SEDIHNYA bila hidup di hujung tanjung, di bawah benua! Feeling-feeling nak letak fresh flowers atas meja masa shooting dokumentari DI SEBALIK NAMA - ALMARHUM TAN SRI A SAMAD ISMAIL di rumah saya petang nanti. Sejam berkeliling pekan kecik ni.... hampeh! Belum lagi berangan nak ros merah biru pink oren, belum lagi teringin harum sundal malam yang wangi tu (ada pokok belum berbunga lebat), tak lagi berhajat nak calla lily. Dekat sejam mencari jumpalah takat kekwa putih aje. Kedai yang terceruk di hujung pekan. Sedih... sedih...:)))
Hemmm macam boleh dipertimbangkan aje... esok lusa, kalau dah tak larat, nak tinggal di kawasan yang kelilingnya ada kedai, ada mall, boleh kot pindah ke rumah damansara perdana tu...
Bila dah tua mesti saya tak larat nak maintain rumah berlaman. Anak-anak gerenti tak kuasa nak tolong kemas ayam angsa tu. Saya malas riadah. Tapi kalau berkeliling malls, saya sangat gigih! Hahahaha tu sah sah bangun tidur aje boleh bersiar-siar di One Utama, di The Curve.... Wah! Macam kukuh sungguh alasan kan supaya penyewa sedia ada yang sangat setia sejak 9 tahun menyewa di rumah saya tu keluar cari rumah lain. Hahahaha LHN dah bertanduk:))
Mode: Memikirkan proposal untuk hari tua... Memikir-mikir alasan. Jom pindah rumah atas angin, bawah langit.
Wednesday, May 15, 2013
Monday, May 13, 2013
Terkejut Beruk. . . . .
Hahahaha... Ni baru real namanya terperanjat beruk! Buka pintu, nak kasi angin masuk, feeling-feeling nak bubuh baja kat pokok harum sundal malam, nak bubuh baja kat pokok sirih, pokok melati, cempaka.... cessss saya nampak mamat ni sengih kat saya. Duduk bertenggek atas tembok pagar. Mujur dia lari bila saya nak ambil gambar. Kalau dia tak lari, gerenti saya yang lari terlompat-lompat.
ABANG CR... SELAMAT HARI LAHIR;))
Mak, nak tanya sikit boleh. Hem, apa dia? Soalan Haiqal pagi tadi sebelum ke sekolah. Saya ingat nak demand hadiah hari jadi.
Rupa ni soalan dia.
"Mak, hari ni birthday abang Syafiq ke-20. Esok kita ke-10, mak tak rasa mak dah tua ke?"
Dan saya terus keluar suara mokcik di rumah.
"Hei, helooo.... apa kes mak nak rasa tua bila Syafiq dah 20? Dia yang makin besar, makin tua... Macam Haiqal. Mak rasa mak sama aje macam dulu! Hahaha... betulkan? Baik cakap betul..... kalau tak game kena rampas!"
Haiqal terkelip-kelip dan merungut, "Tanya pun tak boleh!" Hahahaha mak dia gelak langsuir pagi tadi.
Diam tak diam dah 20 tahun pengalaman tu berlalu. Hohohoho untuk Syafiq, selamat hari lahir. Terus tabah, gagah, macho dan cool ya untuk mendengar bebelan mak, leteran mak, amukan mak, selagi hayat dikandung badan. Love you baby! Tetap anak mak, tetap baby mak biar awak dah besar panjang.
Rupa ni soalan dia.
"Mak, hari ni birthday abang Syafiq ke-20. Esok kita ke-10, mak tak rasa mak dah tua ke?"
Dan saya terus keluar suara mokcik di rumah.
"Hei, helooo.... apa kes mak nak rasa tua bila Syafiq dah 20? Dia yang makin besar, makin tua... Macam Haiqal. Mak rasa mak sama aje macam dulu! Hahaha... betulkan? Baik cakap betul..... kalau tak game kena rampas!"
Haiqal terkelip-kelip dan merungut, "Tanya pun tak boleh!" Hahahaha mak dia gelak langsuir pagi tadi.
Rasanya bukan saya aje, kawan-kawan UM pun ramai masih ingat episod saya pitam, rebah di koperasi UM. Saya dehidrasi dan muntah sampai sembilan bulan. Rasanya Siti Zarinah pun masih ingat saat dia selalu temankan saya yang tengah sarat waktu kami mahu ke dewan periksa. Siti Zarinah saya panggil bonda sebab dia orang pertama mengajar saya memegang dan mendukung Syafiq.
Dan saya masih terbayang-bayang ramai teman mengusik bila tengok Syafiq. Dahinya berkerut sentiasa. Kata kawan-kawan "Kesian baby.... Mak dia studi dan masuk exam di Dewan Tunku Canselor heret dia sekali. Bila lahir muka baby berkerut aje!"
Dan saya masih terbayang-bayang ramai teman mengusik bila tengok Syafiq. Dahinya berkerut sentiasa. Kata kawan-kawan "Kesian baby.... Mak dia studi dan masuk exam di Dewan Tunku Canselor heret dia sekali. Bila lahir muka baby berkerut aje!"
Diam tak diam dah 20 tahun pengalaman tu berlalu. Hohohoho untuk Syafiq, selamat hari lahir. Terus tabah, gagah, macho dan cool ya untuk mendengar bebelan mak, leteran mak, amukan mak, selagi hayat dikandung badan. Love you baby! Tetap anak mak, tetap baby mak biar awak dah besar panjang.
Syafiq dah 20 hari ni.... hahahah mak tetap rasa macam mak baru 32! World Peace!
—
Friday, May 10, 2013
BUSY SIBUK BUSY SIBUK.....
PAKCIK CEO
KELMARIN rasa nak pengsan memandu 4 jam pergi, 4 jam pulang, sekadar untuk ke Kuala Lumpur. Hari ni meeting lagi. Jumpa bos merangkap sahabat lama sebenarnya. Huhuhu... malu segan saya bila dia yang beriya nak jumpa. Ikutkan hati saya nak kansel sebab terkejut dengan kesesakan KL semalam.
Sahabat saya ni sudah CEO. Bukan Melayu. Mengajak saya buat beberapa kerja. Saya segan sebenarnya. Maklum gajinya saja puluh-puluh-puluh ribu lemon. Saya tak mau orang kata saya menempek.
Dia tanya saya kenapa beli rumah jauh sangat. Saya kata rumah saya diami ni saya dah beli waktu saya masih student di UM. Murah dan tanahnya luas. Syafiq baru umur setahun masa tu. Saya kata saya dah nampak sejak dulu, saya tak betah makan gaji. Saya memang dah agak saya akan jaga ayam, angsa dan kucing. Huhuhhuu uncle CEO ni terkekeh-kekeh gelak tanpa peduli orang lain. Cesss macam saya buat joke tahap maharaja lawak.
Tapi di akhir perbualan, saya sebut, "You masih jovial macam dulu ya! Tak stress kerja?"
Jawab dia, "Lily, rugi nak stress kerja, hidup kena tenang, nikmati kehidupan seadanya. Gaji I hanya di kertas dan di akaun bank. Pangkat I hanya tertulis di kad kerja. I makan nasi macam U jugak! I tak pernah mimpi berada di tahap sekarang. Satu saja I pesan, jangan biasakan diri dalam comfort zone. Nanti you takkan ke mana-mana."
![]() |
| Hari Rabu lalu saya mau pergi meeting tiba-tiba terjebak dalam kesesakan yang sangat teruk, Rasa mau berhenti dan tidur dalam kereta tepi jalan:(( - pix kredit ROSE HARISSA |
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah kerja saya yang satu tu selesai. Mahu ke layout, selepas itu printer. Akhir sekali siaplah buku tu. Yang terbengkalai sejak tahun 2011. Alhamdulillah. Bersyukur sesangat tapi deria rasa tu macam dah mati rasanya. Sebab lama sangat menyiapkannya. Dan dalam penat yang masih bersisa, dapat panggilan telefon. Horeeyyyyyy..... Watak En Hafiz dalam Superlicious Sofea saya tu dipegang Inche Norman Hakim. Pensyarah yang garang lagi cengih tapi hansem di Highlanders tu rasa saya serasi dengan Norman Hakim. Hahahaha jangan tanya saya yang lain. Saya tak tahu dan tak sempat nak tanya banyak pada pembantu Production Manager bos saya tu. Saya cuma sempat pesan pada adik Yus ni, jangan lupa ambil pix dan kongsikan pada saya.
SUPERLICIOUS SOFEA
Mula-mula ingat selepas terbit buku yang dalam proses layout ni, saya nak tulis cerita skandal pula. Hahahaha.... bila tulis sendiri sesuka hati saya aje nak fikirkan tema apa. Jangan risau.... skandal kalau saya tulis pun masih berhemah. Bukan skandal ke neraka. Hahahahaha ada ke skandal yang berhemah??? Ada..... tapi disebabkan bos production dah buka mulut, "Lily, novel Superlicious Sofea you buat tau.... Jangan perap sebab I tengah shooting ni."
Errr terpaksa ikut cakap bos nampaknya. Superlicious Sofea dululah nampaknya. Biar saya yang tulis skrip, saya juga yang buat novel. Tapi saya akui dua medium ini ada sikit beza. Sebab kehendak teks untuk kamera lain berbanding teks untuk dijadikan buku. Untuk siapkan buku, cukup sekadar dengan angan-angan penulis. Maklum mengolah watak dalam buku tak perlu bajet macam mengolah watak untuk satu produksi drama.
PESTA BUKU - MERAJUK - HAISHHHH.... TAK KUASALAH!
Masa pesta buku, saya sempat singgah kejap aje. Tu pun masa orang hampir tutup gerai. Semuanya sebab anak yang outing bermalam, tiba-tiba kata nak cari buku. Dalam masa yang singkat itu juga, tanpa saya duga, Kanda Melur Jelita ajak jumpa di kamar penginapannya. Rasa sangat terharu. Terima kasih juga pada Ez Husnayang temankan Kak Lily.
Saya memang tak sempat sesangat nak ke pesta buku macam tahun sudah sebab sejak Februari berlarutan ke Mac sampailah semalam, saya dihambat deadline tertentu. Dan pada yang pm, emel, mesej saya, tanya, "Kak Lily merajuk ya? Kenapa senyap aje??" Hahahahaa saya gelak guling terkekeh-kekeh! Ampun! Mokcik dah tua!
"Kak Lily, orang cerita kat saya akak merajuk ya?" Hohohoho..... mau sengih kejap bila dengar cerita yang sampai direct kat saya. Lawak sihhh....
Tak kuasa nak merajuk!! Sepanjang saya sibuk ni anak saya Haiqal komplain jadi anak terbiar. Yang duduk di asrama pun sampai kena gastrik sebab dah biasa manja mak dia datang tiap minggu. Haishhh tak sesuweeeiii saya nak merajuk. Hahaha saya menulis bukan baru setahun dua, bukan baru 4-5 tahun, sejak umur baru akil baligh saya dah menulis. Tak kuasa nak merajuk! Dan bila saya senyap makna saya sibuk. Hihihi saya ni malulah pulak kalau nak cerita awal-awal benda yang saya tengah buat. Takut nak pukul canang, nak palu gendang kalau benda tak jadi lagi... Kekadang bila kita terlalu cerita sangat apa kita nak buat tapi satu benda pun tak nampak, tanpa kita sedar, orang akan perlekehkan kredibiliti kita. Bising aje lebih tapi benda satu tak nampak. Kalau saya, anak-anak akan sorakkan dan kutuk saya bila saya plan bla bla bla tapi tak menjadi. Bila dah selesai semua, dah betul jadi, barulah saya berani sebut. Hihihihi diam saya bukan merajuk ye kengkawan.....:))) WORLD PEACE!
Sunday, May 5, 2013
Terima Kasih Mat Gebu.... Tq semua! Ohhh... Saya Sangat Terharu:)))
NOTA KAKI :- Macam mana pun Che Mat salute pada Puan Lily Haslina Nasir, bekas penyelaras resipi untuk Majalah Jelita.....terima kasih Kak Lily...
Ini catatan Mat Gebu dalam entrinya yang bertajuk
http://www.tiffinbiru.com/2013/04/publisiti-vs-penghargaan-vs-diperalatkan.html.
Ini pula komen kanda Ummi Zaihadi berkisar posting Mat Gebu yang saya sebutkan. Allah.... segan saya! Terima kasih ya! Kita tak pernah berjumpa. Tapi pernah berkerjasama di atas beberapa tugasan. Ummi Zaihadi selalu memudahkan kerja saya. Sama aje macam Mat. Biar pun kekadang saya agak kalut dengan deadline.
Ummi said...
Puan Lily Haslina terbaiiikk... Mat, xnak komen dah sini...letisss...perlu ke...x perlu kan, dah berantakan di FB ko...hahaha... Apapun Mat telah melakukan tindakan yang betul dgn entry ini...kita cuma nyatakan pendapat dan pendirian kita, terpulang kepada masing-masing menilainya... ^__^
APRIL 29, 2013 AT 2:45 PM
Dan ini pula komen yang lain yang buat saya rasa sob! sob! sob! Terharu.... Oh, Lily Haslina sekarang sekadar duduk rumah aje:)) Siapalah saya....
eyeyou said...
kak lily tu senior sek sy..saluteee!! :)
MAY 3, 2013 AT 2:28 PM
Hahaha... saya yang baru buka fb, terkejut jugak baca penghargaan dari Mat Gebu. Terima kasih sesangat mat. Mat selalu ingat kak lily. Rasa terharu dan sangat dihargai. Ya, dalam dunia ni, dalam sibuk kerja, sibuk mengejar itu ini.... kekadang kita akan rasa tersentuh bila perkara yang kita rasa kecil, yang pernah kita lakukan dihargai orang. Kata orang tanda ingat. Kalau nak ikutkan, siapalah Lily Haslina dibandingkan Mat yang ada ratusan ribu pengikut sama ada dalam nyata atau dalam diam. Terima kasih sekali lagi mat. Penghargaan yang buat kak lily tersenyum sebaik buka saja fb selepas lama bertapa.
Kepada semua yang menceriakan hari minggu saya ni, terima kasih ya... Sungguh saya terkejut bila buka fb selepas berminggu-minggu saya rehatkan.
Ini adalah jawapan saya buat entri dan posting Mat Gebu.
Salam yang amat amat amat Kak Lily sanjung dan hormat, Inche Mat Gebu! Salam kenal juga untuk semua yang di sini! Alllah! Mat akak mintak ampun juta juta juta juta bintang di langit. Pagi ni baru akak bukak balik facebook akak yang akak kunci kejap dik kesibukan doniawi yang entah apa-apa. Barulah akak ternampak mesej mat!
Hahaha... segan pulak kak lily bila mat mention nama akak kat sini. Kak lily ni dah pencen kerja. Terima kasih sebab masih ingat Kak Lily! Begitu jugak pada Ummi... tq so much dear!
Isu ni memanglah selalu jugak berbangkit. Bagi akak simple aje... Yalah, setiap benda yang kita usahakan dengan penuh rasa minat, kesungguhan memang menagih masa, tenaga dan tak dapat tidak, modal duit ringgit pasti akan dikeluarkan jugak.
Dan bila ada yang berhajat, berminat, nak melamar 'hak' kita tu semanis-manisnya, semolek-moleknya kenalah ada sikit maharnya bukan? Hahaha... kata orang tanda hargai dan upah penat. Sepanjang akak bertugas dulu... ya memang taklah banyak dapat diberi. Tapi alhamdulillah, adalah jugak tokennya.
Sebab yang melamar tu dah tentu tentu untuk urusan bisnes yang menghasilkan, yang menjanakan RM kan... jadi memang lebih manis kalau sedikit ganjaran dikongsi. Tanda terima kasih kata orang.
Tak mengapa mat... juga mungkin kenalan blogger yang lain. Kalau ini yang terjadi, mudah-mudahan dengan catatan ringkas mat ni, pencerahan diperolehi pihak yang terlibat.
Kak Lily faham sebab kak lily sendiri freelancer sekarang. Faham erti rasa 'luka' yang kekadang taklah besar tapi pedih bila orang buat-buat tak faham hasil kerja kita. Dan kekadang rasa sakit hati bila hasil kerja kita ditayang sana sini. Dicanang sana sini, tapi kredit haraaammmm tak bubuh dan duit jauhhhhhhhh sayuppppp berbalam pun tak nampak bayangnya....
Haiii Semua!!
Salam hujung minggu! Selamat mengundi! Pada yang pernah tinggalkan komen pada catatan saya yang lalu, bila saya lapang nanti saya balas ya! Terima kasih sesangat... Pada MamaTom AJ, Haiqal dah balas pantun akak....
Coming saya bubuh nanti.
FB saya ni memang saya rehatkan kejap bagi laluan pada saya siapkan kerja dan urusan doniawi. Hahahaa.... Lega bila kerja siap. Lepas ni boleh bersuka ria, ukur jalan etc. Pada bos saya yang dah mula shooting 7 Mei ni... selamat ya! Kalau rajin saya jengah ke lokasi. Kalau tak ada, makna saya qada tidur. Dah empat minggu, saya hanya lena jam 4.30 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



