Monday, May 13, 2013

ABANG CR... SELAMAT HARI LAHIR;))

Mak, nak tanya sikit boleh. Hem, apa dia? Soalan Haiqal pagi tadi sebelum ke sekolah. Saya ingat nak demand hadiah hari jadi.

Rupa ni soalan dia.
"Mak, hari ni birthday abang Syafiq ke-20. Esok kita ke-10, mak tak rasa mak dah tua ke?"
Dan saya terus keluar suara mokcik di rumah.
"Hei, helooo.... apa kes mak nak rasa tua bila Syafiq dah 20? Dia yang makin besar, makin tua... Macam Haiqal. Mak rasa mak sama aje macam dulu! Hahaha... betulkan? Baik cakap betul..... kalau tak game kena rampas!"

Haiqal terkelip-kelip dan merungut, "Tanya pun tak boleh!" Hahahaha mak dia gelak langsuir pagi tadi.





Rasanya bukan saya aje, kawan-kawan UM pun ramai masih ingat episod saya pitam, rebah di koperasi UM. Saya dehidrasi dan muntah sampai sembilan bulan. Rasanya Siti Zarinah pun masih ingat saat dia selalu temankan saya yang tengah sarat waktu kami mahu ke dewan periksa. Siti Zarinah saya panggil bonda sebab dia orang pertama mengajar saya memegang dan mendukung Syafiq.

Dan saya masih terbayang-bayang ramai teman mengusik bila tengok Syafiq. Dahinya berkerut sentiasa. Kata kawan-kawan "Kesian baby.... Mak dia studi dan masuk exam di Dewan Tunku Canselor heret dia sekali. Bila lahir muka baby berkerut aje!" 



Diam tak diam dah 20 tahun pengalaman tu berlalu. Hohohoho untuk Syafiq, selamat hari lahir. Terus tabah, gagah, macho dan cool ya untuk mendengar bebelan mak, leteran mak, amukan mak, selagi hayat dikandung badan. Love you baby! Tetap anak mak, tetap baby mak biar awak dah besar panjang. 





Syafiq dah 20 hari ni.... hahahah mak tetap rasa macam mak baru 32! World Peace!
 —

No comments:

ShareThis