Sunday, October 6, 2013

Rosie dan Chentanya :)) Catatan Tertunda 2




SEJAK zaman sekolah, kereta kotak atau kekadang kami panggil kereta kotak mancis emak,, Fiat, selalu aje jadi bahan bebel emak pada Rosie. Pantang emak lepa, cepat aje Rosie rembat kunci kereta. Dari zaman habis sekolah, Rosie dah memang tunjuk chenta yang mendalam pada kereta. Benda pertama dia buat selepas tiga bulan bekerja, beli kereta. Dan dalam umur masuk tengah 30-an, saya pun jadi tak ingat dibuatnya. 




Fikir balik, nyesal pulak saya tak bela kereta kotak fiat mak dulu. Lebih kurang macam ni rupanya. Kalau kami jaga, harus dah masuk kategori antik sekarang.

Rasa macam dah enam kali kot dia tukar beli kereta. Paling gila dia pernah buat bila tak sampai empat bulan dia baru beli kereta cap honda, dia jual tanpa peduli rugi, sebab chenta tiba-tiba beralih arah pada kereta yang lagi baru. Baru ni adinda saya ni dalam hujan ribut ajak saya keluar. "Kak Lily mesti kata Rosie gila.... " Saya tanya kenapa? "Jom kak lily, kita tengok kereta kat showroom Volkswagen."

Hahah, macam saya gila buku, Rosie gila kereta. No hal baby! Tengok-tengok dan berangan apa salahkan! Tak rugi pun. Minat orang kan berbeza-beza. Lagipun dia selalu kata, "Rosie tak minat jalan, rosie tak minat barang kemas, rosie tak minat nak beli perabot, penat kerja, kira duit habis kat kereta." 

Saya? Haha... cita-cita saya satu aje..... Saya ni jenis malas drive. Kalau terlebih duit, saya tak mau kereta, saya mau ada pak supir.:))




Untuk penchenta kereta, Rosie Haslinda Nasir, Volkswagen CC, memang walllaaaaaa:)) Sesuai sangat untuk orang yang suka merempit dan mencilok-cilok.  Kak lily sempat test drive Kajang ke Ipoh 1 jam 10 minit darling:)) Rosie, mesti bercahaya wajah dengar ni.... :)) Oh, ni gambar che google. Saya pinjam pakai jer:))

SUPERLICIOUS SOFIA - CATATAN TERTUNDA 1

Mau nangis:( Mau senyum! Syukur! Allah, baru nak lelap tetiba bos drama beritahu RTM dah luluskan drama bersiri sejam SUPERLICIOUS SOFIA. Tengok pada poster, lagi mau cari tisu sekotak bila tengok tertulis IDEA CERITA/SKRIP: LILI HASLINA NASIR. Abaikanlah salah eja tu:)) Novelnya masih tak siap, skrip dah jalan dulu, drama dah tunggu tarikh tayang. Allah, kekadang saya malu sendiri. Banyak sungguh nikmat yang Allah berikan yang tak mampu saya dustakan. Orang lain novelnya diangkat menjadi skrip. Saya punya kes, novel masih separuh jalan, skrip saya kena pulun tulis sendiri. Kira terbalik, drama siap dulu, baru nak siapkan novel. Biar ini mungkin karya picisan saya, tapi banyak saya belajar. Teknik menulis skrip bukan mudah. Kalau bab-bab skrip ni, tabik saya pada penulis skrip hebat seperti adinda Siti Jasmina Ibrahim:)) Terima kasih pada tuan bos drama, tuan produksi yang sentiasa percaya dan masih lagi beri peluang pada saya.




Friday, September 20, 2013

YEAHHH Nak Raya Lagi:))


MUSIM ORANG PERGI HAJI dah tiba.... maknanya tak lama lagi aidiladha. Nanti sekali lagi main masak-masak kami adik-beradik. Sejak hari pertama tahlil arwah mak, semua skil memasak anak Jamilah teruji. Alhamdulillah belum ada yang berusung ke hospital makan apa yang kami masak:)) Hahah ujian pertama masa kenduri untuk arwah mak, kami tarik nafas sebab dengan tiga beradik perempuan aje, mampu jugak kami sediakan hidangan untuk hampir 200 orang punya jemputan. Kalau saya, skill ni patut saya ucapkan terima kasih pada majalah Jelita. Selain tulis rencana, kendalikan ruangan masakan Jelita, buat saya hafal segala teori masak, biarpun masa kerja dulu MALASSSSS ke dapur.

Sudah berjanji sama adinda Rosie dan Azlan, raya haji di sini sebab kami ada ambil bahagian untuk korban. Kalau sempat akan balik Melaka kejap. Harap-harap sempat nanti kesian adinda Mek Siti saya yang sorang-sorang terkial-kial buat rendang:))

Acara wajib turun-temurun tak lain visit nenek terchenta di Melaka. Alhamdulillah masa raya aidilfitri sempatlah kami tiga beradik menyesakkan rumah nenek, rumah Pakcik Jalil dan saya sempat singgah sekejap rumah Pakcik Jaafar. Nak ziarah semua rasa memang masa singkat. Belah emak aje ada 11 pakcik kan... Dan macam biasa, pakcik orang putih saya, Pakcik Jamal yang memang berpuluh tahun menetap di Norway, balik beraya bersama. 

Belah abah saya sempat jumpa bonda Hawabi sama pakcik Yusof. Dalam hati memang mau ziarah semua... nantilah, kalau saya bercuti panjang di Melaka, saya akan cuba ziarah semua yang ada. Macam saya kata pada Rosie dan Mek Siti, kami adik-beradik sangat terhutang budi yang memang dibawa sampai mati dengan semua pakcik dan makcik sama ada belah mak atau abah. Masih ingat lagi waktu mak sakit kuat, kami pula berdepan dengan majlis nikah rosie. Kalau tiada mereka, memang rebah saya sebagai kakak sulung. Kalau tak ada pakcik Jalil (Dr Jalil) mana mungkin hajat mak untuk keluar dari hospital demi lihat nikah rosie, dapat disempurnakan. Untuk semua, hanya Allah swt yang mampu balas. 


Pada anak-anak pun saya pesan, jangan jadi orang lupa diri, jangan tak kenang budi saudara yang lebih tua. Macam Syafiq, Anis, Adib, saya selalu kata, kalau kalian dah besar, dah kerja, ingat Aqil dan Rania yang masih kecil. Yelah dua sepupu kecik tu tentunya masih di bangku sekolah bila Syafiq esok lusa dah umur 30-an. Kekadang benda macam ni macam remeh, tapi bagi saya kena diperingatkan. Manusia ni bila dah selesa memang mudah lupa diri. Dan saya selalu pesan pada Rosie dan adik-adik yang lain, mak saudara tetap mak macam mak sendiri. Nak pulak kami dua beradik dulu memang nenek yang besarkan. Tangan nenek yang suap saya makan, tangan nenek yang mandikan saya dan Rosie. 

Sibuk macam mana pun, saya, Rosie dan Mek Siti akan cari masa kejar daddy cool kami, Pak Nasir, yang busy semedang tu. Dapat makan semeja dah terasa bahagia. Kekadang abah kami tu nampak cool, tapi orang cool ni kami faham, lebih banyak simpan di hati. Bak kata Rosie, kami dah tak ada emak, kami cuma ada abah yang jadi rumah kami. Abahlah yang gantikan emak, doakan syurga buat kami. Terluka hati orang tua, mana nak tahu entah berkat, entah tak tenang dalam hidup nanti. Berkat hidup bukan wang ringgit atau pangkat ukurannya. 

Wokeyyy... daaaaaaaa....




Mercun ala ala KLCC. Tq tq tq buat inche lan yang sponsor bunga api dan mercun sampai berbelanja lebih 700 hinggit. Acara bakar duit dan bazirkan duit tahun ni memang meriah!


Ayahanda Jalil, Jalal dan Jamal di rumah Pakcik Jalil.

Wajah kesayangan kami, nenek, pengganti emak kami.


Achik Rosie, achik feveret di Tengkera:)) Dikelilingi anakanda Rania dan anak-anak saudara yang mengendeng duit angpow yang gumuks lagi besar dari achiknya...


Di tangga rumah nenek

Nenek, makngah, bibik Jarah:))
 Oh ni hidangan ekspress saya masa kawan kampus saya Dr Ayu beraya tergempar di rumah saya.

Jejaka terkacak yang dah jatuhkan ranking Syafiq, Hafizuddin Dr Jalil, berbaju purple...:)) Gud luck utk SPM:))

Saturday, September 7, 2013

Al-Fatihah Buat Pak Matlob

Al-fatihah dan doa dari jauh buat almarhum ayahanda Mohammad @ Mokhtar Talib atau Pak Matlob yang kembali ke rahmatullah semalam. Salam takziah buat kekanda Ani Mariam, Lili Mariam Mokhtar dan seluruh kaum keluarga Pak Matlob. Mudah-mudahan pemergian Pak Matlob menuju ke negeri abadi sentiasa dilimpahi kasih sayang Ilahi. Secara peribadi, saya sangat-sangat terhutang budi pada Pak Matlob. Arwah Pak Matlob boleh saya kata guru pertama yang mengasuh saya untuk belajar menulis. Bukan sekadar menulis rencana rumi tetapi juga melatih saya satu ketika dahulu menulis rencana dalam tulisan jawi. Sekali lagi al-fatihah untuk Pak Matlob.
Gambar Pak Matlob kredit Utusan Malaysia

Wednesday, September 4, 2013

Cuti Tapi Hati Walang:((

 Dalam riuh sambutan merdeka, saya terkedu tengah harinya. Gopal saya dijemput pulang menjadi anak syurga. Sebenarnya selain Gopal dan Apek ada saudaranya saya beri nama Nyonya. Umur tak panjang. Tak tahu mengapa. Tapi bila Gopal pergi saya sangat dukacita. Apek pun tiba-tiba macam jatuh sakit. Walhal dua hari sebelum tu sangat sihat. Mereka pergi tanpa tanda, tanpa sakit yang jelas. Anak-anak ini diakui sihat sewaktu saya bawa jumpa vet. Tak apalah kalau mereka pergi. Kenangan mata cantik mereka, perangai suka mencakar kaki saya dan memanjat bahu saya, sentiasa saya ingat. Saya bercuti jauh tapi hati sangat walang:((


Gaduh Dengan Kucing:))

Saya beri bajet RM200 untuk rawatan gigi Syafiiq. Alih-alih, kena RM80 aje. Saya ajak Syafiq ke kedai haiwan. Jom, Syafiq.... Temankan mak. Nak beli makanan Gopal sama Apek. Oh, nak beli tandas si Thambi nanti. 

Terbeliak mata Syafiq. Terus dia bebel-bebel. "Memang nak cari gaduh ajelah kucing-kucing ni. Mak jangan beli barang diaorang pakai duit baki gigi Syafiq. Syafiq tak halalkan. Hishhhh.... nantilah! Mak tak ada rumah, ada peluang, Syafiq lenyek-lenyek dengan kereta bebudak tu. Mak asyik habis duit aje untuk diaorang. Syafiq demam tak ada siapa kisah, kucing tu sakit telingalah, pekaklah, kutulah, sembelitlah, semua bawa ke klinik."

Lalalalaaa..... Saya jawab, "Mak punya sukalah! Kucing ikut cakap mak. Teman mak menaip. Kau orang tak dengar kata!"







ShareThis