Monday, September 18, 2017

REVIEW OLEH - OGY YUSOF

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU 

TERBITAN KARYA SENI 




Nak tanyalah sikit, apa ya beza karya sastera dan karya kreatif? ada yang bagitau akak, penerbit sekarang tak berapa menitikberatkan karya sastera. mungkinlah sebab bila bahasa sastera ni lebih puitis, lebih banyak terma sastera yang mungkin kurang difahami. apa kaitan dengan novel ini?.. haa.. jom selongkar..

Chairil seorang bos yang sangat kepala angin. laju jer nak membentak, nak marah. mangsa terbaru ialah sofeatulaishah atau digelarnya pia pemuk. pia dapat kerja atas bantuan sahabat baik ayahnya haji imran. pia yang kali kedua bertemu tuan ramli terasa amat segan kerana tak sangka sahabat baik ayahnya berjawatan orangnya lebih tepat lagi pemilik syarikat tempat dia di rekomenkan untuk bekerja. chairil pula, kelihatan amat membenci sikap perempuan mula membuli pia. setiap bait kata yang keluar dari mulut chairil amat bisa dan boleh masuk kategori menghina. pia menahan hati menjeruk rasa dan tambah bila dia mahu letak jawatan juga mendapat bantahan. sedikit demi sedikit dia membina tembok kesabaran.

Apa yang sasteranya? haa.... pada yang dah biasa baca karya puan penulis Lily Haslina Nasir akan tahu apa maksud akak. pada yang tak pernah, akak amat syorkan buku ini untuk dibaca supaya anda sama rasa keindahan karya mahu dari segi bentuk dan pembinaan ayat dan juga segala rasa dan emosi yang membentuk dalam diri sepanjang pembacaan karya ini. nak kata korang jumpa ayat yang berat bahasa sastera tu takdelah tapi yang ini kalah lori gula terbalik tau. keindahan yang ada bak korang tengok satu pemandangan langit yang indah di taman yang punya kelopak bunga berwarna warni bersama terbangnya kupu-kupu yang cantik dan burung yang berbunyi riang. indah sangat susunan dan bait kata yang ada..

Keindahan itu tak sama dengan perjalanan kisah. itu yang pasti. si caugar dicabar dalam jalan cerita hidupnya. tatkala dia merancang mahu berkahwin dengan pia, chairil di duga dengan hebat. dia tidak boleh menggerakkan badannya. dan ketika dia mahu membatalkan perancangan berkahwin dengan pia, kejutan dialaminya. pia mahu bernikah dengannya dengan kadar yang segera. niat hatinya mahu menjaga chairil sebenarnya. selama mana pia mampu bertahan?

Tambah pula manusia seperti effa dan shaza yang busuk hati sentiasa ada?

teguran amat sinis dilempar pada pembaca pun ada tau. haa... buat siapa yang memang gilakan gajet dan aplikasi internet zaman moden ni seperti facebook, insta, twitter dan segala tok nek yang ada, banyak peringatan untuk kita semua.. akak pun amatlah terasa.. huhu... terima kasih puan penulis untuk peringatan itu. sebagai ketua tak kisah di tempat kerja mahupun ketua dalam keluarga,

Sabar dan sikap dedikasi amat perlu. janganlah semberono percaya pada fitnah percaya pada cakap-cakap kosong dan terus mahu jatuh hukum. dalam keluarga juga, tak perlulah nak burukkan antara satu sama lain. yang indah dikenang, yang buruk diletak menjadi pagar pun dah cukup. tak perlu nak diungkit dan disebut. kasih sayang suami isteri pula bukan sekadar pada kata-kata tapi juga pada perbuatan. kalau kata yang baik untuk yang baik saja seharusnya anda perhalusi maksud kata-kata itu. perkahwinan melengkapkan pasangan sebetulnya. tiada yang indah dalam perkahwinan bilamana segala dugaan dan cabaran dihadapi bersama dan lompong yang ada bukan harus makin dalam tapi makin kambus.. tahniah buat puan penulis untuk hasil karya yang amat bermakna. sikit kurang bila ada bahagian yang mungkin tak berapa banyak dikembangkan kisahnya tapi kekurangan itu ditutup dengan amat baik dengan bahagian cerita yang lain.

bintang? 🌟🌟🌟🌟
#173/2017
#bukuhadiahharijaditahunlepaslamasungguhperam
Penerbitan Karyaseni

No comments:

ShareThis