Sunday, January 10, 2016

Perjalanan Itu Masih Panjang




Entri kali ini meminjam catatan adik saya, Rosie Haslinda (yang berwarna merah di bawah)

Terima kasih Rosie.
Ya, perjalanan anak-anak ni panjang lagi.
Kita tak tahu rezeki dan takdir masing-masing.
Dapat 5A UPSR bukan jaminan hidup cemerlang.
Dapat PMR /PT3 semua A, bukan jaminan masa depan gemilang.
Dapat 10 A+ SPM, masuk universiti bagus atau keluar negara pun bukan syarat mutlak hidup bahagia, tenang, barakah dan kehidupan dalam genggaman.


Banyak faktor lain. Keberkatan hidup itu penting. Jayanya hidup bukan tertakluk pada keputusan periksa. Tapi keputusan periksa, doa dan tawakal pada Allah swt membantu kita memperbaiki keadaan. Selalu saya pesan pada anak-anak, hidup akan teruji apabila kalian berkeluarga, berdikari dan keluar dari kepompong emak abah. 


Matang atau tidak, angkuh diri atau membumi, terserlah waktu itu. Saat diuji begitu, barulah tahu sama ada A+ atau gagalnya hidup kalian. Pada anak-anak ni, selalu dipesan. Mak dah tak ada apa. Mak menghampiri separuh usia. Dah lalui semua. Dah rasa semua. Terserlah kalian mahu mencorak hidup. Mahu yang indah pelangi tapi sementara, mahu yang ribut gelora atau mahu yang berpijak di bumi nyata, terserah. 


Mak cuma boleh doa yang baik-baik. Kalau mak mati esok lusa, tak ada apa yang mak tinggalkan kecuali bebelan, pesanan dan mungkin amarah emak yang buat temankan kalian. Dan carilah rezeki serta ilmu sendiri. Mak bukan orang yang akan tinggalkan sekian-sekian duit, sekian sekian tanah, sekian sekian rumah atau sekian sekian wang insurans. Masing-masing ada perahu sendiri, masing-masing dayunglah, cari haluan dan arah masing-masing.

Rosie kata, keputusan saya berhenti kerja sewaktu Syafiq yang sekarang sudah 23 tahun, mahu ambil UPSR, adalah keputusan terbaik. Ya, alhamdulillah. Apabila semuanya kembali dan menghulurkan slip periksa yang buat saya tersenyum, segala gaji bulanan yang saya hilang, segala jawatan dan kepuasan bekerja yang saya lepaskan, terasa berbaloi. Tipulah kalau saya kata saya tak terkilan pada sebilangan waktu. 

Bohong kalau saya kata saya baik-baik saja apabila berhenti kerja. Waktu itu baru kita diuji dalam bentuk yang lain. Kawan belum tentu kawan bila kita tak ada jawatan. Sahabat berbincang belum tentu ikhlas memandang bila kita tiada apa-apa. Hahaha saya pernah menelefon seorang sahabat dengan nada ceria tapi disoal balik, "Siapa ni? Sorry tak kenallah!" Hahaha... kejadian yang satu itu membawa penyudah pada tekad saya untuk selesa sendiri-sendiri, bekerja sendiri sendiri dan saat girang ceria saya hanya dengan anak anak.

Orang ramai pm dan emel saya. Kak lily buat apa ya pada anak anak? Kak lily boleh bagi tips? Oh, saya tak pandai nak bertips tips. Benda gini pun tak seronok nak cerita sangat. Macam angkuh pulak bunyinya nantikan... Rezeki masing-masing ni. Tapi ya, kalau sanggup dan ada ruang berkorban, beralah untuk anak anak apa salahnya. Saya sejak zaman , CR sanggup berhabis RM1,500 seorang demi satu sesi kelas add maths untuk dua minggu sahaja. Rasanya zaman Anis paling mahal, Kelas add maths sahaja saya habiskan hampir RM2,500. 

Ya, saya sekat belanja saya yang lain. Tiada istilah kasut atau baju mahal. Saya tak minat pun sejak berhenti kerja dan saya belanja menghibur hati dengan cara saya. Mencari dan mengumpul barang antik.

Untuk Rosie, tq dear untuk catatan yang manis ini.

Untuk anakanda Arif Haiqal – the silliest Dubsmash partner for my little girl, lawan congkak dan Scrabble Rania – selamat melangkah ke dunia mandiri, your new frantic battleground!
Di sini semuanya harus diurus sendiri-sendiri. Yang berdaya saing akan selalu ke depan. Yang malas akan ditinggalkan. Semoga cepat dewasa, Haiqal!
Saya kira pengorbanan kekanda saya Lily Haslina Nasir menyerahkan takdir kerjayanya yang sedang memuncak ke tangan anak-anaknya – adalah keputusan paling baik dalam hidup. Syafiq CR ke MRSM, Anis Arisa ke TKC, Adib Imran ke SM Sains, dan petang tadi Haiqal mendaftar di Alam Shah. Alhamdulillah, saya tumpang syukur dan gembira. Ini hadiah untuk seorang kekanda yang selalu berkorban mengenepi kepentingan diri dan memberi laluan untuk adik-adiknya. Terima kasih banyak Kak Lily.
*mode rindu kawan-kawan & cikgu MGS, SKBB, SMMA & MRSM Kerteh/Kuala Berang* 💕🏣


AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.














3 comments:

Hazlin Nazri said...

Assalam lily.
Tahniah kerana masih setia berblog. Blog akak dah makin mereput kat sana. Mungkin tahun 2016 ni berazam nak segarkan kembali. Apa2pun tahniah dn syabas buat lily dn anak2. Semoga Allah sentiasa murahkn rezeki lily dan family. Aamiin.

Mawar Safei said...

Lily dan keluarga
TAHNIAH untuk Adib, lebih terutama buat bondanya.

Unknown said...

Tahniah Adib.. dan tahniah kak Lily sekeluarga..

ShareThis