Saturday, September 7, 2013

Al-Fatihah Buat Pak Matlob

Al-fatihah dan doa dari jauh buat almarhum ayahanda Mohammad @ Mokhtar Talib atau Pak Matlob yang kembali ke rahmatullah semalam. Salam takziah buat kekanda Ani Mariam, Lili Mariam Mokhtar dan seluruh kaum keluarga Pak Matlob. Mudah-mudahan pemergian Pak Matlob menuju ke negeri abadi sentiasa dilimpahi kasih sayang Ilahi. Secara peribadi, saya sangat-sangat terhutang budi pada Pak Matlob. Arwah Pak Matlob boleh saya kata guru pertama yang mengasuh saya untuk belajar menulis. Bukan sekadar menulis rencana rumi tetapi juga melatih saya satu ketika dahulu menulis rencana dalam tulisan jawi. Sekali lagi al-fatihah untuk Pak Matlob.
Gambar Pak Matlob kredit Utusan Malaysia

2 comments:

::BLOGMASTER:: said...

Alfatihah juga buat Almarhum Pak Matlob yang banyak membimbing penulis muda dalam bidang penulisan khususnya berkaitan tulisan jawi. Bimbingan beliau ketika memimpin Ruangan Pembaca Muda Utusan Melayu banyak melahirkan penulis muda yang meminati jawi. Saya juga amat terhutang budi pada beliau yang banyak membimbing ilmu penulisan. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Hai Rozzaman Jalal @ Adi Sabariman
Ledang, Johor.

zusha said...

Sebenarnya saya sudah merancang untuk menziarahi Pak Matlob pada bulan Syawal lalu tetapi tidak berkesempatan. Saya begitu menghargai jasa Pak Matlob. Saya masih menyimpan gambar kenang-kenangan bersama yang diambil setahun lalu. Begitupun menerusi FB Nisah Haron saya mendapat maklumat mengenai pemergian PM pada 6 September. Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi semasa pengebumian.

ShareThis