Sunday, December 16, 2012
Takdir Hidup Tak Sama, Tapi Jangan Sampai Anak Cicir Sekolah
Mukanya bercahaya, girang dan ada tangis di hujung.
"Cik lily, kalau anak-anak ini dapat sijil kelahiran, dapat masuk sekolah... saya peluk Cik Lily!! Lapan tahun saya pendam masalah. Orang tanya kenapa anak tak sekolah, saya jawab belum cukup umur, tapi lepas tu saya nangis sendiri. Anak pun tak tahu dia patut dah masuk darjah dua. Terima kasih sesangat Cik Lily. Sayang sangat Cik Lily. Lepas ni kalau lepas segala permohonan dokumen, saya belanja Cik Lily KFC ya.... Saya sudah ke JPN. Ini borangnya. Nanti Cik Lily bantu isikan ya! Nanti saya akan ke hospital minta segala dokumen bukti saya melahirkan anak di sana."
Allah... saya tak terkata. Tumpang lega penat saya ke hulu ke hilir jadi supir wanita sebaya saya ini berbaloi. Sekejap ke Pejabat Pelajaran Daerah, sekejap ke sana, kemudian ke sini. Semuanya gara-gara dua anak wanita ini tiada sijil kelahiran sampai tercicir sekolah. Berbaloi saya rasa jadi tukang taip surat, telefon hospital tempat dia melahirkan dulu, sampai bil telefon saya melambung..... Dalam sehari, saya rasa macam operator pulak telefon sana sini minta maklumat dan informasi dari pihak berkenaan. Maklum sahabat saya ini mahu bercakap masalahnya pun tak pandai. Alhamdulillah! Saya lega langkah awal untuk anak ke sekolah ada cahaya di hujung jalan.
Kalaulah anak dia dapat masuk sekolah tahun depan, ya saya janji saya belikan baju sekolah dan peralatan sekolah. Ya, takdir hidup berumahtangga kita tak sama. Tapi kalau sampai dua orang anak kecil tak bersekolah, saya tumpang tak lena tidur bila tahu.
"Anak-anak berdua tu dah mula tanya saya Cik Lily.... Mak, kami dah boleh masuk sekolah ya? Achik Lily tolong mak, ya? Saya katalah ya....."
Allah, semakin panjang doa saya untuk anak-anak ini.
Kalaulah tak kesampaian, Achik Lily ni pun tumpang hampa.
TERIMA kasih Anakanda M FARIDZUAN untuk review yang manis ini....
Serius saya sangat terharu. Tq dear... Auntie tak sangka Farid sanggup ambil foto yang cantik ini dah kongsi di FB auntie, kongsi di blog dan bersusah payah untuk siap review novel kecil ini. Mudah-mudahan anakanda M Faridzuan sukses dalam pelajaran ya! Saya kongsikan di sini tanda penghargaan saya pada anakanda ini.
Saya jarang menulis tentang ulasan novel di blog. Jadi saya ambil kesempatan yang ada ini untuk mengulas sebuah novel yang bertajuk Awak Semanis Red Velvet nukilan auntie Lily Haslina Nasir. Mengapa panggil auntie? Kerana auntie Lily yang suruh saya panggil namanya begitu. Hehe. Dan dia pula selalu panggil saya dengan gelaran anakanda, walaupun saya bukan anak kandungnya. Atau saya akan menjadi
Tajuk : Awak Semanis Red Velvet
Penulis : Lily Haslina Nasir
Terbitan : PTS Litera Utama (Syok Hallyu Wave)
Harga : RM 17.50 (Semenanjung Malaysia), RM 19.50 (Pulau Borneo)
Jumlah muka surat : 360
Genre : Korean Hallyu wave, Chiclit, Komedi romantis, Awal dewasa, Remaja Umum
First impression
Cute. Kaver novel yang segar dan comel itu bisa membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk membelinya. Gandingan ilustrasi hero dan heroinnya turut membuatkan gadis-gadis menjerit-jerit untuk memilikinya. Syabas diucapkan kepada pelukis vektor iaitu Kak Rose Harissa yang juga merupakan seorang novelis prolifik, serta pereka kulit PTS yang tidak asing lagi, Ney Joehan (juga penulis novel yang aktif) kerana berjaya menKOREAkan kulit buku ini. Memang sesuailah dengan konsep terbaru Hallyu wave yang diperkenalkan oleh PTS Litera Utama pada tahun ini. Sebuah genre baru yang menerbitkan novel ala-ala drama Kpop tetapi masih syariah compliant.
Review ringkas
Novel ini mengisahkan Izzul Iskandar, seorang chef pastri dan kek yang hensem, tegap, rambut terpacak dan segak, yang terpaksa bekerjasama dengan perancang perkahwinan, iaitu Aireen yang manis tetapi cerewet. Ingin saya katakan ketika saya membaca novel ini, saya berasa sungguh teruja untuk mengetahui bidang tugas yang dilakukan oleh perancang perkahwinan seperti Aireen. Yalah, perancang perkahwinan seperti Aireen perlu berdepan dengan bermacam ragam pelanggan yang sudah semestinya lebih cerewet berbanding Aireen sendiri. Bagi saya kerjaya sebegitu sangat glamor, kerana kita akan sering berurusan dengan orang-orang ternama, apatah lagi selebriti yang mahukan khidmat perancang perkahwinan yang tip-top!
Mahu tahu bagaimana Aireen dan Chef Izzul bertemu? Kenalah baca novel itu sendiri. Okey, saya bagi klu sedikit. Red Velvet. Sudah nama tajuknya Awak Semanis Red Velvet, jadi sudah pasti ada kena mengena dengan kuih baldu merah yang sememangnya manis apatah lagi jika menggunakan topping krim keju! Perkara wajib bagi pelanggan Aireen ialah kek. Rata-rata, semuanya sudah mengenali kek red velvet air tangan Chef Izzul. Lantas, bekas pelanggan Aireen merekomenkan kek Red Velvet Chef Izzul kepada bakal-bakal pelanggan Aireen. Aireen sendiri tidak pernah bersemuka dengan Chef Izzul yang dikatakan pandai buat Red Velvet itu.
Maka suatu hari, Aireen berjumpa dengan Chef Izzul di kedai keknya yang bernama Lavender Bakeri. Tetapi pertemuan pertama mereka sangatlah tidak semanis red velvet berikutan sikap Aireen yang cerewet ketika itu. Aireen cerewet pun sebab pelanggan Aireen, Cik Maria itu yang cerewet. Cik Maria betul-betul tegas dengan perancangan perkahwinannya. Aireen yang mengatakan bahawa Chef Izzul tidak menepati masa temu janji mereka membuatkan pembantu-pembantu Chef Izzul geram. Oh ya, pembantu-pembantu Chef Izzul iaitu Reena dan Dahlia pun tergedik-gedik dengan Chef Izzul, jadi jika ada sesiapa yang sampai hati menjatuhkan kredibiliti Chef Izzul, maka Reena dan Dahlia menjadi back-up Chef Izzul.
Moment yang manis itu wujud tatkala Aireen sanggup menemani Chef Izzul untuk buat Red Velvet. Siapa tidak tahu, Aireen gadis yang bekerjaya tinggi itu tidak tahu memasak! Semakin galak Chef Izzul menyakatnya. Namun Aireen tidak ambil hati sangat walau hakikatnya dia selalu marah dengan Chef Izzul, sebab dalam hati ada taman! Di sini juga pembaca akan dikejutkan dengan rahsia Chef Izzul. Mahu tahu apa rahsianya? Saya hanya boleh beri klu lobak sahaja. Rahsia Chef Izzul itulah yang membangkitkan kerjasama Aireen dengan Izzul.
Macam biasa, tanpa konflik, sesuatu cerita itu tidak akan menarik. Tetapi memandangkan konflik dalam cerita ini agak ringan dan mungkin boleh diagak, maka saya tidak mahu beritahu ketegangan novel ini. Kenalah beli dan baca sendiri!
Selepas baca novel ini
Alhamdulillah, dalam masa dua hari sahaja saya berjaya menghadam novel ini. Anda patut baca novel ini dengan keadaan yang santai dan ceria. Sesekali, lagu Kpop perlu dipasang untuk membangkitkan suasana Hallyu itu.
Resipi Red Velvet turut dipaparkan dalam novel ini. Bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa membaca tanpa perlu merujuk kamus dewan. Antara pengajaran paling penting dalam novel ini ialah cinta antara manusia tidak boleh dipaksa. Dalam percintaan, kita perlu ikhlas atas kelebihan dan kekurangan pasangan kita.
Novel ini turut membuatkan saya ketawa terbahak-bahak. Tahniah auntie Lily kerana sekali lagi membuatkan saya terketawa terkekek-kekek membaca novel tulisan auntie!
Namun, kalau asyik dipuji tanpa kritikan tidak seronok pula kan? Ada sesetengah plot yang disampaikan dalam cerita ini tidak dinyatakan latar tempat dengan nyata. Contohnya ketika Izzul dan Aireen melihat bintang di atas langit. Tidak dinyatakan sama ada mereka duduk di kerusi yang mungkin terletak di luar Lavender Bakeri atau mereka baring di atas rumput. Tetapi mungkin auntie Lily ada alasan untuk tidak menyatakan latar tempat dengan jelas demi mengekalkan syariah-compliant novel ini. Dan lagi satu, antagonis dalam cerita ini tidak diberitahu kesudahannya. Mungkin sahaja auntie Lily akan memberi penjelasan kepada antagonis itu dalam sekuel novel ini. Ya, memang ada sambungan.
Itu sahaja ulasan novel kali ini. Jangan lupa ya kawan-kawan, dapatkan novel Awak Semanis Red Velvet ini di pasaran. Anda pasti akan dihidangkan dengan hallyu wave yang memikat hati. Diharapkan agar auntie Lily terus sukses menghasilkan novel yang lebih kreatif dan menambat hati pembaca.
Assalamualaikum, ceria selalu!
Friday, December 14, 2012
KIRIMAN NOVEL
Jumaat dan Sabtu ini saya akan mula mengepos semua
novel-novel yang ditempah. Terima kasih buat semua. Pun, masih ada yang
terlupa mengemelkan alamat dan butiran diri selepas membuat bayaran.
Jangan lupa ya untuk emel dan sertakan sekali slip bukti bayaran. Saya
sedang dalam proses membuat kiriman semua novel itu.
Big Bad Wolf
BIG BAD WOLF...
Sanggup apa saja untuk ini...
Habis duit pun tak apa...
Burst bajet beli benda lain dalam tempoh berbulan pun tak kisah....
Kata Syafiq, "Mak nak buat apa buku banyak banyak ni?"
Saya akan kata, "Shut up! Suka hati maklah!"
Err saya pun tak tahu bila hilang penyakit kronik gila buku ni....
"Kat mana lagi mak nak letak buku kat rumah tu?" Adib pun sama bising.
"Nanti mak adjust!"
Memang rumah saya dah membuak dengan buku.
Tapi memborong macam tak ingat.
Saya kata sama bebudak ni, "Tak apa, nanti ,mak hantar buku untuk disimpan kat Damansara Perdana... Simpan buku khas kat rumah sana."
Jawab Syafiq, "Mak dah tua... jenuh nanti kalau nak angkut buku ke tingkat 27!"
Errr whatever CR...
Nanti saya akan fikirkan masalah tu kemudian.
Dan, pada hari pertama Big Bad Wolf saya sanggup bangun awal meredah jalan sesak. Mood macam nak pergi kerja... Huhuhu time ni rasa patut bersyukur sesangat sebab sejak 2004 saya dah tak ada stress mau kejar ofis tiap pagi. Keluar rumah awal pagi tu demi beli buku di Big Bad Wolf. Tak mau cakaplah berapa habis duit untuk buku. Nanti stress lagi.
Sanggup apa saja untuk ini...
Habis duit pun tak apa...
Burst bajet beli benda lain dalam tempoh berbulan pun tak kisah....
Kata Syafiq, "Mak nak buat apa buku banyak banyak ni?"
Saya akan kata, "Shut up! Suka hati maklah!"
Err saya pun tak tahu bila hilang penyakit kronik gila buku ni....
"Kat mana lagi mak nak letak buku kat rumah tu?" Adib pun sama bising.
"Nanti mak adjust!"
Memang rumah saya dah membuak dengan buku.
Tapi memborong macam tak ingat.
Saya kata sama bebudak ni, "Tak apa, nanti ,mak hantar buku untuk disimpan kat Damansara Perdana... Simpan buku khas kat rumah sana."
Jawab Syafiq, "Mak dah tua... jenuh nanti kalau nak angkut buku ke tingkat 27!"
Errr whatever CR...
Nanti saya akan fikirkan masalah tu kemudian.
Dan, pada hari pertama Big Bad Wolf saya sanggup bangun awal meredah jalan sesak. Mood macam nak pergi kerja... Huhuhu time ni rasa patut bersyukur sesangat sebab sejak 2004 saya dah tak ada stress mau kejar ofis tiap pagi. Keluar rumah awal pagi tu demi beli buku di Big Bad Wolf. Tak mau cakaplah berapa habis duit untuk buku. Nanti stress lagi.
Sunday, December 9, 2012
Order Novel
Terima kasih buat yang menempah novel-novel online ini. Saya masih buka order hingga Jumaat. Selepas itu proses pengeposan akan bermula.
Riang Ria Kanak-Kanak
Tempoh berangan
dah tamat. Kata Rosie pada anak -anak ni, lokasi percutian pendek ni dinamakan Rinching Resort. Saja nak kasi bunyi glamer dengan bebudak ni...
Terima kasih buat dinda Rosie, suami Rosie, Azlan... Dinda Siti Munirah dan suami, Saffuan yang bermalam di rumah saya. Sengaja buat begini untuk anak-anak ribena masing-masing bergumbira.
Aktivitinya makan durian, makan rambutan tapi kena petik sendiri... sembelih dan siang ayam kampung.
Masak rendang, masak sup, buat sambal bilis kemudian makan panas-panas. Esoknya jalan dan bersuka ria lah si kanak-kanak semua. Habiskan masa di One Utama, Kidzania, Putrajaya... Semua meloncat macam ulat beluncas! Disebabkan CR bukan kategori kanak-kanak maka dia tak join sebab harus balik kolej.
Dua hari dua malam, kanak-kanak sepupu sepapat ni riang ria sakan makan sakan berjalan main game dan buat bising buat ribut di rumah mak uli.
Sekarang tempoh bergumbira dah selesai.
Haiqal pergilah hafal sifir yang masih huru-hara, baiki
bacaan solat yang masih tak menentu... Yaya, ready untuk tahun satu,
Aqil naik tahun dua, Adib dan Anis sudah-sudah hadap facebook. Waktu
tuisyen tu jangan tidur ya!

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)















