Wednesday, June 25, 2014

CINTA HILANG KATA- REVIEW YANG BUAT SAYA MAHU CARI SEKOTAK TISU


TAJUK NOVEL CINTA HILANG KATA... baca komen cik adik manis yang mohon saya rahsiakan namanya, memang buat saya betul-betul hilang kata! Allah... pertama, adik manis ni dengan penuh gigih PM saya komennya yang sangat sangat sangat sangat panjang. Tarik nafas saya membaca komen adik ni. Tak sangka ada pembaca yang sangat details dan terperinci beri komen. Paling berbekas di hati saya bila disebutnya setiap RM39 harga novel saya tu kira halal dan setimpal dengan isi cerita. Allah... siapalah saya. Menulis pun sekadar lepas gian. Bertahun baru siap satu. Dan saya akui cerita saya bukan cerita yang santai. Alhamdulillah sesangat kalau ada orang yang boleh terima. Buat adik manis yang sorang ni, terima kasih ya.... Kak lily benar-benar tak tahu nak kata apa bila baca komen adik.


Bagi yang bertanya di mana boleh beli CINTA HILANG KATA, ok… novel ni boleh dibeli di MPH, POPULAR, KEDAI BUKU 1MALAYSIA, PUSTAKA ARRIS PASIR GUDANG JOHOR, PUSTAKA MUNIRAH TERENGGANU, KEDAI BUKU HASANI dan kedai-kedai buku yang lain. Err kalau cari tak jumpa, boleh aje beli terus dengan penulisJ)







No comments:

ShareThis