Thursday, November 13, 2008

Selamat Hari Jadi Semua


Saya & Anis di Saranam, Bedugul. Bawah kami tu saranam resort ekopark. Cantik sungguh tempat ni.

14 November ni birthday Anis...
Selamat hari jadi utk Anis!
Selamat hari jadi utk Rania!
Selamat hari jadi utk Mak Nyah saya (Jamiah Ishak)
Selamat hari jadi utk Hanif!
Selamat hari jadi utk saya sendiri!

Ramainya kaum kerabat scorpio (november) dlm keluarga saya.
Alhamdulillah Anis dpt 5A dan saya kata itu hadiah utk dirinya sendiri.
Hadiah lebih besar, Anis bakal dapat mak saudara baru dari pak cik Hanif.
Panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segalanya utk mereka!
Hadiah? Em, saya jarang bagi hadiah pada anak. Belikan mereka barang tak semestinya pada hari jadi (Ha!Ha! sebenarnya ni bergantung pada poket saya.. sama ada kering, kering kontang atau sekadar berlopak saja!)

ps: CATATAN BALI kemudian ya!

22 comments:

Mrs.Sheikh said...

Selamat Hari Lahir kak Lily..semoga bertambah rezeki...pjg umur dan sejahtera sekeluarga..
utk anis dan keluarga kak lily juga..
semoga ulang tahun kali ini memberi seribu kemanisan.. dan semoga terus berkarya...

Rose Harissa said...

waaa... Anis mesti tersenyum tak putus nih... hadiah besday dapat 5A... anak mak katakan... kekekek...
jgn ikut perangai mak yang nakal tu sudah... hahahhahaha

lilysuriani said...

Selamat hari jadi Anis dan tahniah dapat 5A! Tak kiralah, kering ke, kering kontang ke, berlopak atau banjir ke hadiah WAJIB dituntut!! :D

Suzie said...

mak saudara baru??..hehe..so sweet.Congrats to anis n hepi birthday too.nnti la acik suzie bg pressie ek.

Mrs.Sheikh said...

haa..5A? tahniah anisss....

kak lia said...

tahniah Anis dapat 5A!!!!....
dah happy birthday pada kak lily

Lily Haslina Nasir said...

Mrs sheikh,
terima kasih utk doa dan ingatan. mudah-mudahan keberkatan sentiasa bersama mrs sheikh dan keluarga. insyaAllah kita akan tinggalkan 2008 dgn seribu kemanisan, tapi utk akak, anak lelaki tu ada saja yg buat akak terpaksa gunakan volume tinggi bila beri arahan

Lily Haslina Nasir said...

Rose aka nora ismail,
hah, mudah-mudahan ikh anak kau yg keletah tu pun mewarisi segala bakat kau. rugi besar kalau tak diturunkan pada anak. tapi hangin kau yg macam beliung tu jangan diturunkan!

Lily Haslina Nasir said...

lilysuriani,
amboi, amboi, aku ni Dapur Officer.. pandai ya kau suruh anis tuntut hadiah. hah, tapi anis yang pendiam tu memang diam lagi senyap jer. haram tak bertanya hadiah. lega mak dia!

Lily Haslina Nasir said...

Suzie,
Macam mana sekarang? Hari makin dekat. InsyaALLAH harap semuanya berjalan lancar. Kalau ada sedikit sana sini yg tak berapa kena, adatlah. Kita buat sekadar termampu dan seadanya. Cuti ke Bandung best kan? Satu terapi minda utk perempuan yg gila shopping mcm suzie. Bila next trip? Bali?

Lily Haslina Nasir said...

Suzie,
Macam mana sekarang? Hari makin dekat. InsyaALLAH harap semuanya berjalan lancar. Kalau ada sedikit sana sini yg tak berapa kena, adatlah. Kita buat sekadar termampu dan seadanya. Cuti ke Bandung best kan? Satu terapi minda utk perempuan yg gila shopping mcm suzie. Bila next trip? Bali?

Lily Haslina Nasir said...

LIYA71,
terima kasih sebab sentiasa beri komen dan sokongan utk karya-karya kecil kak lily. Terima kasih juga ucapan dan ingatanmu itu!

Rose Harissa said...

cisss... cerempet betui statement ko tu... dalam memuji terselit gak bab angin puting beliung ya... kekeke...

lilysuriani said...

iya,D.O. D.O yg berjaya menukar kepulan2 asap di dapur memjadi kepingan2 kertas yg berharga.

Anis ni, selain pendiam, mahal betul senyuman dia. susah nk tengok dia senyum.hahaha jgn marah ye anis!

Madam Casper said...

tahniah anis dapat 5A...

happy bday buat kak lily dan anis

SaYanG kidA said...

salam Lily,

harap tak terlewat yea nak ucapkan tahniah untuk Anis.

Tahniah Anis score 5As!

Tahniah tuk Lily juga!

anim

Denanz ... said...

tahniah utk anis. utk maknya juga.

Lily Haslina Nasir said...

rose..
kau dengan aku sama saja.. 5+5=10

Lily Haslina Nasir said...

lilysuriani...
kalau anis riuh macam mak dia, mahu kelangkalibut jadinya rumah aku ni...

Lily Haslina Nasir said...

casper aka wife en atan
terima kasih atas ucapan dan terima kasih sebab sudi tinggalkan jejak di sini

Lily Haslina Nasir said...

sayang kida..
terima kasih ye sebab singgah dan tinggalkan jejak.. terima kasih jua utk ucapan! ceria selalu!

Lily Haslina Nasir said...

abang nan,
terima kasih utk ucapan! bila nak pergi disneyland tu beritahu ya... ha!ha!ha!

ShareThis