Thursday, October 16, 2014

Che Bunga sana Che Bunga sini:))

Abang Roy, semua dah balik asrama, kita bosanlah! Angsa belakang rumah tu tak nak buat kita jadi kawan. Eh, bila cuti raya haji ye abang roy?

Kak Yaya @mermaidiagirl beraya di rumah che bunga. Wallaaaaa... kak yaya dah terror main ukulele:))
 Abang Roy gigih jaga adik cempaka yang tak bangun tidur lagi walau dah pukul 10.30 pagi:) #airiscempaka
 Sembang petang che bunga. Che bunga: Abang roy, dulu abang roy lahir, mak abang bagi susu cap apa? Abang roy besarlah. Roy: Abang darah orang putih. British shorthair. .. tu abang tinggi:))

Abang Haiqal tak kuasa time ni. Penat dah dengan che bunga yang angin aje sebab nak beralih bulan.


 Sengih jam satu pagi:)) Kami bertabah dengan che bunga yang jadual tidurnya macam mak bila time menaip.

Muka ketat Haiqal yang malas dah nak layan che bunga. Kata Haiqal che bunga dah berat.. lenguh tangan

Detik tak kuasa dengan kamera. baru nak merangkak time ni. Sangat moody

 Pic pukul satu pagi.. tergedik suka pandang kamera waktu mak nak pulun siapkan kerja. Jam empat pagi dah keluar rumah nak kejar meeting awal di Perak. Mokcik stress waktu ni tapi sebab che bunga.. senyum aje:))

 Muka tak kuasa senyum. Rupanya masuk enam bulan dapat ilmu merangkak sama duduk budak kenit ni. Lepas tu sibuk nak memanjat pulak. Awatlah cepat sangat che bunga. Ikut umur yg cepat lahir sebulan tu, che bunga baru lima bulan... haiyaaaaa

 Alrite.. ni baru enam bulan dah duduk... apa next? Take it slowly ya che bunga... mak busy dengan deadline ni..

 Menyengih aje bila dengan abang kakak:))

Sama Kak Fiqa. Makin suka bergurau kasar che bunga. Senyum banggalah si abah dan abang abang:)) Mujur nama tu ada bunga. Buat mengingatkan dia.. yg dia tu budak perempuan:) #airiscempaka

4 comments:

monalita mansor said...

Wargh...dak lama mok Cik Bunga tak berkebun gambar di rumah ni...

Lily Haslina Nasir said...

Monalita Mansor,
Haha... betul!
Asyik tak sempat aje. Kalau fb, jadi laju sebab pakai phone aje.
Kalau ada meeting ke Perak, jam empat pagi dah keluar rumah. Balik jam 11.30 malam, pengsan:))

Lily Haslina Nasir said...
This comment has been removed by the author.
MisFiza said...

comel

ShareThis