Wednesday, August 29, 2007

Tag LAGI... dari Mama Jambu


saya selalu berangan-angan nak ada ladang kambing yg luas...

5 benda dalam handbag saya..
1.telefon bimbit.
2. kunci kereta
3.pendrive
4.tasbih
5.lip gloss

5 perkara dalam beg duit saya
1. kad ATM
2. duit syiling
3. duit kertas
4. Ic sendiri, ic syafiq, haiqal punya mykid
5. segala cebisan kertas yg sebenarnya sampah sarap...

5 perkara yang saya nak lakukan
1. nak menunaikan fardu haji
2. nak melawat batu tergantung di masjidil aqsa
3. nak bela kambing besar-besaran
4. nak bela kucing garfield yg kemek tu.. (oh ni memang mustahil sebab suami tak suka)
5. nak tutup kolam ikan suami yg kat tepi rumah.. (pun tahu ini misi mustahil sebab perundingan semalam pun tak menjadi...)

5 benda faveret dalam bilik saya
1. majalah yg disusun mencecah siling
2. longgokan keratan akhbar
3. segala jenis buku/novel/kitab
4. berbakul-bakul kaset lama hatta yg disimpan sejak saya berumur 13 tahun!
5. segala mcm vitamins

5 perkara yang sedang dilakukan
1. menaip dan menaip
2. ni nak tabur belerang & limau keliling rumah sebab nak hambat ular dlm stor... (ada sesapa nak tolong)
3. baru selesai masak asam pedas ayam & ubi kayu ... sedap tau bubuh ubi kayu ni...
4. terfikir nak bergayut telefon dgn salabiah, lama tak call dia.. ni kawan sejak sekolah
5. tengah fikir-fikirkan jugak.. nak cat rumah arwah mak utk raya. surprised utk adik yg duduk situ.. tengah fikir nak pilih warna apa.

6 comments:

Saharil said...

5 benda dalam handbag tu tertinggal nombor 2 - ni mesti benda rahsia ni.. hehehe.

wah, teringin nak makan asam pedas ayam + ubi kayu. tak pernah terserempak..

Lily Haslina Nasir said...

saharil... sedap tau... akak memula makan asam pedas ayam campur ubi kayu ni masa cuti kat rumah saudara di kuala nerang.. terkejut jugak ... ubi kayu masuk dlm gulai...tapi ...gerenti dua kali tambahlah makan dgn nasi panas... buat dengan ikan tak sedap sangat.. kena dgn ayam jugak

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Kak Lily.

Nak hambat ular dalam stor? Huh, bahaya tu. Lebih baik panggil bomba aje kak. Rumah Ezza pun selalu masuk ular. Belerang tu dah macam tak bermakna dah. Ular-ular tu tak takut pun. Dah kebal kot. Huhu.

Lily Haslina Nasir said...

PUTERI EZZA.. Sampai kebal ye pak panjang kat sana tu dgn belerang.. kat sini memang rutin akak tabur setiap bulan belerang tu... akak tak sure sangat dia dah lali atau tak... cuma bila ada awang ngan dayang - 2 ekor angsa kat belakang rumah, akak harap pak panjang tu lain kali pikir banyak kali kalau nak buat lalu lintas kat belakang rumah akak...

Nina Suria said...

salam merdeka lily
nak tengok tinggi mcmana mag yg mencecah siling tu.. dah boley wat twin tower haper :D

btw kakmOn baru kuarkan famili, nona, jelita dan wanita yg dah mencecah 2 dekad tu.. teruja tengok 'perfect housewife' yg tak lekang ngan penyapu bulu tu :p

Lily Haslina Nasir said...

kak mon...
macam mana tak cecah siling... kerja jelita 11 tahun... lepas aksi Akademi fantasia 2 tahun... masa kerja tu.. dah kumpul segala majalah lain utk rujukan .. mcm womens weekly, cosmopolitan, royalty, majesty, hello, glamour.. itu tak termasuk majalah malaya mcm nona, anjung seri adik beradik jelita memang dpt free.. favourite kita dulu massa (dah tak der penerbitannya), lah ni kita rajin kumpul glam.. bila adik kerja majalah, bertimbun pulak EH, adik 6 tahun dgn EH magazine sebelum lompat ke Intrend di Astro... Impiana pulak memang koleksi kita sejak zmn berzmn... eh, panjanglah pulak list kita... ni belum bukak cerita majalah dewan siswa, dewan pelajar, dewan masyrakat yg kita simpan sejak kita mula menulis zmn usia 13 tahun... ada lagi dlm simpanan sampai anak kita kata mak ni boleh bukak muzium... nak buang kita sayang sesangat koleksi ni... gitulah kisahnya!

ShareThis