Wednesday, May 12, 2010

Clarins Everlasting Foundations SPF 15.. Magik Clarins Utk Yg Selalu Sibuk


Hari Jumaat lepas biarpun saya dengan rose sibuk uruskan segala perkara utk bengkel.. sempat jugak kami manja-manjakan muka di kaunter Clarins ni.. Nak tahu ada apa? Ada bedak asas yang penuh magik di sini! Buat yg selalu kena marah dengan suami, kena jeling dengan boyfriend sebab berjam-jam belek muka dan berbedak depan cermin... ha ha ha clarins sekarang boleh selesaikan masalah! Lepas ni tak sampai 10 minit semuanya siap! Semua kesan jerawat ke.. kesan bintik hitam ke.. hilang dan muka memang rasa silky, halus bila pakai CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15.. Bukan setakat cepat bersiap.. bedak asas ni tahan 15 jam beb!

Terima kasih kepada Clarance, Michelle yang sudi jemput kami ke kaunter Clarins... Terima kasih sebanyak bintang di langit juga sebab selepas mencuba itu ini segala bedak, pembayang mata dan gincu.. kami diberi set Clarins untuk mencubanya di rumah! Terima kasih Michelle...


CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15
Masa disuruh mencuba sendiri.. saya buat lawak tanya .. eh cukup ke dengan sekali pam bedak yang lebih kurang setitik saja keluar dari botol ni kemudian nak cover satu muka.. ha ha ha cukup sebenarnya! Malah kalau sesiapa yang muka comel, lebih dari cukup sebenarnya.. Jom sesiapa yang belum cuba dan selalu mengeluh sibuk tak sempat nak berbedak dan merungut tak kuasa nak touch up muka kalau dah berpeluh, patut cari kaunter Clarins. Muka gerenti jadi flawless dengan perfect coverage.. Sikit pun tak rasa kering atau dehidrated...


Michelle, Beauty Events & Education Manager Clarins yg comel dan manis. Tengok dekat-dekat rupanya mirip Nora Danish...

Hah ini dia Michelle yang ajar kami dan share seribu satu tips bersolek hari tu.. Kata Michelle kalau pakai bedak asas Clarins ni.. sangat sangat sangat senang.. tak payah pakai berus, tak payah pakai puff.. dan kalau nak cepat memang tak payah nak sapu bedak debu.. kesan bedak ni memang magik. Pamkan bedak asas ni pada tapak tangan..ratakan dan sapu cepat pada muka.. Jangan pakai satu jari ye.. bila nak siap tu nanti... sapu aje.. satu muka.. haha tak sampai 5 minit siap dah...

Senang kata kalau tak sempat bersolek di rumah, di mana-mana pun boleh dengan bedak asas ni.. Selalu orang kalau pakai gincu everlasting.. mesti terfikir gincu tu boleh buat bibir kekeringan... tapi untuk Clarins Everlasting Foundation SPF 15 .. masalah kering tak timbul langsung. Pilih aje warna yang sesuai dengan kulit muka.. bila pakai memang muka nampak glowing... saya cakap ni sebab saya sendiri jenis malas berbedak.. jarang nak bersolek pun... tapi yang ni memang mudah!

Lagi bagus sapukan dulu krim pelembap pada tangan untuk kesan yang lebih cantik pada wajah bila pakai bedak asas clarins ni.


Instant Smooth

Hah ini dia di antara krim yang sangat serasi kalau disapukan pada wajah sebelum kita guna Clarins Everlasting Foundation SPF 15 ni... Rasa muka lembut aje lepas tu.. tak berminyak, tak melekit, tak ada rasa merengsa dan paling penting muka maintain sampai 15 jam... jangan risau kalau muka berminyak atau kering.. bedak asas ni boleh dipakai semua orang... Harganya cuma RM125



Jom sapu rata-rata.. sekejap aje dah melekat dan meresap ke kulit. Rasa macam tak pakai bedak..tak percaya... cuba try test! Pesan Michelle.. sapu rata-rata.. jangan teragak-agak guna jari..tarik dari bahagian pelipis telinga dan atas dahi di antara anak rambut dan kulit muka..


Ha ha tengok Ikh tersenget-senget kepala pandang kami bersolek... Benda yang macam pensel tu sebenarnya sangat praktikal.. mudah kalau nak hilang kesan sememeh maskara atau eyeshadow di bawah mata.. yang pasti boleh digunakan untuk hilangkan kesan lingkaran hitam bawah mata dan garis di sudut bibir..



Oh ini memang buat saya gumbira sangat-sangat... saya memang suka segala warna eyeshadow biarpun jarang bersolek... suka tengok warna-warna ni..

7 comments:

ennieva fauzi said...

mmm patut le makin berseri dan lawa sekarang ni...CLARINS jawapannya ye...teruja nak beli sama :)

Lily Haslina Nasir said...

bennie..

ha ha ha benn buat akak gelak kuat ni... kelakarlah benn! akak ni duduk rumah aje.. manalah ada berseri lawanya... meh nanti novel keluar akak belanja novel ya!

ennieva fauzi said...

Kak, nanti jangan lupa kita jumpa mengkopi ye...nanti saya pesan ngan Kak Lyn dan Siti kat sini ye...kita boleh borak panjang ye...

Lily Haslina Nasir said...

benni..
boleh saja! rindu semua!

idasm said...

wah... boleh tahan akak punya promosi. dh boleh jd sales rep ni.. hehe. tp penjelasan akak tu buat ida pun rasa teruja nak trylah kak... hehe

Lily Haslina Nasir said...

idasm..
ha ha ha biasalah kan.. ni macam assignment jugak sebenarnya.. dulu kerja di majalah, inilah kerja kami.. test drive produk kemudian buat preview...

silencez said...

kak lily..
mcm best je ni.
yg instant smooth tu pulak berapa rm?

ShareThis