Monday, August 27, 2007

MOGA KAU MENGERTI




TERIMA KASIH! Terima kasih! Untuk Lynn Dayana, yg sanggup baca novel saya sampai lewat malam. Masa tu saya baru selesai kenduri di rumah saudara di utara malaya. Hampir jam satu pagi, rasanya sms Lynn lebih 10 kot utk saya.. Lynn terima kasih di atas ulasan selari sambil membaca novel tu! Pada Ara Suhara, yg emel kat saya... betul tu.. lebih baiklah seseorang itu menerima orang yg mencintai dirinya daripada menyayangi orang yg kita tak pasti perasaannya.

Pada Silencez yg awal awal dah emel kat saya, terima kasih atas ingatan tu.. Jugak pada sesiapalah yg singgah ke kedai buku, beli dan baca.. terima kasih. Memang Moga Kau Mengerti saya tulis dalam keadaan mood yg berbeza dengan Epilog Cinta. Novel pertama tu hati saya memang sarat dengan ingatan pada arwah mak.. tapi utk moga kau mengerti, saya tulis dengan mood yg riang ria.. cerita zaman sekolah, kenakalan, kedegilan (orang merentas desa, saya mengelat naik bas...) dan tentunya kegilaan sewaktu bekerja...

Tanpa dijangka, saya terima emel dari kawan kawan sekolah yg rasanya dah 20 tahun tak jumpa. Pada Kamariah Jamaluddin, thanks baby utk emel kau tu! tak sangka kau ingat aku lagi! Kamariah (Kay) kawan sekolah yg terpisah sejak usia 11 tahun. Pada Salabiah, ni kenangan zmn remaja kita semua..
Sepatah ayat Lynn Dayana (Novelnya Jika Benar Cinta.. ni promo ye), cerita ni light and easy, kisah hidup wartawan majalah yg tak tentu hala....

pada semua, harap seronok membaca moga kau mengerti.. sebagaimana saya seronok menaipnya sampai 24 jam ditemani lagu kenangan terindah samsons.

ps: untuk minahleter, akak baru bukak emel minahleter. terima kasih sebab membaca novel akak. Dah jenguk dah pun cari.forum tu... terima kasih! terima kasih untuk member cari.forum!

5 comments:

Eka Fahara said...

Tahniah,tahniah,tahniah.......semoga kehadiran 'moga kau mengerti' akan memercikkan lagi semangat berkobar2 untuk terus berkarya. Akak tabik spring kat Lily, dalam terkejar sana sini...novel tetap siap ikut date line. I'm happy for you and congratulation sekali lagi. Dah tak sabar nak baca watak Adib ni......

Lily Haslina Nasir said...

KAK EKA... sesama lah kita, bagi semangat satu sama lain.. time rajin memang le rajin sampai tak tidur berhari-hari menaip.. tapi kalau datang angin malas tu... melingkar aje depan tv dan tidur dan kunyah segala junk food tu.. time begitu.. kita cari kak norzailina.. sebab dia akan buat org yg malas rasa berdosa dan stress utk terus malas!

zie said...

ehemm.. ehemmm... (",)

kak lily, ramai kata best. ni yg tak sabar nak baca ni.

Lily Haslina Nasir said...

zie...
novel tu biasa biasa aje... banyak cerita merepek zmn zmn akak sekolah dulu...

Lynn Dayana said...

Haha... nasib baik akak kongsi sms yg bermoral dari saya. Klu yg kisah chenta tu... hahaha... malunya. Tp seronok kan jadi remaja. Manis memikat, lebih berkrim dari susu nespray atau cap junjung!

ShareThis