Wednesday, October 16, 2013

Dah Raya:))

Salam aidiladha untuk semua. Semoga kita sentiasa dilimpahi kasih sayang Ilahi.
Malam raya haji, saya terkejut tak terkata. Dapur saya tetiba macam kena bom!

"COOL!!! Fuhhh Abang Syafiq lagend!! Main mercun dekat dapur:(( "

Tu ayat si Adib. Rasa nak sekeh kepala dia!
Kalau bebudak lelaki ni kecil lagi mahu aje saya rotan dua-dua sekali dengan pembaris gergasi saya! Bergegar dapur bila anak yang dah bujang main mercun dalam rumah. Kesian kucing-kucing semua lintang-pukang lari:))

Raya korban, macam biasa, memang mabuk daging dibuatnya.
Rosie, Yaya, Bibik Fatimah (pembantu Rosie), Azlan sama-sama berkongsi buat korban dengan saya di sini. Kalau Mek Siti Munirah, adik saya dari Melaka ada sama Aqil dan Safuan rasanya harus jadi kenduri rumah saya.

Yaya sempat belajar main congkak di rumah saya. Biar agak stress awalnya. Mujur ada doll Baby Alive yang beratus hinggit dipaw Rania dari daddy dia. Doll tu buat Rania cool siikit waktu dia tension belajar main congkak sama mama dia. 

Terima kasih buat Aziz, anak Amy jiran saya yang sama-sama tolong siang daging. Saya? Hahaha.... sejak dulu memang saya jarang mencemar duli buat kerja-kerja siang daging ke, ikan, ayam ke... tu kerja umat lelaki di rumah saya. Over kan?? Kata Cikgu Mustamir, cikgu kelas Adib, "Memang agak over kak lily:))"











Sesi raya, macam biasa, makan sampai tak larat. Masak dan masak tak habis-habis di dapur. Mula-mula macam tertib aje makan di meja makan. Lepas siaran ulangan kali kedua, tak kuasa dah nak makan di meja. Bentang di lantai aje, makan bersila sambil bersambung-sambung tengok movie. Tu pun mujur saya dah sorokkan mercun. Kalau tak harus berdentam-dentum mercun di rumah.


Macam-macam sesi ada bila anak buah dengan makcik favourite berkumpul. Syafiq tetiba buat persidangan tergempar depan pakcik azlan dan achik rosie. Buat proposal nak beli kereta. Hamboiiii, baru tahun satu dah nak melaram dengan kereta. Saya tanya mau kancil? Viva? Wah kemain jawabnya mau Satria Neo, tak pun kalau ada ihsan dan simpati mak, mau Civic Type R. Hah, mau bertanduk dan berasap saya kejap! Achik Azlan pulak beri cadangan. Beli aje big bike. Wah amboiii...... 

Saya bebel, dah bagi motor buruk dah cukup baik. Mak dulu turun bas naik bas aje zaman kampus. Huwaaa, achik rosie pulak balas, zaman dulu tak releven dah! Tak sama sekarang. Alah, Kak Lily.... Jazz pun dah murah kan?. Hoooh patut rosie memang makcik kegemaran ramai sepanjang zaman. Saya cakap sama Syafiq, mimpi dulu di siang hari. Doa banyak-banyak. Kotlah mak dapat ilham dari langit, mana tau mak lembut hati kan:)) 


1 comment:

Mummydearie said...

Untung budak-budak sekarang. Bila buat comparison memanglah tak relevan lagi dulu dan sekarang tapi ada juga yang harus dikekalkan, ya tak?

ShareThis