Bela kucing penawar jiwa, tapi kalau kucing mati boleh nanar sengsara jugak jiwa! Dalam telefon saya penuh dengan gambar Fasya. Hampir dua bulan Fasya saya dah tak ada, seisi rumah masih lagi tersasul-sasul panggil Jejai atau Thambi dengan nama Fasya! Memang Fasya sweetheart di rumah.
MANA FASYA KAK LILY? Lama kak lily tak cerita fasal Fasya...
Fasya yang saya bela selama 6 tahun, yang asalnya kucing adik saya Rosie, sakit tiba-tiba.
Meraung tak tentu hala. Saya tengok belek dia tak ada apa-apa. Cukup dua hari, dia mati.
Merangkak dia masuk bilik saya. Alihkan tempat lain tak mahu. Saya tak lena tidur jadinya bila dia dalam sakit nazak, sesekali tegakkan leher pandang saya dan mengiau. Dia mati subuh 14 Disember 2012, hari Jumaat. Anak-anak tak ada emosi. Semua pakat gelakkan saya bila tengok saya sensitif menangis dalam diam bila Fasya tak ada. Gambar atas tu lima jam sebelum dia pergi.
Dia memang obes, gemuk, malas, makan tidur aje! Makan ikan goreng pun tak reti. Kata doktor memang gigi pun haram tak rosak petanda tak pernah menggigit atau menangkap cicak. Yang dia tahu makan friskies atau yang lain sikit, ayam goreng KFC. Itu aje. Waktu saya huru-hara kejar deadline buku, anak-anak meluat tengok Fasya bila saya bercakap dengan dia macamlah dia faham! Bela kucing ni memang boleh hilangkan stress, terapi jiwa tapi kalau kucing mati, mahu berbulan jugak saya berkabung.
Okay, disebabkan kawan menaip dah tak ada, saya bawa balik si oren ni dari kampung. Presenting my Jejai!
Dan tak sampai seminggu saya bela Jejai, tetiba satu pagi muncul budak hitam ni depan pintu rumah. Saya syak Haiqal yang bawak balik dari sekolah. Sebab Haiqal heboh cerita dengan penuh drama, kata dekat sekolah ada adik si hitam ni. Mak si hitam pun ada... tapi makcik cleaner letak kat luar pagar. Bila saya paksa ngaku, Haiqal akan kata, "Haiqal agak aje... si hitam ni dari sekolah!" Emm... Haiqal tu payah sikit kalau bercakap. Tak tahu yang mana cerpen dia karang, yang mana kisah benar!
Nama Thambi si hitam ni jiran depan rumah saya yang bagi. Hitam kiranya ada dua mummy, ada dua rumah.
Mak, mana mak kutip dak hitam n? Hish, entah entah anak jin apa dia ni? Hitam sangatlah!
Adib tanya pasal kucing hitam ni. Kucing ni memang brutal, 24 jam menggigit. 24 jam jugak makan! Sampai saya cuak perutnya meletup. Ikan goreng, ayam goreng, friskis, whiskas semua dia makan. Bubuh sepinggan, sepinggan habis.
Adib membebel lagi sebab kucing ni suka kacau dia tidur.
'Kau apasal hah? Arwah Fasya dulu baikkk orangnya!!!" Meleret dia sebut perkataan baik tu.
Sengal! Itu aje yang saya cakap pada Adib! Macamlah si Thambi ni kenal siapa Fasya, tahu Fasya tu arwah atau tak.
Mak, jangan marah-marah Thambi. Dia anak yatim. Cerita dia macam ni, mak abah dia jumpa. Lepas tu mak dia termengandung. Beranakkan Thambi. Lepas tu mak dia mati accident. Bapak Thambi buang Thambi. Tu yang dia tercampak tepi rumah kita. Huhuhu saya terkesan watak bohsia pulak dalam cerita si Haiqal ni!
Nampak kertas dikunyah, nampak cicak dimamah, kepala mengkarung pun dia bawa balik. Anis spray dia dengan perfume Dior saya sebab kata Thambi ni hamis. Memang Thambi ni ganas. Tapi bila saya banyak kerja sampai jam tiga pagi, dia jugaklah yang temankan saya tepi pc, hilangkan ngantuk saya.
No comments:
Post a Comment