pernah terpadam daripada dunia hiburan. Sejujurnya, memang saya terasa gerun saat membaca kelicikan Dida dan Cahya dalam mengejar populariti. Kadang terfikir, sebegitu sekalikah artis kita?
Selain itu, penulis senior ini berjaya membuatkan saya sekali lagi gerun apabila sebegitu telitinya penulis menceritakan babak di alam sana. Bagaimana Dida diseksa sebegitu sekali. Membuatkan kita terfikir, apakah kita yang masih hidup ini punya cukup 'bekal' untuk di bawa ke sana kelak?
Izz rated it it was amazing
Buku pertama baca hasil karya Lily. Wow! Cerita yang lain daripada lain. Cerita ni pasal kehidupan artis. Watak2 dalam ni, masyaAllah...
Buku ni memang terang2 cerita pasal manusia2 yang hidup gaya setan. Takda kisah pasal hubungan cinta yang sweet2 ke, takda maknanya okay. Semuanya pasal kemashyuran, populariti, kekayaan yang dikejar, dan lupa jalan Allah. Dan pengakhiran buku ni memang tragis dan penuh iktibar. Masa baca buku ni, memang wow factor je lar yang keluar dari otak sis ni.
Zairaidah Abu Hassan rated it it was amazing
Puas hati dapat habiskan naskhah hebat ini. Sampai masuk dalam mimpi. Kisah berlatar belakang dunia glamor yang penuh dengan hipokrasi semata-mata.
NORASIKIN
Buku Maharani dibeli semasa PBAKL tahun ini.. Antara buku yg saya tunggu kan. Ya lah Lily Haslina Nasir kan penulis kesukaan saya.. Wahhh.. Nampak Sangat kelainan dalam cerita kali ini.. Kak Lily Terlebih berani dalam tulisan nya..
Buku ini mengisahkan dunia artis.. Kita dapat selam dunia seni yg sebenar.. Yg pahit dan manis, yang baik dan buruk serta sedih dan gembiranya.. Tidak semua indah dalam dunia seni.. Apa yg saya nampak banyak pengorbanan , kepalsuan dan kepura - puraan. Iri hati, cemburu, busuk hati ada dalam karya ini.
***************
Dah baca MAHARANI?
Cuba tengok review pembaca MAHARANI. Nampak gaya semua puas hati baca MAHARANI. Novel ni katanya lari dari klise. Bukan kisah cinta semata-mata. Kisah dunia artis yang penuh turun naik graf hidupnya. Siap sedia untuk rasa putus urat jantung bila baca plot demi plot MAHARANI. Kisah dunia artis yang dilihat penuh glamor tetapi ada seribu dugaan yang menanti.
Kata novelis Lily Haslina Nasir pada Karyaseni, pengalaman dalam dunia kewartawanan banyak membantunya membina plot MAHARANI.
“MAHARANI sebenarnya gabungan idea yang lama terperam sewaktu zaman kerja dahulu. Bergelar journalist majalah memberi ruang pada saya jumpa ramai orang.
Macam-macam orang saya dapat temui dan temubual. Dari mereka yang menghidap HIV/Aids, pesakit level terminal illness or end-stage disease (maksudnya yang mengikut laporan kesihatan, mereka berada di stage akhir penyakit), artis, ratu cantik dunia, jutawan, ulama, sampailah ke tahap raja dan permaisuri. Semua ni memberi macam-macam ilham. Bersimpang-siur kisah dalam kepala.
Jadi, ada antaranya saya olah dalam bentuk novel. Kadangkala kalau tersangkut ilham, saya minta pandangan Rose Harissa. Tips untuk adik-adik menulis, kalau rasa buntu; ada masanya kita perlu brainstorm. Mintalah pandangan atau kritikan rakan yang jujur dan ikhlas untuk kemaskan jalan cerita kita. Kebetulan, saya memang suka menukar-nukar genre dan gaya penulisan bila menulis novel. Jadi MAHARANI ni antara percubaan saya juga untuk lari dari kisah cinta yang manis dan mulus-mulus.”
“Ini kisah benar ke?” Kami di Karyaseni cuba risik-risik dari Lily Haslina.
Penulis ini tertawa besar saat diusik begitu.

“TAK. TIDAK SAMA SEKALI. Bukan kisah benar tapi MAHARANI adalah rangkuman kisah-kisah yang terbentang di depan mata. Saya olah mengikut imaginasi sendiri. Kalau kita baca kisah kehidupan artis Hollywood, lagi hebat dan lagi sensasi cerita mereka. MAHARANI adalah sekelumit kisah realiti yang penuh dengan drama, skandal dan air mata. MAHARANI cuba untuk jujur apabila memperlihatkan kisah yang ada sisi hitamnya tersendiri. Tapi dalam masa yang sama, MAHARANI tetap tinggalkan kesan murni dan positif untuk pembaca ambil ikhtibar.” Beritahu Lily Haslina pada Karyaseni.
Jadi tunggu apalagi. Ayuh… cepat whatsapp kami di Karyaseni untuk MAHARANI atau lebih cepat dan senang terus melalui SENANGPAY Kami.
Pertanyaan dan order :
Https://karyaseni.wasap.my | 0139300024


No comments:

ShareThis