MAU demam, bersin dan selesema yang tak menjadi. Tiba-tiba Haiqal tunjuk saya buku Bahasa Inggeris dia. Aduiii, bertambah sakit kepala! Anak.... awatlah terlebih kreatif! My mother is a housewife. She likes to read books written by Lily Haslina Nasir. Sengal betul anak saya! Siap cakap, nanti mak dapat royalti, belanja kita lebih tau:))
Wednesday, April 17, 2013
Tq Sista Rosie :)) Muahhhhs!
Feeling-feeling birthday ke feeling feeling dapat hadiah hantaran? Lalalalaa.... semalam demam panas, bersin, sakit kepala. Hari ni tetiba adinda Rosie ajak jumpa. Saya drive dalam keadaan lalok sebab makan ubat selesema. Bila adinda saya hulurkan dua handbag cap authentic DKNY, satu dompet Armani Xchange, satu lipstik dior dan entah apa apa lagi losen.... huwaaaaaa hilang demam si kakak! Dua handbag sekali gus?? Err mokcik rasa macam mimpi:)) Berapa ratus ke berapa ribu yang Rosie habis untuk saya, tak tergamak mau tanya.
Tq tq adinda Rosie. Hahaha sejak berhenti kerja saya tak peduli dah lagi handbag. Dulu gigih beli segala cap yang ada. Tapi lepas sedor diri, duit menulis bukan macam gaji bulan-bulan, hahahah handbag 30 hinggit pun saya pakai. Hahaha lagipun saya kalau ke KL bila sangat sangat sangat terpaksa. Kalau ada sebarang meeting atau sebarang diskusi, selalunya orang akan datang ke rumah saya atau sekitar sepusat sepusing kawasan saya. Jadi tak kuasa saya nak bersiap sangat.
Rosie bebel dengan saya. Kak Lily selalu meeting jumpa orang sana, jumpa orang sini, hishh kak lily kena jaga nampak presentable. Ni Kak Lily terperangkap lagi dalam alam sekolah! Suka pakai handbag denim kain jeans tu. Hello... Kak Lily dah lebih 40 ya.... handbag denim tu untuk Anis.
Haishhh.... hahaha saya sengih bila adik yang kerja majalah fesyen sudah komen dan beri ceramah:)) Hem, ni untungnya bila jadi kakak yang tak berkerja. Ala ala tak ada income.... Handbag, perfumes sama barang makeup memang Rosie bagi saja pada saya. Haiqal tanya: Mak, banyaknya handbag achik belikan untuk mak. Mak nak pakai kat mana? Takkan nak pakai masa mak pergi pekan Semenyih.... Atau mak boleh isi kucing mak si Thambi tu dalam handbag yang besar tu bila mak balik Melaka.
Saya kata, nanti mak fikirkan:)) Apa-apapun tq tq tq Rosie Haslinda Nasir. Murah rejeki ya....

Friday, April 12, 2013
Terima Kasih TV9 (KIM & KAK WAN SAB) & TKC (MISS WONG dan semua)
Pagi ini, saya dengan segala rendah diri mahu ucapkan dua ucapan terima kasih sebanyak bintang di langit buat Miss Wong, Guru Pusat Sumber TKC dan Kim, Nasi Lemak Kopi O, TV9. Tentunya juta juta juta terima kasih juga buat bos besar Nasi Lemak Kopi O, kanda Wan Sabariah Shikh Ali.
Penghargaan buat Miss Wong yang bersusah-payah dan memaksa Anis naik ke pentas sekolah untuk dua buah novelnya. Biarpun Anis tak berapa rela sebenarnya.
Dan untuk Kim dari TV9, tq darling sebab beritahu Kak Lily perihal Anis on air di TV9.
Hahahaa masa Kim mesej tu saya sibuk berkelahi dengan Thambi yang memanjat-manjat rak buku saya di dapur. Alih-alih baru perasan mesej Kim. Syafiq yang cuti menjerit sebab dia memang meluat dengan Thambi, "Hahaha see... mak sibuk aje layan kucing, anak kat tv pun tak ada masa nak tengok!"
| Miss Wong bersama guru TKC dan anak-anak yang tolong uruskan bunting Anis. |
Penghargaan buat Miss Wong yang bersusah-payah dan memaksa Anis naik ke pentas sekolah untuk dua buah novelnya. Biarpun Anis tak berapa rela sebenarnya.
Dan untuk Kim dari TV9, tq darling sebab beritahu Kak Lily perihal Anis on air di TV9.
Hahahaa masa Kim mesej tu saya sibuk berkelahi dengan Thambi yang memanjat-manjat rak buku saya di dapur. Alih-alih baru perasan mesej Kim. Syafiq yang cuti menjerit sebab dia memang meluat dengan Thambi, "Hahaha see... mak sibuk aje layan kucing, anak kat tv pun tak ada masa nak tengok!"
MAK... Kotak Pensel Kita Masuk TVlah.... Yeahhhh!!!
Antara ayat-ayat sengal yang terbit dari Haiqal bila tengok Anis di tonton.com.my.
"Mak, yeahhhh! Kotak pensel kita.... Kotak pensel kita masuk tv! Hahaha... kita tak masuk tv, kotak pensel kita kat tepi Kak Anis, jadilah tu!"
"Mak, jerawat kat Anis....Wah! Nampak jelas.... Boleh kiralah!"
Hahaha siap Haiqal, kalau cakap sama Anis harus kena jegil biji mata!
"Mak, bulatnya muka Kak Anis! Dia nampak gemokkkklah!"
"Eh, tudung Kak Anis tu kan... Yang kita pinjam buat latihan ikat tangan patah untuk kadet remaja...." Hohoh saya terkejut part ni! Asal boleh dia! Tudung kakak dia rembatnya untuk buat kain anduh.
Hahaha siap Haiqal, kalau cakap sama Anis harus kena jegil biji mata!
Thursday, April 11, 2013
Siri Akhir - Hizairi Othman: Satu Catatan Peribadi
Hizairi Othman: Satu catatan peribadi
Sewaktu dia baru-baru hilang, saya tak berminat untuk memberi komen. Entah, saya bimbang hanya akan membuat arwah Dr Othman Puteh terluka hati, atau mungkin membuat ibunya, Bonda Timah sentiasa perit menanggung rindu pada anakanda mereka yang hilang secara tiba-tiba.
Apa yang boleh saya kata, persahabatan antara keluarga saya dengan Hizairi sendiri memang akrab sebaik saja saya tamat UM. Mungkin sebab saya di Jelita, dia di Majalah Massa. Ada waktu dia mengundang saya untuk memberi kuliah berkaitan kewartawanan majalah di UPM sewaktu dia sudah meninggalkan dunia majalah. Dan, selebihnya saya akan selalu menyusahkan hidup dia mendapatkan bahan dan orang untuk diinterview di Jelita.
Sebagai ganjaran, saya akan sentiasa supply dia bahan library online NSTP yang dia perlukan untuk menyiapkan thesis sarjananya. Kenapa saya menulis catatan tentang sahabat ini? Sebenarnya apabila melihat kelahiran penulis muda yang sangat ramai sekarang, saya amat-amati, hampir tiada yang menyerupai atau menghampiri peribadi Hizairi Othman di zaman kegemilangannya sebagai penulis muda dahulu. Sekarang mungkin ramai yang bagus, tetapi terlalu kental jiwa 'keakuan'.
Ramai penulis generasi baru kalau menyebut, mengupas, memuji atau mengambil contoh karya sewaktu forum atau perbincangan, gemar mengangkat karya sendiri. Itu belum masuk kes yang suka mengeji karya orang. Belum lagi bab membuka group rahsia di fb semata-mata untuk mengeji karya orang lain. Seingat saya dahulu, sahabat saya ini biarpun bakatnya sangat luar biasa, orangnya sangat cool dan merendah diri. Tak pernah kot menyebut cerpen atau novelnya yang sekian-sekian bagus dengan nada mendabik dada. Waktu dia menang hadiah RM70,000 pun dia tetap tenang-tenang saja.
Catatan 1
Karya dia selalunya berfalsafah. Karya saya dan rakan-rakan yang lain mungkin sekadar berfalsampah. Tapi dia tidak pernah memperlekehkan kami. Dia antara yang rajin membaca dan mengkritik karya kami dengan cara yang paling sopan, tertib dan menyenangkan. Takkan ada rasa tersinggung kalau dia menegur.
Saya antara rakan yang nakal dan kekadang celupar selalu mengusik dia, "Hizairi, asyik awak aje menang kalau masuk pertandingan menulis. Tak acilah! Dahlah ayah awak orang kuat sastera. Suruh pakcik Othman pencen ya!"
Dia akan jawab, "Amboi... kemain ya lily!"
Begitu peribadi sahabat dan penulis hebat yang menjadi idola ramai penulis muda waktu eranya. Tidak ada sekuman pun riak atau bongkak pada dirinya biarpun ramai mengiktiraf tulisannya itu tulisan emas untuk karya remaja.
Catatan 2
Setiap kali raya sahabat saya ini memang tak lupa bagi kad raya. Siap ditulis tiga nama, saya, suami dan Syafiq. Selalu saya bising. Duit raya Syafiq mana? Dia akan kata, "Datang raya rumah OP, nanti OP bagi buku untuk Syafiq." Hahaha sangat benar. Masa beraya di rumah familinya, Syafiq diberi buku-buku kanak-kanak pengganti duit raya oleh arwah Dr Othman Puteh. Tanpa saya sedar, sudahnya bila sudah berusia, saya juga selesa memberi hadiah buku pada orang yang beraya di rumah saya. Al Fatihah untuk arwah Dr Othman Puteh.
Catatan 3
Mungkin kalau intro cerpen ni diubah lagi menarik. Cuba teknik menulis yang begini. Ending dia tu lebih bagus kalau ditukar. Perwatakan tu tak berapa kukuh, kena detail lagi. Hizairi memang pakar membedah karya rakan-rakan. Dia menegur ikhlas dan tanpa nada sarkastik.
Selalunya lepas penat dia bercakap itu ini, kawan-kawan UM akan paw dia. Tak pasal-pasal dah lah kena bagi ilmu menulis, kena belanja kawan kawan pulak tu! Menulislah dengan tanggungjawab. Itu antara pesanannya. Dan selalunya kalau dia kata dia sudi memberi komen itu bermakna dia akan baca dan menghadamkan karya rakan-rakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan baca sebab terpaksa atau mahu mengambil hati. Mungkin ini sebahagian peribadi yang memacu dia menjadi penulis hebat di usia muda.
Catatan 4
Ayah saya sesekali bila berkelapangan akan menelefon bertanya khabar Dr Othman Puteh. Persahabatan kami macam persahabatan keluarga sebenarnya. Mungkin sebab itu juga sewaktu Hizairi dikhabarkan hilang, arwah mak saya selalu menggeleng dan mengurut dada sambil mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk Hizairi bila terdengar saya menyebut nama rakan yang seorang ini. Syafiq panggil dia dengan gelaran Abang Zack. Hahah bab ni saya terloya sikit! Sewaktu melahirkan Syafiq dan Anis, dia datang ziarah saya dan suami di Hospital Pantai. Saya muka selamba tanya mana hadiah. Dia akan sengih-sengih kata yang penting dia ziarah kawan.
Suami saya dulu pun tahu sangat, saya suka buli Hizairi. Kalau saya susah mendapatkan orang atau tokoh untuk diinterview, dialah jadi mangsa tempat saya minta tolong. Kebaikan dia yang sangat bermakna bagi saya tentunya bila dia memastikan saya kembali boleh memandu selepas 8 tahun tak pegang stereng kereta gara-gara kemalangan.
Saya trauma memandu bila kereta saya terbalik waktu saya berusia 18 tahun. Tak ada lesen pulak masa tu! Selepas dapat lesen waktu umur 18 tahun, saya simpan aje lesen sebab trauma kemalangan. Ke hulu ke hilir saya selesa naik teksi selama 8 tahun. Waktu KL heboh kes driver teksi jadi perogol bersiri, saya jadi takut naik teksi. Sebulan genap Hizairi menjadi guru memandu saya. Setiap waktu lunch dia akan datang ke pejabat saya di Jalan Riong NSTP untuk memastikan saya memandu sejam sehari. Sebagai ganjaran dan tanda terima kasih, saya berikan dia dua tiket konsert Shiela Majid dan segala bahan library online NSTP yang dia perlukan masa tu.
Dan bila saya dah boleh memandu semula, hahaha... saya ingat lagi saya dengan bangga dan selambanya memintas-mintas keretanya dengan menciluk-ciluk di selekoh waktu kami ada urusan ke UKM. Cess... Hizairi beli kereta baru. Citreon Xsara merah cili. Hahaha saya dengki sengaja saya test drive kereta saya,
Saya dan seluruh ahli keluarga mendoakan mudah-mudahan segala kebaikan dia dibalas dengan kasih sayang Ilahi biar apa jua yang telah berlaku pada dirinya. Amin!
Buat adinda Dr Kamariah, kalau diizinkan Allah swt, ya, kak lily dan rakan-rakan ex Media akan menghubungi Kamariah ya untuk ziarah Bonda Timah Baba, ibunya Hizairi. Buat rakan-rakan ex Media, Kak Is, Dr Ayu, Gee, Shasha, Liza, kak Rahimah etc... terima kasih sesangat! Saya tak sangka catatan demi catatan saya berkisar Hizairi mendapat komen-komen yang mengembalikan nostalgia.
tag: Kak Iswati @ Hassan Idris, Shasha Shafie, Haswida Abu Bakar, Rodziah Mat Akil
Mak, Spec 600 Hinggit Masuk Lubang Tandas;((
Lebih kurang jam 12 malam tetiba dapat panggilan jauh.
"Mak, cermin mata kita jatuh dalam lubang tandas!"
Hohoho mak budak ni rasa berasap satu badan. Cermin mata yang mana? Cermin mata yang enam ratus hinggit tu ke?
"Aha... yang tu!" Mak dia yang nak tidur terus melompat dari katil. Oh, cermin mata tu baru berusia tiga bulan rasanya!
Dia kata jatuh dalam lubang tandas cangkung. Bukan yang tandas macam dalam gambar ni... lepas tu dia di tingkat atas. Dia kata lubang tandas tu saluran paipnya terus ke bawah. Hanyutlah hilanglah gamaknya. Lagipun faham faham aje kalau toilet asrama... dah samak pun dia mesti tak tergamak nak pakai
Ayooo!!! Mujur jauh, kalau tak dah kena jerit satu rumah!
Rasa macam nak jerit aje kat dia di telefon. Tapi nanti sentap pulak... duduk jauh katakan. Lagi satu nanti tak pasal-pasal jiran saya ingat saya hilang akal pulak mengamuk malam-malam. Hari tu kasut futsal yang abang dia belanja dengan harga dekat 300 pun hilang... budak sorang ni payah! masa dia melobi tu kemain... konon lens tu teknologinya boleh kurangkan power lah... mak dia pulak konsep ala ala .. oklah, rezeki kongsi sama anak... hampeh
Lagi mau mengeluh, cermin mata spare tak bawa. Disebabkan mak dia stress melampau mengenangkan cermin mata yang konon boleh kawal power si anak tu dah terbenam dan hanyut dalam tandas di asrama maka mak dia mencari roti canai mamak sama teh tarik tiga layer menjelang pukul satu pagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)