Tuesday, May 4, 2010

Clarins dan Cerita Pasal Kulit Cantik




Jumaat, Sabtu, Ahad yang sibuk! Sebelum berbengkel ada beberapa perkara perlu diuruskan. Dan tiba-tiba juga dalam minggu ini saya diundang pihak Clarins untuk preview Everlasting Foundation SPF 15. Terima kasih kepada adinda saya Rosie untuk ini.

Kalau sebut pasal Clarins memang produknya sangatlah lengkap untuk perempuan.. sebut ajelah nak apa.. nak putihkan kulit, nak kulit gebu licin, nak hilangkan kedut, nak wangi... semuanya ada! Clarins Institut di Paris tu dah mula buat macam-macam kajian dan treatment untuk perempuan sejak tahun 1954.

Zaman Kak Anita Sarawak sesekali balik Malaya masa dia menetap di Las Vegas dulu, kami di Jelita memang tak lepas peluang interview dia. Pertama kali jumpa.. kami memang ternganga dan memandangnya dengan satu perkataan WOW! Jangankan kulit muka, tumit kakinya ya Allah merah berbayang .. kulitnya sangat halus! Kami waktu tu rasa nak sorok kaki! Bila ditanya Kak Nita pakai apa.. jawabnya masa tu.. Kak Nita guna Clarins dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ha ha ha meleleh kami dengar.. pakai Clarins sampai ke kaki tu....

Zaman bertugas dulu Clarins antara yang sangat bermurah hati membawa journalist Jelita terbang ke Paris untuk sebarang pelancaran produk barunya. Dan yang kelakar dan anehnya, kekadang kami bertolak-tolak tak mau giliran trip ke Paris tu sebab tukaran wang yang amat amat amat tinggi...

Ha ha, jangan terkejut ya kalau tiba-tiba saya nak bercakap pasal barang make-up! Kalau sebut pasal kosmetik ni timbunan alat solek masih banyak dalam simpanan saya. Termasuklah minyak wangi.. sebabnya... saya masih lagi membuat kerja-kerja terjemahan untuk produk-produk baru yang bakal keluar di market.

Ringkas cerita, sebelum barang sampai kat kaunter, siaran akhbar bahasa inggeris tu saya terjemahkan bahasa Melayu dan saat paling best selain dapat cek selepas kerja selesai tentunya dapat barang free... Sebut ajelah dari eyeshadow, gincu, minyak wangi semuanya ada... Disebabkan pada item barang memang dah tertulis NOT FOR SALE.. atau FOR MEDIA ONLY selalunya saya akan bagi ajelah pada siapa-siapa yang pandai kecek barang dengan saya.

Itu belum masuk lagi gift dari adinda Rosie saya... yang jugak kalau masuk bilik mandi dia... tandas dia... huhuuu macam kaunter display perfumes di KLIA tu... berderet-deret dan memang wangi aje.. sebut ajelah nak cap apa.. semua ada.. Rasa saya semua editor/writer majalah fesyen dan wanita memang bertuah bab ni...

Kalau cakap pasal bedak, zaman dulu-dulu yang paling saya suka tentunya bedak nyonya batu empat segi tu dengan bedak baby. Saya memang alami beberapa fasa untuk masalah kulit. Zaman tingkatan dua umur 14, umur awal 20 dan yang terakhir waktu stress buat majalah Aksi AF...

Nazak kulit saya masa tu... macam mana serabutnya kepala, macam tu lah jerawat penuh di muka. Nak cari bedak pun kena sangat berhati-hati. Sepanjang hayat rasanya pernah sekali saya buat kerja gila habiskan duit lebih kurang RM600 beli dua pallet eyeshadow CD sebab saya terliur tengok warna dan kotaknya. Masa tu saya mengandungkan Anis. Hem, agaknya pembawaaan anak perempuan kot. Lepas tu tak pakai pun!!

Kalau cari bedak asas selalunya saya kena cari yang bebas minyak. Sekarang ni saya dah paksa setiap anak saya ambil vitamin extra untuk kulit. Alhamdulillah, Anis dan Syafiq nampak ok. Adib.. kusss semangat.. bersepah jerawat di muka. Tak padan umur baru 12 tahun.

Okay yang pasti kalau barangan Clarins ni saya suka terutama segala produk penjagaan kulitnya. Lipstik Clarins jugak antara yang banyak dalam koleksi saya sebab sangat moist.. Biar saya pergi dulu preview bedak asas Clarins ni.. Nanti saya cerita di sini ya!

2 comments:

Mrs.Sheikh said...

akak..

saya selalu teringin nak pakai lipstick jenama lain..tp tak bleh.
nak gak ZA yg dulu2 tu
kalo ZA skrg ni kilat2 sure pelikk :D

meQ said...

eeeeee....besh nyer dpt brg preeee.nak jugak.....~heeeeeeee~

ShareThis