Tuesday, January 22, 2008

tumpang lalu ... iklan sekejap (IHSAN WEB ALAF21)


DANG SURIA ORANG KUAT ASTRO AWANI



LILY HASLINA NASIR...LIVE DI ASTRO AWANI

Berita baik untuk peminat novel Epilog Cinta dan Moga Kau Mengerti! Nantikan kemunculan penulisnya di Astro Awani 123, 11.30 pagi, hari Rabu 23.1.2008.
Jika selama ini anda tertawan dengan keindahan bahasa anak kelahiran Melaka ini, kini tonton dan dengarkanlah sendiri kepetahannya berbicara. Pasti anda akan dapat berkongsi serba sedikit cerita dan pengalaman penulis berbakat besar ini.

Program Dari Wanita ke Wanita bersama hos Dang Suria Zainurdin ini juga akan memaparkan Marah-Marah Sayang dan Masam-Masam Manis..Buku yang berkonsepkan manual percintaan ini menyingkap ragam dan kerenah pasangan bercinta. Ingin tahu apakah keistimewaan buku komprehensif hasil usaha Lily Haslina ini?

Untuk itu... luang-luangkanlah masa seketika di hadapan kaca televisyen esok, okey!!!

5 comments:

Ainin Naufal said...

Ya ya... saya percaya Lily Haslina pastinya seorang yang petah berkata-kata. hehe...

Tapi... malangnya saya tak ada astro. huhuk. maklumlah, chanel yang ada pun tak tertengok, kak.

Hezzy Azra said...

watched u on tv yesterday. waahh... sungguh petah & lancar, berkeyakinan dan berkarisma ketika diwawancara! tapi sayang... sekejap sgt segmen tu...

Lily Haslina Nasir said...

AININ NAUFAL... hah, jangan kata ainin tak sempat tengok tv.. akak pun sama... selalunya haiqal dah rebut nakkan barney dia... kekadang tu bosan jugak bila astro ulang program sampai kita boleh hafal setiap dialog dan skrip.. bab tu memang rasa tak berbaloi langgan astro

Lily Haslina Nasir said...

HEZZY...aha... rasa kelakar tau sebab dulu masa kerja kita interview dang suria.. lah ni kita kena soal pulak... belasah aje apa yg ingat kat kepala...

Nisah Haji Haron said...

Kak Lily,
Alahai, terlepas. Lambat tengok blog ni. Ada siaran ulangan tak agaknya? :-D

ShareThis